
Saturday, April 5, 2014
HUDUD: Agama Bukan Lesen Untuk Jadi Bodoh
Dia tak sedar Nabi SAW tak pernah ajar umat dia jadi bodoh. Menjadi bodoh bukan aaran dan contoh tauladan yang datang dari Nabi SAW.
Malangnya dalam PAS ramai yang berfikir dan berotak macam ni. Itu yang menadi masaalah besar sekarang ni.
Katalah disebabkan isu hudud ini, orang2 Cina semua pakat undi BN balik sebab wakil2 rakyat UMNO nanto akan beramai2 menolak "private Bill" hudud yang akan dibentang oleh PAS. Hasilnya nanti JAIS akan dikawal semul oleh UMNO dan sgala ceramah dan kuliah2 yang sekarang ini begitu aktif di serata Selangor akan diberhentikan. Akhirnya nanti, hudud tak dapat. Ceramah dan kuliah agama yang selama ini kita nikmati di Selangor pun akan hilang.
Kalau Allah SWT hendak hamba Nya menjadi bodoh, sudah tentu Dia tidak mengutus seorang manusia yang begitu hebat dan paling bijaksana dalam sejarah manusia bernama Muhammad SAW sebagai Nabi akhir zaman sebagai contoh ikutan dan tauladan seluruh umat manusia.
TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu lagi komen, Obsesi penyokong PR terhadap Anwar sebiji sama dengan rakyat Korea Utara dgn pemimpin parti mereka. Contohnya bila ada ura-ura PAS jumpa pemimpin UMNO melenting, bila Anwar jumpa pemimpin UMNO mereka ini kata itu bagus.
ReplyDeleteBagi saya Kajang PR menang. BN status quo sebab mereka kalah seat Kajang waktu PRU 13. Yang kalah adalah golongan anti Khalid MB. Pemimpin yang bagus macam Khalid perlu dipertahankan kerana dia mendapat mandat rakyat Selangor walaupun pemimpin PKR mungkin tak gemar kat dia.
Golongan anti Khalid MB menyumpah seranah waktu MOU water supply dengan Federal Govt. Kemudian pemimpin PR semua setuju lepas briefing dengan Khalid. Yang kutuk2 termasuk Malaysia Waves dgn Malaysia Chronicle terus menikus bila clearance diberi oleh pemimpin PR. (Yang ni saya kata Fanatikus = Fanatik + Tikus).
Bagi saya Anwar adalah Now and historical leadership. Pemimpin depan adalah orang2 macam Nasution, Salahuddin, Tony Pua dan lain2
Ada benarnya pendapat anda.Tetapi Cina pun ta bodoh.Seandainya PAS berjaya dlm Hudud dan negeri Kelantan makmur mereka akan terima hudud.
ReplyDeleteTanpa Hudud pun ramai Cina ta sokong UMNO pun.Adakah Cina bodoh sangat dan BN yg halalkan maksiat
Hukum ALLAH . Full Stop .
ReplyDeletePerjuangan menegakkan hukum ALLAH dan Daulah Islammiyyah adalah hati nurani PAS
Adakah menegakkan hukum ALLAH adalah perbuatan yang bodoh ?
Tahniah kerana telah berjaya ditarbiyah oleh DAP dan menjadi jurucakap kepada golongan cina kristian.
Saya Cina dan saya tak akan undi Pas. Tapi bukan pasal hudud kerana bukan muslim tak akan kena hukuman potong tangan atau stoning. Saya tak akan undi Pas sebab mungkir janji dan tidak boleh dipercayai. Sekejap ini bila nak dapat undi. Bila dah dapat tukar 180 pulak! Apa ni? Apa pendirian sebenar? Apa nak susah payah pasal hudud sedangkan lebih 70 peratus muslim hidup ditahap kemiskinan??? Kes rogol pulak paling tinggi di Kelantan. Apa ni?
ReplyDelete