Dr Asri Zainul Abidin dilaporkan berkata:
Dalam satu wawancara dengan pendakwah kontroversi Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, beliau berkata Amanah dilihat mengikut pendirian DAP dalam pelbagai isu dan berdiam diri daripada mengulas isu yang dikaitkan dengan masyarakat Islam.
“Kelihatannya Amanah akan senyap atau mencari alasan untuk membelanya (DAP) secara langsung atau tidak langsung.
1.0 Adalah tidak benar Amanah dituduh setia dgn DAP. Yg sebenar2 nya adalah Amanah itu setia dengan JANJI yg telah dibuat sebelum pilihanraya dan bukan sekadar dgn DAP tetapi juga dengan BERSATU, PKR dan mana2 badan NGO yg bersama2 dgn Pakatan Harapan sebelum ini. Di sini mungkin Dr Asri tidak maklum dengan ayat Allah SWT ini:
وَأَوْفُواْ بِعَهْدِ ٱللَّهِ إِذَا عَاهَدتُّمْ وَلاَ تَنقُضُواْ ٱلأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ ٱللَّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلاً إِنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ"Dan sempurnakanlah perjanjian Allah apabila kamu berjanji , dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya, dan sesungguhnya kamu telah menjadikan Allah saksi ke atas (perjanjian dan sumpah)kamu , sesungguhnya Allah Maha mengetetahui apa yang kamu kerjakan.
Ayat ini dengan terang dan jelas menyatakan kewjiban setiap yg beragama Islam memenuhi perjanjian yang mereka buat sesama manusia dan tidak memungkiri janji mereka di atas nama Islam.
2.0 Isu LTTE juga penipuan yang jelas kerana kes LTTE masih belum habis disiasat oleh Polis. Maka, apa perlunya Amanah mengambil apa-apa sikap sebelum Polis menyelesaikan penyiasatan mereka. Yang hairannya sikap Dr Asri sendiri ini berdasarakan maklumat siapa dalam isu LTTE ini?
Tidakkah Dr Asri Zainul Abidin tahu bahawa bukan DAP sahaja yg bersimpati dengan LTTE tetapi juga MIC, IPF dan NGO2 India seluruh Malaysia? Malahan Dato' Samy Vellu sendiri menyokong LTTE secara terbuka.
Mengapa Dr Asri hanya menyerang DAP sahaja?
Di sini sudah jelas sikap pembohongan Dr Asri yg kedua
3.0 Kontroversi komik Jalur Gemilang juga menunjukkan pembohongan Dr Asri. Tidakkah Dr Asri sedar bahawa Perdana Menteri Malaysia sendiri menghulurkan senaskah komik tersebut kepada Presiden China, Xi Jinping? Ertinya komik tersebut adalah dokumen rasmi kerajaan dan bukan dokumen DAP sahaja.
Mengapa Dr Asri tidak menyerang Dr MAhathir dan Dato Saifuddin Abdullah kerana memberi komik tersebut kpd Presiden China dan hanya menyalahkan DAP?
4.0 Isu Zakir Naik: Mari kita tanya Dr. Asri, apa isu nya dgn Dr Zakir Naik kerana Dr. Zakir Naik masih diberi perlindungan di Malaysia dan tidak dipulangkan kembali kepada India?
Jadinya, mengapa dinaikkan lagi isu ini? Amanah sendiri secara terbuka menyokong Zakir Naik dikekalkan di MAlaysia dan tidak dihantar pulang ke India.
Adakah Dr Asri Zainal Abidin buta dan tuli sehingga tidak mengetahui pendirian parti Amanah Negara ini?
Sila rujuk kenyataan Dr Mujahid Yusuf Rawa di bawah ini:
TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Dr asri kuat pertahankan dr zakir naik krn DZN antara pendakwah utama masakini yg cekal. Kita pun berpendirian sama. Tapi bab politik tempatan, terutama yg melibatkan bilang kaum, DZN tak patut biarkan diri beliau diperalatkan oleh sikap perkauman melulu umno-pas dan disini dr asri perlu lebih berhati2. Takkan nak sokong membabi buta juga. Lupakah dr asri ttg amalan korupsi politikus umno? Pertahankan DZN at all cost?
ReplyDelete