Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Monday, September 30, 2019

Dah Kalah Buat Cara Kalah. Hentikan Kempen #BMF yg Sia Sia

*Dah Kalah Buat Cara Kalah. Hentikan Kempen #BMF yg Sia Sia*

Ramai tidak sedar, kempen #BMF (Buy Muslim First) adalah kempen yg bermula dgn kempen "Boikot Cina".

Kempen "Boikot Cina" adalah kerana perasaaan terkilan yg amat sangat pihak2 berkaitan dgn PAS kerana kekalahan pilihanraya 2018.

Kempen bersifat begini bukan hasil tangan UMNO. UMNO sememangnya bersedih di atas kekalahan tapi mereka tidak terkilan. Mereka sudah pun merasa selama 60 tahun. Mereka tidak terkilan.

Tapi, PAS pula sudah pun merasa hampir pasti masuk kerajaan Pusat. Begitu konfiden sehingga Presiden PAS melepaskan kerusi DUN yg beliau tandingi sejak 1982. Mrk sudah begitu yakin mrk akan masuk kerajaan Pusat.

Tapi, segala-gala nya hancur lebur bila PH memenangi PRU 2018.

Akibatnya PAS bukan sahaja bersedih tetapi amat amat terkilan dan kempunan.

Atas sebab itulah sehingga sekarang Haji Hadi Hadi tak berhenti2 meracau.

Akibat dari kempunan. Akibat dari terkilan maka Haji Hadi dan PAS semakin lama semakin meracau semakin hilang kewarasan.


Kempen Boikot CIna dan #BMF ni adalah bersumber dari perasaan kempunan pimpinan2 PAS. Tiada bukti ianya diarahkan pimpinan2 PAS tapi pendorong adalah perasaan kempunan pimpinan2 tertinggi.


Hentikanlah kempen #BMF ni. Dah kalah buatlah cara kalah.

Jadilah pembangkang yg berhemah dan bermaruah

Tak elok nak hukum pengundi2 Cina semata2 mereka tidak mahu menyokong kamu.

Mereka pernah mengundi PAS tapi Presiden PAS mengkhianati mereka. Bukan salah mereka tapi salah Presiden PAS.

⧭⦽TULANG BESI





www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Sunday, September 29, 2019

Mengapa PAS Tidak Mendesak Pembunuh Wan Ahmad Faris Diseret ke Mahkamah?

*Mengapa PAS Tidak Mendesak Pembunuh Wan Ahmad Faris Diseret ke Mahkamah?*

Hairan sangat PAS. Apabila berlaku kes Wan Ahmad Faris, dengan mudah YIK dan Kerajaan Kelantan menerima laporan bedah siasat kononnya Wan Ahmad Faris mati membunuh diri.

Dari logik akal pun mustahil seorang pelajar Tahfiz yg muda mcm tu akan membunuh diri.

Maka bapa dan ibu Wan Ahmad Faris mendesak kerajaan mengadakan Inkues. Mereka menolak mentah2 laporan bedah siasat tersebut.

Akhirnya, mereka mendapat inkues dan Mahkamah Koroner mendapat keputusan bahawa Wan Ahmad Faris dibunuh bukan membunuh diri.

Sepanjang proses sejak 2016, kerajaan Kelantan dan PAS terutamanya tidak memberi apa2 bantuan atau sokongan kepada keluarga Wan Ahmad Faris. Ini kerana YIK dengan mudah dan tanpa usul periksa menerima laporan bedah siasat.

Kasihan keluarga Wan Ahmad Faris. Terpaksa mengharungi segala rintangan dlm keadaan tiada sokongan sama sekali dari PAS mahupun kerajaan Negeri KElantan. Seolah2 kerajaan Kelantan yg mengaku kerajaan Islam ini tidak ada akal yg sehat.

Rakyat dan umat Islam ternanti2 kenyataan kerajaan Islam Kelantan mendesak Polis menangkap pembunuh Wan Ahmad Faris memmandangkan Wan Ahmad Faris adalah rakyat negeri Kelantan negeri yg diperintah PAS.

Tapi sayangnya tiada. Malahan, PAS lebih sebuk dgn Allahyarham Adib yg bukan rakyat negeri yg diperintah PAS dan kejadian pun berlaku di Selangor.

Tanggungjawab sendiri pun diabaikan tapi menyibuk hal orang lain.

TULANG BESI


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Dibawah adalah komen Che Ibrahim dari Negeri Kelantan:


Mengapa Pas tak pernah mendesak pembunuh Wan Ahmad Faris diheret segera setelah Mahkamah Koroner pada tahun 2016 mengesahkan beliau mati dibunuh oleh pembunuhnya yang masih bebas?

1. Mangsa adalah anak tunggal kepada sebuah keluarga di Kelantan, sebuah negeri yg didakwa negeri Islam dan belajar di sebuah Maahad Tahfiz "kelas A" di bawah kawalan YIK/Kerajaan Kelantan.

2. Kerajaan Kelantan dan YIK dengan mudahnya menerima laporan bedahsiasat yg mengatakan pelajar tersebut mati bunuh diri sehingga keluarga mangsa terpaksa memohon inkues di Mahkamah Koroner, berbeza dgn Kes Adib di mana Kerajaan yg mengarahkan inkues tersebut.

3. Kerajaan PH bukan sahaja mengambil berat tentang kematian Adib, bahkan telah banyak membantu keluarga Adib, berbeza dgn kes kematian Wan Ahmad Faris yg tidak pernah mendapat perhatian kerajaan, apalagi membantu dan bersimpati dengan keluarga Wan Ahmad Faris.

