Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Thursday, December 19, 2019

MENGAPA AZMIN ALI TIDAK DIPANGGIL UTK UJIAN POLIGRAF?

*MENGAPA AZMIN ALI TIDAK DIPANGGIL UTK UJIAN POLIGRAF?*

Berikut adalah artikel dari Shahabudin.com.

Tidak dapat dinafikan memang berlaku konspirasi Daulah Terpendam yg mahu memecah belahkan Pakatan HArapan dan menaikkan kerajaan Semburit.

Waktu keluar video semburit Azmin Ali, pihak Polis cuma sebuk mencari orang2 yang menyebarkan video tersebut. Azmin Ali langsung tidak dipanggil padahalnya muka Azmin Ali jelas berada dalam video tersebut.

Begitu juga penangkapan beberapa pemimpin DAP krn tuduhan menyokong LTTE sedangkan LTTE sudah pun mati dan tidak wujud lagi.

Semua ini untuk menghalang kerajaan bersemangat reformasi ditubuhkan di MAlaysia di bawah penguasaan Anwar Ibrahim.

Rakyat Malaysia harus sedar akan sabotaj Daulah Terpendam ini.

TULANG BESI
******
****************************************************************************





Susulan tampilnya pihak tertentu, khususnya pengampu Perdana Menteri yang menggesa agar Anwar Ibrahim juga perlu menjalani ujian poligraf berikutan penuduhnya yang mendakwa diganggu secara seksual, Mohamad Yusoff Rawther telah berbuat demikian, mereka seolah-olah lupa dengan kes yang lebih penting daripada itu.
Ia tidak lain adalah kes “video Haziq” yang dikaitkan dengan Azmin Ali yang kini sudah pun berlarutan lebih enam bulan tanpa ketahuan sama ada akan dilakukan pendakwaan atau disenyapkan begitu saja.
Dalam kes tersebut, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa pasangannya melakukan hubungan sejenis sebagaimana tersebar dalam video itu adalah Azmin, beliau bukan saja sudah disiasat polis, malah difahamkan turut menjalani ujian poligraf.
Ia adalah bagi menentukan kebenaran atau kesahihan dakwaan yang dibuatnya terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.
Bagaimanapun, ujian poligraf terhadap Haziq itu tidak didedahkan secara terbuka sepertimana hebohnya perihal mengenai Yusoff yang sedia melakukan ujian yang sama.
Tetapi, mereka yang rapat dengan Haziq memaklumkan ujian itu memang dilakukan keatasnya dan hasilnya difahamkan cukup positif.
Selain itu, seorang lagi Haziq iaitu Mohd Haziq Hassan Mohd Ayub yang dikaitkan dengan syarikat pelancongan yang menyaman Azmin kerana menuntut hutang sebanyak RM328,901 dan telah ditahan polis selama lima hari sebelum ini, turut sama telah menjalani ujian poligraf dengan pihak PDRM.
Haziq Hassan dikatakan ditahan polis kerana siasatan berhubung peranannya dalam menguruskan tiket perjalanan dan penginapan untuk Azmin.
Semasa ditahan dan dalam proses siasatan itu, Haziq Hassan difahamkan turut menjalani ujian poligraf untuk menentukan kebenaran dalam kata-katanya.
Hasil ujian terhadapnya juga dikatakan positif pada kadar yang tinggi.
Sebagai makluman, YHA Travel & Tours yang sebelum ini menyaman Azmin kerana menuntut tunggakan hutang RM328,901 adalah kepunyaan ibu bapa Haziq Hassan dan syarikat itu telah mengendalikan urusan tiket dan perjalanan untuk Azmin sejak lebih 20 tahun yang lalu.
Dalam saman balas terhadap YHA Travel & Tours yang menuntut hutang daripadanya, Azmin mendakwa ia mempunyai kaitan dengan konspirasi “video Haziq” yang mengaitkan dirinya.
Tuntutan balas Azmin itu juga menyatakan bahawa ibu bapa Hassan yang merupakan pemilik YHA Travel & Tours mempunyai “hubungan yang sangat rapat” dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Mereka yang biasa dengan syarikat itu memberitahu, YHA Travel & Tours bukan saja rapat dengan Anwar, tetapi juga dengan Azmin dan hubungan perniagaan mereka telah bermula sejak lama sebelum ini.
Diberitakan hubungan itu bermula sejak Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, manakala Azmin ketika itu adalah Setiausaha Sulit kepada Anwar.
Apa yang penting di sini, jika Yusoff sudah menjalani ujian poligraf dan daripadanya lalu timbul desakan agar Anwar perlu menjalani ujian yang sama, tetapi dalam kes Azmin, dua Haziq iaitu Haziq Abdul Aziz dan Haziq Hassan telah pun diuji dengan mesin poligraf juga.
Maka, kenapa tiada yang tampil mendesak agar Azmin lebih perlu berani menjalani ujian poligraf?
Agak-agak, jika Azmin menjalani ujian poligraf berhubung “video Haziq” itu, bagaimanakah degupan jantung, denyut nadi dan peluh memercik di tubuhnya? (ShahbudinHusin 18/12/2019)

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

4 comments:

  1. Atok dapat bertindak sewenang2nya krn ketua parti2 komponen PH biar dia berbuat demikian. Apa dah jd dgn AI, Mat sabu, lks, lge dll? Knp bila dah jd kerajaan, tiba2 anda dah bertukar drp harimau garang menjadi anak kucing. Aku rasa Atok akan gigil ketakutan jk anda serang dia spt dulu2. Skrg ni aku rasa Atok dan geng kroni dia sdg gelak ketawa betapa mudahnya dia dapat menjinakkan kamu semua!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Macam mana orang yg boleh belanja 1/2 juta ringgit utk bawa anak bini makan angin masih boleh disokong oleh orang mcm tian chua, sivarasa dll yg kita anggap rasional. Macai2 azmin belakang kira la. Najib yg klepto pun ada macai2 dia juga. Itu baru harga tiket, belum masuk belanja penginapan, makan dan kos perjalanan. Belanja kenduri kahwin anak satu lagi hal. Orang macam ni nak diharap sensitif dgn keperluan rakyat marhaen ka? Brp org rakyat marhaen yg diundang? Kemon la macai2 azmin ahli pkr.....
    Pada firasat aku, sifat2 buruk ini dah buat azmin tak layak jd pemimpin politik(KECUALI politikus umno/BN!!!), apatah lagi PM mewakili PH

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.