Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Friday, March 27, 2020

PAKEJ MAKCIK KIAH TERTIPU. MAKCIK KIAH JGN TERTIPU!!!!

*PAKEJ MAKCIK KIAH TERTIPU. MAKCIK KIAH JGN TERTIPU!!!!*

NOTA EDITOR: Di bawah adalah huraian berfakta Pakej Ransangan Ekonomi untuk B40 dan M40 yang baru sahaja dibaca oleh Perdana Menteri kita Muhyiddin Yaasin. Ia sumbangan dari sumber yang tidak diketahui penulisnya tapi ianya penuh berfakta.

Secara mudahnya:

1.0 Makcik Kiah dapat RM864 je.
2.0 Yang lain2 tu, setakat hanya tangguh pembayaran je. Pinjaman kereta, PTPTN dan kredit Mikro, Makcik Kiah kena bayar juga akhirnya.
3.0 Lepas tu, Bantuan kepada Makcik Kiah bukan setiap bulan. SEKALI SAHAJA, tapi bayar 2 kali. Lepas itu, pandai-pandai lah.

Artikel ini cukup mudah untuk difahami dan mudah dicerna

Patutlah Muhyiddin Yaasin bersungguh-sungguh dgn penuh emosi menyampaikan Pakej ini di kaca television. Rupanya semuanya adalah sandiwara utk mengkaburkan pandangan rakyat bahawa pakej ni sebenarnya Pakej Makcik Kiah Tertipu.

Rasanya kita boleh panggil pakej ini sebagai Pakej Makcik Kiah Tertipu (PMKT)

Selamat membaca

*TULANG BESI*


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Pakej ‘Kiah Tertipu’
Jangan terpedaya rakyat sekalian. Ini sebabnya

1. Pertama, Kiah kena tipu. Bantuan penjimatan MakCik Kiah bukannya RM4,464. Penjimataan sebenar adalah RM864 sahaja, sebab:
a. Pinjaman kereta 1800 ( kena bayar jugak nanti)
b. Pinjamam PTPTN 1200 (kena bayar jugak nanti)
c. Pinjam kredit mikro 600 (kena bayar jugak).

Jadi RM3600 kena bayar. Makcik Kiah jimat hanya sewa rumah RM744 dan bil letrik RM120. Makcik Kiah jangan joli ye, jimat 864, bukannya RM4,464

2. KeduaL kerajaan tak keluarkan RM250b. Jumlah sebenar kerajaan belanjakan tak sampai pun 10%, iaitu hanya RM22bil aja. Yang lain duit rakyat, seperti,
a. Tangguh bayar bank (RM100b – duit rakyat)
b. Keluar duit sendiri dari EPF (RM 40b – duit rakyat)
c. Tangguhan sumbangan ke EPF dan HRDF utk 6 bulan. Tapi selepas tu kena bayar semua yang tertangguh (RM6b – duit rakyat) dan juga jaminan pinjaman dari Danajamin (RM50b).

3. Bantuan yang rakyat dapat bukannya macam Makcik Kiah, sorang dapat RM4200. Makcik Kiah juai pisanggoreng , laki pencen buat 2 kerja (bawak grab dan kerja RELA), anak pinjam PTPTN, kesemuanya akan dapat bantuan RM4200. Bagaimana pulak Makcik Limah suri tumah yang tinggal di Kampung, bukannya di bandar? Laki kerja kedai tomyam gaji hari, anak 3 orang masih di sekolah rendah? Jumlah dapat bayaran bantuan prihatin 1600, dan baki BSH RM600, jumlah RM 2200. Jauh rendah dari contoh Midin kata kat TV tadi.

