1.0 Perwakilan Muslimat Johor, Rosnani Jusoh, mempersoalkan prestasi Dewan Pemuda PAS di dalam menjaga kebajikan (khususnya gaji) guru-guru PASTI. Dengan keras beliau mempersoalkan kegagalan Dewan Pemuda PAS memastikan gaji guru2 PASTI setaraf dengan kos hidup serta pemberian insentif lain seperti insuran kesihatan. Jelas beliau, ini adalah kegagalan jelas Dewan Pemuda PAS.
2.0 Perwakilan PERLIS, Yaakob Abu Seman, hari ini mempersoalkan sifat tidak fokus Dewan Pemuda PAS. Sehingga sekarang tidak diketahui apa yang mahu dilakukan serta dicapai oleh Dewan Pemuda PAS. Semua ini akibat dari kelemahan kepimpinan Dewan Pemuda yang tidak jelas hala tuju jangka masa pendek dan sederhana organisasi tersebut. Setakat ini tidak jelas apakah yang mahu dicapai atau diharap oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.
3.0 Presiden PAS sendiri menempelak Dewan Pemuda PAS yang telah meluluskan usul menyerang sidang editor suara rasmi parti, HARAKAH serta HARAKAHDAILY. Setelah beberapa perdebatan usul berlansung menyerang sidang editorial, Presiden tampil menyatakan kegembiraan Presiden berkaitan prestasi Harakah.
a. Ertinya keputusan AJK Pemuda membenarkan usul membahas Harakah telah ditemplak oleh Presiden PAS secara terbuka. Seharusnya, Dewan Pemuda PAS tidak mengizinkan usul yang sebegitu tidak matang ini dibenarkan untuk dibahas.4.0 Perwakilan PEMUDA dari Johor , Mohd Faizul Mohd Salleh yang mengkritik ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS yang disifatkannya tidak mempunyai idea baru dalam membantu menambah sokongan generasi muda kepada PAS.
5.0 Salah seorang wakil Pemuda juga menegur sikap pemuda yang "Tua Sebelum Waktunya". Maksudnya, Pemuda hilang terus imej sebagai Pemuda kerana teringin mahu menjadi tua.
Inilah akibatnya apabila kepimpinan Pemuda diambil hanya melihat kepada gelaran "ustaz" semata-mata walaupun ustaz tersebut tidak fasih bahasa Arab dan sering ponteng kuliah di Azhar (kerana kuliah tidak diwajibkan hadzir di Al Azhar).
Sepatutnya kepimpinan pemuda diambil dari kumpulan pemuda yang berkebolehan, berkemahiran, berilmu dunia mahupun agama. Tidak kira dia ada title ustaz mahupun tidak.
SAya masih ingat lagi salah seorang pemimpin pemuda PAS begitu gembira apabila senarai kepimpinan Pemuda PAS Terengganu tahun 2009 hampir 95% dari golongan Ustaz.
Sepertinya segala ilmu dalam dunia ini diajar di Al Azhar semata-mata.
Hakikatnya ramai pelajar Azhar suka ponteng kuliah ditambah dengan buku2 di Azhar itu majoritinya menceritakan realiti kira-kira 500-600 tahun yang lepas.
Tidak hairanlah apabila Pemuda PAS diterajui golongan Al Azhar ini, ia jadi mandum dan jauh ketinggalan ke belakang.
Terus terang walaupun saya adalah Pemuda PAS, namun di dalam memberikan sumbangan idea, saya lebih rela menyerahkan dan memaparkan sahaja idea-idea di mana-mana ruangan komen di blog-blog pro-pakatan dari dibiarkan idea-idea ini mati di tangan Pemuda PAS.
ReplyDeleteDalam kata lain Pemuda PAS kurang ummmmph di dalam menjana tindakan dari idea-idea yang diberikan. Secara mutlak Pemuda PAS Pusat di bawah Ketua Pemuda sekarang kurang berkarisma iaitu gagal menjana sesuatu idea dan menjayakan idea tersebut untuk pembangunan masyarakat dan negara.
Hanya kerana PAS berpaksikan Islam dalam perjuangan mendaulatkan Islam maka saya tidak bersedia menyertai parti Pakatan Rakyat yang lain.
setuju sgt dgn pandangan anon di atas dan tulang besi.
ReplyDeletepemuda pas lembab dan jumud, apa lagi pewakilan, bila nak pilih nnti, pastikan tukar, ambek yg dinamik, innovatif dan proaktif, ramai dlm pas tu baik akhlak dan alim walaupun bukan kelulusan agama. tak guna nama saja pemuda, tapi lembab.
Salam. Mohon jgn banding pemuda pas dan pemuda umno.memang betul geng ustaz ni biul. Tapi doa seorang ustaz tu penting. Biarlah general itu ulama namun komandan golongan profesional. Pemuda mana pun semua berhingus dn belum nmpak dunia luar krn sistem pendidikan islam terbelakang dn peluang kerjaya islam backward. Kalau dpt org yahudi mcm umngok jd adivisor pemuda ,lain lah cerita.power. tahap otak pemuda islam .asih biol ,ustaz maupun profesional.
ReplyDeletePetikan
Malaysiabaru.com