Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Sunday, December 15, 2019

*Anwar Ibrahim Difitnah 3 Kali Akibat Membentras Korupsi dan Judi*

*Anwar Ibrahim Difitnah Seks 3 Kali Akibat Membentras Korupsi dan Judi*

Sebelum Anwar Ibrahim difintah dan dipecat dari Kabinet, Anwar Ibrahim telah membuat dua perkara besar:

1) Meluluskan Akta Suruhanhaya Pencegahan Rasuah 1997
2) Menutup Judi di seluruh Sabah
3) Menentang wang rakyat digunakan utk bail-out kroni2 Daim Zainuddin dan Daim sendiri (yang tidak pernah berjaya dalam perniagaan)

Sebelum itu Anwar Ibrahim amat bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah di dalam membentras rasuah di dalam Kerajaan dan UMNO.

Judi di Sabah juga ditutup oleh Anwar Ibrahim secara keseluruhannya sebagai mantan Menteri Kewangan.

Selain dari itu, Awnar Ibrahim tidak mahu menggunakan wang rakyat yg sebegitu banyak dijaga oleh beliau utk "bail-out" kroni2 Mahathir dan Daim Zainuddin. Terutama sekali Anwar Ibrahim tidak mahu "bail-out" Daim Zainuddin sendiri yg mengalami kerugian berbillion2 akibat krisis matawang 1997.

Itu tidak termasuk kroni2 Daim yang lain yg mengalami kerugian yang berbillion dan hampir bangkrapsi kesemuanya.

Anwar Ibrahim menentang usaha ini kerana Anwar IBrahim hendakkan wang rakyat digunakan utk menaikkan semula nilai matawang Malaysia dan mengembalikan semula keyakinan pelabur ke atas Malaysia.

Maka, fitnah liwat pertama diadakan bagi menjustifikasi pemecatan Anwar Ibrahim.

Kesemua fitnah2 itu berjaya digunakan untuk memecat Anwar Ibrahim dan mememnjarakan Anwar Ibrahim.

Tidak cukup Anwar difitnah tapi perlu dipenjara kerana Anwar mampu memimpin rakyat utk membuat perubahan.

Akhirnya kroni2 Daim berjaya diselamatkan manakala rakyat MAlaysia terpaksa menanggung kos hidup yg tinggi akibat kejatuhan nilai mata wang di kala kadar pendapatan tidak meningkat (akibat kekurangan kemasukan pelabur2 asing)

Sekarang ini rakyat umum terutama orang Melayu hidup dalam kesengsaraan manakala kroni2 Daim hidup mewah sebagai billionaire-billionaire.

Mengikut Zaid Ibrahim rakan2 billionaire Daim Zainuddin itu sekarang ini membuat keputusan untuk Kabinet Malaysia.

KESIMPULAN: Rakyat Malaysia jangan jadi bodoh mempercayai cerita karut dan fitnah liwat terbaru. Fitnah Liwat terbaru ini adalah tanda-tanda bahawa di pihak mereka dalam keadaan desperado memandangkan sudah semakin dekat Anwar Ibrahim mengambil tampuk pemerintahan negara.

Mereka yang memfitnah Anwar Ibrahim ini masing-masing bakal kehilangan pendapatan haram berjumlah berbillion-billion.

Kita rakyat biasa ini apa yang kita akan dapat dengan mempercayai fitnah ini?

*TULANG BESI*

*************************************************************************

Bekas pegawai khas Mahathir akui terlibat rancang konspirasi fitnah liwat 1

(Oleh Norasikin Samsi)
KUALA LUMPUR 9 APRIL: Bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat  pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.
dato omar abu bakar"Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat 1).
"Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini).
"Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu).
"Sebab itu Mahathir persoalkan mengapa Najib ambil tuduhan yang sama untuk peristiwa sodomi kedua...Itu dah nampak tak betul...," kata Omar disambut sorakan rakyat.
Beliau mendedahkan demikian selepas melihat gambar Mahathir bersama Aziz Shamsudin dan Profesor Sidik Baba pada malam sama bercakap mengenai akhlak Anwar.
"Bekas boss saya ini sekarang jadi kempen manager Ibrahim (Ali) katak," kata Omar disambut ketawa hadirin.
Tan Sri Aziz Shamsudin merupakan bekas setiausaha politik kepada Mahathir. Tun Daim pula bekas Menteri Kewangan sementara Sidik adalah tokoh akademik.
Umi Hafilda Ali adalah saksi utama dalam perbicaraan kes liwat 1. Antara lain, hasil maklumat yang diberikan beliau kepada mantan Perdana Menteri itu pada 1997, menyebabkan Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.
Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.
reformasi1Anwar ditangkap pada malam 20 September 1998, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.
Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful.
Dalam wawancara Anwar bersama stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera 3 April lalu, Anwar percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan.
“Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.
“Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga," kata Anwar.
[caption id="attachment_46790" align="alignright" width="210"]Azlan  Azlan[/caption]
Azlan menyertai KEADILAN 11 Mac lalu dan mendedahkan kes Fitnah II didalangi pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak - Khairil Annas Jusoh.
Yusof pula menyertai pasukan peguam Pakatan Rakyat selepas kes Fitnah II berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Anwar.
Terbaru, Omar pula mengaku terlibat dalam konspirasi Mahathir mengaitkan Anwar dalam kes liwat I.
Untuk tonton rakaman pengakuan Omar KLIK SINI. - NS



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

2 comments:

  1. Insyaalah, jika kita dipihak Yg betul, taK perlu bersusah payah nak buat Itu Ini, Allah akan balas berlipat Kali ganda.... Jadi tunggu Dan lihat.

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.