Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Sunday, May 10, 2020

WAJIB TURUNKAN HARGA KERETA DI MALAYSIA SEKARANG!!!!!

*Yang Jadi Beban Adalah Harga Kereta, Bukan Harga Minyak*

1) Ramai sensitif bila harga minyak tinggi. Ini kerana ramai rakyat Malaysia membawa kenderaan pribadi untuk urusan kehidupan mereka.

2) Mengikut Persatuan Otomotif Malaysia, jumah kenderaan yang berdaftar di Malaysia adalah 28.2 juta buah.

3) Harga-harga kereta di Malaysia adalah kedua termahal di dalam dunia. Lebih mahal harga-harga kereta di Malaysia berbanding di Amerika, Perancis, Australia, Jepun dan Korea Selatan.


4) Masyarakat terutama orang Melayu ramai yang bergaji di bawah RM2000 sebulan mereka hanya mampu membeli kereta ber c.c. bawah 1300.  Dan kereta ber c.c. 1300 di bawah yang paling banyak menggunakan petrol memandangkan badan nya yang berat dan enjin yang berkuasa rendah. Atas sebab itulah harganya yang paling murah.


*MENGAPA HARGA KERETA MALAYSIA TERLAMPAU MAHAL?*

Harga Proton yang pertama pada tahun

 1982 adalah RM20,000 sahaja

5) Sebelum diadakan Proton, harga kereta di Malaysia adalah murah. Keratan akhbar di bawah adalah dari The Star March 2, 1985 di bawah dimana dilaporkan harga Nissan Sunny dan Toyota Corrolla berharga sekitar RM20,000. Rujuk di sebelah.






6) Apabila Proton tidak laku dan hampir bangkrap maka kerajaan UMNO memperkenalkan Duti Eksais dan Cukai Import ke atas kereta.


*KESAN HARGA KERETA DINAIKKAN OLEH DUTI EKSAIS INI*

7) Hasilnya harga kereta 1300cc yang asalnya sekitar RM20,000 menjadi sekitar RM60,000.  Bayaran bulanan kereta pun menjadi sekitar RM600 yang patutnya sekitar RM200 sahaja. 

8) Bayangkan kalau saudara saudari cuma membayar RM200 sebulan sahaja untuk kereta. Ertinya kurang RM400 sebulan dari apa yang dibayar selama ini.  Ertinya kalaupun harga RON95 naik ke RM2.20 seliter pun, ia tidak membebankan mereka yang berpendapatan rendah seperti sekarang.

9) Kalau PH memerintah semula, wajib kerajaan PH menghapuskan Duti Eksais dan Cukai Import untuk kereta-kereta ber c.c. 1300 ke bawah seperti Viva, Proton Saga, Honda City, Toyota Vios dsbnya. Selepas itu kerajaan tidak perlu risau sangat tentang kenaikan atau penurunan harga minyak.


*HARGA MINYAK YANG MURAH BIASANYA AKAN DIIKUTI DENGAN KEMELESETAN EKONOMI*


10) Harga minyak yang rendah tidak membantu ekonomi. Apabila harga pasaran minyak antarabangsa turun, maka harga minyak sawit dan getah juga turun.  Harga komoditi2 lain juga turun.

11) Ekonomi akan menguncup. Banyak perniagaan akan tutup kedai. Ramai orang akan kehilangan pekerjaan. Gaji akan mengecil dan ramai tidak boleh dapat bonus. Pendapatan rakyat juga akan menurun.

KESIMPULAN: Wajib harga kereta diturunkan dengan kadar segera. Bayaran bulanan yang dibayar oleh rakyat Malaysia selama ini sejak tahun 1986 adalah GILA dan TIDAK MASUK AKAL.

Proton tidak perlu dilindungi lagi kerana ia bukan milik Malaysia lagi. Rakyat Malaysia harus diselamatkan dari penderitaan ini.


*TULANG BESI*




www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

No comments:

Post a Comment


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.