4. Pengetua dan guru guru yang bertugas di Maahad Tahfiz tersebut tidak pernah dimarah atau dipanggil utk dikenakan apa apa tindakan sedangkan mangsa dibunuh semasa berada di asrama maahad tersebut, yakni dibawah jagaan sekolah dan asrama sekolah.


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, September 27, 2019

Selepas Inkues Adib, Inkues Asy Syahid Uthman Talib Lubuk Merbau Wajib Diadakan


Hasil inkues Adib dilaporkan media2 utama antara lainnya seperti berikut:


Maka perlulah Tulang Besi memohon supaya diadakan inkues dlm bentuk yg sama kepada Allahyarham Uthman Talib yg meninggal dunia dipukul dgn senjata tumpul di kepala beliau.
Kes tersebut telah berlalu begitu lama tanpa apa2 keadilan mahupun kesaksamaan diberikan kepada kaum keluarga ASy Syahid Uthman Talib

Lebih2 lagi antara pemimpin UMNO yg terkait rapat dgn peristiwa Lubuk Merbau ini adalah DS Najib Tun Razak sendiri.


Jikalau merujuk kepada Wikipedia berkenaan Perstiwa Lubuk Merbau ini dilaporkan:

Kemungkinan peristiwa memukul dan membunuh petugas PAS ini berlaku krn ingin menunjukkan kpd Ketua Pemuda UMNO masa itu akan kehebatan dan kesetiaan mereka. Lantas yg terkorban adalah Asy Syahid Uthman Talib

Suhaimi Said sebagai lawyer kpd Asy Syahid telah cuba menerbitkan buku berkenaan peristiwa berdarah Memali tapi beliau di tangkap ISA dan buku diharamkan.

Asy Syahid Uthman Talib adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam sama seperti Adib juga. Dia berhak mendapat keadilan dan kesaksamaan.

Najib Tun Razak wajib disiasat di dalam penglibatan beliau di dalam peristiwa ini.

WAJIB KERAJAAN PH MENGADAKAN INKUES PERISTIWA LUBUK MERBAU DAN KAITANNYA DGN NAJIB TUN RAZAK

Ini kernaa suspek utama pembunuhan adalah pemuda2 UMNO dan waktu kejadian Najib berceramah 2km dari tempat kejadian.

Keadilan bukan hanya utk Adib tetapi utk Asy SYahid Uthman Talib

LIve Audio Tulang Besi berkenaan Inquest Adib


TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini



Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jump to navigationJump to search
Peristiwa Lubuk Merbau 1985 berlaku apabila dua petugas jentera pilihan raya PAS telah dibelasah oleh kumpulan yang tidak di kenali,penyokong PAS percaya dua petugas terbabit di serang oleh penyokong UMNO di Felda Lubuk Merbau,Padang Terap,,negeri Kedah. Ketika itu kedua-dua belah parti sedang sibuk berkempen dalam Pilihan raya kecil Padang Terap 1985.

Lebih kurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil Nor,dalam masa yang sama dipihak UMNO,turut berceramah di situ ialah Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak kini Perdana Menteri kempen ceramah itu diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau.dalam kesibukan kempen piliharaya tersebut,petugas jentera PAS telah di beritahu bahawa dua angota jentara PAS telah di pukul semasa Memasang poster dan bendera parti,dari itu satu kumpulan telah datang untuk membantu mangsa tersebut,kumpulan tersebut mendapati Dua petugas bergelimpangan di dalam longkang.

Kumpulan petugas tersebut telah membawa mangsa ke hospital dan telah meninggal dunia. Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak diatas kepalanya, walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah.ekoran dari kejadian tersebut Suhaimi Said dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam, telah pergi ke Balai Polis Lubuk Merbau untuk membuat laporan polis. Antara mereka yang hadir ialah Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun. selepas peristiwa tersebut Suhaimi Said telah menulis sebuah buku

Buku tersebut bertajuk 'Peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau' dan 'Peristiwa bergambar Felda Lubuk Merbau' belum sempat di edarkan secara meluas kerajaan bertindak mengharamkan buku tersebut dan penulisnya Suhaimi Said telah ditahan di bawah ISA.[1]


Antara mangsa dalam tragedi Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah :

Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajam
Nasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepala
Shamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.
Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.
Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.
Osman bin Talib - retak di kepala dan terbunuh.
Sehingga kini, kes tersebut tidak dapat diselesaikan.[2]

Ahli parlimen Jerai, Ismail Arshad menjelaskan bahawa pada tahun 1985 hanya terdapat 3000 pengundi di Lubuk Merbau dan hanya 4 keluarga sahaja yang menyokong parti PAS.Jentera petugas PASdalam bilangan yang ramai datang dari seluruh negara untuk membantu jentera PAS .PAS mengarahkan satu kumpulan terdiri seramai 200 Pemuda di arahkan utk menjaga keselamatan petugas jentera kempen piliharaya,dan pemimpin PASmenyatakan jika petugas terkorban dalam menjalankan tugas menjaga keslamatan petugas,ianya akan di istilahkan "Jihad" dan diingatkan bahawa darah mereka jika tumpah adalah mati syahid. Ustaz Othman Talib yang merupakan AJK PAS pusat yang meninggal dunia itu tinggal di Bukit Raya dalam daerah Kota Setar. Tragedi berlaku di kawasan Lubuk Merbau dalam kawasan Padang Terap.DYMM telah bertitah berkaitan tragedi tersebut Yang di Pertuan Agong agar rakyat semua bersederhana, tidak keterlaluan dan tidak melampau,dan ianya adalah seruan yang amat baik.

