Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Saturday, May 8, 2021

Kerajaan Melayu PN Jual Harta Rakyat Pada Desmond Lim-Subang Airport


YB Salahuddin Ayub menyatakan kebimbangan dia dengan cadangan pemberian konsesi kepada Desmond Lim untuk mengambil alih Lapangan Terbang Skypark Subang.

YB Salahuddin mendesak jangan gunakan darurat untuk menyerah aset2 milik rakyat kepada pihak swasta.

Yang hairannya, dahulu UMNO melalui Dato Najib, menuduh PH menjual aset rakyat kepada swasta. Nampak gayanya kerajaan PN, yg disokong oleh UMNO, juga melakukan perkara yang sama.



Subang airport schematics. – File pic, May 6, 2021


Laporan The Vibes menyatakan tindakan itu akan merugikan pihak kerajaan sebanyak RM11.9 billion dan juga akan melemahkan KLIA kerana konsensi baru ini akan mengambil banyak traffic dari KLIA ke Subang.

Apa pendirian UMNO yg sebelum ini mengutuk dan menista PH kerana dikatakan menjual aset rakyat kepada swasta.

Perkara sebegini tidak boleh dilakukan disebalik tabir. Ia mesti terdedah kepada rakyat dan rakyat Malaysia ada hak untuk tahu setiap butir cadangan konsessi ini.

PH jatuh kerana fitnah dan khianat. Pada hakikatnya kerajaan PH lah yang paling kuat mempertahankan hak rakyat Malaysia.

Kononnya kerajaan Melayu Islam ini tidak ada bezanya dengan tindakan kerajaan PH dahulu.















www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Jangan guna darurat untuk jual Lapangan Terbang Subang’ Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menggesa kerajaan agar tidak mengambil kesempatan atas darurat yang sedang dikuatkuasakan kini untuk menjual Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah - atau lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Memetik laporan daripada The Vibes, Salahuddin berkata terdapat usaha untuk “merampas” (hijack) lapangan terbang itu yang dikatakan akan menyebabkan kerugian kepada Khanazah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). “Tolak runding terus. Buka Parlimen. Kita debat. Ini harta rakyat dan negara,” ciapnya di Twitter. Lapangan terbang itu, yang mula beroperasi pada 1965, kini menjadi pangkalan buat perkhidmatan pesawat turboprop Firefly dan Malindo Airlines. Ia kini dimiliki Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dengan konsesi yang akan berakhir sehingga 2069. Setakat hujung 2020, Khazanah, KWSP dan Kumpulan Wang Persaraan (Kwap) mempunyai pegangan kolektif sebanyak 53 peratus dalam syarikat itu. Berdasarkan laporan The Vibes, Subang Skypark Sdn Bhd (Subang Skypark) yang dimiliki sepenuhnya oleh WCT Holdings Bhd (WCT Holdings), menghantar cadangan konsesi baru yang akan berakhir pada 2092. Pengerusi eksekutif Kumpulan WCT Holdings ialah Desmond Lim, yang dikenali sebagai pemaju gedung beli-belah Pavillion di Kuala Lumpur. Subang Skypark dilaporkan turut menghantar cadangan kepada Kementerian Pengangkutan untuk mengambil alih keseluruhan lapangan terbang itu dan memajukan tanah di sekitarnya. Laporan itu mendakwa Subang Skypark membayangkan lapangan terbang itu nanti akan memberikan fokus terhadap “penumpang perniagaan premium, menarik pasaran berbeza daripada penumpang KLIA”. Laporan itu mendakwa MAHB, bersama Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) - yang memiliki Firefly - menentang cadangan tersebut dan menghantar bantahan mereka kepada Kementerian Pengangkutan. Antara lain, kedua-dua syarikat itu berkata langkah tersebut akan mengancam pulangan pelaburan buat pemilik MAHB, dan hal itu, kata mereka, “pasti (akan) melibatkan wang awam” kerana syarikat harus membayar pampasan kepada pemegang bon. Kerugian itu, kata mereka bakal mencecah sehingga RM11.9 bilion berdasarkan konsesi lapangan terbang yang masih berbaki. Daripada meneruskan dengan cadangan Subang Skypark itu, MAHB dan MAG sebaliknya mencadangkan agar MAHB dibenarkan untuk meneruskan rancangan “pembangunan semula lapangan terbang Subang” atau "Subang airport regeneration plan". Rancangan itu yang dijangka siap akhir 2025, akan melihatkan pembinaan hangar, kilang-kilang, serta kemudahan penyelenggaraan, baik pulih dan operasi (MRO).
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Thursday, May 6, 2021

LOKMAN NOR ADAM SAHKAN ULAMA2 PAS AMBIL DUIT DARI UMNO MENYEBABKAN PECAHNYA PAS PADA TAHUN 2015

Dalam video terbaru Lokman Nor Adam, dia telah berkata, bermula minit 10:30:

"Jangan tak sedar diri. Ketika kamu cerai dengan DAP dulu. Muktamar PAS siapa yang tanggung. Ingat!!! Jangan lupa!!!.  Muktamar PAS tu sapa tanggung, sapa tolong? Sedap sedap mulut keluar duit, keluar ayat mcm ni pada Dato Seri Najib..."



