Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 29, 2020

Penurunan Harga Minyak Mentah Berita Buruk Kepada Malaysia

*Penurunan Harga Minyak Mentah Berita Buruk Kepada Malaysia*

Berita Harian melaporkan harga minyak mentah jatuh sangat teruk. Dua jenis minyak mentah yang berkait dengan Malaysia adalah West Texas Intermediate (WTI) dan Brent.

WTI harganya mencecah USD0 tapi akhirnya naik ke USD15 setong. Manakala, Brent pula turun sampai ke USD20 setong.

Bayangkan pada tahun 2008 harga WTI mencecah USD 120 satu tong berbanding sekarang USD15.

Pda PRU 2018 harga Brent sudahpun turun mencecah US
D 40 setong (purata) dan akhirnya BN kalah.

Dianggarkan lebih RM30billion akan hilang dari penyata pendapatan Malaysia akibat kejatuhan harga minyak dunia.  Ini hampir 10% dari jumlah keseluruhan REVENUE Malaysia (yakni RM300 billion++)

Ini baru kesan terus kepada rakyat Malaysia. Belum lagi kesan tidak terus yang sama beratnya.

Kesan tidak terus (Indirect) yang mana berkaitan dengan ekonomi yang bergantung kepada sektor "Oil and Gas" (O&G) di Malaysia.

Pembekal-pembekal akan paling terganggu dan ini akan menekan kebolehan mereka membayar cukai. Ini akan merendahkan lagi pendapatan Malaysia.

Juga, industri-industri lain yang bergantung kepada sektor O&G juga semua akan jatuh jualan mereka.

Ramai pekerj-pekerja akan kehilangan kerja, kedai2 akan bungkus dan tutup, pembekal-pembekal terpaksa henti operasi dan banyak lagi.

Dianggarkan jumlah kerugian kepada pendapatan kerajaan mencecah RM50 billion akibat kejatuhan ini.

Itu belum lagi kes NPL (hutang lapuk) yang bakal timbul dan keluar dan pelbagai lagi kesan-kesan sampingan.

Masih belum ada estimasi yg jelas berkenaan impak kejatuhan harga minyak mentah tapi seperti kerajaan hendak menyembunyikan kesan sebenar fenomena ini. Menteri Kewangan sendiri seperti ada perkara yang hendak disembunyikan apabila ditanya pemberita.

*HARGA MINYAK MURAH BAGUS UNTUK RAKYAT MALAYSIA*

Memang kita akui harga RON95 dan 97 telah jatuh ke tahap yang amat rendah. RON95 jatuh di bawah RM1.50 seliter.

Namun apa guna minyak murah kepada pekerja yang sudah kehilangan pekerjaan? Pekerja2 ini akan kekal duduk di rumah mereka walaupun semurah mana harga minyak.

Baca analisa The Economist berkenaan kesan harga minyak murah kepada rakyat Amerika di bawah:
Sama dgn Malaysia, harga minyak yang murah tidak akan menambah perbelanjaan rakyat Malaysia ke dalam ekonomi Malaysia menyebabkan ekonomi Malaysia akan semakin perlahan.

Masalaah di MAlaysia bukan harga minyak tapi harga kereta. Yg patut diturunkan adalah harga kereta. Harga minyak tetap akan naik turun mengikut pasaran tapi harga kereta sengaja dinaikkan kerajaan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

*KESIMPULAN*


Kejatuhan ekonomi yang bakal melanda adalah yang amat buruk dalam sejarah Malaysia lebih teruk dari 1997. Ianya sedang dibanding dengan kejatuhan tahun 1987.

Dengan keadaan kerajaan Malaysia yang tidak diiktiraf oleh dunia, bagaimanakah Malaysia hendak kembali pulih dengan kadar yang cepat.



Kerajaan yang dipenuhi perompak dan penipu serta pengkhianat mana mungkin dapat menarik pelabur untuk melabur semula di MAlaysia.

