Ada suara2 sumbang yang memperlekehkan kempen boikot "McDonalds" serta beberapa produk lain. Antara suara2 lekeh itu mengatakan:
"Kalau boikot McDonalds, maka perlulah kita boikot Facebook atau Intel juga"
Dr. Mahathir Mohammad pun turut memperlekehkan kempen boikot barangan Yahudi ini. Beliau pernah menyuruh rakyat Malaysia jangan naik Boeing 747 kerana ia buatan syarikat Yahudi. Tak hairanlah Dr Mahathir sendiri sanggup jilat ludahnya sendiri dan melutut meminta maaf kepada George Soros yang pernah beliau nista sebelum itu,
Puak2 ini sepertinya benci dengan usaha melindungi rakyat Ghazzah. Mereka sendiri yang memperlekehkan usaha ini agakanya apakah usaha mereka?
Sekurang2nya rakyat teramai ada juga melakukan sesuatu yakni memboikot McDonalds.
Dan hasilnya jelas. Israel terpaksa memberhentikan pengeboman Ghazzah kerana bahang boikot barangan milik syarikat Yahudi sudah terasa.
Apabila kita boikot McDonalds, maka McDonalds itu sendiri akan kepanasan.
Mereka pasti akan pergi berjumpa dengan kepimpinan Israel meminta mereka memberhentikan serangan bom ke atas Ghazzah.
Pemimpin Israel pasti akan mendengar rintihan McDonalds kerana mereka perlukan sumbangan kewangan dari McDonalds.
Dengan kata lain, kita tak perlu boikot semua. Kita boikot mana2 syarikat yang kita mampu boikot dan boleh boikot sahaja.
Syarikat2 seperti McDonalds ini sudah cukup kuat untuk memekak di telinga pemimpin2 Israel.
Syarikat2 Yahudi yang lain juga takut. Kalau boikot McDonalds ini berjaya, apakah yang akan menghentikan umat Islam dari memboikot Burger King, Wendy's,Starbucks, Coca Cola, Pepsi, Coffee Beans dan sebagainya?
Produk seperti Facebook dan Boeing mungkin tak mampu lagi untuk diboikot oleh umat islam tapi mana tahu dalam 10-15 tahun lagi akan ada alternative Islam untuk produk2 ini.
Prospek seperti inilah yang amat ditakuti Yahudi. Kalau berterusan serangan ke atas Ghazzah, kemungkinan boikot McDonalds itu akan berjangkit kepada produk2 lain.
Maka, majoriti syarikat2 Yahudi pun turut memekak di telinga pemimpin2 Israel.
Hasilnya, Israel terpaksa menggunakan Hillary Clinton untuk berunding dengan Ikhwan Muslimin MEsir sehingga tercapai gencatan senjata.
Syabas kepada mereka yang telah memboikot. Cuma Tulang Besi terlambat dua hari boikot kerana tak sedar ada kempen boikot.
Kepada yang hanya tahu memperlekeh dan menganjing, soalkan diri kamu dahulu. Apakah sumbangan kamu kepada usaha menghentikan tumpahnya darah orang2 yang tidak berdosa di Ghazzah?
TULANG BESI
Sambil memboikot McDonalds, boikot sekali restoran Melayu yang kotor serta mendapat gred kebersihan yang rendah. Kalau boikot McDonalds kerana Israel membunuh orang Palestin, boikot restoran Melayu kerana mereka pun boleh membunuh orang Melayu lain melalui penyakit yang disebarkan. Boikot sekali restoran Melayu yang pemiliknya beramal dengan ilmu sihir.
ReplyDelete