Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Thursday, April 30, 2020

BERSATU Johor Boleh Dapat Jawatan MB Semula..

*BERSATU Johor Boleh Dapat Jawatan MB Semula..*

Sekarang ini Johor sedang bergolak.

Isu pembahagian jawatan GLC sedang dipertikaikan oleh pendokong2 BERSATU.

Khabarnya mereka melihat pembahagian ini adalah tidak adil kepada mereka.

Pendokong-pendokong BERSATU merasakan mereka di anak tiri kan di Johor sedangkan pertukaran kerajaan adalah kerana usaha mereka.

UMNO pula semakin ganas merampas segalanya dari BERSATU di Johor.

UMNO tidak perlu takut kesan sampingan kerana mereka sudah pun isytihar mereka tidak akan bersama BERSATU dalam PRu15 hadapan.

Mereka hanya bersama BERSATU setakat PRU15 yakni sekadar dua tahun setengah sahaja. UMNO tidak perlu menghormati BERSATU memandangkan mereka hanya perlu duduk serumah sekadar sehingga PRU ddepan sahaja.

*UMPAMA NIKAH MUTAAH*

Kekecewaan BERSATU sudah mula ditunjukkan secara terbuka. Misalnya ADUN PERMAS telah membuat kenyataan:




Semua ini untuk Muhyiddin Yaasin kekal sebagai Perdana Menteri. Maruah dan harapan parti diletak di belakang.

Keadaan BERSATU akan menjadi lebih teruk selepas ini kerana UMNO tidak perlu menghormati mereka sama sekali. Pertikaian perlantikan GLC ini hanya permulaan. Akan berlaku pertikaian lain yang lebih serius selepas ini yang natijahnya adalah kerugian kepada BERSATU Johor.

Begitu rendah taraf BERSATU Johor. Dari menduduki kerusi Menteri Besar kepada dilayan seperti sampah dan bahan buangan seperti ini.

PH AKAN BERI SEMULA JAWATAN MB KEPADA BERSATU

Sepatutnya BERSATU Johor bertindak nekad.

Ikut jejak langkah BERSATU Kedah. Ahli-ahli BERSATU Johor mesti nekad.

Muhyiddin Yaasin tidak akan kekal lama sebagai Presiden parti.

Muhyiddin Yaasin sudah pun berpenyakit dan pada adatnya hayatnya tidak akan panjang.

Manakala BERSATU pula akan kekal. Ia akan terus hidup sampai ke anak cucu kita.

Kalau BERSATU kembali pada PH, maka survival BERSATU di kubu kuatnya akan kekal.


Hanya diperlukan lebih pergerakan lebih agresif di media sosial maka UMNO sudah boleh ditumbangkan dengan mudah dalam PRU hadapan dan orang Melayu akan ramai kembali menyokong PH.

Itu sahaja.


*TULANG BESI*







www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Ulama2 PAS Dah Jadi Agen Junta Myammar Tindas Rohingya

*Ulama2 PAS Dah Jadi Agen Junta Myammar Tindan Rohingya*

Pada tahun 2016, Najib Tun Razak dan Presiden PAS berkumpul di Stadium Tasik Titiwangsa menyatakan sokongan mereka padu kepada perjuangan Rohingya yang ditindas rejim junta buddha Myanmmar.


Apa yang berlaku adalah sebuah "Ethnic Cleansing" seperti yang pernah dilakukan oleh Serbia di Bosnia tahun 90an dulu. Himpunan dipanggil "Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya" yang menggabungkan PAS dan UMNO di atas pentas yang sama buat kali pertama menyatakan sokongan padu mereka kepada perjuangan umat Islam Rohingya.


Mengikut laporan Berita Harian:


Begitulah kuatnya semangat masa itu untuk memperjuangkan nasib rakyat Rohinyga yang ditindas dan dibunuh oleh rejim Buddha Junta Myanmmar

*SEKARANG DAH U-TURN*


Malangnya, pada tahun 2020 semua sudah U-TURN



Cybertroopers yg pro UMNO dan PAS giat memfitnah dan memburukkan mereka secara bertali arus.


