Tuesday, January 8, 2013
Mana Majlis Fatwa Waktu Najib Luluskan Judi Bola?
Tertanya2 Tulang Besi. Sewaktu isu judi bola tempohari, Majlis Fatwa Kebangsaan seperti tidak wujud.
Mufti Perak, yakni mufti yang tiada ijazah itu, juga seperti hilang suara waktu isu judi bola hebat dahulu.
Malahan, suara DAP lebih nyaring dan lantang berbanding suara MAjlis Fatwa Kebangsaan ataupun mufti tiada ijazah itu.
Namun, kebelakangan ini Majlis Fatwa serta mufti tiada ijazah itu begitu kuat menentang Haji Hadi.
Begitu lantang dan begitu nyaring mengharamkan "Amanat Haji Hadi" sehingga fatwa telah di wartakan bagi menyatakan Amanat Haji Hadi itu haram diwartakan tanpa memanggil tuan punya badan untuk membela diri.
Inilah agaknya contoh "agama UMNO". Yakni agama digunakan sewenangnya untuk kepentingan politik perkauman sekular sempit mereka.
Padahal judi ini JELAS HARAMNYA dan di sebut dengan jelas di dalam Al Quran. Malangnya, Majlis Fatwa Kebangsaan tak nampak gajah di depan mata ini. Benda jelas sebegini mereka diamkan sahaja.
Namun, dalam kes Amanat Haji Hadi, mereka sanggup keluar fatwa TANPA MEMANGGIL tuan punya badan untuk memberi penerangan dan penjelasan.
Kalau Majlis Fatwa Kebangsaan ini bukan alat UMNO, saya tak tau apa lagi yang hendak dipanggil puak2 ini.
TULANG BESI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.
Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.
Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.
MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427
Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)
Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.

No comments:
Post a Comment