Susulan dari kejadian tersebut siri-siri gangguan telah berlaku menambahkan lagi kusutan apabila ceramah oleh PAS telah diganggu oleh pemuda-pemuda UMNO. Pada hari itu polis PDRM telah merampas 30 bilah parang yang di bawa ke Felda Lubuk Merbau yang dibawa oleh pengikut / penyokong kedua-dua parti.]].[3]


Pada 5 November 2008, Pondok Polis Lubuk Merbau hanya mempunyai 3 anggota sahaja sedangkan penduduknya bertambah kepada 10,000 orang. Ahli parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria berharap Kementerian Dalam Negeri mempercepatkan usaha menaik tarap pondok polis tersebut.[4]

Bahas di Parlimen
Pada 11 April 1985, perbahasan tentang kewajaran tragedi pembunuhan di Felda Lubuk Merbau. Ahli parlimen Bagan Serai, Abdul Rahman Suliman mempersoalkan kewajaran parti PAS melabelkan penyokong PAS yang mati itu sebagai mati syahid . Sesiapa yang berjuang dalam parti jika mati akan mati syahid seperti "Peristiwa di Lubuk Merbau"; Jika mati melalui partinya kuburnya akan cerah; Jika sembahyang dengan meletak lambang partinya di bawah sejadah akan lebih mendapat banyak pahala; Jika sedar apakah tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menghalang perkara-perkara seperti ini dari terus berlaku.[5] Abdul Rahman Suliman juga kesal dengan penyebaran risalah 'Peristiwa Berdarah di Lubuk Merbau' di dalam dan luar negara bagi menghasut rakyat.[6]

Pada di parlimen, ahli parlimen Mamat Ghazalee Abdul Rahman minta penjelasan tentang "Peristiwa FELDA Lubok Merbau" semasa Pilihan raya Kecil Padang Terap baru-baru ini, mengapa peristiwa tersebut berlaku, berapa ramai orang yang terlibat, dan berapa mangsa-mangsanya. Tidakkah peristiwa tersebut menjadi amaran terhadap kemungkinan ancaman daripada anasir-anasir tidak diingini kepada proses pilihanraya umum akan datang. Apa tindakan-tindakan untuk menjamin proses pilihanraya umum di negara ini berjalan licin, aman tenteram tanpa huru-hara.


Datuk Nik Aziz Nik Mat pula minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan sebab-sebab yang menghalang pihak polis tidak bertindak mencegah peristiwa serangan liar oleh segolongan samseng di Lubuk Merbau Padang Terap, Kedah pada 18 Januari 1985 terhadap petugas-petugas Pilihanraya PAS sehingga berlakunya beberapa orang luka parah dan seorang darinya mati akibat kejadian itu,oleh kerana sehari sebelumnya laporan (report) telah dibuat kepada petugas di Balai Polls Naka iaitu sebagaimana Naka PC. Report No. 98 j 85 dengan disertakan satu salinan surat ugutan bertulis oleh orang-orang yang bercadang untuk melakukan tindakan itu telah ada dalam pengetahuan pihak polls sama ada pihak polis telah diarah sesuatu menyebabkan pihak polis tidak berani untuk mencegah kejadian itu daripada berlaku.[7]

Pada 1985, Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa kecewa kerana pihak polis lambat bertindak sehingga Ustaz Othman Talib terbunuh dan Pak Ayub cedera di Felda Lubuk Merbau. Orang ramai semakin gelisah terhadap kecekapan sistem keadilan di negara ini. Menteri Datuk Radzi Sheikh Ahmad menjelaskan bahawa penyiasatan 'Inquest' telah dijalankan pada 30 Mac 1986.

Pemimpin DAP , Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan kerajaan yang menahan 9 orang mahasiswa yang menonton video mangsa tragedi Lubuk Merbau pada Januari 1985. Mahasiswa tersebut dikenakan tindakan di bawah AUKU.[8] And here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, September 25, 2019

PEROBOHAN DI PAYA JARAS ITU DISOKONG OLEH PAS SEJAK AWAL

*PEROBOHAN PAYA JARAS ITU DISOKONG OLEH PAS SEJAK AWAL*

Perobohan Kampung Kedondong di Paya Jaras telah ditangguk oleh PAS kononnya nak tunjuk mereka membela nasib orang Melayu yg ditindas oleh kerjaaan negeri Pakatan Harapan.


Malangnya, ini zaman IT maka rakyat umum telah mengetahui bahawa sejak mula lagi PAS telah menyokong perobohan Kampung tersebut. Malah, arahan perobohan tersebut dikeluarkan oleh Exco PAS pada tahun 2015.

PAS secara rasmi dan bertulis menyetujui perobohan ini tanpa ragu2 dan segan.

Malahan, ketiga2 exco PAS yg ada dlm kerajaan negeri masa itu TIDAK MENENTANG SAMA SEKALI terhadap arahan ini.

Tiada sebab utk sesiapa meragui bahawa perobohan ini adalah atas persetujuan PAS.

Maka, tindakan PAS sekarang ini kononnya membela mangs perobohan adalah tindakan hipokrit dan talam dua muka. Sikap lidah bercabang ulama2 PAS ini terdedah dgn isu ini secara jelas.


ALLAH SWT MENDEDAHKAN SIKAP HIPOKRIT ULAMA2 PAS

Bagi Tulang Besi peristiwa Paya Jaras ini adalah cara Allah SWT mendedahkan sikap lidah bercabang ulama2 PAS supaya manusia ramai tidak lagi tertipu dgn sandiwara mereka.  Juga, supaya manusia tidak lagi mengambil maklumat agama dari mereka.


Orang Islam di Malaysia sudah terlampau lama tertipu dgn kata2 ulama PAS. Masanya telah tiba utk umat Islam di Malaysia berhenti mendengar kata2 ulama PAS.

