Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Sunday, March 29, 2020

PAKEJ RANSANGAN MAKCIK KIAH PERLU DIBENTANG DI PARLIMEN

*PAKEJ RANSANGAN MAKCIK KIAH PERLU DIBENTANG DI PARLIMEN*

Pakej Makcik Kiah dari Perdana Menteri Muhyiddin Yaasin tidak boleh dilaksanakan kerana ia tidak ada dalam Belanjawan 2020 yang diluluskan pada bulan November 2029 tahun lepas.

Maka, wajiblah Perdana Menteri Pintu Belakang membawa Pakej ini ke Parlimen untuk mendapat kelulusan di bawah Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan.

Itu cara kerajaan yang berdaulat dan bermaruah.

Sepatutnya persetujuan Parimen mesti didapati dahulu sebelum dibuat pengisytiharan oleh Perdana Menteri Pintu Belakang.

Maka, butir-butir pakej ini akan dibaca di dalam Parlimen untuk semua rakyat mendengarnya.

Bukan di baca di bilik media pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Juga, bukan sekadar di bentang tapi mesti mendapat kelulusan dengan undi sekurang-kurangny 112 undi di Parlimen.

Kalau tidak, pakej ini hanya lamunan dan angan-angan semata-mata.

Perdana Menteri tidak mempunyai masaalah sama sekali untuk memanggil satu sidang khas bagi membentang, membahas dan meluluskan perbekalan tambahan kepada Belanjawan 2020 yang telah diluluskan.

MENGAPA TAKUT KE PARLIMEN?

Dari maklumat terbaru, walaupun ada penyokong Mahathir yang telah berpaling tadah, tapi jumlah di sebelah Mahathir masih tinggi dan hanya memerlukan beberapa undi sahaja bagi menjatuhkan Muhyiddin Yaasin sebagai Perdana Menteri.

Kegiatan membeli ahli Parlimen masih berjalan dengan aktif. Ahli-ahli Parlimen dari Amanah, DAP dan PKR telah ditawar pelbagai tawaran untuk melompat menyokong Muhyiddin.

Di samping itu kaedah mengugut juga digunakan yakni antaranya dengan membatalkan peruntukan kepada kawasan yang tidak menyokong Muhyiddin Yaasin. Akan ada banyak lagi tekanan dan ugutan yang akan digunakan untuk demi mengekalkan Muhyiddin Yaasin sebagai Perdana Menteri Pintu Belakang.



SEPATUTNYA MUHYIDDIN TIDAK ADA APA YANG HENDAK DITAKUTKAN

Harian juga. Dengan segala gula-gula dan kuasa ugutan yang dia ada, mengapa Muhyiddin takut hendak pergi ke Parlimen?

Bagi Tulang Besi, Muhyiddin tidak takut kepada ahli2 Parlimen yang menyokong PH.

Yang lebih ditakuti Muhyiddin adalah ahli-ahli Parlimen yang sudah pun mengisytihar sokongan kepada beliau.

UMNO, PAS, GPS dan juga parti-parti kecil yang lain mempunyai tuntutan mereka sendiri. Mustahil Muhyiddin dapat memenuhi tuntutan mereka.

Kegagalan memenuhi tuntutan mereka, akan menyebabkan boleh sahaja berlaku paling tadah dan juga sabotaj ke atas Muhyiddin

Atas sebab ini lah Muhyiddin tidak berani memanggil persidangan Parlimen sama sekali.

Inshaalah, hayat kerajaan pintu belakang Muhyiddin Yaasin ini tidak akan lama.


Tanpa kelulusan Parlimen, Makcik Kiah cuma boleh mengharap sahaja.



*TULANG BESI*


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Kalau keputusan memihak kepada PH, iaitu tidak diluluskan, maka rakyat akan tak dapat apa-apa lah, lepas tu PH buat lah pula undi tidak percaya pada PM, akhirnya yang jadi mangsa rakyat juga.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.