Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Sunday, May 31, 2020

Rahsia Najib Dapat Following FB yang Begitu Besar Terdedah





MAHKAMAH ISRAEL DEDAH BAGAIMANA RAKYAT MALAYSIA TERTIPU OLEH PERANG SIBER REJIM NAJIB

Saya tertarik dengan pendedahan oleh akhbar ekonomi terulung Israel, Calcalist, yang membongkar tanpa ragu lagi penggunaan sistem risikan siber yang dikendalikan syarikat Senpai oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menghadapi Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum Ke-14 pada 09 Mei, 2018.

Pendedahan ini sedikit sebanyak menjawab berbagai persoalan dan keraguan yang timbul berkenaan operasi siber Najib sendiri, yang selama ini nampak hebat dan berjaya mempengaruhi rakyat dengan menampakkan bekas Perdana Menteri itu begitu "popular" di media sosial. Tetapi adakah segalanya penuh kepalsuan?

Pendedahan ini sukar disangkal kerana ianya berdasarkan bukti yang dikemukakan di mahkamah di Tel Aviv tentang penglibatan syarikat Senpai membantu beberapa rejim-rejim yang "diragui" di seluruh dunia. Pendek kata, ia secara langsung mengaitkan rejim UMNO di bawah Najib sebagai sebuah rejim yang diragui di peringkat antarabangsa.

Adalah sukar untuk Najib berdalih dengan menuduh pendedahan-pendedahan ini sebagai fitnah, kerana ia berdasarkan pembentangan operasi-operasi sistem syarikat Senpai yang dilanggan oleh Kerajaan Malaysia pada ketika itu, di bawah arahan Najib. Ia dibentangkan oleh tiga pengasas syarikat Senpai sendiri.

Malah mahkamah itu turut diberitahu bahawa sistem RogueEye ciptaan syarikat Senpai telah dilanggan oleh kerajaan Najib melalui Jabatan Perdana Menteri (PMO), Cawangan Khas PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis untuk memantau aktiviti orang awam, aktivis politik dan pihak pembangkang menjelang PRU-14.

Perjanjian pertama telah dimetrai pada April 2018 dengan nilai US$ 1.5 juta (RM 6.5 juta) di bawah nama “Project Magnum”, manakala perjanjian fasa kedua pula melibatkan perbelanjaan sebanyak US$ 300,000 - $400,000 (RM 1.3 - 1.7 juta) dari Cawangan Khas, antara US$ 2 juta (RM 8.7 juta) dan US$ 2.5 juta (RM 10.9 juta) dari Jabatan Perdana Menteri, antara US$ 800,000 (RM 3.5 juta) dan US$ 2.2 juta (RM 9.6 juta) fdari SPRM dan RM 9.6 juta lagi dari pihak polis.

Calcalist melaporkan Fasa kedua melibatkan objektif yang berbeza memandangkan UMNO telah tewas dalam pilihanraya umum ke-14.

Langganan ini dimetrai melalui sebuah syarikat perantara di Cyprus, memandangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Bacaan ini agak menarik kerana menimbulkan persoalan terhadap Najib dan dalam masa yang sama turut memberi gambaran sebenar tentang penularan penggunaan ratusan, malah ribuan akaun palsu di media sosial yang dilihat berleluasa sejak 2018.

Rupa-rupanya sistem yang dicipta oleh Senpai ini mengotomasikan data mining atau perlombongan data termasuk melalui kaedah akaun palsu melalui avatar atau pengkalan induk.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa ini bukan tuduhan oleh saya, tetapi berdasarkan laporan kemukaan bukti kes perbicaraan syarikat Senpai di mahkamah Tel Aviv seperti dilaporkan oleh akhbar Calcalist.

Di sini timbul beberapa persoalan.

1) Jadi apakah ribuan reaksi atau komen-komen berbentuk sokongan atau pembelaan terhadap Najib dan kuncu-kuncunya, serta yang berbentuk tohmahan, cacian dan hinaan terhadap elemen pro-Pakatan Harapan, yang banyak didapati menggunakan akaun palsu di media sosial, ini menggunakan sistem yang dilanggan daripada syarikat Zionis Israel ini?

2) Menurut pendedahan di mahkamah Tel Aviv tersebut, langganan sistem RogueEye yang diuruskan Senpai itu telah disambung selepas kekalahan BN di PRU-14 yang lalu. Jadi apakah elemen-elemen yang meniup api perkauman dan keagamaan yang banyak didapati dimainkan oleh akaun-akaun media sosial yang diragui ketulenannya, adalah sebenarnya produk keluaran Israel yang digunakan untuk membakar sentimen-sentimen sebegitu di media sosial?

