Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Sunday, May 3, 2020

Sampai bila BERSATU Hendak Melukut di Tepi Gantang?

*Sampai bila BERSATU Hendak Melukut di Tepi Gantang?*


Kutukan Timbalan Ketua UMNO Johor, Nur Jazlan kepada BERSATU secara terbuka adalah amat amat memalukan serta mengaibkan BERSATU Johor.

Ini memandangkan BERSATU Johor asalnya adalah menduduki kerusi Menteri Besar Johor. Sekarang ini BERSATU Johor boleh dihalau dan dikutuk sesuka hati mereka.  UMNO Johor dengan mudah menghalau BERSATU macam BERSATU tidak ada maruah dan harga diri.



DI peringkat Pusat pun Perdana Menteri, walaupun dari BERSATU, dilayan macam pembangkang.


Pemimpin-pemimpin UMNO saban kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menamppakkan kebencian mereka kepada Perdana Menteri dan BERSATU. 

Sepertinya pemimpin2 UMNO tiada langsung perasaan hormat mereka kepada Perdana Menteri dan BERSATU yg berjasa meletak mereka semula menjadi kerajaan.

Kemuncak kutukan UMNO kepada BERSATU adalah apabila UMNO mengisytiharkan mereka tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam PRU yang depan. Ini seperti seroang suami yang memberitahu kepada isterinya bahawa dia hanya berkahwin dengan isterinya kerana hendakkan harta isteri tersebut. 


Secara terbuka UMNO menyatakan BERSATU ini hanya alat UMNO sahaja dan apabila sudah digunakan akan dibuang seperti sampah.

Soal Tulang Besi kepada UMNO: di manakah maruah BERSATU?

Kerjasama BERSATU dgn Azmin Ali yang terpalit skandal semburit juga sudah cukup merosakkan maruah dan harga diri BERSATU. Oleh itu tidak hairanlah UMNO dengan sukahati melayan BERSATU seperti sampah.

Khabarnya di Perak, UMNO sudah mula berkira-kira untuk menggantikan PEJA dengan melakukan apa yang mereka lakukan di Melaka. Memorandum sudah pun di tanda tangani oleh ADUN2 UMNO dan perundingan sedang rancak dijalankan dengan tiga orang ADUN DAP, PKR dan Amanah yang telah belot. |

Khabarnya kedudukan PEJA di Perak adalah ibarat telur di hujung tanduk. 


*BERSATU TIDAK PERLU RISAU DENGAN DAP ATAU PRN JOHOR*

Hakikatnya, DAP tidak merugikan BERSATU. Apa yang berlaku adalah PH sepatutnya kekal dengan lambang PKR dan jangan menggunakan lambang baru mereka.

Itu sahaja. 

Juga, Tulang Besi yakin DUN Johor tidak akan dibubarkan memandangkan keadaan tidak sesuai untuk diadakan PRN yang baru.

Maka, akan berlaku pertukaran kerajaan kepada PH sekiranya UMNO gagal mendapat majoriti di Johor. Inshaalah, PH akan gemilang semula dan merampas Malaysia.

*TULANG BESI*


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini


KENYATAAN DATO’ SERI UTAMA HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia



1) Kebelakangan ini beberapa pemimpin UMNO diperingkat nasional dan negeri telah membuat kenyataan mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dan kerjasama politik antara UMNO dan PAS (Muafakat Nasional) dan BN.

Saya percaya ramai ahli-ahli Bersatu dan UMNO telah membaca kenyataan-kenyataan itu, serta kenyataan balas yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) dari peringkat negeri.

Jelas daripada pendirian yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Hasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan beberapa orang lagi bahawa Perikatan Nasional (PN) tidak wujud sebenarnya. Tidak ada sebarang perjanjian antara UMNO, PAS dan BN bersama Bersatu untuk bergabung secara rasmi bagi menubuhkan Kerajaan PN.

2) Angkuh dan sombong, itulah yang boleh dirumuskan mengenai sikap pemimpin UMNO terhadap Bersatu, yang tidak menggambarkan kesepakatan yang telah menyebabkan kejatuhan Kerajaan PH dan penubuhan kerajaan baru yang digelar Kerajaan PN diperingkat Persekutuan dan beberapa negeri.