Tidak cukup dengan itu, ada NGO pula yang menyerang dan menista mereka dengan maklumat yang salah untuk memburukkan lagi keadaan.



Misalnya:



Kemuncak dari kempen memfitnah sesama Islam ini, bot-bot Rohingya dihalau dari mendarat di Malaysia sehingga berlaku kematian beratus ratus orang Islam Myammar di dalam bot mereka.

Tindakan yang tidak sepatutnya berlaku memandangkan Malaysia dipimpin oleh Parti2 Melayu dan Islam yang pada satu masa dulu bergitu kuat memperjuangkan nasib Rohingya.


Itali yang menghadapi masaalah pelarian pun tidak bertindak begitu zalim berbanding cara kita bertindak. itali itu negara kafir..


Sudah tidak nampak perbezaan tindakan NGO-NGO serta parti2 Melayu Islam dengan junta Buddha Myanmmar yang menindas dan membunuh rakyat Rohingya.


*PARTI ISLAM PUN SAMA SOKONG PENINDASAN MYANMMAR KE ATAS ROHINGYA*


Haji Hadi sendiri sokong Rohingya dihantar pulang dan tidak diizin mendarat di Malaysia. Padahal Haji Hadi ke sana ke mari bagitau orang dia memperjuangkan Islam


Tapi bila tiba masa dia untuk bertindak, dia akan menyokong pembunuh-pembunuh orang Islam.


*TULANG BESI*


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Rakyat Lebih Hendak Tahu Dimana Papagomo Dapat Dana RM1juta Untuk Membayar Saman Anwar Ibrahim Tempohari

*Di mana Papagomo Dapat Duit Bayar Saman Anwar Ibrahim Tempohari?*

Papagomo telah membuat laporan polis ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim kononnya DSAI telah berbohong di atas nama Jabatan Perangakaan Malaysia.

Hakikatnya DSAI tak pernah menyebut pun nama Jabatan Perangkaan Malaysia di dalam kenyataan beliau.

Ertinya laporan Polis ini adalah sia sia dan kebodohan yaang amat besar.

DSAI cuma merujuk kepada unjuran-unjuran yang dibuat oleh NGO2 di Malaysia. Sila rujuk laporan Berita Harian di bawah:

 *DI MANA PAPAGOMO DAPAT DUIT BAYAR SAMAN 1 JUTA*


Rasanya ramai rakyat di luar sana lebih berminat hendak tahu di mana Papagomo dapat wang RM1juta untuk membayar saman kepada Anwar Ibrahim setelah beliau kalah saman fitnah


Papagomo telah disaman Anwar Ibrahim kerana memfitnah. Mengikut laporan akhbar:

Bayaran dibuat kepada Anwar Ibrahim itu secara pantas. Maka, rakyat lebih berminat untuk mengetahui di mana Papagomo mendapat wang sebegitu besar itu?

Rasanya isu ini lebih menarik berbanding isu yg dilapor Papagomo kepada Polis ini.

*TULANG BESI*

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

Negara 'dijajah' pendatang tanpa izin secara senyap

Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL
Share

Tweet
HANYA selang beberapa minit, penulis dapat merasai pengalaman berada di Dhaka, Bangladesh dan Kathmandu, Nepal dengan hanya memandu di tengah ibu kota hujung minggu lalu.

Lazimnya, setiap hujung minggu laluan di hadapan Dataran Merdeka akan ditutup dan kenderaan terpaksa mengikut jalan sisi antara bangunan Straits Trading dan pejabat Majlis Peguam Malaysia, menerusi Lebuh Ampang jika mahu ke Jalan Raja Laut atau Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Bermula dari persekitaran Medan Pasar dan belakang Pasar Seni, sudah mula kelihatan lautan warga Bangladesh yang menjadikan kawasan itu pusat pertemuan dengan rakan senegara dan bila menghala ke Lebuh Ampang pula, kelibat warga Nepal dan tidak kurang juga warga Myanmar, semakin ramai.

Selain mereka yang memandu melalui kawasan terbabit, boleh dikatakan tiada langsung rakyat tempatan lalu lalang di situ, malah kebanyakan kedai sudah diambil alih warga asing, yang menjual barangan dari negara masing-masing atau mengusahakan restoran menyajikan masakan mereka.