3) Apakah populariti Najib di media sosial juga dipacu oleh kepalsuan ini sehingga memperdaya rakyat? Berapa banyak komen di laman Facebook Najib sebenarnya diotomasikan oleh sistem Israel ini, jika ya?

4) Bolehkah Najib menidakkan tuduhan-tuduhan bahawa beliau telah berpakat dengan elemen-elemen luar setelah pengakuan dibuat oleh syarikat Israel ini sendiri di mahkamah Tel Aviv?

5) Apakah polisi dan pendirian berbentuk bantahan keras terhadap rejim Zionis Israel yang berpaksikan penindasan terhadap Palestin cuma satu lagi sandiwara oleh Najib, sama seperti kepalsuan cintanya terhadap etnik Rohingya yang ditindas dan dianiaya oleh rejim Myanmar tidak lama dahulu?

Segalanya hanya boleh dan perlu dijawab oleh Najib pada kadar segera.

Di sini saya sertakan link ke laporan akhbar Calcalist, Israel tersebut:

https://www.calcalistech.com/ctech/articles/0,7340,L-3828013,00.html

Sekian.

FAZLY RAZALLY
Parti Keadilan Rakyat
Petaling Jaya Utara




www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

3 comments:

  1. Palsu atau tidak...kita tggu pru15.

    Kalau kerajaan 22bulan pernah melakukan kerja dgn baik dan tidak kencing mandat raykat...korang tak perlu bersusah payah dgn populariti najib.Penulisannya penuh fakta yg logik dan penuh kritis disokong dgn bukti2 yg sah.

    Kalau nak kaitkan dgn zionis adalah amat tidak munasabah dalam pihak lawan menghadapi saat2 kejatuhan. Silap2 haribulan akan menimbulkan penambahan rasa benci di kalangan raykat terhadap pandangan lawannya.

    Heran...najib tak bawa raykat merusuh, berguling2 atau berdemo 24/7.Bahkan dia tak ada team atau kumpulan spt bersih2.0 dlm menyatakan pandangannya.
    Dia bukan presiden parti atau menteri atau memegang apa2 jawatan.

    Hanya sekadar penulisan dlm fb yg penuh fakta, bukti dan logik yg mampu dihadam oleh rakyat.

    ReplyDelete
  2. Pembelian dilakukan pada bulan april sebulan sblm pru14 oleh cawangan khas polis.

    Sistem diupgrade oleh pm7 bagi jbtn perdana menteri, sprm dan sb.

    Kenapa pm7 upgrade sistem dpd syarikat yg sama?
    Apa keperluan pejabat pm7 nak guna sistem tersebut?
    Utk siasat anwar dan dap?
    Utk siasat najib?
    Utk mewujud kerajaan perpaduan?

    Apa kaitan sistem tersebut dgn penggunaan fb milik peribadi?
    Tak logik langsung...

    Kesimpulannya...jangan kencing kepala rakyat.
    Sebelum pru14 kita berjaya menjatuhkan lawan tapi malang selepas pru14 kita masih guna idea yg sama konon rakyat tidak memperolehi fakta yg benar dan sah.
    Sepatutnya slps pru14..bekerja ikhlas utk rakyat dan bukan menjual aset dan harta negara dgn alasan lapok tanpa bukti yg sah. Apatah lagi meminjam bon samurai sedangkan data bnm jelas menunjukkan rizab kewangan negara adalah sangat kukuh.

    Seperti berlaku di komuniti kita...menuduh org mencuri dan salahguna wang masjid.Bila dia diberi peluang memegang jwtn..akaun tggl kosong. Harta masjid dijual dan diganti wlpun masih elok. Perumpamaan yg berlaku 22bulan.

    ReplyDelete
  3. Letihlah dengan situasi ph sekarang.
    Dah ramai yang bersetuju agar dsai sebagai ketua pembangkang dan bakal pm9 tapi masih ada yang bergantung dengan pengkhianat yang meruntuhkan kerajaannya sendiri.Kecewa sangat.

    Nampak sangat pengkhianat ada agenda peribadi dengan asyik menyalahkan org lain.

    Di mana prinsip perjuangan kita?
    Adakah perlu bergantung dengan pengkhianat?!
    Tak mampu kah kita bergerak tanpa pengkhianat yang bijak bersandiwara?

    Sekadar untuk mendapat balik kerajaan tetapi dikuasai minoriti yang tamak haloba seolah-olah kita hanya badut dan pencacai dalam kerajaan.

    22 tahun dan kemudian 22 bulan pengkhianat menipu rakyat dan kita pula alpa bersekongkol dengan pengkhianat yang ada agenda peribadi demi legasi mereka.
    Amat sedih dan mengecewakan.

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.