Sebaliknya semasa Kerajaan Malaysia dikuasai oleh PH, kerjasama yang terjalin antara Bersatu dengan parti-parti komponen PH, iaitu Keadilan, DAP dan Amanah bersama Parti Warisan Sabah dizahirkan dari keakraban sewaktu berganding bahu melawan Kerajaan kleptokrasi BN. Dan Kerajaan BN itu sudah lebih 60 tahun bertapak. Pengalaman bekerja secara rapat dalam keadaan yang sangat mencabar sebelum dan semasa kempen PRU14 melahirkan hubungan silaturrahim yang seikhlasnya erat dikalangan anggota PH dan Warisan ketika itu.

3) Olehitu saya terpanggil untuk mengajukan beberapa soalan kepada kepimpinan UMNO. Soalan-soalan ini juga saya tujukan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu, sekaligus memberikan peluang kepada Tan Sri untuk menjelaskan kenapa begitu banyak janji beliau kepada Bersatu tidak menjadi kenyataan. Janji-janji yang dimaksudkan adalah yang telah beliau kemukakan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan Ahli-ahli Parlimen Bersatu sebagai asas kenapa Bersatu perlu segera tinggalkan PH dan menyertai perikatan baru dengan UMNO dan PAS yang bergabung dibawah Muafakat Nasional (MN). Soalan-soalan ini juga berlegar didalam benak pemikiran setiap ahli Bersatu, dan sekiranya tidak dijawab maka ianya menyebabkan kekeliruan dan kesangsian yang amat memilukan.

4) Ramai ahli-ahli Bersatu ingin tahu adakah benar kerjasama politik yang wujud antara MN dan Bersatu hanya dapat bertahan sehingga Dewan Rakyat dibubar? Tidakkah Bersatu berhak untuk berunding agihan kerusi dengan UMNO dan PAS menjelang PRU15 nanti? Memandangkan kerajaan sekarang dianggotai oleh ketiga-tiga parti politik ini, tidakkah dirasakan pelik bahawa MN akan berlawan dengan Bersatu di kerusi-kerusi yang ditandingi pada PRU15 nanti?

5) Semua sedia maklum bahawa ketiga-tiga parti politik ini mewakili masyarakat Melayu dan Islam. Justeru base politik mereka adalah sama - iaitu orang Melayu khususnya diluar bandar. Maka sudah tentu Bersatu, UMNO dan PAS berhasrat untuk bertanding di kawasan-kawasan demografi tersebut. Sememangnya semua parti-parti ini telah bertembung di kawasan-kawasan sama pada PRU14.

Olehitu, apakah peluang Bersatu untuk menang kerusi-kerusi yang ditandingi jika ianya akan berdepan dengan UMNO atau PAS dalam keadaan tiada kesepakatan antara mereka? Jika Bersatu sebenarnya tidak bersama MN, dan tidak juga bersama PH, apa logiknya Bersatu boleh menang dimana-mana kawasan sekalipun? Adakah Bersatu berupaya mempertahankan semua kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang sekarang berada dalam tangannya?

6) Didalam Jemaah Menteri lantikan Perdana Menteri sekarang, memang ada wakil-wakil dari Bersatu. Ada juga yang dilantik sebagai Menteri Kanan, dan juga Timbalan-timbalan Menteri. Apakah nasib mereka setelah bubarnya Dewan Rakyat? Adakah mereka akan bertanding di kawasan masing-masing sambil terpaksa berlawan dengan MN? Contohnya di Parlimen Ketereh yang mana Ahli Parlimennya dari UMNO dilantik Menteri Kabinet, manakala Ketua Bahagian Bersatu yang kalah kepada Menteri UMNO itu di PRU14 dilantik senator (dizaman Tun Mahathir) dan Menteri Kanan. Siapakah yang akan dipilih sebagai calon di kerusi itu pada pilihanraya nanti? Atau adakah mereka berdua harus berentap merebut kerusi yang sama walhal pada ketika ini kedua-duanya menganggotai Kerajaan PN?

