Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 14, 2019

Skandal "Kartel Dedak" Buktikan Wang UMNO Terus Menerus Memecah Belahkan PAS

Pendedahan menantu Presiden PAS, Ustaz Zahirudin Muhammad (lebih dikenali sbg Din Ayam) mendedahkan kesah sebenar di belakang apa yg telah berlaku kepada PAS semenjak sebelum dan selepas Pemilihan 2015.

Pemilihan 2015 menampakkan pihak yg menolak janji2 kosong UMNO berkenaan hudud telah dibersihkan dari kepimpinan PAS Pusat (juga dikenali sbg G18).

Zahirudin menampakkkan kekecewaan beliau yang amat mendalam kepada kumpulan yg beliau namakan KARTEL DEDAK.

Nik Abduh pula di dalam pengakuan audio beliau berkata semua ulama2 PAS mendapat duit dari UMNO dan menggunakannya.

Malahan, Din Ayam begitu benci dgn Nik Abduh dan dia tidak segan utk menunjukkannya.

Semua serangan Din Ayam jelas ditujukan kpd Nik Abduh.

Bagi yg mahir membaca sifir politik, di belakang tabir telah berlaku gerakan yg sangat agresif meminggirkan Din Ayam dari persada politik PAS.

Dikhabarkan dlm pemilihan PAS yg lepas ini, Din Ayam serta orang2 nya ramai yg "gugur" seperti gugurnya G18 dalam tahun 2015.

Dan proses peminggiran ini telah hampir berjaya tampaknya sehingga sudah tidak kelihatan Din Ayam ini dalam mana2 acara penting yg melibatkan PAS.

Pihak "Kartel Dedak" menyangka telah tamatlah riwayat politik Din Ayam.

Namun, meleset sekali sangkaan Kartel Dedak ini.

Din Ayam masih menjadi tumpuan kerana beliau adalah menantu Presiden PAS.

Dgn bantuan media sosial, Din Ayam telah membawa pertempuran belakang tabir selama ini kepada depan tabir.

Din Ayam menggunakan kredibiliti beliau sbagai menantu utk menarik perhatian seluruh pelusuk dunia.

Maka,terdedahlah perpecahan dan persengketaan yg selama ini ditutup dan tidak diketahui ramai.

Din Ayam pun merasakan ini sahajalah jalan yg ada pada beliau utk terus hidup dlm persada politik PAS.

Walau apa pun, jelas sudah bahawa ulama2 PAS sudah tidak segan silu menggunakan wang dari UMNO utk menjalankan akitivit2 politik mereka samada dalaman mahupun luaran.

Cuma kali ini mereka telah tersalah guna dan wang yg mereka gunakan itu sedang memakan diri mereka.

Mungkin ini balasan dari Allah SWT keatas mereka2 yg menjual agama Allah SWT dgn harga yang sangat murah.

Tindakan terkutuk dan keji ulama2 PAS ini bakal memakan diri mereka sendiri.

Ini belum lagi bermula episode ulama2 PAS diseret ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan SRC International.

Sama2 kita saksikan pembalasan dari atas langit.

Kasihan juga melihat pewalak2 PAS yg bekerja siang malam sedangkan ulama2 mereka bermewah dgn wang dari UMNO.

Si Luncai terjun dengan labu labu nya. Biarkan Biarkan.

TULANG BESI


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX




SEMUANYA BERPUNCA DARI DEDAK UMNO.

'Perang saudara' di antara menantu Hadi iaitu us Zaharudin @ Din ayam dengan Nik Beduh nampaknya berterusan. Isunya semua pasal 'dedak umno".

Geng2 Nik Beduh tuduh Din Ayam yg rakam dan sebarkan rakaman suara Nik Beduh dlm satu pertemuan tertutup di mana Nik Beduh mengaku bahawa memang ramai pimpinan lebai yg makan duit Umno (dedak). Apabila rakaman ini tersebar, awalnya Nik Beduh buat muka toya je, tidak mengaku itu suaranya bahkan tergamak dia jual nama arwah ayahnya Tok Guru Nik Aziz kononnya beliau juga difitnah seperti arwah ayahnya pernah difitnah.

Tuhan mahu tunjuk kat kita bahawa berhati2 dgn lebai pakai ketayap tapi kuat menipu. Akhirnya kantoi. Bukan sahaja suara rakaman itu disahkan asli adalah suara Nik Abduh melalui ujian audio makmal di london, tetapi sikit demi sedikit didedahkan sendiri oleh beberapa pimpinan lebai yg turut hadir sewaktu pertemuan tertutup tersebut di mana mereka mengesahkan itu memang suara Nik Beduh. Ertikata lain, memang benar, Nik Beduh mengaku ramai pemimpin utama lebai yang telah makan 'dedak umno'. Akhirnya, mahu tidak mahu, anak arwah tok guru ni pun tebalkan muka seperti tebalnya serban Tontowi, mengaku itu memang suaranya. Dia terpaksa berbohong 'syarie" dan pembohongannya itu direstu oleh Murobbinya, Hadi Awang. Ertikata lain, wlaupun menipu itu berdosa apatah lagi menipu ahli jemaah sendiri, tetapi hukum itu boleh berubah mengikut "fatwa" Hadi Awang. Tidak pelik kalau Hadi restu untuk menipu kerana seorang kaki fitnah seperti Hadi ini menipu itu perkara kecil saja. Nak saya senaraikan fitnah2 Hadi? Maaf, tak cukup ruang dan masa.

Tuduhan geng2 Nik Beduh ini terhadap Din Ayam amat tidak disenangi oleh Din Ayam. Ye lah, kamu yang kenyang makan dedak, lepas tu tidak mengaku, kemudiannya menipu, lepas tu tuduh Din Ayam yang kantoikan dia. Mahu Din Ayam tidak mengamuk?

Itulah akibatnya apabila orang agama telah terpedaya dgn dedak dunia. Orang alim yg jahat lebih Allah murkai dari orang jahil yg jahat.

WFAUZDIN NS

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

4 comments:

Anonymous said...

Nampak gaya tuang presideng dah buang menantu dia ke bawah bas - throw din ayam under the bus!!!

duit kertas dan syiling lama untuk dijual said...

Tidak habis habis, apa nak jadi

Puaka Rimba said...

Dedak punya pasal....menantu dan mertua boleh bertumbuk.....duit panas tidak berkat macam tu lah natijahnya.....Lobai...Lobai...

Anonymous said...

p mana bro? cuci akai ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.