Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Thursday, May 7, 2020

Perikatan Nasional Sekarang Sudah Jadi Kerajaan Nikah Mutaah

*Perikatan Nasional Sekarang Sudah Jadi Kerajaan Pernikahan Mutaah*

Kenyataan UMNO yang terbaru dari UMNO yang menyatakan mereka tidak mengiktiraf Perikatan Nasional sama sekali adalah sangat-sangat lucu.


Mengikut laporan Malaysiakini:
Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak cadangan agar parti itu menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi, kata sumber kepada Malaysiakini hari ini. 
Sumber terbabit berkata, keputusan itu dicapai secara sebulat suara dalam mesyuarat MT yang diadakan pada Isnin lalu, dan ia bertujuan menjaga kedudukan dan kepentingan parti berkenaan.

Secara umumnya, seperti orang yang dah mengandung tapi lepas tu bagitau mereka tak nak bernikah.

Sebelum ini UMNO sudah isytihar mereka tidak mahu bersama dengan Perikatan Nasional bila PRU15 diadakan nanti.

Itu petanda jelas bahawa Perikatan Nasional tidak lebih dari pernikahan mutaah semata-mata.



Kita faham mengapa pemimpin-pemimpin UMNO berbuat sebegini.

*PEMIMPIN-PEMIMPIN UTAMA UMNO SEMUA MASIH MENGHADAPI KES RASUAH DI MAHKAMAH*

Kesemua kepimpinan utama UMNO sedang menghadapi tuduhan rasuah di Mahkamah.

Dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin kelihatannya tidak mahu membahayakan imej dan kedudukan beliau untuk campur tangan dalam kes-kes yang sedang berjalan ini.

Walaupun kerajaan sudah bertukar tetapi Datuk Zahid Hamidi dan Najib Tun Razak masih di dakwa atas cas-cas yang baru. Tengku Adnan un kes dia masih berjalan terus seperti biasa walaupun dia salah seorang penyokong kerajaan baru.

Maka, pemmpin2 utama UMNO melihat sekirang dibiarkan terus, mereka akhirnya akan berkesudahan di Sungai Buloh dan bukannya di salah sebuag pejabat di Putrajaya.

UMNO dan PAS juga melihat momentum rakyat bersama mereka sekarang ini dan mereka yakin mereka boleh memerintah dan menang sekiranya diadakan PRU sekarang iini.

Oleh sebab itu, Tulang Besi merasakan UMNO tidak akan tunggu lama.

*UMNO TIADA MASA UNTUK MENUNGGU*

Mungkin dalam tahun ini juga selepas masaalah Covid 19 ini selesai mereka akan memanggil PRU yang baru dan akan menarik sokongan mereka kepada Muhyiddin di Parlimen.

Mereka perlu mendapat semula kuasa dengan seberapa segera kalau mereka tidak mahu mengalami nasib sebagai banduan Sungai Buloh.

Lebih lebih lagi Perdana Menteri tidak berminat untuk memberi mereka apa-apa bantuan dan sokongan. Boleh sahaja Tan Sri Muhyiddin mengarahkan Peguam Negara mengugurkan kes-kes mereka itu tetapi itu tidak akan berlaku.


Tan Sri Muhyiddin melihat selagi kes ini berjalan, maka dia tidak perlu membawa pimpinan2 UMNO ini ke dalam Kabinet. Yang levih penting Tan Sri Muhyiddin dapat mengawal UMNO dengan lebih kemas sekiranya kepimpinan2 utama mreka sedang menghadapi tuduhan rasuah di Mahkamah. Sekaligus UMNO jadi amat lemah gemalai



Tampaknya UMNO sudah nekad. Mengikut hemat Tulang Besi, PRU depan boleh berlaku seawal lepas Hari Raya Haji tahun ini.  

Sama-sama kita perhatikan babak seterusnya.


