Tuduh orang lain jadi munafiq tapi diri sendiri buat kerja main wayang. Apa cerita?
Buktikan ‘sumber dalaman’ tersebut, kata Pemuda PAS
Kalimah biadap adalah yang sesuai ditujukan kepada mereka atas perbuatan iniSyarhan-Humaizi-Abd.-HalimPETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Abd Halim mencabar media yang sering menyatakan ‘sumber dalaman’ agar menyatakan siapakah gerangan ‘sumber dalaman’ tersebut.Menurutnya, banyak musuh Islam dari luar dan dalam yang sedang merangka ‘grand design’ tersebut.“Ada yang bertaraf Yang Berhormat, editor dan wartawan yang bersekongkol untuk menjayakan usaha ini sejak sekian lama.“Kalimah biadap adalah kalimah yang sesuai di tujukan kepada mereka atas perbuatan ini,” katanya dalam satu kenyataan.Jelasnya lagi, Pemuda PAS akan sentiasa mempertahankan PAS dari sebarang parasit liberal yang sedang menjalar.Syarhan berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh portal The Malaysian Insider yang bertajuk ‘Hanya Hadi menjadi halangan penukaran Khalid, kata sumber Pakatan’.Sumber Pakatan tersebut menyatakan bahawa Langkah Kajang itu tidak pergi ke mana-mana kerana Hadi sehingga kini masih tidak menyokong usaha untuk mengenepikan Khalid daripada kerusi tertinggi dalam negeri terkaya itu.Sumber Pakatan itu juga menyatakan bahawa Hadi diikat oleh Khalid melalui menantunya, Zaharudin Muhammad, yang dilantik sebagai pengurus kepada UnitHal Ehwal Islam dalam Perangsang Selangor, anak syarikat pelaburan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).Suara akar umbiBahkan, beliau sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor yang juga ahli mesyuarat Harian PAS Selangor amat bersetuju dengan penafian yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad yang mendakwa PAS Selangor ingin menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada terus menjadi Menteri Besar Selangor.Jelasnya lagi, sepatutnya PAS Selangor dan kompenan Pakatan Rakyat (PR) meningkatkan komitmen bagi memberi lebih kebajikan kepada rakyat.Ujarnya lagi, Khalid juga perlu mendengar suara akar umbi dan mendahului agenda kebajikan rakyat dan bukannya dengan kaedah menyerang serta membantutkan agenda tersebut yang boleh mengutungkan musuh.Kini, Hadi pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan Menteri Besar Selangor selepas kegagalan ‘Kajang Move’ yang dirancang oleh pihak tertentu.“Tidak menghairankan apabila Hadi dimangsakan sebagai penyebab kegagalan ini kerana sasaran utama sebenarnya ialah Hadi .“Ia juga adalah sebagai usaha untuk menjatuhkan imej Hadi, sekaligus memburukkan institusi dan imej kepimpinan ulama selain ia juga adalah rentetan ‘projek langgar Hadi’ yang pernah diusahakan oleh beberapa individu upahan pasca PRU12 dahulu yang akhirnya menemui jalan buntu,” katanya.Jelasnya lagi, usaha-usaha serangan terhadap Hadi ini akan terus berlangsung dan berpunca daripada ketegasan Hadi yang komited dengan prinsip PAS untuk menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia.“Memang dalam sirah Rasulullah pun wujud individu yang menjadi penyebar fitnah dan menjadi munafik dalam perjuangan Islam.“Maka tidak hairan juga ia wujud dalam mana-mana gerakan Islam sepanjang zaman, seluruh dunia. Munafik inilah yang melaga-lagakan sesama ahli PAS yang kononnya dipetik oleh media sebagai ‘sumber dalaman’,” katanya.xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hanya Hadi menjadi halangan penukaran Khalid, kata sumber Pakatan
OLEH ANISAH SHUKRY
Published: 21 June 2014
Walaupun ramai pihak yang ingin menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau masih selesa dalam kerusinya kerana hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.
Walaupun ramai pihak yang ingin menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau masih selesa dalam kerusinya kerana hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.
Walaupun sudah hampir setengah tahun sejak PKR memulakan pilihan raya kecil Kajang untuk mengeluarkan Tan Sri Khalid Ibrahim, namun Menteri Besar Selangor itu masih selesa di kerusinya hanya kerana satu perkara, iaitu hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata sumber Pakatan Rakyat (PR).
Walaupun PKR dan DAP terus menekan Khalid, sumber itu memberitahu The Malaysian Insider, Langkah Kajang itu tidak pergi ke mana-mana kerana Hadi sehingga kini masih tidak menyokong usaha untuk mengenepikan Khalid daripada kerusi tertinggi dalam negeri terkaya itu.
Mereka berkata, sejak berbulan PKR dan DAP membincangkan di kalangan mereka bagaimana mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun tidak disokong Hadi.
Bahkan para pemimpin tertinggi PR bertemu Hadi untuk membincangkan usaha menukar Khalid, tetapi pemimpin PAS itu menolak usaha itu, kata sumber PKR.
"Kami memberi semua bukti: kami beritahu beliau tentang lebuhraya Kidex, tentang rampasan Bible, kami memberi amaran PR boleh kalah di Selangor jika Khalid kekal sebagai menteri besar, tetapi beliau enggan mendengarnya.