Sekiranya kita masih terus mendengar kata2 agama dari ulama PAS maka kita akan dipertanggungjawabkan di Padang Mahsyar kelak.

KESIMPULAN

Syukur kpd Allah SWT kita dapat melihat sikap pembohong dan penipu ulama2 PAS sebelum kita bertemu dgn Allah SWT

Sekian

TULANG BESI










www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

TULANG BESI SUDAH LEBIH AWAL BERDOA DEPAN KAABAH BERBANDING RIDHWAN MAT NOR

*TULANG BESI SUDAH LEBIH AWAL BERDOA DEPAN KAABAH BERBANDING RIDHUAN MAT NOR*


Baru ni Ridhuan Mat Nor, ulama jadian2 dlm PAS, telah mencabar org ramai membuat beberapa doa di hadapan Kaabah yg agak berat ke atas Pakatan Harapan.

Doa yg berkehendak supaya Pakatan Harapan kalah dalam PRU hadapan. 

Jelas doa yg dimulakan oleh puak2 desperado

Wahai Ridhuan Mat Nor. Tulang Besi dah mendahulu kamu 10 tahun yg lepas.

Antara doa Tulang Besi adalah mendedahkan sikap munafiq puak kamu yg pada masa itu kerap berbohong kpd ahli2 PAS kononnya kamu tidak mahu berpadu dgn UMNO.
Alhamdulillah doa Tulang Besi dihadapan Kaabah SUDAH PUN dimakbulkan Allah SWT.

Banyak lagi doa lain yg Tulang Besi baca dan dlm proses mungkin utk dinakbulkan Allah Swt

Tunggulah balasan utk puak2 kamu, Inshaalah.

Puak kamu sewenang-wenang menjual agama utk balasan dunia yg sedikit. Ulama2 PAS mudah mudah menyeleweng ayat2 Quran utk menyesuaikan maksudnya supaya serasi dgn nafsu kamu. Ratusan ribu orang Islam yg ikhlas ditipu oleh kamu.

Tunggulah balasan dari Allah SWT kerana agama ini milik Allah SWT dan bukan milik kamu wahai ulama2 PAS sekelian.


TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, September 23, 2019

FB Live Tulang Besi Isu Penyelewengan Ayat Quran oleh Presiden PAS





www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Saturday, September 21, 2019

FB LIve Tulang Besi 22 September 2019







www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, September 20, 2019

Kesah Di Sebalik Ahli Perniagaan CIna yg Beri Rasuah Pada Tengku Adnan


Akhbar Freemalaysiatoday melaporkan







Kes ini menjadi amat rumit bagi Tengku Adnan kerana pemberi rasuah telah pun mengaku bersalah merasuah Tengku Adnan Tengku Mansor, mantan Menteri Wilayah dan SU UMNO serta Ahli Parliment Putrajaya yg sekarang.



Sebenarnya hubungan taukeh ini dgn Tengku Adnan bukan rahsia di kalangan kontraktor2 DBKL. Taukeh ini mendapat layanan istimewa setiap kali beliau melawat Bangunan DBKL. Diberitakan dari sumber Tulang Besi, Datuk Bandar sendiri akan menyambut beliau sekiranya beliau datang ke Bangunan DBKL.




Bukan sekadar taukeh ini tapi terdapat taukeh2 lain yang perlu didakwa dan dipenjarakan. Layanan  khas ini diberikan krn taukeh2 pemaju ini mampu memberi rasuah yg amat besar berbanding pemaju2 Melayu. Pemaju2 Melayu tak mampu memberi "kickback" yg sebegitu besar.


Hasilnya, projek2 besar DBKL hampir kesemuanya pergi pada taukeh, Orang Melayu hanya dapat angin. Duduk ternganga sambil melaungkan "Hidup Melayu. Mampus DAP"

Inilah dia manusia2 yg hendak dikembalikan kepada jawatan2 Kabinet dan Kepimpinan oleh Penyatuan UMNO-PAS?


 Pemimpin2 yg bakal menguntungkan Taukeh2 Cina dan kapir.  Laungan Melayu dan Islam cuma di bibir sahaja tidak pernah masuk ke dalam hati. Di dalam hati mereka cuma wang, wang dan wang. Agama dan Bangsa cuma alat mencapai wang yg haram tapi banyak.



Kesimpulannya, kes Tengku Adnan ini membuktikan bahawa Melayu tidak untung di bawah UMNO dan Barisan Nasional. Yg untung dan mendapat laba adalah taukeh2 MCA krn mereka mampu bayar rasuah yg besar dan mewah. Melayu2 kekal miskin dan papa kedana dibawah UMNO dan BN serta kepimpinan penyatuan ummah.

Haji Hadi Awang sendiri makan rasuah UMNO.

TULANG BESI






www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Thursday, September 19, 2019

HADI AWANG KE SARAWAK UTK PUJUK GPS SERTAI PENYATUAN UMMAH?

Sedar atau tidak, agenda Penyatuan Ummah atau Penyatuan Nasional agak lompong.

Ini kerana, di Sarawak tiada perwakilan Perpaduan Nasional kecuali PAS.

Dan PAS di Sarawak hanyalah parti picisan yg tidak dipandang walaupun dgn sebelah mata oleh rakyat Sarawak.

Maka terpaksa lah Hadi Awang mengadap Abang Johari bagi melamar GPS utk menyertai Penyatuan Ummah yg baru dirasmikan.


Malangnya, masih belum terdengar apa2 respon positif dari Abg Johari.

Lebih2 lagi Haji Hadi secara terbuka menyerang bangsa Cina di Sarawak.

