Propaganda
UMNO sekarang ini menyatakan bahwa PAS telah membuang agenda hudud dan
negara Islam. PAS telah menukar agenda "Negara Islam" kepada "Negara
Berkebajikan".
Mereka menambah lagi fitnah mereka dengan menyatakan PAS membuang agenda2 ini kerana tunduk kepada DAP dan PKR.
Jahat sungguh fitnah UMNO ini sehingga jutaan umat Melayu Islam yang termakan. Tapi, kalau tidak fitnah, bukan UMNO namanya.
Hakikatnya:
1.0 Agenda Negara Berkebajikan diambil oleh PAS sebelum
pilihanraya 2008, yakni pada tahun 2007. Ia bererti agenda "Negara
Berkebajikan" telah diambil oleh PAS sebelum PAS bekerjasama dengan DAP
dan PKR di dalam gagasan Pakatan Rakyat. Mana mungkin PAS mengikut
telunjuk DAP pada tahun 2007 kerana diwaktu itu PAS tiada hubungan
dengan DAP
2.0 Hudud sudah tidak diketengahkan lagi kerana PAS tidak mampu
melaksanakan hudud. Setelah berpuluh-puluh tahun mengenegahkan hukum
hudud jelas terbukti majoriti orang Melayu Islam dan bukan Islam menolak
perlaksanaan hukum hudud.
a. Tidak sampai 50% dari orang Melayu Islam menyokong perlaksanaan hukum hudud
b. Tidak sampai 20% orang bukan Islam menyokong perlaksanaannya.
3.0 Maka, atas ketidak mampuan PAS, diketengahkan pula isu-isu lain yang melibatkan kepentingan ekonomi dan sosial rakyat.
4.0
Ibarat orang yang tidak mampu melaksanakan haji. Oleh kerana tidak
mampu, maka orang itu tidak mahu berbicara pasal Haji tetapi lebih
berbicara berkenaan ibadah2 lain yang mampu dia lakukan seperti solat,
zikir, menuntut ilmu dan sebagainya. Adakah orang ini dikatakan MENOLAK
HUKUM HAJI? Sudah tentu tidak.
5.0
Begitulah juga dengan PAS. Hukum hudud tidak diketengahkan lagi kerana
masanya belum sampai untuk ia dilaksanakan. Sehinggalah majoriti umat
Islam dapat menerima perlaksanaannya, barulah PAS boleh membicarakan
berkenaan perlaksaannya.
a. Untuk mendapat sokongan itu, UMNO itu sendiri wajar dihapuskan terlebih dahulu
b. Yang menjadi batu penghalan terbesar kepada hudud adalah UMNO dan bukannya DAP
6.0
Disebabkan UMNO menolak hudud, maka lebih dari separuh umat Islam di
Malaysia menolak hudud. Selagi UMNO wujud, selagi itu majoriti umat
Islam di Malaysia akan menolak perlaksanaan hudud.
Firman Allah SWT:
TERJEMAHAN:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung
dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa
atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada
kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"."
Berdasarkan
ayat di atas inilah maka PAS mengambil ijithad untuk mengedepankan
isu-isu lain terlebih dahulu sebelum isu hudud pada masa ini.
Agenda hukum hudud dan sebagainya adalah agenda yang PAS tidak mampu untuk mengedepankan buat masa ini.
Janganlah
ada sesiapa yang cabul mulutnya menuduh PAS membuang agenda Islam dan
hudud kerana PAS bersandar kepada AL Quran dan Sunnah.
Kelak yang menuduh itu buruk pembalasannnya.
TULANG BESI
No comments:
Post a Comment