7) Usahkan Menteri, bagaimana dengan nasib Tan Sri Muhyiddin sendiri? Adakah beliau akan masih dipilih sebagai Perdana Menteri selepas PRU15? Semestinya ada satu bentuk perjanjian antara parti-parti yang kini menjalinkan kerjasama politik untuk menguasai Kerajaan. Kalau tiada, apa makna kerjasama politik ini? Sekadar “marriage of convenience” bersifat sementara sahaja, untuk tempoh tiga tahun atau lebih awal jika Dewan dibubarkan? Kerajaan PN ini terbentuk pada bulan Mac 2020. Jika Dewan dibubarkan dalam tahun ini juga, adakah Bersatu akan terpaksa berhadapan dengan “rakan” politiknya UMNO dan PAS disetiap kerusi termasuk Pagoh, Tambun, Alor Gajah dan Titiwangsa? Adakah situasi tidak menentu ini baik untuk Rakyat dan Negara?

8. Apakah yang menyebabkan Bersatu sanggup bersama dengan MN walhal keberadaan kita dengan mereka umpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong? Ya, benar Presiden Bersatu adalah Perdana Menteri. Tapi perlu diingatkan bahawa Perdana Menteri sebelum ini pun dari Bersatu juga. Kata Timbalan Presiden UMNO, untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin sebagai PM ke-8, satu krisis dalaman telah dicetuskan didalam PH oleh pihak tertentu. Siapa pihak yang dimaksudkan?

9) Tidakkah nasib Bersatu jauh lebih baik bersama PH? Beberapa kenyataan oleh pemimpin-pemimpin PH menggambarkan kesediaan mereka untuk menerima Bersatu kembali. Hubungan diantara kita walaupun sedikit tercalar akibat Langkah Sheraton masih boleh dipulihkan untuk kesejahteraan Negara. Agihan kerusi boleh saja dirunding seperti dulu supaya kita semua berkongsi kekuatan untuk menawan hati Rakyat. Sekurang-kurangnya kita dapat mempertahankan kepentingan Bersatu bersama PH, berbanding dengan ketidaktentuan, risiko dan kerugian jika bersama UMNO dan PAS.

10) Pada hemat saya, Bersatu hanya ada satu pilihan sahaja iaitu kembali bersama PH. Pengalaman tidak sampai dua bulan dibawah Kerajaan Perikatan Nasional yang tidak wujud itu sangat pahit bagi Bersatu hingga ke akar umbi. Ahli Majlis dan MPKK yang dianggotai Bersatu telah digugurkan dibeberapa negeri kecuali Kedah. Cukup-cukuplah dengan menang sorak kampung tergadai. Kami tidak mahu lagi Bersatu diperkudakan dan diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

11) Saya sangat yakin bahawa krisis politik, krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang melanda Negara ketika ini akan dapat ditangani dengan lebih baik oleh sebuah Kerajaan Perpaduan yang pernah dicadangkan oleh YAB Tun Mahathir Mohamad. Jika Ahli-ahli Yang Berhormat dari Bersatu bersetuju dengan kenyataan saya ini, sila mengorak langkah dan kembali kepangkal jalan. Itulah sebaik-baik tindakan yang boleh Yang Berhormat-Yang Berhormat lakukan untuk mengembalikan maruah dan menjamin kelangsungan Bersatu. Saya doakan Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada anda semua.

#kekalberprinsip #selamatkanbersatu

Wassalam.

3hb Mei, 2020

Kenyataan YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Hasan
https://www.facebook.com/118486628162416/posts/3200944899916558/?d=n

Kenyataan Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin
https://www.facebook.com/48750023172/posts/10157630041308173/?d=n
Kenyataan YB Datuk Tajuddin Abdul Rahman
https://www.malaysiakini.com/news/523791

Kenyataan Datuk Nur Jazlan Mohamed https://suaramerdeka.com.my/bersatu-jangan-cakap-banyak-kalau-berani-bubarlah-dun-johor-nur-jazlan/

Kenyataan YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub
https://www.facebook.com/239023542869472/posts/2627032847401851/?d=n

Kenyataan Media Bersama Amanah dan DAP Johor
https://www.facebook.com/790852001027924/posts/2957361257710310/?d=n

Kenyataan YB Dato’ Che Zakaria Mohd Salleh
https://m.malaysiakini.com/news/523266?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Kenyataan YB Tuan Mohd Solihan Badri https://m.malaysiakini.com/news/522823









Share on whatsapp

1 comment:

  1. Itulah akibatnya bila parti nyamuk berlagak besar. Tak menghargai sacrifice yg dibuat oleh rakan2 dalam pakatan. Tok ketuanya pula tak amanah/tunai janji. Ambil kau balasannya. Harap cepat sedar diri

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.