Abang Johari serta parti2 di Sarawak pun takut dgn reputasi PAS yg dilihat ektreme dan radikal. Cara Haji Hadi bertindak amat tidak disukai oleh orang2 Sarawak.

Mereka maka di situlah akan menghalang GPS utk menyambut gayung yg dihantar oleh Penyatuan Nasional itu.

Begitu juga di Sabah di mana UMNO sudah hampir pupus. Rakyat Sabah membenci PAS walaupun PAS sudah ada di sana sekian lama. Maka, tanpa Sabah dan Sarawak, gagasan Penyatuan Ummah ini akan hanya kekal di Semenanjung.

Orang2 Semenanjung juga akan menilai semula sokongan mereka kepada Penyatuan Ummah kerana tanpa Sabah dan Sarawak mustahil Penyatuan Ummah boleh menang Putrajaya. Lebih2 lagi hanya sekitar 5 ke 10% sahaja orang bukan Islam akan mengundi Penyatuan Ummah.

Maka:

1) Tanpa Sabah dan Sarawak
2) Tanpa non Muslims
3) Tanpa Melayu Bandar


Penyatuan Ummah paling banyak boleh menang sekitar 60 kerusi Parlimen. Dalam keadaan mcm ni, penyatuan ummah dah jadi bahan lapuk lama sebelum PRU 15 depan.



Atas sebab itulah perkara pertama yg Hadi Awang buat selepas Penyatuan Ummah dirasmikan ialah pergi ke Sarawak.

Sokongan GPS adalah kritikal utk memastikan kesinambungan gagasan Penyatuan Ummah ini.

TULANG BESI







www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, September 18, 2019

TUDUHAN TUAN IBRAHIM MENAMPAKKAN KEJAHILAN YG BERAT


*TUAN IBRAHIM TAK FAHAM AGAMA KRISTIAN TAPI NAK TUDUH ORANG*

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, dilaporkan berkata:




Hakikatnya, Kingdom of God ini adalah sama dgn ajaran Islam. Bukan ianya merujuk.kpd Negara kristian.

Dalam artikel terbaru, Tuan Ibrahim menuduh Steven Sim berkempen utk sebuah kerajaan Krsitian.

Ini kerana dlm satu forum, Steven Sim telah menggunakan perkataan2 "Kingdom of God" serta "Jesus Manifesto"

Malang sungguh Tuan Ibrahim tidak tahu langsung agama Kristian.

Dalam.agama Islam pun Tuan Ibrahim bikanlah seorang ulama memandangkan beliau tidak fasih berbahasa Arab.

Untuk pengetahuan Tuan Ibrahim, jika utk menegakkan negara Kristian, maka namanya adalah Christian Nation atau "Christian State".

Terma "Kingdom of God" atau "Kingdom of Heaven" tu tiada kena mengena dgn politik utk merebut kuasa dan menegakkan kerajaan Kristian.

Christian Nation atau Christian State yg pertama ditubuhkan adalah
kerajaan Armenia.

Adapun "Kingdom of Heaven" merujuk kpd Tuhan itu berkuasa di atas segala makhlukNya dan semua makhlukNya terletak di bawah kekuasaan Tuhan

Ia tiada kena mengena dgn kekuasaan politik atau menjadikan Malaysia Negara Kristian.

Konsep ini sama dgn konsep ULUHIYYAH di dalam Islam bahawa Allah SWT itu TINGGI DI ATAS ARASYNYA dan BERKUASA DI ATAS SEGALA MAKHLUKNYA.

Ini kerana setiap.Nabi2 dan Rasul2 yg diutus pasti akan mengajar umatnya bahawa Allah SWT itu tinggi dan berada di atas segala makhlukNya.

Atas sebab itu lah ulama.besar Tabit tabiin, Said bin Amir ad Dabghi berkata:

وَقَالَ سَعِيدُ بْنُ عَامِرٍ: الْجَهْمِيَّةُ شَرّ قَوْلًا مِنَ الْيَهُودِ وَالنَّصَارَى، قَدِ اجْتَمَعَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى وَأَهْلُ الأَدْيَانِ أَنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَلَى الْعَرْشِ، وَقَالُوا هُمْ: لَيْسَ عَلَى الْعَرْشِ شَيْءٌ.

" Berkara Said bin Amir : Al Jahmiyya akidah mrk lebih buruk dari Yahudi dan Nasrani krn Yahudi, Nasrani dan agama2 lain sepakat baahawa Allah SWT berada di atas ArasyNyam Manakala Jahmiyyah berkata tiada siapa yg berada di atas Arasy"

Dgn kata lain Kingdom of God ini adalah ajaran yg sama di dalam Al Quran dan Sunnah krn ia warisan ajaran Nabi Musa dan Isa.

Nampak sangat.Tuan Ibrahim jahil dlm segala agama.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, September 16, 2019

Ahli2 PAS Sukar Terima Penyatuan Ummah


*PENYATUAN UMMAH PAS_UMNO TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN YG HANGAT DARI PENYOKONG DAN PENDOKONG PAS*

Dari respon awal nampak gaya ramai juga ahli2 dan penyokong2 PAS yg menolak penyatuan ummah. Ini kerana mereka ini mengundi PAS pada tahun 2018 krn mereka benci UMNO dan mereka tidak percaya dgn Pakatan Harapan.

Kebencian mereka kepada UMNO masih belum hilang malahan mereka2 ini masih terus membenci UMNO.

Mereka2 ini juga tidak mengikuti sistem tarbiyyah PAS menyebabkan mereka tidak dicakup dgn kata2 ulama PAS.

Hasilnya Institut Darul Ehsan mendapati kadar sokongan kpd PAS sudah menurun lebih 50%.