Yang akan jadi mangsa adalah rakyat Marhein terutama berbangsa Melayu Islam di waktu pemimpin-pemimpin mereka sebuk membahagi-bahagi jawatan GLC sesama mereka.

*TULANG BESI*


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

Harga minyak mentah jatuh mendadak
ISNIN, 27 APRIL 2020 @ 11:21 AM
Ruang simpanan minyak yang penuh menyebabkan harga komoditi itu jatuh - Foto AFP
SINGAPURA: Harga minyak Amerika Syarikat (AS) mengalami kejatuhan yang teruk pada Isnin disebabkan kebimbangan baharu mengenai lebihan kapasiti penyimpanan.
Selain itu, ia turut dipengaruhi penurunan permintaan walaupun pengeluar mula mengurangkan output untuk mengukuhkan pasaran.

Kontrak penanda aras minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) turun 9.3 peratus kepada AS$15.36 setong dalam dagangan pagi Asia.
Kontrak penanda aras Brent pula turun 3.2 peratus kepada AS$20.75 setong. 

Harga minyak mengalami penyusutan ketara dalam beberapa minggu terakhir, terjejas teruk oleh pandemik COVID-19 yang mengehadkan permintaan berikutan sekatan pergerakan dan kawalan perjalanan.
Minggu lalu, minyak mentah AS jatuh ke wilayah negatif buat pertama kalinya kerana ruang penyimpanan hampir penuh dan pelabur berusaha untuk menjualnya sebelum tamat kontrak perdagangan, namun tidak dapat mencari pembeli dengan mudah.
Harga telah pulih sejak itu, tetapi kekal pada tahap terendah dalam tempoh beberapa tahun.

Kebimbangan utama bagi peniaga adalah bahawa kemudahan penyimpanan terutama di AS, tidak dapat menampung lebihan bekalan.

"Kebimbangan mengenai peningkatan inventori global, terutama di AS dengan pandemik yang mengurangkan penggunaan petrol, menekan harga minyak," kata penganalisis komoditi di Samsung Futures Inc, Kim Kwangrae.

Kebimbangan berterusan mengenai penyimpanan membayangi isyarat bahawa beberapa negara termasuk Kuwait dan Algeria mulai menurunkan output sejajar dengan perjanjian utama yang dimeterai bulan ini.
-AFP

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Share on whatsapp

2 comments:

  1. Admin...bukan malaysia jer yg terkesan tapi seluruh dunia mghadapi masalah yg sama.

    Tapi kalau begini standard kerajaan yg berusaha melawan wabak dan prihatin dgn kepayahan rakyat mghadapi pkp...tak khuatir sangat.

    Malam tadi rasa cukup terharu menyambut kepulangan anak dari universiti di sebuah ipd. Tak sangka begitu tinggi tahap SOP mrk mengurus perjalanan anak2 di ipt tu balik kampung. Tahniah!!!!

    Rasanya tak khuatir sangat dgn keupayaan kerajaan skrg menangani masalah ekonomi slps pkp mahupun wabak ini.

    ReplyDelete
  2. Negara2 bukan pengeluar minyak bergantung kepada sistem percukaian yang mantap dalam menseimbangkan kdnk mereka.
    Adakah kita akan beralih balik kepada cukai GST?

    Pemansuhan cukai gst dan mewujudkan balik cukai sst serta cukai-cukai baru yang pelik langsung tidak meningkatkan sektor ekonomi dan pendapatan negara.

    Seperti kata pm6, kita tak boleh bergantung sepenuhnya dengan hasil minyak dan petronas pula perlu bebas tanpa diganggu pentadbiran mereka dan melabur bukan shj dlm negara tetapi jauh di luar negara.

    Kesilapan kita terlalu bergantung kepada minyak sedangkan pengeluaran dlm negara sendiri adalah terhad dan berkurangan.

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.