Saya mendengar ucapan Norman Toha dalam sebuah wacana di Vistana Hotel dengan begitu teliti.
Secara
kasarnya, hujjah utama Norman Toha dari wacana Visatana Hotel tersebut
adalah didakwa PAS telah lari dari landasan perjuangan asal.
DIa
berkata PAS adalah sebuah harakah islamiyyah dan bukan sebuah parti
politik. Sepatutnya PAS kena mengutamakan gerakan Islam dan bukan
mementingkan agenda politik semata-mata.
Norman
Toha juga mempersoalkan hubungan PAS dengan Anwar Ibrahim. Tetapi yang
menghairankan Tulang Besi adalah sewaktu Norman Toha aktif dalam Barisan
Alternatif dulu, dia sendiri tahu yang Arwah Ustaz Fadzil Nor telah
bersetuju untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri
sekiranya Barisan Alternatif memerintah.
Soalnya,
kenapa pada waktu itu Norman tidak protes? Kenapa sekarang baru nak
protes? Keputusan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ini
adalah warisan dari Allahyarham Ustaz Fadzil Nor lagi.
Hakikatnya adalah
Norman serta kuncu2nya marah dengan Anwar Ibrahim kerana faktor Anwar
telah menghalang berlakunya KERAJAANG PERPADUANG dengan UMNO.
Soal perjuangan PAS telah lari dari landasan tidak timbul sama sekali. Tujuan utama Norman Toha hanyalah untuk memburukkan serta memfitnah pemimpin2 PAS yang tidak mahu bersenggama dengan UMNO.
Maka atas sebab itu, saya Abdul Rahman Abdul Talib, sebagai rakan lama Norman Toha, untuk berdebat secara terbuka.
Tajuk debat tersebut adalah:
"Benarkah PAS Telah Lari Dari Landasan Perjuangan Islam"
Ataupun kalau Norman Toha mahu tajuk lain, saya boleh mempertimbangkannya.
Saya dah dengar ucapan Norman Toha di Youtube dan saya amat yakin untuk berdebat dengan Norman Toha.
Saya berharap Norman Toha tidak mengecewakan jemputan saya ini.
Kalau Norman kata dia bekas Presiden MISNA, saya adalah bekas Naib Presiden MISNA.
Juga,
kalau Norman Toha yakin dengan kebenaran yang dia hendak bawa, sudah
tentu dia tidak akan teragak-agak untuk menerima jemputan Tulang Besi
ini.
TULANG BESI
ps
Saya pun hairan jugak. Setahu saya islam dan politik tidak boleh
dipisahkan. Kalau kita asingkan keputusan politik dan Islam, maka kita
adalah gerakan sekular dan bukannya gerakan Islam.
No comments:
Post a Comment