Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Thursday, May 16, 2019

MENJAWAB ARTIKEL WAN JI WAN HUSSIN BERKAITAN KEWAJIBAN HUKUM REJAM

MENOLAK HUKUM REJAM ADALAH AJARAN KHAWARIJ

Merujuk kpd artikel Ustaz Wan Ji Wan Hussain yg disiarkan oleh Malaysiakini pada 2 Apr 2019 bertajuk “Tiada huikum rejam dlm Al Quran”
(https://m.malaysiakini.com/news/470505), saya ingin memberi pandangan saya.

1) Kata Wan Ji: Ustaz Wan Ji berhujjah bahwa hukuman Rejam tidak wajib krn ia tidak disebut di dalam Al Quran. Beliau merujuk kpd kenyataan Prof Muhammad Abu Zahrah yg dikeluarkan pada tahun 1970an di Libya.

Bahawa Prof Abu Zahrah mengatakan bahawa hukuman rejam ini bukan dari Islam tapi berasal dari Yahudi ataupun syariat kaum Yahudi

JAWAPAN: Adakah Ustaz Wan Ji hendak mengatakan para ulama2 dari zaman para Sahabat selama 1400 tahun telah berbuat kesilapan dan telah mewajibkan hukum yg tidak wajib?

Adakah Ustaz Wan Ji hendak berkata yg ulama2 selama 1400 tahun telah membuat bidaah yg mungkar?

Dari segi logik akal pun tidak masuk akal sama sekali apa yg didakwa oleh Ustaz Wan Ji. Mustahil tiada seorang pun ulama2 dahulu selama 1400 tidak mengetahui yg hukum Rejam ini tidak tsabit dlm perundangan Islam.

2) Ustaz Wan Ji berkata lagi: “Jika mahu dihuraikan segala hujah beliau, sudah pasti memerlukan satu artikel yang terlalu panjang. Mungkin sahaja mencapai sebuah buku.”

JAWAPAN: Sekiranya kita menulis nama2 ulama yg mentasbitkan kewajiban hukum rejam dari zaman Sahabat ke zaman kita sekarang ini, nescaya akan memenuhi lebih dari sebuah buku.

Dari Saidina Umar ibnu Khattab, Saidina Ali, Ibnu Umar, Ibnu Abbas kpd Tabiin spt Ikrimah bin Ammar, Ibrahim An Nakhaie kpd Imam2 yg empat kpd Al Auzaie, Ibnu Abdul Barr(Mazhab Maliki), Ibnu Qudamah (Hanbali) membawa kepada Imam Nawawi, Ibnu Hajr Asqalani, Ads Dzahabi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Katsir, At Tabari, Ibnu Qutaibah dan di zaman moden kita pun beribu2 ulama yg mentsabitkan hukum ini.

Kalau dimuatkan semua hujjah2 mereka, nescaya akan memakan ruang lebih dari 200 jilid.

3) Ustaz Wan Ji berkata bahawa hujjah paling utama menolak hukum Rejam adalah ketiadaan hukum ini dalam Al Quran.

JAWAPAN: Hujjah Wan Ji ini adalah hujjah lama yg diulang cetak. Hujjah ini telah wujud di zaman para Sahabaat tapi dikeluarkan oleh kumpulan Khawarij

Sbg bukti, merujuk kpd tulisan Imam Nawawi dlm kitabnya “Minhaj Syarah Sahih Muslim:”di bawah Kitab Hudud dan Bab “Itsbat Hukum Rejam utk Penzina”( jilid 11 ms 284):

فأخشى إن طال بالناس زمان ان يقول قائل : ما نجد الرجم فى كتاب الله فيضلوا بترك فريضة هذا الذين خشية قد وقع من الخوارج ومن وافقهم كما سبق بيانهم

TERJEMAHAN: “…saya khuatir sesungguhnya terdapat manusia di zaman (ini) yg antaranya berkata; “Kami tidak berjumpa hukum rejam di dalam Al Quran maka mereka menjadi sesat dgn meninggalkan ajaran yg dari mereka yg takut (kpd Allah) (dan) mereka ini telah jatuh (ke dalam) fahaman Khawarij dan seperti yg telah mereka persetujui dahulu”

Kenyataan Imam Nawawi di atas membuktikan hujjah Ustaz Wan Ji itu hanyalah hujjah yg diulang kembali dari kumpulan Khawarij yg mana Khawarij menolak hukum rejam atas sebab ianya tidak ada dalam Al Quran.