Secara tidak langsung pemikiran diterpa kegusaran sama ada rakyat Malaysia sendiri, yang kini makin taasub lagi lantang bersuara dalam konflik antara Melayu dan bukan Melayu, menyedari bahawa negara sendiri ‘dijajah’ secara senyap oleh bangsa asing.

Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia sehingga September tahun lalu, jumlah pekerja asing yang bekerja di negara ini secara sah adalah 1.73 juta orang, majoriti dari Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan China.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan menganggarkan jumlah warga asing yang tinggal secara sah di negara ini tahun lalu ialah sekitar 3.3 juta orang daripada keseluruhan 32 juta penduduk di Malaysia.

Nisbah hampir 10 peratus ini agak tinggi memandangkan nisbah penduduk Malaysia berketurunan India hanya sekitar lapan peratus berbanding jumlah keseluruhan penduduk.

Bagaimanapun, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Khidmat Imigran (SKI), berpendapat warga asing yang berstatus pendatang asing tanpa izin di negara ini melebihi jumlah pekerja asing yang memiliki dokumen dan permit sah.

Berdasarkan statistik NGO itu, pada 2014 lebih 6.7 juta pekerja asing, bekerja dalam pelbagai sektor terutama pembinaan dan peladangan dan daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta mempunyai permit, bermakna ketika itu ada lebih 4.6 juta warga asing bekerja secara tidak sah di Malaysia.

Pada 2017 pula, kira-kira 1.73 juta pekerja asing yang sah berbanding 2.1 juta orang empat tahun sebelumnya, namun jumlah pendatang asing tanpa izin yang masih ada di sini terus menjadi tanda tanya. SKI juga berpendapat jutaan pendatang asing tanpa izin masih lagi bebas bergerak dan bekerja di negara ini kerana amat mustahil warga asing terbabit pulang beramai-ramai ke negara masing-masing.

Banteras pendatang tanpa izin agenda utama

Justeru, tidak hairanlah apabila Pakatan Harapan (PH) menerajui pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilantik Menteri Dalam Negeri, menjadikan usaha membanteras pendatang asing tanpa izin sebagai agenda utama.

Susulan itu, bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya mengambil serius isu lambakan pendatang asing tanpa izin di negara ini melalui tindakan operasi dan penguatkuasaan berterusan dengan moto Hari-Hari Operasi iaitu sasaran sebanyak 850 operasi setiap bulan.

Bermula November tahun lalu, sasaran ditambah daripada 850 kepada 1,300 operasi sebulan bagi memastikan kedaulatan negara tidak digugat oleh warga asing terutama pendatang asing tanpa izin.

Namun, pada hakikatnya, negara masih dibanjiri pendatang asing tanpa izin, sekali gus membuatkan kita musykil di mana silapnya sehingga negara terus dihantui masalah ini dan jangan pula ada yang marah bila umum mempersoalkan keberkesanan pihak berkuasa menangani isu ini atau membangkitkan unsur rasuah.

Pihak berkuasa, dalam konteks ini, bukan hanya Jabatan Imigresen, sebaliknya turut membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT), polis dan Kementerian Sumber Manusia.

Tidak perlulah kita menidakkan fakta, lihat saja pasar borong Selayang atau sekitar kawasan Chow Kit, malah Jalan Petaling yang digelar ‘Chinatown’ sudah semakin pudar ‘kecinaannya’ kerana hampir semua gerai diuruskan warga Bangladesh.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, April 29, 2020

Penurunan Harga Minyak Mentah Berita Buruk Kepada Malaysia

*Penurunan Harga Minyak Mentah Berita Buruk Kepada Malaysia*

Berita Harian melaporkan harga minyak mentah jatuh sangat teruk. Dua jenis minyak mentah yang berkait dengan Malaysia adalah West Texas Intermediate (WTI) dan Brent.

WTI harganya mencecah USD0 tapi akhirnya naik ke USD15 setong. Manakala, Brent pula turun sampai ke USD20 setong.

Bayangkan pada tahun 2008 harga WTI mencecah USD 120 satu tong berbanding sekarang USD15.