4. Bantuan kepada Makcik Kiah bukan setiap bulan. SEKALI SAHAJA, tapi bayar 2 kali. Lepas itu, pandai-pandai lah.

5. Ramai akan hilang pekerjaan. Kerajaan hanya bayar RM600 subsidi upah, ini sikit sangat. Syarikat yang tidak ada income akan tetap buang pekerja. RM600 terlampau sikit untuk mereka terus mambayar gaji. Kerajaan Singapura bayar sehingga 75% dari gaji pekerja syarikat (jika gaji SGD 4500, kerajaan singapura akan bayar 75% iaitu SGD 3,375 untuk tempoh 9 bulan. Kita bagi 3 bulan, itu pun RM600 aja. Ini tidak cukup, dan jutaan akan hilang kerja

6. Bantuan baru kepada mereka yang tiada pendapatan sebab hilang kerja atau tiada pendapatan adalah di antara RM 500 - RM1600 (bantuan prihatin). SEKALI SAHAJA. Untuk makluman, kos sara hidup di KL untuk suami isteri Bersama dua anak adalah RM6700 sebulan. Inikah prihatin? Di Singapura, kerajaan mereka memberi SGD 800 (atau RM 2400) sebulan selama 3 bulan kepada mereka yang hilang kerja. Bagi yang kerja sendiri, kerajaan mereka beri SGD 1000 (RM3000) sebulan selama SEMBILAN BULAN. Kita bagi one-off sahaja.

7. Kadar pertumbuhan ekonomi dijangka tidak turun (0 peratus) menurut Kementerian Kewangan. Tapi ahli ekonomi ramai angarkan ekonomi akan meleset, dan sekurang kurangnya satu juta akan hilang kerja.

Kiah jangan tertipu. Bantuan yang diberikan kecil sangat,dan tidak mencukupi untuk negara mengatasi bala ini. Kerajaan masih kedekut. #kitajagakita.

Ada banyak lagi trick tersembunyi dari Midin tapi cukup lah untuk setakat ini. Kita sambung Part 2 nanti ya.

(Sumbangan dari seorang pemerhati)


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

8 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Mereka dengki kerana sedar mereka tak akan mampu buat. Tsmy berpengalaman luas. Kejayaan beliau meningkatkan ekonomi sebagai mb johor suatu ketika dulu amat diyakini.
    Mereka cuma tahu menipu rakyat. Lim gone end pernah menipu kononnya wang negara cuma tinggal rm450juta sahaja sedangkan data bank negara malaysia(BNM) jelas sebaliknya. Begitu juga mahdey dengan persepsi negara akan bangkrap tapi terpacul juga dari mulutnya negara ada rizab sebanyak rm2 trillion ketika membentangkan ransangan ekonomi semasa menjawat jwtn pm7i.
    Tapi pelik, kenapa banyak harta dan aset negara dijual? Siapa pembelinya? Kenapa dijual sedangkan ada yang masih berpotensi.

    Bagaimana rakyat nak percaya jika begini cara mereka berpolitik?
    Cukup-cukuplah...tak akan mungkin rakyat sudi dikencing kali kedua.
    Terima kasih banyak tsmy, akan sentiasa dikenang. Peduli dengan kata-kata puak minoriti kerana mereka hanya pandai berpolitik tapi gagal mentadbir.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan dah sumbang utk rakyat.

    Mana peginya orang-orang yg terlampau kaya di negara kita dalam situasi wabak ini?
    Kaya dari hasil bumi ini.

    Anda tak turut menyumbangkah?

    ReplyDelete
  4. Jangan lupa kerajaan ph pernah bagi wang bantuan. Mereka bagi RM30 setahun.
    Makcik kiah bersyukur.

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya kakitangan kerajaan yg 'bercuti' dan masih dpt gaji tak perlu diberi bantuan. Dahlah tak kerja, dapat gaji dan BANTUAN lagi! Tumpuan sepatutnya kpd mrk yg bekerja sendiri dan tiada pendapatan semasa PKP serta pekerja swasta yg dl'dicutikan' tanpa gaji. Bantuan akibat wabak pun nak main politik lagi!!!

    ReplyDelete
  6. Ada walaunta membahagi rm250b tu dgn 33juta raykat malaysia dan didapati jumlahnya tak sama dgn jumlah yg mkcik kiah dpt.

    33juta tu termasuk bayi dan budak2 sekolah kan????

    Dasar manusia yg kufur nikmat.
    Aku dpt rm30 amat bersyukur.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.