Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Thursday, May 16, 2019

DI ANTARA M.B. YG ULAMA DENGAN M.B. YG KELAM

Laporan Berita Harian berkenaan lelongan
11 lot tanah milik PMBK
Lantaran pecahnya berita bahawa Maybank akan melelong 11 lot tanah milik Perbadanan Memteri Besar Kelantan (PMBK) di harian Berita Harian (rujuk gambar), MB telah ditanya berkaitan dengannya.

MB lantas menyuruh pihak media merujuk PMBK dlm isu ini.

Namun, tidakkah MB Kelantan sedar apa maksud PMBK yakni Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Bukankan MB Kelantan itu juga Menteri Besar Kelantan?

Ini adalah petanda betapa kelamnya MB Kelantan sehingga tidak sedar tanggungjawab yg beliau sendiri pikul.



DAPAT JAWATAN KERANA TITLE ULAMA BUKAN SEBAB KELAYAKAN

Hakikatnya MB Kelantan sekarang ini tiada yang boleh dibanggakan dari sudut prestasi beliau. Setelah sepenggal menjadi MB, apa kah yg boleh dibanggakan dgn kepimpinan beliau?

Satu2 nya projek unggul beliau adalah melaksana hudud di Kelantan. Lantas beliau membawa dan meluluskan Enakmen Syariah Kelantan 2017 yg mengandungi peruntukan Hudud, Qisas dan Takzeer. Setelah lulus, cuma menunggu pindaaan Akta Mahkamah Syariah 1965 sahaja.

Namun RUU365 yg dibawa oleh Presiden PAS di Parlimen hanya sekadar mencakupi bidang takzeer sahaja dan tiada peruntukan utk Hudud dan Qisas.

MB Kelantan juga pernah berjanji pada waktu itu kalau tidak berjaya melaksanakan hudud, maka dia akan letak jawatan. Rakyat Malaysia masih menunggu perlaksanaan janji tersebut memandangkan Presiden PAS teragak2 untuk membawa usul RUU365 ke Parlimen akibat kerap kali tangguh. Juga, UMNO juga telah mungkir janji dan akhirnya tidak menyokong usul Presiden PAS itu. Padahalnya, rakan2 PAS dlm Pakatan Rakyat kesemuanya telah memberi tahu  sedari awal bahawa UMNO tidak akan memenuhi janji mereka. Yg UMNO kehendaki hanyalah memecahkan Pakatan Rakyat sahaja.

Tapi UMNO tetap dimaafkan oleh Presiden PAS di atas pengkhianatan mereka walaupun jelas UMNO telah sabotaj perlaksanaan hukum Allah di Kelantan. Perlakuan mengkhianati hukum Allah SWT boleh dimaafkan oleh ulama2 PAS kerana wang UMNO telah mengalir deras di dalam PAS pada masa itu.

Selain dari "Projek Hudud" yg gagal dan tiada nilai itu, kita juga mendengar khabar dari mantan Perdana Menteri bahawa gaji para kakitangan Kerajaan Negeri di bayar oleh Kerajaan Pusat.

MalaysianInsight melaporkan:



Malang sekali kerana di bawah kepimpinan arwah Tok Guru Nik Aziz, Kelantan tidak pernah sekali bergantung kepada kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan negeri. Kalau gaji kakitangan negeri pun terpaksa bergantung kepada Pusat ertinya kerajaan yg memerintah Kelantan bukan lagi kerajaan  PAS tapi sudah jadi kerajaan UMNO.
'





ADAKAH MB KELANTAN BERJAYA SEBAGAI ULAMA?

Hakikatnya, MB Kelantan sekarang hanyalah menjadi MB semata-mata kerana imej ulama beliau hasil dari kepimpinan Tok Guru. Pun begitu, tidaklah terserlah ilmu MB Kelantan skrg berbanding dgn arwah Tok Guru dulu yg mampu berijtihad dlm banyak isu semasa dan memberi solusi Islam kepada permasalahan2 yg melanda negara pada masa beliau menjadi MB. Rakyat Malaysia umumnya tidak kira kaum dan bangsa serta agama menghormati Tok Guru Nik Aziz namun MB Kelantan sekarang ini seperti tidak wujud di minda rakyat Malaysia.

Tok Guru Nik Aziz dahulu menjadi penyebab ramai rakayt Malaysia berminat dgn Islam. Ramai yg masuk Islam asbab Tok Guru dan ramai yg bertukar menjadi muslim yg baik kerana beliau. Jauh beza dgn MB Kelantan sekarang yg tidak mampu menjana kekuatan dakwah seperti arwah Tok Guru.

Ini bermaksud sebagai ulama pun MB Kelantan gagal. 

PENUTUP

TIdak keterlaluan kita katakan bahwa MB Kelantan sekarang adalah MB yg kelam dari segi serba serbi. 

Dari sudut agama pun kita tak nampak apa-apa sumbangan yg jelas kepada agama dan rakyat Malaysia.

Dari sudut pentadbiran keduniaan pun tidak nampak apa2 yg melayakkan beliau menjadi seorang Menteri Besar.

Hanya menjual title ulama semata2 maka beliau ditabalkan MB. Inilah contoh jelas bagaimana agama dijual utk jawatan dan kepentingan dunia.

Peristiwa MB Kelantan mengingatkan kita kepada tanda2 kecil kiamat seperti yg dinyatakan oleh Baginda SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَكَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَإِذَا أُسْنِدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ.

]صحيح البخاري كتاب الرقاق باب رفع الأمانة حديث رقم 6496[
Daripada Abu Hurairah RA mengatakan Rasulullah SAW bersabda: “Jika sifat amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kedatangan hari kiamat (tanda kiamat semakin dekat).” Lalu seorang sahabat bertanya: “Bagaimanakah yang dimaksudkan sifat amanah disia-siakan ya Rasulullah?.” Baginda menjawab; “Jika diserahkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari kiamat.”    (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 6496).


TULANG BESI

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

KOMEN RAWAK YG DIKUTIP DARI FACEBOOK

"Bila pihak media tanya MB Kelantan, Ahmad Yaakob tentang lelongan 11 lot tanah Kjaan Negeri yg di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) oleh pihak Maybank,beliau suruh tanya PMBK..Padahal Ahmad Yaakob tu sendiri adalah Pengerusi PMBK..

Nampak x betapa lemah nya Ahmad Yaakob..Habis tanah kerajaan tergadai..Pulak tu, dia sendiri pengerusi, tp dia sendiri x boleh jawab..Lepas ni mesti ada walaun kata aku lawan Ulamak dan khadam Kapir harbi.."



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.