KENYATAAN MEDIA25 Mac 2014
SETIAUSAHA AGUNG KEADILAN DISEKAT MEMASUKI SARAWAK
KEADILAN pagi ini dikejutkan dengan berita bahawa Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN telah disekat dari memasuki negeri Sarawak. Beliau telah tiba di Sibu dengan penerbangan MH2712 pada jam 11 pagi tadi untuk membantu calon KEADILAN dalam kempen PRK Balingian.
Namun sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau telah dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22hb Mac 2014 untuk menyekat beliau dari memasuki negeri Sarawak.
Datuk Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik ini. Cukup jelas pengaruh politik kuku besi Taib Mahmud masih berleluasa walaupun Ketua Menteri sudah bertukar ganti, dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di bumi Sarawak.
Fahmi FadzilPengarah Komunikasi KEADILAN
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
No comments:
Post a Comment