Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Saturday, May 2, 2020

Saksikan Menteri Kewangan Kelentong Makcik Kiah Dalam Astro Awani


*Saksikan Menteri Kewangan "Chong" Makcik Kiah Dalam Television*


Sila klik bermula saat 00:31 untuk mendengar kenyataan di bawah ini dari Menteri Kewangan:
"So she does save on the interest. As you know, many of the banks had announced that the interest will not be compounded, not be accrued" 
TERJEMAHAN: Maka, dia (Makcik Kiah) akan dapat penjimatan dari bunga pinjaman kerana banyak bank berkata kadar bunga tidak akan dikenakan
Interview dalam Astro Awani ini berlaku sekitar akhir bulan March atau awal bulan April 2020

Dengan konfiden dan tenang dan yakin, Menteri Kewangan kita memberi jaminan Makcik Kiah serta semua rakyat Malaysia akan mendapat penjimatan dan wang di dalam poket hasil dari pengecualian bunga dari dikenakan ke atas pinjaman2 kita.

Bagi Tulang Besi, ini adalah pembohongan yang nyata.

Semalam, Bank Negara memberitahu segala pinjaman yang mengambil morotorium tetap akan dikenakan faedah ke atasnya menjadikan jumlah pinjaman bertambah. 

Dan selepas ini, jumlah itu akan dikenakan faedah lagi memandangkan pembayaran pinjaman akan memakan masa lebih lama dari itu. Ertinya dua kali kena bunga dan bertambah-tambah hutang.

Dengan kata lain, jumlah bunga yang terkumpul dari 6 bulan ini akan lebih berganda2 jumlahnya selepas tamat PKP nanti.

Yang dikesali oleh rakyat adalah pada mulanya diberitahu Kerajaan akan menanggung segala kos supaya rakyat boleh ada wang dalam kocek. Tup tup rupanya rakyat dah kena tipu.

Adapun pada 14 April lagi Tulang Besi telah mendedahkan perkara ini yakni morotorium yg disytiharkan Tan Sri Muhyiddin Yaasin ADALAH BUKAN PERCUMA.

Akhir kata, kalau masa nak dapat kuasa dulu pun dah menipu, maka menipu ni akan jadi perkara lazim dalam kerajaan Melayu yang baru ini.

*TULANG BESI*

#BankerJagaBanker

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini



Pusingan U, kini bank kenakan faedah moratorium ke atas sewa beli
Kerajaan pada 25 Mac mengumumkan moratorium bayaran pinjaman bank melibatkan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan korporat.
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan peminjam bank tidak perlu memohon untuk mendapatkan moratorium dari pihak bank.

BNM dalam satu kenyataan berkata, pelanggan hanya perlu melengkapkan dokumentasi yang diperlukan untuk mengesahkan moratorium berkenaan.

“Kenyataan yang dikelurkan BNM awal hari ini adalah bagi menyelesaikan isu prosedur untuk mewujudkan pengesahan perundangan moratorium mengikut Akta Sewa Beli 1967 dan tuntutan Syariah.

“Pelanggan akan dihubungi oleh pihak bank untuk penerangan prosedur yang betul,” kata BNM.

BNM berkata moratorium diperkenalkan pada 25 Mac bertujuan untuk meringankan beban pengguna yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Malah bank pusat berkata dalam kenyataan yang disiarkan pada 25 Mac 2020, kadar faedah akan terakru untuk moratorium yang diambil.

Terdahulu, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dalam satu kenyataan berkata peminjam sewa beli diberikan dua pilihan.

Pertama membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan faedah tambahan.

Manakala bagi pilihan kedua, pengguna yang mengambil moratorium enam bulan boleh meneruskan pembayaran ansuran selepas Oktober 2020 dengan lanjutan enam bulan tempoh bayaran balik selepas tarikh matang.

“Dalam kes ini, faedah berdasarkan kadar kontrak akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh sehingga dibayar sepenuhnya, yang sepatutnya pada akhir tempoh lanjutan enam bulan," katanya.

ABM berkata, bagi pelanggan sewa beli yang tidak mengesahkan secara rasmi penerimaan moratorium sebaik menerima notifikasi daripada bank masing-masing, mereka dianggap tidak mengambil moratorium.

"Justeru, pelanggan sewa beli perlu terus membayar ansuran bulanan seperti biasa mengikut jadual asal," katanya.

ABM berkata bank tidak mengenakan caj faedah tambahan atau fi bayaran lewat bagi ansuran tertunggak bagi April dan Mei oleh pelanggan yang menangguhkan bayaran ansuran bulanan, jika bayaran bagi April, Mei dan Jun 2020 dibuat tidak lebih daripada 30 Jun 2020.

"Jika bayaran tidak dibuat menjelang 30 Jun 2020, akaun akan tertunggak dan caj bayaran lewat akan mula terakru daripada Julai 2020 seterusnya," katanya.

Kerajaan pada 25 Mac mengumumkan moratorium bayaran pinjaman bank melibatkan individu, PKS dan korporat.

Ia termasuk pinjaman sewa beli yang dilakukan secara automatik tanpa tunggakan kadar faedah terakru

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Untuk walaun yang membijak kera!

Bunga berganda membawa maksud,bunga atas bunga + pokok.

Contohnya:-
Biasanya apabila membeli sesuatu kenderaan,bunga yang dikenakan berbeza diantara bank dan juga antara kenderaan baru atau second hand.

Formula untuk mengira kadar faedah rata adalah seperti berikut:

(Jumlah Pinjaman Asal x Bilangan Tahun Pinjaman x Kadar Faedah Setahun) ÷ Bilangan Ansuran (bulan) = Faedah Dibayar Setiap Ansuran

Contohnya, jika pinjaman anda berjumlah RM 50,000, dengan kadar faedah rata 7% untuk tempoh 5 tahun, faedah yang dibayar untuk setiap ansuran ialah:

(RM 50,000 x 5 x 7%) ÷ 60 = RM 292

Jumlah tiap bulan kena bayar telah dicampur dengan interest yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.

Katakan,tiap bulan anda membayar 500 sebulan. Bayaran itu telah pun termasuk bunga yang di bahagikan jumlah masa bayaran. Jika anda lambat bayar sebulan atau lebih masa dari tempoh,anda dikenakan pula bunga pada jumlah RM 500 tadi,anda mungkin kena bayar untuk bulan tersebut RM525.00.

Jika anda dikenakan bunga kepada moratorium,bermakna jumlah terkumpul selama 6 bulan yang telah ada bunga didalamnya sekali lagi dikenakan bunga kerana penangguhan bayaran.

Jika sebagai contohnya anda membayar setiap bulan RM 500(dah ada bunga didalamnya) X 6 bulan = RM 3000

Bunga akan dikenakan pada jumlah RM3000 sekali lagi kerana bayaran tidak dibuat tepat pada masanya. Setelah dapat jumlah,nilai pokok + bunga dibahagikan kepada 6 bulan.

Katakan nilai RM3000 + bunga RM200= RM 32OO ÷ anjakkan masa selama 6 bulan = RM 533.33 setiap bulan selama 6 bulan. Selepas itu bayaran kembali normal atau RM 200 ditambah dalam jumlah baki tambahan pinjaman dibahagikan dengan jumlah baki bulanan.

Mungkin anda kena bayar RM 505.00 selama baki bulan pinjaman yang mungkin 40 bulan lagi.

Faham walaun?
Share on whatsapp

2 comments:

  1. Patutnya gabenor BNM era kencing rakyat nie kena tukar awal2 sejak 22feb lagi.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.