Mengikut laporan Malaysiakini:
Kajian terbaru mendapati sokongan terhadap PAS merosot lapan peratus di Selangor, berbanding 15 peratus menjelang pilihan raya tahun lalu.


Melalui kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE), parti Islam itu hanya berjaya mengekalkan sokongan di kalangan ahli-ahli tegar sahaja, namun tidak bermaksud penyokong terdahulu sudah beralih ke parti lain.

Kejatuhan ini menandakan lebih 50% yg dahulu menyokong PAS sudah tidak mahu lagi menyokong PAS.  Ertinya dari 100 orang yg mengundi PAS di Selangor pada tahun 2018, 50 orang sudah tidak mahu mengundi PAS lagi.

Faktor yg paling jelas terhadap penurunan sokongan kpd PAS ini adalah disebabkan pernyatuan PAS dengan UMNO. Ini adalah kerana semenjak PRU yg lepas, PAS tidak berbuat apa2 kecuali menjalankan projek penyatuan Ummah dgn UMNO ini.

Ertinya lama sebelum majlis Penyatuan Ummah semalam, pengundi2 PAS ramai yg telah kecewa dengan tindakan yg diambil oleh ulama2 PAS. Mereka seperti telah tertipu dan dipergunakan hanya utk menjayakan projek penyatuan Ummah yg mereka tidak pernah sokong.

Kesah benar dibawah dari blogger Azhar Ismail adalah salah satu bukti fizikal bahawa memang berlaku penolakan secara senyap di kalangan akar umbi PAS.

Pengundi2 PAS dalam PRU lepas mengundi PAS krn bencikan UMNO. Apabila PAS bekerja dgn UMNO, maka PAS sudah tidak releven bagi mereka lagi.

Ada kemungkinan besar Penyatuan Ummah ini akan merugikan PAS dan UMNO sekaligus,






Sekian

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Sunday, September 15, 2019

Piagam PAS-UMNO takut pada MCA dan MIC bukan dgn Allah SWT?


*PIAGAM PAS-UMNO TAKUT DGN MCA&MIC BUKAN DGN ALLAH?*

Sebuah Piagam telah dihasilkan hasil penyatuan Ummah antara PAS dgn UMNO semalam di PWTC.



Terdapat banyak isi kandungan Piagam tersebut,


Malangnya tidak sedikit pun isi kandungan piagam tersebut menyebut Negara Islam mahupun hudud. Jauh sekali RUU355.

Semua ucapan2 pemimpin dlm perhimpunan tersebut pun tak sebut langsung hudud dan negara Islam.

Tiada langsung sebutan berkenaan perlaksanaan hukum allah SWT di bumi MAlaysia.

Tak sebut pun pasal persembahan semula RUU355. 


Mengapa terjadi sedemikian?



Mungkin banyak spekulasi namun yg paling jelas faktornya adalah tidak lain dan tidak bukan UMNO dan juga PAS masih tunduk dan patuh kepada parti2 MCA dan MIC

Kesimpulannya:

1) Penyatuan PAS_UMNO ini bukan bertujuan utk melindungi Islam mahupun orang Melayu. Hanya sekadar mahu menaikkan pemimpin2 Melayu yg telah terbukti korup dan makan rasuah serta menjual agama



2) Apa2 sahaja perubahan kpada Islam dan hak orang Melayu sekiranya mereka memerintah pasti perlu mendapat restu dari MCA dan MIC sbg rakan komponen.


Orang Melayu dan Islam berhentilah dari tertipu buat kali kedua.

MCA dan MIC lebih perkauman berbanding DAP.

TULANG BESI





www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

KEDATANGAN KE PENYATUAN UMMAH BEGITU SURAM BERBANDING ICERD

Kedatangan terpaksa diangkut dgn bas
KEDATANGAN PERPADUAN UMMAH TAK SEBEGITU MEMBANGGAKAN KALAU DIBANDING DGN ICERD

Terpaksa angkut orang naik Bas. Itu pun tak melimpah keluar sampai ke jalan raya.

Kalau dibanding perhimpunan ICERD, kedatangan kali ni begitu muram.

Tidak ada limpahan manusia. Sekadar memenuhi Dewan Merdeka dan sedikit melimpah ke luar dewan.

Kedatangan ke Perhimpunan Agung UMNO jauh lebih ramai.

Hairan juga dgn perkembangan ini memandangkan mereka begitu yakin sekali

Lihat pula kedatangan ICERD. Kedatangan adalah secara sukarela dan jauh lebih ramai:

FAKTOR2 YG MUNGKIN MEMPENGARUHI KEDATANGAN

Mungkin faktor2 nya adalah:

1) Sekarang ini butiran kes 1MDB sudah pun keluar kpd umum. Berbanding perhimpunan ICERD di waktu itu masih belum keluar apa2 maklumat

2) Ahli2 UMNO sendiri ramai tidak datang. Yg banyak berangkut dgn bas cuma ahli2 PAS. Mungkin UMNO dah banyak hilang ahli kpd PH

3) Agenda perpaduan dgn UMNO tidak disenangi oleh sebahagian ahli2 PAS yg telah lama berjuang menentang UMNO.

4) Begitu juga sbahagian org UMNO memang tidak suka dgn PAS

5) IDE Selangor juga melaporkan sokongan kpd PAS sudah jatuh lebih 50%. Ertinya PAS sudah semakin terpinggir.

6) Juga himpunan membantah ICERD itu dihadiri juga oleh pengundi2 dan penyokong PH. ICERD itu protest yg tidak bersifat kepartian menyebabkan ramai mahu turun.

Sbb tu kedatangan pada perhimpunan kali ni amat rendah berbanding ICERD
kelmarin.