Pda PRU 2018 harga Brent sudahpun turun mencecah US
D 40 setong (purata) dan akhirnya BN kalah.

Dianggarkan lebih RM30billion akan hilang dari penyata pendapatan Malaysia akibat kejatuhan harga minyak dunia.  Ini hampir 10% dari jumlah keseluruhan REVENUE Malaysia (yakni RM300 billion++)

Ini baru kesan terus kepada rakyat Malaysia. Belum lagi kesan tidak terus yang sama beratnya.

Kesan tidak terus (Indirect) yang mana berkaitan dengan ekonomi yang bergantung kepada sektor "Oil and Gas" (O&G) di Malaysia.

Pembekal-pembekal akan paling terganggu dan ini akan menekan kebolehan mereka membayar cukai. Ini akan merendahkan lagi pendapatan Malaysia.

Juga, industri-industri lain yang bergantung kepada sektor O&G juga semua akan jatuh jualan mereka.

Ramai pekerj-pekerja akan kehilangan kerja, kedai2 akan bungkus dan tutup, pembekal-pembekal terpaksa henti operasi dan banyak lagi.

Dianggarkan jumlah kerugian kepada pendapatan kerajaan mencecah RM50 billion akibat kejatuhan ini.

Itu belum lagi kes NPL (hutang lapuk) yang bakal timbul dan keluar dan pelbagai lagi kesan-kesan sampingan.

Masih belum ada estimasi yg jelas berkenaan impak kejatuhan harga minyak mentah tapi seperti kerajaan hendak menyembunyikan kesan sebenar fenomena ini. Menteri Kewangan sendiri seperti ada perkara yang hendak disembunyikan apabila ditanya pemberita.

*HARGA MINYAK MURAH BAGUS UNTUK RAKYAT MALAYSIA*

Memang kita akui harga RON95 dan 97 telah jatuh ke tahap yang amat rendah. RON95 jatuh di bawah RM1.50 seliter.

Namun apa guna minyak murah kepada pekerja yang sudah kehilangan pekerjaan? Pekerja2 ini akan kekal duduk di rumah mereka walaupun semurah mana harga minyak.

Baca analisa The Economist berkenaan kesan harga minyak murah kepada rakyat Amerika di bawah:
Sama dgn Malaysia, harga minyak yang murah tidak akan menambah perbelanjaan rakyat Malaysia ke dalam ekonomi Malaysia menyebabkan ekonomi Malaysia akan semakin perlahan.

Masalaah di MAlaysia bukan harga minyak tapi harga kereta. Yg patut diturunkan adalah harga kereta. Harga minyak tetap akan naik turun mengikut pasaran tapi harga kereta sengaja dinaikkan kerajaan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

*KESIMPULAN*


Kejatuhan ekonomi yang bakal melanda adalah yang amat buruk dalam sejarah Malaysia lebih teruk dari 1997. Ianya sedang dibanding dengan kejatuhan tahun 1987.

Dengan keadaan kerajaan Malaysia yang tidak diiktiraf oleh dunia, bagaimanakah Malaysia hendak kembali pulih dengan kadar yang cepat.



Kerajaan yang dipenuhi perompak dan penipu serta pengkhianat mana mungkin dapat menarik pelabur untuk melabur semula di MAlaysia.

Yang akan jadi mangsa adalah rakyat Marhein terutama berbangsa Melayu Islam di waktu pemimpin-pemimpin mereka sebuk membahagi-bahagi jawatan GLC sesama mereka.

*TULANG BESI*


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

Harga minyak mentah jatuh mendadak
ISNIN, 27 APRIL 2020 @ 11:21 AM
Ruang simpanan minyak yang penuh menyebabkan harga komoditi itu jatuh - Foto AFP
SINGAPURA: Harga minyak Amerika Syarikat (AS) mengalami kejatuhan yang teruk pada Isnin disebabkan kebimbangan baharu mengenai lebihan kapasiti penyimpanan.
Selain itu, ia turut dipengaruhi penurunan permintaan walaupun pengeluar mula mengurangkan output untuk mengukuhkan pasaran.