*TULANG BESI*


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniSumber: 

Umno tolak sertai PN secara rasmiHaspaizi Zain

Diterbitkan 6 May 2020, 8:48 pm
Dikemaskini 6 May 2020, 9:34 pm
A+
A-
Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak cadangan agar parti itu menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi, kata sumber kepada Malaysiakini hari ini.

Sumber terbabit berkata, keputusan itu dicapai secara sebulat suara dalam mesyuarat MT yang diadakan pada Isnin lalu, dan ia bertujuan menjaga kedudukan dan kepentingan parti berkenaan.

"MT sebulat suara tolak, kita tak mahu jadi parti kecil. Kalau banyak parti dalam PN, Umno tak boleh nak jadi macam dalam BN sebelum ini.

"Sebelum mesyuarat MT, parti melalui mesyuarat biro politik juga sudah menolak cadangan ini.


"Kemudian mesyuarat pengerusi-pengerusi perhubungan Umno negeri juga menolaknya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Umno memeterai piagam Muafakat Nasional bersama PAS untuk mengabsahkan kerjasama secara rasmi pada akhir tahun lalu. Parti lain dalam BN pula dianggap menyertai gabungan berkenaan melalui Umno.

Menerusi Muafakat Nasional, BN dan PAS menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri kepada gabungan PN, sekali gus membawa kejatuhan Pakatan Harapan sebagai kerajaan selama 22 bulan.


Susulan pembentukan kerajaan PN di peringkat persekutuan, beberapa kerajaan negeri yang dikuasai PH juga tumbang selepas krisis politik Februari lalu, yang berlangsung kira-kira seminggu.

Akhir bulan lalu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegaskan PN bukanlah satu gabungan yang berdaftar secara rasmi dan Umno tidak pernah menyertainya.

"Hubungan Umno dengan PN hanya satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri oleh kelompok tertentu dalam PH," katanya yang menegaskan bentuk kerjasama itu berbeza dengan persefahaman dengan PAS dalam Muafakat Nasional yang diurus secara rasmi.

Platform rasmi cerita lain

Dalam pada itu Anggota Majis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan, berkata cadangan untuk mendaftar PN dan Umno sebagai ahli sekutunya perlu diteliti sebaik mungkin.

Pada masa sama, katanya, sokongan Umno terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin selaku perdana menteri tidak perlu diragui.

"Ia perlu dilihat dengan serius apa kebaikan yang Umno dapat dan juga keburukannya.

"Tapi ini bukan bermakna Umno tak sokong PN, kalau tak sokong kita tak berada dalam kerajaan.

"Umno boleh bagi keyakinan bahawa kita sokong PN dan perdana menteri, untuk (PN) jadi platform rasmi itu cerita lain," katanya lagi.

Menerusi PN, Umno berjaya mentadbir kembali negeri yang dimenangi PH pada PRU lalu, iaitu di Melaka (sebelum ini ketua menteri daripada Amanah) dan Johor (sebelum ini menteri besar daripada Bersatu).

Di Perak pula, Bersatu kekal memimpin kerajaan Perak meskipun Umno menguasai lebih banyak kerusi di DUN.
Share on whatsapp

4 comments:

  1. Jika benar2 berlaku...raykat tak kesah krn tempoh wabak hampir berakhir. Dpd dijaga oleh phanceng baik dijaga oleh kerajaan yg benar2 prihatin.

    Jika usul undi tak percaya oleh tun mangkuk jadi kenyataan dan sokongan agar tun mangkuk jadi pm9...raykat tak kesah sikit pon. Lantaklah...

    Yg pasti raykat akan menolak secara besar2an puak penyamun asli sejak 1981....

    ReplyDelete
  2. Pengkhianat + penyamun=Haram jadah. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atok penyamun besar diangkat jadi ketua kaki kencing...
      Penyamun + kaki kencing...pukxxxk sial!!!

      Hihihi...

      Delete
    2. Penyamun join pengkhianat,Melayu +Melayu, cina Mca jgk champion. Lawak sgguh. Hahahaha

      Delete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.