Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Friday, April 10, 2020

Warkah Presiden PAS kpd Gerakan2 Islam Spt Tulisan Blogger2 UMNO Sahaja

*Warkah Presiden PAS kpd Gerakan2 Islam Spt Tulisan Blogger2 UMNO Sahaja*

Tulang Besi membaca warkah Haji Hadi serta terjemahannya dengan teliti. Sesiapa yang mahu membacanya boleh merujuk kepada posting original dari FB Friends of Harapan Jordan yakni yg pertama-tama mendedahkan warqah tersebut di bawah.

Bagi Tulang Besi, cara pengolahan surat tersebut membuat kita merasakan kita sedang membaca tulisan2 Blogger UMNO seperti Papagomo dan Parpukari satu masa dahulu.

Antara hujjah2 Haji Hadi yang boleh dikutip dari terjemahan surat tersebut adalah (hujjah Hai Hadi dalam bentuk Italic: 

1) Anwar Ibrahim agen Freemason

*JAWAPAN TULANG BESI*: Tuduhan ini sejak tahun 2013 lagi yang datang dari Blogger2 UMNO. Ia kemudiannya dipopularkan oleh Ibrahim Ali dan tidak sangka Haji Hadi akan merendahkan taraf beliau ke tahap Papagomo dan Parpukari.

2) Dan PAS menolak kerjasama dengan kumpulan Anwar Ibrahim kerana tidak yakin dengan karakter peribadi dan akhlaknya serta pendirian politik pragmatiknya yang berbahaya.


*JAWAPAN TULANG BESI*:  Menghairankan Haji Hadi menaikkan isu akhlak sedangkan Haji Hadi boleh redha dengan amalan Semburit Azmin Ali serta mempertahankan video Seks Mustafa Ali satu masa dahulu.


Agaknya Haji Hadi boleh terima akhlak buruk seseorang sekiranya seseorang itu ada video warna warni yang jelas lagi terang macam video Mustafa Ali dan video Sandakan tu.

Namun, kalau setakat tuduhan dalam mahkamah yang tiada asas dan penuh dgn percanggahan maka Haji Hadi menolak dan otomatik menuduh orang itu bersalah.

3)  Haji Hadi dengan panjaang lebar memuji Dr Mahathir dalam surat tersebut manakala mengutuk Amanah, Anwar Ibrahim dan DAP (terlampau panjang untuk dinaqal)



*JAWAPAN TULANG BESI*: Kalau benarlah begitu, mengapa wakil2 PAS menyokong Muhyiddin dan tidak Dr Mahathir pada 23 Februari 2020 di harapan Yang Dipertuan Agung?


Dengan kata lain, segala pujian pada Dr Mahathir ini adalah bohong dan tipu semata-mata. Umpama ular tedung yg menyembunyikan sayapnya sebelum mematuk mangsanya.

Sia sia memuji Dr Mahathir selepas PAS dan Haji Hadi mengkhianati Dr Mahathir


4) Haji Hadi menuduh Kedutaan Amerika cuba menyakinkan PAS untuk menyokong Anwar Ibrahim di dalam menjatuhkan Dr Mahahtir ( "khasnya delegasi Amerika yang mengajak PAS untuk menyertai Pakatan Harapan dan membantu Anwar Ibrahim menumbangkan Tun Mahathir.")


JAWAPAN TULANG BESI: Ini jawapan yang agak pelik dan hairan. Ia juga tuduhan yang amat berat dan seharusnya Kedutaan Amerika mengambil tindakan yang tegas dalam isu ini.


Jadinya kita cabar Haji Hadi untuk mengemukakan bukti dalam bentuk rakaman ataupun pengakuan bertulis untuk menyokong tuduhan ini.

Bukan sekadar PH yang difitnah tetapi Kedutaan Amerika pun Haji Hadi nak fitnah ke?


5) berlaku usaha dalaman untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh DAP, PKR dan AMANAH bagi mengetepikan Tun Mahathir, dengan sokongan Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan juga Freemason.


JAWAPAN TULANG BESI: Samada Haji Hadi buta huruf ataupun selama ni Haji Hadi duduk bawah tempurung.


Perjanjian utk pertukaran Perdana Menteri dari Mahathir ke Anwar Ibrahim adalah perjanjian yang dipersejutui semua parti2 dalam Pakatan Harapan sebelum PRu14. Perjanjian ini secara bertulis dan bukannya hanya sekadar cakap-cakap mulut sahaja seperti yg didakwa oleh Haji Hadi.

Ia bukan usaha mengguling mahupun menjatuhkan Dr Mahathir..

Ini pembohongan kelas paling bawah taraf Papagomo sahaja yang diamalkan oleh Presiden PAS.