Kontrak penanda aras minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) turun 9.3 peratus kepada AS$15.36 setong dalam dagangan pagi Asia.
Kontrak penanda aras Brent pula turun 3.2 peratus kepada AS$20.75 setong. 

Harga minyak mengalami penyusutan ketara dalam beberapa minggu terakhir, terjejas teruk oleh pandemik COVID-19 yang mengehadkan permintaan berikutan sekatan pergerakan dan kawalan perjalanan.
Minggu lalu, minyak mentah AS jatuh ke wilayah negatif buat pertama kalinya kerana ruang penyimpanan hampir penuh dan pelabur berusaha untuk menjualnya sebelum tamat kontrak perdagangan, namun tidak dapat mencari pembeli dengan mudah.
Harga telah pulih sejak itu, tetapi kekal pada tahap terendah dalam tempoh beberapa tahun.

Kebimbangan utama bagi peniaga adalah bahawa kemudahan penyimpanan terutama di AS, tidak dapat menampung lebihan bekalan.

"Kebimbangan mengenai peningkatan inventori global, terutama di AS dengan pandemik yang mengurangkan penggunaan petrol, menekan harga minyak," kata penganalisis komoditi di Samsung Futures Inc, Kim Kwangrae.

Kebimbangan berterusan mengenai penyimpanan membayangi isyarat bahawa beberapa negara termasuk Kuwait dan Algeria mulai menurunkan output sejajar dengan perjanjian utama yang dimeterai bulan ini.
-AFP

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Tuesday, April 28, 2020

2 Juta rakyat Malaysia dijangka hilang pekerjaan akibat Covid 19 ini

*Kerajaan masih belum isytihar bantuan untuk mereka yang hilang pekerjaan akibat COVID19 *

Mengikut kenyataan Malaysian Employers Federation (MEF) hampir 2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan

Hanya sekitar pertengahan tahun depan barulah pasaran kerja mulai pulih tapi sedikit demi sedikit.

Sekarang ni pun sudah pun lebih 500k sudah hilang pekerjaan. Lebih ramai lagi akan hilang sehingga selepas ini.

Malahan mengikut Presiden MEF, Datuk Shamsuddin Bardan percaya kadar pengangguran akan mencecah 10% hingga 15%.

Mengikut Jabatan Perangkaan, hampir pasti lebih 1 juta orang akan kehilangan pekerjaan akibat wabak ini.

Bantuan kewangan setakat ini masih belum mencukupi tapi kerajaan harus melipat ganda bantuan kepada rakyat supaya kesan pengangguran tidak parah.


Bantuan BPN pun ramai merungut permohonan mereka masih dalam proses wlaaupun sudah lebih 5 bulan.



Kerajaan masih belum isytihar bantuan untuk mereka yang hilang pekerjaan akibat COVID 19 ini


Perlu ada program yang lebih serius mcm Bantuan Kehilangan Kerja secara bulanan membantu mereka yang hilang pekerjaan.

Setakat ini tiada apa2 usaha kerajaan ke arah ini.

*TULANG BESI*


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

More Than 2 Million Malaysians Might Lose Their Jobs Due To Covid-19
Hakim Hassan
BY HAKIM HASSAN
APRIL 24, 2020


The negative effects of Covid-19 can lead to more than 2 million Malaysians losing their jobs, according to the Malaysian Employers Federation (MEF).

The association sees that it’s likely that the domestic job market would only recover by the half of next year.

With more than 500,000 locals who’ve already lost their jobs during the pandemic, MEF’s Executive Director, Datuk Shamsuddin Bardan believes that the unemployment rate would rise to 10% or even 15%.


He said based on the latest survey by the Department of Statistics, they foresee layoffs to exceed 1 million, the number is more than the Asian financial crisis that affected 900,000 workers.

Shamsuddin added unless there’s special subsidy by the government, employers will have to bear the costs of sending back their foreign workers who would be the first to go if their businesses don’t perform well.

He said its an additional burden on employers who have to provide these workers with necessities during the Movement Control Order (MCO).

