Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Sunday, December 22, 2019

*ISUNYA BUKAN HARGA MINYAK/TOL, TAPI HARGA KERETA*

*ISUNYA BUKAN HARGA MINYAK, TAPI HARGA KERETA*

Sekarang ini sebuk dibahaskan harga petrol dan minyak. Sehingga terpaksa diadakan skim Subsidi Minyak Bersasar di mana subsidi minyak akan diberikan secara berkala kepada golongan B40 dan M40 serta yang lain2 yang layak menerima.

Selain dari itu dibahaskan isu tol dan perlunya tol diturunkan.

Hakikatnya tol dan harga minyak sudah tidak dapat diturunkan lagi.

Yang sebenar-benarnya, harga yg paling menghambat rakyat Malaysia adalah harga kereta.

Keratan Akhbr THE STAR March 2, 1985
Pada waktu Proton dilancarkan pada tahun 1982, harga asal Proton Saga model pertama adalah RM20,000. Ini kalau diterjemah dlm bayaran bulanan adalah sekitar RM150 sebulan.

Bukan sekadar Proton, tapi kereta2 berc.c. dan dalam kelas Proton Saga ini berharga sekitar RM20,000.




Tulang Besi memetik sebuah artikel THE STAR bertarikh March 2, 1985 di mana ia memetik CEO Proton yang pertama, Tan Sri Jamil Mohammad Jan:
However, Tan Sri Jamil said the price of the Saga would be competitive, He said it would probably be cheaper than it's direct competition in the 1300-1600cc range, the Nissan Sunny and the Toyota Corolla which currently retails at around RM20,000" TERJEMAHAN:Walaubagaimanapun, Tan Sri Jamil (CEO pertama PROTON) berkata Saga akan dijual dengan harga pasaran dan ia akan lebih murah dari saingan terdekat di dalam kategori 1300-1600cc, yakni Nissan Sunny dan Toyota Corolla yang berharga sekitar RM20,000 sebuah"


Akibat kegagalan Proton Saga, maka Dr Mahathir (PM4) telah memperkenalkan Duti Import dan Eksais. Hasilnya, kereta-kereta seperti Proton Saga ini naik harga tiga kali ganda menjadi sekitar RM60k. (RM550 sebulan)


Harga "spare-parts" juga melambung naik juga disebabkan Duti Eksais ini.



Ini waktu negeri besar China belum lagi mengeluarkan kereta. Pada hari ini, dengan Thailand, Korea dan China sbg pengeluar kereta, maka harga kereta sepatutnya jauh lebih murah. 


Harga AXIA umpamanya tidak patut lebih dari RM20,000 (yakni RM150 sebulan). 


Lagi satu fakta yang ramai tidak sedar, kereta2 yg ber cc. bawah 1300 adalah yang paling banyak memakan minyak. Atas sebab itulah harga mereka murah berbanding yang lain. Dan kereta2 inilah yang paling banyak dibeli oleh orang2 miskin dan berpendapatan rendah.


KESIMPULAN: Rakyat Malaysia dihambat dengan idea gila dan isim Dr Mahathir yang mahukan Malaysia menjadi negara pengeluar kereta. Hakikatnya, Malaysia tidak mempunyai jumlah rakyat yang cukup untuk mengeluarkan kereta, tidak seperti Korea dan China.


Kerjaan PH masih tidak dapat menurunkan harga minyak kerana Dr Mahathir masih tidak mahu mengaku salah di atas projek kereta nasional beliau yang telah memakan billion duit rakyat dan tidak menguntungkan Malaysia walaupun sedikit.  Yang mendapat keuntungan hanyalah kroni2 dan kawan2 billionaire Daim Zainuddin sahaja.

Mahathir masih berdegil dgn idea gila beliau sehingga hari ini dan rakyat umum yang menderita.

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

1 comment:

  1. Aku tau repair kereta walaupun Aku pomen Lori. Tapi pomen kereta Belum tentu boleh repair lori, Pasal Lori Pakai system air pressure. Tak payah banyak, Aku Suruh repair parking Brek taK lepas pun Dia Belum tentu boleh buat. Jadi nak sembang bab maintenance, Aku bleh sembang. Tapi bab harga kereta, Aku Dengar je la. Sekian terima kasih...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.