6) Kemudian PAS mula bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk satu perpaduan atas kemaslahatan agama dan negara. Lalu kerjasama perpaduan ini menghasilkan sebuah persepakatan yang dinamakan sebagai Muafakat Nasional dalam blok pembangkang. 


JAWAPAN TULANG BESI: Apa yang Haji Hadi tipu dalam kenyataan ini adalah dia tidak menyebut bahawa PAS telah sanggup membuang ajaran Islam yg tidak mengenal warna kulit dan ras dengan fahaman UMNO yang bersifat perkauman sempit dan membenci sesama kaum di Malaysia.


Orang Cina dan India dijadikan musuh semata-mata warna kulit dan agama mereka hanya kerana mereka tidak lagi menyokong Barisan Nasional serta menolak PAS mentah mentah dalam PRU lepas.

Juga tidak dicerita oleh Haji Hadi adalah mereka telah berjumpa dengan UMNO dalam gelap sejak tahun 2008 lagi.

Selama lebih 11 tahun Haji Hadi telah menipu dan berbohong kepada ahli2 PAS menafikan kerjasama UMNO dalam gelap oleh Haji Hadi dan kuncu-kuncunya.

Selama lebih 11 tahun Haji Hadi menafikan apa2 kerjasama dengan UMNO. 


KESIMPULAN: Dan banyak lagi penipuan2 taraf blogger UMNO yang dimasukkan dalam surat tersebut oleh Presiden PAS.



Presiden PAS tidak lebih seorang Blogger UMNO menyampaikan cerita karut dan bohong kepada Gerakan2 Islam di Timur Tengah.

Semoga Allah SWT membalas Haji Hadi dan penyokong2 beliau.

AMIN!!!

*TULANG BESI*


RUJUKAN: Surat Haji Hadi serta terjemahannya

https://www.facebook.com/HARAPANJordan9/posts/718824538924042?__tn__=K-R



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

4 comments:

  1. Jangan kecewalah...Allah tu maha adil...setiap dari kita akan di tanya oleh Allah di akhirat kelak...

    Kat dunia semua bole putar dan berhujah...kat sana dah x boleh nk putar walaupun buat alasan apa sekali pun
    ..
    ALLAH SEBAIK BAIK hakim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuan, atok kita tu banyak bagi alasan dan salahkan org lain jer keje dia.
      Kesian dgn bekas2 menteri kita yang ada dpd mrk tak sempat pon merasa pencen menteri spt abg mat sabu. Balik2 dari luar negara dpt tahu kerajaan dah bertukar. Kesian mrk nie....

      Delete
  2. Kenapa seorang 'ulama' spt hadi sanggup fitnah seorang muslim lain. Berikut mungkin jawapannya:

    Nafsu adalah sumber semua keburukan manusia. Kerana memiliki sifat seperti itu, nafsu merupakan salah satu diantara musuh manusia yg  sgt berbahaya. Nafsu itu bersifat sombong dan mementingkan diri sendiri, selalu ingin memuaskan kehendaknya, dan hanya mencari kesenangan. Nafsu berusaha melakukan apa saja utk memperdaya manusia kerana nafsu selalu tidak mungkin dapat memenuhi keinginannya melalui cara yg benar.

    Nafsu seseorang dengan kuat mengilhamkan perbuatan fasik dan jahat. Dengan diungkapkannya rahasia ini, mereka dapat mengetahui bahawa nafsu tidak pernah berhenti bekerja, ia selalu berusaha menjerumuskan  manusia drp jalan Allah.


    ReplyDelete
  3. Ustaz Hadi tu satu drpd para ilmuan yg ramai kat negara kita ni dan juga serata dunia...bukan dia satu satunya ilmuan...dan dia bukan maksum pun..x terlepas dari kesilapan...kecuali pentaksup dia jer yg lebih lebih ..entahlah..

    Dari zaman nabi hingga kini byk isu isu sebegini bahkan melibatkan tokoh ilmuan lagi hebat cth. Imam empat tu dll...

    Lagi byk kita menyalahkan dia walaupun dia salah lagi byk perpecahan umat islam...walaupun perpecahan tersebut sunatullah...

    Tu sbb apa nk herankan..kita semua akan diadili di akhirat termasuklah haji Hadi dsn pentaksub nya....kat dunia boleh putar...dgn gunakan ayt ayt Allah...kat sana nanti...Allah akan tanya kau guna ayat ayat aku utk apa?..

    Utk membenci sesama islam?.utk mengkafirkan sesama islam? Utk pangkat?..utk dunia?.

    Mcm mana nk jawab sedangkan diri sndri pun Allah yg punya begitu juga dgn ayt ayt al quran yg di jadikan hujah..

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.