Shamsuddin also said employers and the government should work together so that workers will not be retrenched as most companies have cash flow to last them for only two months.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

MASIH TIADA KHABAR BERITA PASAL KES ADIB

*MASIH TIADA KHABAR BERITA PASAL KES ADIB*

Peguam Negara sudah yang baru. Bukan lagi berbangsa India tetapi berbangsa Melayu Islam.


Ketua Hakim pun Melayu


Ketua Polis pun Melayu.

Kerajaan pun dah bertukar kepada kerajaan Melayu ISlam takda Cina DAP lagi dalam kerajaan.

Namun, yang menghairankan adalah kes Adib masih belum ada petanda berjalan.

Sepatutnya sudah ada 10 atau 15 orang suspek yang ditangkap dan didakwa di Mahkamah.

Disebarkan kononnya sebelum ini, mantan Peguam Negara telah menghalang pendakwaan saspek2 pembunuh Adib.

Ini kerana Peguam Negara berbangsa sama dengan saspak.

Walaupun pada faktanya Peguam Negara sendiri meminta Inkues dijalankan untuk mempercepatkan proses mencari siapa pembunuh Adib.

Awal bulan Mac, bapa kepada Arwah Adib memfailkan prosiding komital dengan harapan keadilan dapat dicapai dengan Peguan Negara yang beru ini yang berbangsa Melayu dan beragama Islam


Jadinya, yang kita soalkan mengapa masih berlaku kelengahan walaupun DAP sudah tiada dalam kerajaan?


Sepatutnya sudah berbelas orang didakwa di mahkamah sekarang ni kan?

Mengapa bapa arwah terpaksa menunggu lagi untuk mendapat keadilan bagi anaknya?

Benarkah kerajaan PH dahulu menyorok dan menghalang saspek-saspek dari didakwa kerana mereka berbangsa India dan kerajaan PH dikuasai DAP?

Ada pun sepatutnya dipersoalkan prestasi mantan Menteri Dalam Negeri yang sekarang ini Perdana Menteri di dalam menyelengara kes ini waktu dia berkuasa dahulu.


*TULANG BESI*





www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, April 27, 2020

Rohingya Jadi Alat Politik UMNO dan PAS Akhirnya


*Rohingya Jadi Alat Politik UMNO dan PAS Akhirnya*

Satu masa dahulu heboh PAS dan UMNO berkumpul beramai-ramai di Stadium Tasik Titiwangsa pada tahun 2016 untuk membela pendatang Rohingya. Kononnya untuk membela nasib pendatang Rohingya yang dihalau dan ditindas di bumi sendiri.



Juga sebagai protes kepada pendirian kerajaan PH Pulau Pinang yang tidak mahu mengambil pendatang Rohingya masuk ke Penang

Tapi nampaknya baik Najib Tun Razak mahupun Parti Islam Semalaysia mahupun ISMA telah U-Turn.

Kononnya perhimpunan tahun 2016 di Tasik Titiwangsa itu untuk membela pendatang Rohingya.

Namun, dalam dua tiga minggu ini segala yang diperjuangkan dahulu telah dibuang di dalam longkang.

Hanya kata-kata di mulut untuk memancing undi orang Islam dan memburukkan musuh politik semata-mata.

Pertubuhan seperti ISMA pun yang memperjuangkan kebencian dan permusuhan sesama kaum di Malaysia telah menarik balik sokongan mereka kepada usaha membela pelarian Rohingya, Mereka pun U-Turn dan kembali belot pada Rohingya (Rujuk gambar)

*KERAJAAN PH LEBIH PERI KEMANUSIAN BERBANDING PN*

Mengkut mantan Menteri Luar Negeri sewaktu zaman PH dahulu, Malaysia tidak akan menghalau balik pendatang walaupun kita adalah negara yang kecil.

Itu adalah polisi kerajaan PH yang di dalam nya ada DAP dan PH tidak sanggup berbuat apa yang PN dan Najib Tun Razak sedang buat sekarang ini.



*ROHINGYA CUMA ALAT POLITIK PERKAUMAN*



Jelasnya, isu Rohingya ini hanyalah alat politik perkauman kleptokrat sahaja. Mereka tidak pernah berminat membantu dan membela Rohingya.


