Bijak Dewan Ulama PAS ubah isu.
Mereka hentam DAP atas bawah konon kerana hudud.
PAdahal DAP marah dgn Presiden PAS kerana Presiden PAS mungkir janji serta langgar keputusan yang telah sama2 dibuat dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat.
Malahan, Haji Hadi berjanji untuk membincangkan deraf Private Bill terlebih dahulu sblm dibawa ke Parlimen namun janji tersebut juga dimungkiri.
Tiada kena mengena dengan hudud mahupun hukum syarak.
Makanya ugama mana kah Dewan Ulama PAS ikuti yang mana menghalalkan mungkir janji serta langgar persetujuan bersama seperti yang dilakukan oleh Haji Hadi Awang?.
Sekonyong2 diluluskan usul membatalkan kerjasama dengan DAP hanya kerana mahu melindungi siri perlanggaran dan pemungkiran janji yang telah dilakukan oleh Presiden PAS.
Inikah dia Islam yang diperjuangkan oleh Dewan Ulama PAS Pusat?
Kenapa Dewan Ulama PAS Pusat tak kutuk UMNO kernaa menipu atas darat dlm isu hudud di Kelantan?
Terang2 UMNO telah tipu PAS dan tidak membentang pindaan Akta 355?
Kenapa nak maki DAP pulak? Apa kena mengena DAP dgn kegagalan pindaan Akta 355?
Cuba jawab misteri ni
TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Published: 3 June 2015 7:16 PM
PAS hanya mahu membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP tetapi masih kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari , 3 Jun, 2015.
PAS hanya mahu membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP tetapi masih kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari , 3 Jun, 2015.
Dewan Ulama hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar dibawa Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik untuk membatalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama DAP.
Bagaimanapun beliau berkata, PAS hanya mahu membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP tetapi masih kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Kita beri amaran pada mereka yang menyerang dan ingin mengalihkan perjalanan landasan Islam.
"Kita tidak akan serah kepada kamu parti PAS dan dengan itu kita sekali menyarankan usul memutuskan hubungan dengan DAP namun tetap bersama PKR dan PR," katanya semasa berucap di Muktamar Dewan Ulama di Gombak hari ini.
Sejurus selepas Mokhtar membentangkan usul, wakil Perak Noor Azli Musa meminta kesemua 644 anggota sayap Dewan Ulama yang berada dalam dewan itu bangun sebagai tanda sokongan terhadap usul itu.
Meskipun pada awalnya pengerusi majlis itu berkata usul dibentangkan Mokhtar itu diterima tanpa perlu dibahaskan, namun seorang daripada perwakilan bangun meminta kepimpinan untuk meminda usul berkenaan.
Menurut perwakilan itu, biarpun bersetuju untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP, Majlis Syura perlu mengkaji kerjasama itu terlebih dahulu adakah ianya memberi kesan baik kepada perjuangan dan dasar PAS.
Bagaimanapun cadangan untuk meminda usul tersebut ditolak dan Dewan Ulama tetap dengan usul memutuskan kerjasama politik bersama DAP. – 3 Jun, 2015.
MENYUSUL LAGI
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dewan-ulama-pas-sebulat-suara-luluskan-usul-batalkan-hubungan-dengan-dap#sthash.ixcJGlyY.dpuf
Najib akan kekal sebagai PM dan UMNO akan terus berkuasa
ReplyDeleteMereka itulah ular dalam semak. Lebih baik PAS keluar dari PR yang ada DAP di dalamnya, berjuang secara bersendirian atau bergabung dalam BN bersama UMNO.
ReplyDeletePAS is gone! Dengan kalahnya suhaizat n pro-team jelas menunjukkan geng UG menguasai PAS! Bukan negative tp itulah kenyataan..sayonara PAS!
ReplyDeletePosted 7.46pm? Solat maghrib ke laut??
ReplyDeleteHadi adalah biawak hidup dlm pas..selagi hadi di situ,pas tak akan ke mana mana..tunggu sahajalah tepi kubur sementara tunggu rakyat dtg cabut nyawa.
ReplyDelete