4) Ustaz Wan Ji juga menulis: “Pertama, bagi kesalahan zina, al-Quran hanya menjelaskan bahawa hukuman yang dikenakan ialah 100 sebatan. Hukuman yang dilakukan itu pula bersifat amat ehsan.”

JAWAPAN:

Malangnya Ustaz Wan Ji tidak merujuk kpd tafsiran Ibnu Abbas akan ayat 15 Surah Al Maaidah yg dinaqal dari kitab Al Mustadrak Al Hakim - hadeeth 8133:

8133 - أخبرنا أبو العباس القاسم بن القاسم السياري ، ثنامحمد بن موسى الباشاني ، ثنا علي بن الحسن بن شقيق ، أنبأ الحسين بن واقد ، ثنا يزيد النحوي ، عن عكرمة ، عنابن عباس ، رضي الله عنهما قال : " من كفر بالرجم فقد كفر بالقرآن من حيث لا يحتسب ، قوله عز وجل : يا أهل الكتاب قد جاءكم رسولنا يبين لكم كثيرا مما كنتم تخفون من الكتاب فكان الرجم مما أخفوا "
. هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه .
TERJEMAHAN:

Berkata Ibnu Abbas RA:

TERJEMAHAN:"Sesiapa yg mengkufuri hukuman rejam maka dia telah mengkufuri Al Quran dengan (dia) tidak mengambil perkiraan firman Allah SWT : {Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci} …maka pada masa itu hukum rejam lah yg mereka (kaum Yahudi) sembunyikan”

(Hadeeth ini berisnad sahih)

Ibnu Abbas juga berdalilkan dgn Al Quran yg mana menunjukkan bahawa sesiapa mengkufuri hukum REjam maka dia mengkufuri Al Quran terutamanya ayat 15 surah Al Maidah.

Hadeeth ini jelas menunjukkan kedudukan hukum Rejam dlm perundangan Islam yg mana tiada keraguan akan kedudukan hukum tersebut dlm perundangan Islam seperti yg disahkan oleh Ibnu Abbas dalam hadeeth di atas.

6) Ustaz Wan Ji berdalilkan dgn pendapat Prof. Muhammad Abu Zahrah yg mana kata beliau sudah mendapat penerimaan yg banyak dari ulama2 kontemporari termasuk Yusuf Qardhawi

JAWAPAN: Ulama2 zaman moden ini menolak hukum Rejam krn mereka tunduk kpd desakan dan kritikan Orientalist2 Yahudi dan Nasrani.

Oleh kerana ketiadaan hujjah yg rational utk menyokong hukum Rejam maka ulama2 ini rela tunduk kpd desakan orientalis2 Yahudi dan Nasrani.

Menghormati agama lain tidak bermakna kita orang Islam mengubah ugama kita demi mendapat keredhaan mereka.

Sedangkan Tun Salleh Abbas dlm satu forum bila ditanya berkenaan hukum rejam beliau berkata hukum ini tidak zalim sama sekali bagi mereka yg memandang zina itu keji dan mungkar.

Kesimpulannya:

1) Hukum rejam dlm Islam adalah tsabit dgn Ijma para Sahabat menandakan bahawa tidak ada keraguan walaupun sedikit akan kewajiban melaksana hukum tersebut dan kedudukannya di dalam hukum syarak
2) Mustahil ulama2 sepanjang 1400 tahun boleh berbuat silap dgn mewajibkan hukuman yg bukan dari hukum syarak
3) Pendapat kononnya hukuman ini tiada dlm Al Quran adalah pendapat yg dating dari kaum Khawarij bukan dari Islam

Sekian

Abdul Rahman Abdul Talib

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

1 comment:

  1. Tahniah tuan.

    Penjelasan yang baik.

    Cuma kaedah label-melabel yang menunjukkan Umat Islam berpecah belah kena dikurangkan.

    Pelbagai mazhab yang ada masih mengesakan Allah SWT dan mengakui kenabian Muhammad SAW.

    Perbincangan ilmiah yang membuka minda mesti diteruskan.

    Tak kira pro atau kontra.

    Tahniah sekali lagi atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.