"Hadi sangat menyokong Khalid, dan dalam PAS segala kata Hadi dipatuhi," kata pemimpin kanan PKR itu.
Pemimpin PKR itu berkata, Hadi diikat oleh Khalid melalui menantunya, Zaharudin Muhammad, yang dilantik sebagai pengurus kepada unit hal ehwal Islam dalam Perangsang Selangor, anak syarikat pelaburan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Khalid juga melantik Raja Idris Kamarudin, salah seorang yang rapat dengan Hadi, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) KDEB, kata sumber itu.
"Sesiapa yang mengawal KDEB dan Kumpulan Perangsang, akan mengawal sumber kewangan di Selangor.
"Raja Idris juga adalah sepupu kepada Sultan, jadi dengan beliau bersamanya, Khalid mempunyai kedua-dua istana dan PAS."
Sumber juga menambah bahawa Khalid menggunakan Raja Idris untuk mendedahkan maklumat – termasuk gerakan untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor – kepada abang Raja Idris, iaitu blogger popular Raja Petra Kamarudin.
Menurut sumber itu, Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak Hadi menjadi menteri besar Terengganu lagi apabila Raja Idris dilantik sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan CEO kepada TDM Berhad, anak syaraikat kerajaan negeri Terengganu yang paling besar.
Sumber itu juga berkata, golongan ulama dalam PAS juga lebih condong kepada Khalid.
"Banyak bajet negeri juga diberikan kepada Exco dari PAS; RM8 atau 9 juta diberikan untuk latihan yang terletak di bawah Exco Pendidikan, dan PAS bebas menggunakan dana itu sebagaimana mereka mahu," kata sumber itu.
Walaupun kumpulan Erdogan dalam PAS tidak senang dengan Khalid, mereka terpaksa mengikut kehendak Hadi dan kumpulan ulama, kata sumber PKR itu.
The Malaysian Insider juga difahamkan, semasa retreat DAP baru-baru ini, isu mengeluarkan Khalid menjadi topik hangat, di mana para pemimpin DAP berpendirian dia perlu ditukar segera.
"DAP bimbang kita mungkin kehilangan Selangor jika Khalid terus bersikap begini," kata pemimpin DAP kepada The Malaysian Insider, tanpa mahu namanya dinyatakan.
Katanya, sehingga kini, PAS menentang usaha ini tetapi mereka boleh mempertimbangkannya jika diberikan kerusi timbalan menteri besar sebagai jalan kompromi.
Sementara itu, langkah terakhir yang boleh dibuat oleh PKR dan DAP Selangor yang mahukan Khalid ditukar – termasuk kumpulan Adun Erdogan dalam PAS – adalah dengan cara membuat undi tidak percaya, kata sumber DAP dan PKR itu.
Tetapi ia boleh memberikan kesan negatif kepada PR, kerana PAS boleh meninggalkan pakatan itu begitu sahaja, katanya.
Sumber itu juga tidak menolak kemungkinan Khalid memohon agar DUN dibubarkan dan memanggil satu pilihan raya baru di negeri itu.
Tetapi tanpa keputusan bersama ketiga-tiga parti, Khalid akan terus kekal sebagai menteri besar dan terus membuat keputusan tidak popular dan tanpa sokongan daripada rakan-rakannya dalam PR, dan akan menyusahkan PR dan penguasaannya di Selangor. – 21 Jun, 2014.
hairan kenapa geng UG lebai2 ni selalu ada kedudukan dlm parti? org yg melantik ke bodoh atau ujian utk parti. pelik lah pas sekarang ni mcm nak jahanam ja, kalau dulu pas teguh suci dan org2nya ikhlas.
ReplyDeletelebai2 pas asyik nak cari pasal dgn org lain nk tunjuk hebat, aku tak boleh lupa menantu presiden kata khalid samad bodo, betul2 aku tak boleh terima. mulut celupar otak senget.
apakah mat sabu, khalid samad dr rani, salehuddin ayuh, husam, nizar jamaluddin, mahfuz, zulhazmi, suhaizan semua2 tu org yg kufur??? walaupun mereka bukan bkground pondok, mereka adalah org yg berilmu sbg mukmin dan beramal, juga menjaga amanah yg mereka pikul. mereka layak utk jwt yg mereka pegang, spt dlm Surrah Toha tentang Nsbi Musa, Allah sebut seseorg itu hendaklah kompeten dgn jwt yg dia nak pegang plus sifat jujur, baru amanah namanya.
Kalau lebai2 tu konon hebat, guna term2 arab yg org tak paham, tak semestinya mereka alim sgt dan mulia, buat kerja bagi menjadi, prove that you can do your job as expected, kerja adalah amanah, dilantik dan terima perlantikan, kerja kena beres. Sekarang kami nak tengok sumbangan para lebai yg selalu memberi masalah pd parti pas. apakah jasa dan sumbangan mereka kpd kemajuan parti???
kalau nak buat kerja dakwah saja tanpa terbabit dlm membela nasib rakyat, baik jadi free lance, dakwahlah seberapa byk pun org tak halang. Bila pakai label parti, jaga status kamu semua, jaga mulut, jaga tindaktanduk, jaga nama baik parti sbb parti bukan hak kamu seorang.