Haji Hadi dan partinya sejak dahulu terkenal memperalat agama untuk kepentingan dunia dan wang ringgit.


Ini hanya satu dari banyak U-turn yang telah dilakukan oleh PAS. U-Turn seperti menolak hukum hudud di laksana di Malaysia pun PAS sanggup lakukan inikan pula Rohingya,


*RAKYAT CHINA BOLEH MASUK MALAYSIA TANPA VISA*

Manakala, UMNO sendiri pada satu masa dahulu berura-berura sungguh untuk membenarkan rakayt China masuk ke Malaysia tanpa visa seperti laporan ini.

Begitu rapat hubungan UMNO dengan kerajaan Komunis China rupanya. Dan rakyat Rohingya jadi kesan lap kaki sahaja untuk mencari undi

NEGARA KAPIR ITALI LEBIH BERTAMADDUN DLM MENJAGA PENDATANG ASING

Nampaknya negara kafir Itali boleh mengajar PAS dan kerajaan PN bagaimana cara yg bertamaddun dan berakhlak serta berperikemanusiaan di dalam menjaga pendatang asing

*TULANG BESI*






www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Saturday, April 25, 2020

Bantuan Bakul Makanan Untuk B40 Pun Kena Pau?

*Bantuan Bakul Makanan Untuk B40 Pun Kena Pau?*

Sepatutnya nilai Bakul Makanan utk memerangi kelaparan kepada golongan B40 adalah dalam RM100.

Maklumat rasmi menyatakaN nilai Bakul Makanan ini sepatutnya RM100 setiap bakul.  Maklumat lain berkenaan projek ini:
COVID-19 : 1.25 juta isi rumah dapat manfaat bantuan makanan Oleh Mahani IshakPutrajaya:
Kira-kira 1.25 juta isi rumah seluruh negara mendapat manfaat pengagihan bakul makanan daripada Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bantuan yang diagihkan sehingga kelmarin itu membabitkan 312,569 penerima yang terkesan dengan PKP. 
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, berkata pengagihan itu dilakukan oleh 108 Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah di seluruh negara."Bantuan terbabit merentasi semua daerah dan negeri, dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).


Namun Ahli Parlimen Rasah menyatakan rasa terkejut beliau kerana apabila beliau memeriksa kandungan Bakul Makanan tersebut, nilan barangan tidak sampai RM35.


Mengikut YB Rasah:


"Garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan dengan jelas menyatakan bahawa 1,000 ketua keluarga B40 dari semua kawasan akan menerima bakul makanan bernilai RM100.
"Bantuan ini selaras dengan surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 27 Mac 2020.

Ada seorang komen berkenan bakul Makanan berjumlah RM35 tu di bawah yang boleh difikirkan bersama:




Takkan duit Bakul Makanan waktu PKP ni pun nak kena pau jugak?

Teruk sangat dah ni.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Jawapan Tuntas YB Khalid Samad ke atas Jib Pasal Surat Kebenaran Tutup Jalan Majlis Tabligh


*Jawapan Tuntas YB Khalid Samad ke atas Jib Pasal Surat Kebenaran Tutup Jalan Majlis Tabligh*
NOTA TULANG BESI:

Cukuplah Jib.

Tak perlu nak bising-bising.

Jelas, surat tu hanya kebenaran untuk tutup jalan sahaja. Bukan kebenaran untik mengadakan program dan majlis



Majlis tetap tertakluk kepada kebenaran Polis Diraja Malaysia. 

Benang Basah sampai bila pun takkan boleh tegak.



Ikutilah hujjah YB Khalid Samad di bawah ini dgn klik "See More" di bawah



TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, April 22, 2020

MCA Ada Lesen Besar Maki Islam dan Melayu Sejak Merdeka

*MCA ADA LESEN BESAR UTK MAKI ISLAM DI MALAYSIA*

Hairan tak? Semenjak Merdeka sampai sekarang, parti MCA dan Gerakan dibenarkan memaki dan menista Islam semahu mereka dan tiada tindakan yang diambil ke atas mereka.

