Tidak putus saya terpegun dengan kontradiksi yang dipamirkan oleh UMNO. Ke sana ke mari, pemuka2 UMNO menyeru setiap bangsa Melayu untuk bersatu padu. Alasan yang diberikan seringkali kuasa Melayu yang semakin tercabar dan semakin lemah
Begitu bernafsunya UMNO untuk perpaduan orang Melayu, diusahakan segala daya bagi menyatukan PAS bersama UMNO di dalam sebuah kerajaan perpaduan:
Namun, seruan UMNO untuk bersatu ini tidak mendapat respon yang baik dari umat Melayu keseluruhannya. Dan UMNO sendiri mengeluh segala usaha mereka untuk membina perpaduan Melayu telah menemui jalan buntu.
Kegagalan ini tidak lain berpunca dari sikap dan tindakan UMNO itu sendiri tidak selaras dengan apa yang mereka ungkapkan dengan mulut.
Dari mulut yang sama keluarkan zikir perpaduan Melayu, keluar juga fitnah, kata nista, cacian serta pembohongan terhadap Anwar Ibrahim.
Sedangkan Anwar Ibrahim itu adalah juga seorang pemimpin Melayu. Sekurang-kurangnya, ramai orang Melayu memandang Anwar Ibrahim sebagai pemimpin mereka.
Dan ramai orang Melayu tidak boleh menerima kempen aib serta kata fitnah dan nista yang dilemparkan kepada Anwar,
Mustahil perpaduan Melayu boleh diwujudkan dalam keadaan salah seorang pemimpin orang Melayu diaibkan dengan sebegitu rupa.
Masih kah kita ingat, sewaktu usaha perpaduang Melayu bersama PAS dilancarkan, fitnah liwat 2 juga dilancarkan selari dengannya.
Maka, akhirnya UMNO hilang kelayakan untuk memperkatakan tentang perpaduan Melayu.
Kalau UMNO ikhlas tentang perpaduan Melayu, maka langkah pertama yang mereka harus ambil adalah memberhentikan sama sekali kempen fitnah mereka terhadap Anwar Ibrahim. Busuk2 Anwar Ibrahim tu dia orang Melayu.
Dia lebih Melayu berbanding Dr Mahathir Muhammad bin Iskandar Kutty.
TULANG BESI
HANYA SATU ILUSI
Perpaduan dianjur kpd 2 parti yg mewakili kelompok melayu terbesar, pas & umno! Anwar tu ahli pas atau ahli umno ke?
ReplyDeletemata 4 said...
ReplyDeletePerpaduan dianjur kpd 2 parti yg mewakili kelompok melayu terbesar, pas & umno! Anwar tu ahli pas atau ahli umno ke?
Ni formula untuk perpecahan Melayu bukan untuk perpaduan Melayu