Seorang teman rapat saya memberitahu saya bapanya adalah pemungut kelapa di Sabak Bernam. Bapanya menggunakan binatang beruk untuk memetik kelapa. Hasil dari kelapa inilah keluarga beliau dibesarkan sehingga beliau sekarang ini seorang usahawan berjaya.
Ertinya binatang beruk ini sangat2 berjasa kepada manusia.
Maka saya tak paham kenapa PAS hendak bermuzakarah dgn UMNO?
Tidakkah UMNO telah dengan jelas dan nyata MENOLAK perlaksanaan hukum hudud dan Qisas?
Maka, apakah perlu dimuzakarahkan lagi?
Tak serikah ditipu dan dimainkan oleh UMNO? Barangkali sudah ketagih ditipu UMNO ibarat Mat Fit yang sedang gian?
UMNO parti yang sedang nazak dan hampir menemui maut. Tak pantas PAS memberi nyawa supaya UMNO terus hidup.
Mungkin juga ini adalah berkaitan dengan sebuah fatwa yang berlegar2 di kalangan sesetengah pimpinan PAS yang menghukum haram menjatuhkan kerajaan UMNO kerana ia bakal menjatuhkan kuasa Melayu Islam?
Tidak cukupkah dengan segala macam sabotaj sebelum PRU13 yang lepas? Contohnya
1) Perjumpaan UMNO dalam gelap
2) Penolakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat
3) Tiada usaha bersungguh-sungguh memerangi fitnah kononnya PAS diperkuda DAP
4) Usaha melantik Ku Li sebagai calon Perdana Menteri
5) Membiarkan Husam Musa terpelanting keluar dari senarai Exco Kelantan tanpa ada usaha berjumpa Tuanku\
6) Meletak calon 3 penjuru di banyak kerusi terutamanya di Damansara
7) Membuat fitnah pil kuda dan gambar Karl Marx secara terbuka sehingga digunakan oleh media fitnah milik UMNO?
Banyak lagi contoh yang boleh dibawa tapi cukup setakat ini.
Selepas kekalahan PRU13 dan hilang Kedah, sekarang nak buat Muzakarah dengan UMNO. Kita sudah tahu UMNO adalah partai syaitan. Apa kah hasil nya dari muzakrah tersebut yang boleh diharap? Syaitan tetap syaitan.
Bagi Tulang Besi, lebih afdhal kiranya PAS bermuzakarah dengan binatang beruk.
Sekian
TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Selagi presiden pas org 'itu' selagi itulah masaalah auta tipu khianat dan sandiwara ddlm pas membiak dan bertambah2,,percayalah!
ReplyDelete