UMNO seperti memberi lesen besar kepada MCA menyebar kata nista dan cacian serta fitnah ke atas Islam kepada masyarakat bukan Islam dan juga kepada orang2 Islam sendiri.

Manakala, DAP yang hanya berkata"Langkah Mayat DAP Dulu kalau Negara Islam" pada masa PRU 1990 dimainkan sampai lah matinya mendiang Karpal Singh sedangkan kenyataan itu benar-benar sekali dan tidak diungkap secara berterusan.

Ada pun MCA secara terbuka dan berulang-ulang memaki dan menista Islam namun mereka dibenarkan tanpa apa-apa tindakan walaupun pemimpin-pemimpin MCA layak didakwa di bawah Akta Hasutan.

Kalau dilihat bahasa-bahasa yang digunakan oleh MCA terhadap Islam kita boleh simpulkan bahawa UMNO parti dayus kerana membiarkan MCA menghina Islam sebegitu sekali tanpa satu pun tindakan. UMNO benar-benar dayus dan tak layak mengaku pejuang Islam.

Di bawah ni diberi beberapa contoh. Banyak lagi contoh lain tapi cukuplah contoh dibawah:

1.0 *MCA Anti Hudud sama sekali lebih buruk dari DAP* :  Mengikut kenyataan mantan Presiden MCA di bawah.  MCA dari MERDEKA sehingga hari ini menentang perlaksanaan hukum syariah di Malaysia. Sepanjang masa itu, UMNO hanya berdiam diri dan membiarkan MCA memaki dan menista hukum ISlam tanpa apa2 tindakan walau sedikit pun

       

2.0 *MCA ANTI NEGARA ISLAM*: Yg dipopularkan oleh UMNO hanyalah kenyataan mendiang Karpal Singh sebelum PRU 1990. Tapi kenyataan-kenyataan MCA menista dan memaki Negara Islam jauh lebih banyak.  UMNO hanya berdiam diri dan membiarkan MCA memaki dan menista Negara Islam. Rujuk kenyataan di bawah:

3.0 *MCA menentang kuatkuasa peraturan menutup aurat*: MCA sememangnya menentang segala peraturan yg berkaitan syariah Islam. Ini termasuk peraturan menutup aurat yg PAS pernah laksana di Kelantan dahulu.
4.0 *MCA memperjuangkan supaya hukum syariah tidak bertambah di Malaysia*
MCA antara yang paling lantang menolak RUU355 walaupun RUU355 ini bukan berkaitan dengan hudud.
Kenyataan Wanita MCA di bawah menyatakan bahawa Malaysia tidak perlu pertambahan kepada undang-undang Syariah yang sudah ada. Ini bermaksud hudud juga ditolak dan ditentang oleh MCA untuk dilaksana di Malaysia. 
 

5) *MCA menyalahkan DAP kerana menaikkan PAS ke tampuk kuasa yg membolehkan PAS melaksana hukum Islam*:
Kata mantan Presiden MCA Liow Tiong Lai:


Malahan, terdapat kenyataan dari Ustaz Nasaruddin Tantawi yang telah menyenaraikan kata-kata pemimpin MCA yang kurang ajar dan biadap menista dan memaki Islam. 

Senarai kurang ajar dan biadap MCA kepada Islam boleh di baca di bawah


KESIMPULAN: Sememangnya MCA terlindung dari apa-apa tindakan mahupun kutukan ataupun kritikan mahupun teguran apabila mereka mengcam, mengutuk, menista, memaki serta merendahkan Islam serta hukum syariah Islam.

DAP pula diserang habisan walaupun kritikan mereka hanya ditujukan kepada orang Islam dan bukan kepada agama Islam.

Ini dipanggil "double-standard" aataupun "lidah bercabang"

Puak2 ini tidak hirau sangat pasal Islam. Mereka cuma mahu memastikan DAP kalah dan merampas kembali kerajaan.

Islam takda makna untuk puak-puak ini.


*TULANG BESI*



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini15 October 2012 


1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.

2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah :
• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.

3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut :
• “What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”

4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.
• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”
“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”

5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)

6. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.

7. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”

8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012

9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.

10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)

11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.

12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :
• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.
• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)
• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.

14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber:
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.