Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Wednesday, October 2, 2019

Siapa Dalang 2% Dividen LTAT

Di bawah adalah artikel dari seorang penulis memanggil diri beliau Cobra Commmander.

Benar dan jelas bahawa wang2 tabung ini memang menjadi lauk kpd pemimpin2 UMNO tanpa ragu lagi.

Seolah2 wang ini sudah menjadi wang mak bapak mereka.

Syukurlah telah bertukar kerajaan dan barulah kita tau apa yg selama ini berlaku kpd wang kita.

Selamat membaca
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Siapa dalang dividen 2% LTAT

Seronok betul dua mantan menteri pertahanan terkinja-kinja di media sosial selepas LTAT mengumumkan dividen 2%. Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masing-masing menyerang pihak kerajaan, seolah-olah mereka langsung tidak ada salah silap yang mengakibatkan LTAT hanya mampu membayar dividen kepada para perajurit sekadar 2%.

Saya bukan orang yang jenis main forward mesej di Whatsapp ni macam burung kakak tua. Buat malu kaum bila kita yang sudah dewasa ni macam tak ada kerja lain, asyik mengadap telefon, sebar benda tak ketahuan punca. Saya selongkar serba sedikit tentang skandal LTAT ni supaya saya tak jadi burung kakak tua.

Alkisahnya setelah diselongkar, saya jumpa satu watak bernama Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin. Siapa dia si Lodin ni?

Si Lodin ini adalah makhluk yang telah duduk diam-diam di LTAT tu selama TIGA PULUH ENAM TAHUN. Lodin adalah Ketua Eksekutif LTAT sejak 1982 sampailah September 2018. Empat bulan selepas kerajaan bertukar, dia masih ada di situ.

Si Lodin ni juga adalah pengarah syarikat Boustead Holdings. Boustead ni syarikat besar, dengan lebih seratus anak syarikat dalam bidang perladangan, hartanah (Mutiara Rini tu pun dia juga), perubatan (ya Pharmaniaga tu, pun dia punya; dan tidak dilupakan stesen minyak BP. Paling best ialah Boustead Holdings ini ada banyak syarikat-syarikat industri berat yang menjalankan projek-projek tentera.

Saham terbesar Boustead dipegang oleh LTAT dan Kumpulan Wang Pencen Angkatan Tentera. LTAT pun Lodin pegang, Boustead pun Lodin pegang. Untung jadi si Lodin ni.

Apa lagi yang dipegang oleh si Lodin?

Lodin juga pernah menganggotai lembaga pengarah Affin Investment Bank Berhad. Pada masa yang sama, Lodin juga duduk dalam lembaga pengarah sebuah syarikat bernama Perimekar; syarikat yang dapat projek beli kapal selam Scorpene; yang sampai ada model Mongolia meletup tu.

Di mana lagi pernah kita dengar nama Lodin Wok Kamaruddin ini? Tak sampai satu saat kalau cari di internet kita akan jumpa namanya dalam Lembaga Pengarah 1MDB; syarikat tabung ayam Najib Razak. Dia pengerusi lembaga pengarah 1MDB. Dan khabar daripada sahabat di mahkamah menyebut si Lodin ni juga akan muncul sebagai saksi pendakwa dalam kes 1MDB terhadap Najib.

Tak susah kita nak tengok gambaran sebenar kenapa LTAT melingkup sampai begini. Tangan Lodin ada di mana-mana sahaja tangan Najib merompak. Tu pun ada lagi yang berasa bijak forward mesej konon kena kencing. Padahal dia kena kencing hangit dengan si penyamun tarbus laki si Rosmah.

Tunggu nanti ada masa, saya tulis lagi. Ambik anak balik sekolah jap.

Cobra Commander
Sg Besi


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

2 comments:

  1. Klu mcm ni, knp Cif Koya tak siasat Lodin ni? Kata without fear.... Takut ka?

    ReplyDelete
  2. Lodin mmg dlm radar tp kena bukti kukuh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.