KESIMPULANNYA adalah perhimpunan ini bakal menjadi racun kpd UMNO dan PAS kerana yg diharapkan supaya kaum Melayu menyokong sepenuhnya tidak akan kesampaian. Tak sampai setahun selepas ICERD pun dah nampak kendur sambutan orang Melayu kpd PAS dan UMNO.

Ditambah dgn kajian IDE yg menamppakkan kejatuhan sokongan PAS lebih 50% dari PRU lepas.

Sekian

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Saturday, September 14, 2019

SETELAH 11 TAHUN: TULANG BESI BENAR. ULAMA2 PAS PENIPU

Pada hari Jumaat, Julai 18, 2008 Tulang Besi telah menyiarkan artikel bertajuk "Pendedahan Dalang yg Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional"

Ini adalah artikel pertama mendedahkan usaha BERPELUK DAN BERSATU dgn UMNO yg berlau dalam PAS.

Semenjak itu ulama2 PAS telah berkali2 menafikan maklumat ini.

Malahan, ulama2 PAS begitu takut dengan Tulang Besi sehinggakan mereka memfitnah Tulang Besi di hadapan sekelian ahli dan akitivis seluruh MAlaysia dari Perlis sehingga ke Sabah.

Dimomokkan Tulang Besi adalah pembawa fitnah dan artikel yg TUlang Besi tulis ini dijadikan bukti sikap memfitnah Tulang Besi.

Boleh dikatakan kesemua aktivis2 PAS termakan dgn kata2 nista dan durjana ulama2 PAS ini.

Namun, Allah SWT Maha Berkuasa.

Tulang Besi akhirnya terbukti benar dan tepat.

Segala yg didedahkan oleh TUlang Besi adalah benar dan sebenar benar nya dan tiada yang lebih benar.

Sikap pembohong dan penipu Haji Hadi Awang serta ulama2 mereka akhirnya terdedah juga sifat munafiq mereka.

Selama 11 tahun terus menerus Haji HAdi dan ulama2 PAS berbohong kepada ahli2 dan pengundi2 PAS akhirnya mereka tidak boleh tutup lagi bangkai yg selama ini mereka tutup.

Di Padang MAhsyar nanti TUlang Besi akan dapat menuntut pahala dan memberi dosa kepada ramai ulama2 PAS dan Tulang BEsi tidak akan memaafkan mereka walau sedikit kecuali mrk datang meminta maaf kpd TUlang Besi sebelum Tulang Besi mati.

Mrk patut bersyukur Allah SWT panjang kan nyawa Tulang Besi kelmarin krn pada logik akal, TUlang Besi sepatutnya dah gol.

Syukur kpd Maha Berkuasa Jallala Ismuhu.

Ulama2 PAS penipu. Tulang Besi benar.

DI bawah diturunkan artikel asal dari 11 tahun yg lampau

TULANG BESI


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pendedahan Dalang2 Yang Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional

This is an exposition by one of my internal PAS sources. I feel readers will need to know the real picture of the going-ons in PAS. I feel the readers should know that such story of PAS joining with UMNO has it's merits but it is the effort of a small portion of PAS leaders who are already on their way out. And they need to cut this deal to resurrect their dying career.

This is a letter from my source name Ahli PAS Dalaman and i feel it should be shared with everyone. However, the accuracy of this report is solely the responsibility of the writer, and not this blog. TQ

Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam BArisan Nasional.

UMNO telah membuat tawaran yang sangat menarik kepada PAS.

Tawaran tersebut adalah:
a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 12 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.

Usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional adalah didalangi oleh dua jenis pimpinan dalam PAS:

a. Mereka yang sudah menghampiri zaman akhir hayat politik mereka dalam PAS
b. Mereka yang terlampau kepingin jawatan dalam PAS

Mereka yang sudah hamper jangkahayat politik mereka adalah:

1. Cikgu Mustafa Ali: Beliau adalah dalang no wahid dalam usaha ini. Oleh kerena jangkahayat politiknya sudah menghampiri noktah akhir, maka beliau perlu untuk melakukan sesuatu yang drastik
a. Beliau telah dijanjikan jawatan Senator seterusnya duduk semula dalam Kabinet sekiranya PAS bersetuju untuk masuk Barisan Nasional
b. Beliaulah yang menjadi “contact point” utama antara UMNO dan PAS dan beliau bertanggungjawab.
c. Malahan, Mustafa Ali adalah orang yang memulakan usaha berjumpa dengan UMNO bagi membincangkan kerjasama UMNO-PAS dan kemasukan PAS ke BN.
d. Beliau sekarang ini mengasak Presiden parti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bagi membolehkan Presiden parti menggerakkan PAS menyertai BN
e. Lihatlah betapa sukanya UMNO kepada Mustafa Ali sehingga UMNO sedia memberikan hak penerbitan Harakah dua kali seminggu hanya kerana Mustafa Ali dilihat sebagai “kawan” kepada UMNO
f. Hanya Mustafa Ali sahaja yang telah membawa Perhubungan Negeri pimpinan beliau berjumpa dengan Menteri Besar UMNO. Sedangkan Menteri Besar UMNO di Terengganu lebih zalim kepada PAS berbanding dengan DAP dan PKR. Jelas betapa rendahnya taraf Mustafa Ali sanggup menjual maruah beliau demi kepentingan politik pribadi beliau.

NOTA: Sewaktu artikel ini ditulis masih tidak diketahui kewujudan video yg melibatkan beliau itu.

2. Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman: Beliau juga sudah menghampiri zaman gelap beliau dan memerlukan satu kejutan usaha yang begitu kuat bagi menyelamatkan karier politik beliau.
a. Beliau sudah tidak ada apa2 lagi dalam PAS Kelantan dan dalam kerajaan Kelantan
b. Jawatan Ahli Parlimen ini hanya sekadar jawatan terakhir sebelum beliau bersara secara terus dari politik
c. Ini adalah peluang beliau untuk membuat “comeback” dlm politik kerana ada jawatan tertentu yang dijanjikan kepada beliau

3. Ustaz Harun Taib: Semenjak kekalahan beliau di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau sudah semakin dilupakan. Beliau antara penyokong kuat idea ini berdasakan kepada hujjah "Akhafu Darurain".


Dan, antara mereka yang terlibat kerana kepingin jawatan adalah:

1. Dato Dr. Hasan Ali: Beliau sememangnya terlampau kepingin jawatan Menteri Besar Selangor.
a. Malahan semenjak malam pengisytiharan keputusan PRU ke 11 lagi, beliau sudahpun menghubungi Khir Toyo bagi tujuan untuk membina sebuah kerajaan campuran PAS-UMNO di peringkat Selangor.
b. Malangnya, usaha beliau gagal kerana Tuan Guru Presiden tidak bersetuju sama sekali
c. Selepas usaha pertama gagal, beliau secara berterusan meracuni pemikiran Presiden dengan membawa khabar-khabar yang tidak benar berkenaan kerajaan negeri Selangor.
d. Beliau cuba memberi gambaran kepada Tuan Guru Presiden kononnya kerajaan Negeri Selangor sedang dalam usaha untuk mengkhianati Melayu dan Islam. Sedangkan cerita2 beliau tidak lebih dari penipuan dan separuh benar.
e. Dato’ Hasan Ali masih menaruh harapan untuk menjadi Menteri Besar dan beliau tidak kesah kalau kerajaan Pakatan Rakyat jatuh.
f. Sedangkan kebanyakan polisi kerajaan Selangor ini adalah mirip kepada polisi kerajaan Kelantan dan polisi PAS.
g. Tuan Guru Presiden baru sahaja memberi temuramah dengan majalah Siasah yang mana Tuan Guru telah mengkritik kerajaan Selangor dengan begitu hebat berdasarkan maklumat salah yang diberikan oleh Dato Hasan Ali kepada beliau.

2. Ustaz Nasaruddin Mat Isa: Beliau semenjak dahulu senang diperngaruhi oleh Mustafa Ali. Kali ini, bukan sahaja Mustafa Ali mempengaruhi beliau, tetapi beliau juga telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke Dua.
a. Beliau adalah antara yang terlibat berjumpa dengan Najib Tun Razak di London padahal beliau telah dinasihatkan jangan berbuat demikian. (Tetapi perjumpaan ini dinafikan oleh Ustaz Nasa dan khabarnya beliau telah bersumpah.)
b. Ustaz Nasaruddin juga dilihat sentiasa bersama-sama dengan Ahli Parlimen UMNO semasa di Parlimen berbanding menghabiskan masa beliau bersama MP PAS atau PR.
c. Sewaktu Anwar dituduh meliwat dan ditangkap pun beliau masih diliat begitu mesra bersama-sama MP UMNO/BN berbanding dengan MP PR.
d. Ustaz Nasaruddin seharusnya faham bahawa beliau sedang dipergunakan oleh Mustafa Ali yang mana Mustafa Ali tidak pernah menghormati beliau sebagai pemimpin.

Nasib baiklah pimpinan Ikhwan telah menyatakan rasa tidak senang hati mereka terhadap cadangan puak2 ini untuk menyertai UMNO dan Barisan Nasional.

Juga, antara yang menentang cadangan ini adalah Mursyidul Am sendiri, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tok Guru amat tidak bersetuju dengan usaha ini kerana:

a. UMNO akan belot kepada PAS seperti yang mereka pernah lakukan dahulu. PAS adalah saingan kepada UMNO. Sekiranya UMNO sudah kembali gagah dan perkasa, apa perlu lagi UMNO kepada PAS. Dan, PAS kelak terpaksa dibersihkan oleh UMNO kerana PAS adalah saingan semula jadi UMNO

b. PAS juga akan mungkir janji kepada mereka yang memberi mandat kepada PAS, terutamanya orang bukan Islam yang telah mula berjinak dengan PAS. Sifat mungkir janji bukan sifat yang diajar oleh Islam

Saya amat yakin majoriti ahli PAS tidak bersetuju dengan tindakan drastik ini. Tindakan ini adalah satu tindakan yang tidak matang, begitu bersifat khianat dan juga bersifat mungkir janji kepada mereka yang mengundi kita.

Juga, UMNO itu sendiri tidak boleh dipercayai dan kekalahan mereka baru-baru ini adalah disebabkan sifat korup dan zalim mereka. Tiada apa yang PAS dapat capai sekiranya PAS mengikut kehendak UMNO selain dari mengekalkan sebuah rejim yang korup dan tidak berguna seperti UMNO.

PAS juga akan kehilangan kepercayaan orang bukan Islam buat selamanya sekiranya PAS mengkhianati kepercaayan mereka. Dan apabila PAS dikhianati oleh UMNO nanti, dimanakah PAS akan bergantung harap?

Hujjah Ustaz Nik Aziz itu amat benar. PAS telah pun dikhianati sekali, tiada jaminan yang PAS tidak akan dikhianati sekali lagi.

Marilah kita semua ahli PAS mengambil tindakan yang drastik bagi memastikan pimpinan kita tidak mengkhianati kepercayaan yang kelak akan merugikan PAS di masa hadapan.

PAS harus disedarkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpegang teguh dengan janji dan PAS tidak seharusnya memungkiri janji mereka.

Ahli PAS Dalaman
18/07/2008



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.