Terjawablah segala persoalan selama ini. Bahawa Ulama2 PAS mengizinkan PAS berpecah pada tahun 2015 yg lepas kerana mereka telah mendapat wang dari UMNO.  

Ulama2 PAS rupanya jenis manusia yang boleh dibeli dengan wang ringgit.

Apabila diletak wang ringgit lebih tinggi dari agama maka kita lihat sekarang ini sesama mereka sudah pecah belah. 

Mereka saling bunuh membunuh sesama sendiri sedangkan hanya baru beberapa tahun lepas mereka berganding bahu bersama.

Berkat doa mereka yang ikhlas dalam PAS yg disisihkan dari PAS hanya kerana tidak mahu percaya janji UMNO kononya mereka hendak mengizinkan hudud dilaksana di Malaysia

PAS akhirnya pecah dua dan perjuangan Islam menjadi semakin lemah di Malaysia. Doa orang2 yang dizalimi tiada hijab dengan Allah SWT. Lambat laun akan dimakbulkan juga.

Mungkin ini sudah bermula makbulnya doa-doa mereka.

TULANG BESI

Oleh FAZLI RADZI / May 5, 2021

Gara-gara berang apabila Datuk Seri Najib Razak dikritik, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam memaki hamun Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Dalam sedutan video rakamannya sendiri, Lokman kelihatan amat marah dan menyerang bertubi-tubi Ahli Parlimen Pasir Puteh itu termasuk mengeluarkan kata-kata carutan.

“Nama saja Dewan Ulama Pas. Perangai macam haramjadah. Ini ketua (Dewan Ulama Pas). Jambang bukan main lagi. Tapi Allahuakbar. Mulut macam longkang.

“Eh, pakai otaklah. Orang di bawah ni menderita. Apa yang Dewan Ulama Pas buat. Ada buat apa-apa. Tiada? Tutup mulut,” bentaknya.

Terdahulu, Nik Muhammad Zawawi antara lain berkata, tindakan Najib yang pada masa ini membuat ‘troll’ dan lontaran polemik tidak memberi manfaat dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Mengulas lanjut, Lokman mengingatkan Nik Muhammad Zawawi bahawa sebahagian besar rakyat kini menempuh hidup yang sukar ekoran impak pandemik Covid-19.

“Rakyat sengsara. Berniaga tak boleh. Pasar Ramadan dah tutup. Duit pinjam ah long, ambil dari i-Sinar.

“Dapat duit, mahu berniaga tapi tiba-tiba semua diarah tutup (kerana wabak Covid-19). Siapa nak tanggung? Cakap! Bapak korang (ulama Pas) nak tanggung ke?

“Senang-senang cakap Datuk Seri Najib suka-suka troll sebab nak dapat like. Eh, kau ingat dia dapat like, dia bebas dari kena penjara?

“Bila dapat like, ingat dia akan tambah pendapatan melalui Facebook dia? Cakap tu biarlah sopan santun sikit,” tempelaknya.

Lokman yang dibuang daripada menjadi ahli Umno pada Februari tahun lalu itu juga menambah sebahagian kumpulan dalam Pas juga sudah semakin meluat.

“Jangan guna otak letak di kaki. Nama Ketua Dewan Ulama Pas, perangai macam haram jadah.

“Hari ni kawan-kawan Pas makin hari makin meluat bukan setakat kumpulan Menteri Besar Terengganu, kumpulan Publika, Setiausaha Agung Pas, Attakiri.
 
“Hari ini, Ketua Dewan Ulama Pas pun mulut macam ******k. Minta maaf cakap. Tak hormat langsung,” maki Lokman lagi.



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
And here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, May 5, 2021

Sejak Bila Mufti dan Ulama itu Maksum?

MUFTI WILAYAH DIKECAM HEBAT OLEH NETIZEN MELAYU

Ekoran fatwa Mufti Wilayah yang terbaru mengharamkan rentas negeri berdasarkan hadeeth2 Nabi SAW yg menyatakan tidak boleh keluar dari bandar yg didiami sekiranya berlaku wabak.

Rakyat Melayu Malaysia mengecam Mufti di media sosial kerana fatwa ini. Rata2 kecaman mereka berlegar sekitar perbezaan layanan antara dua darjat. Di satu segi rakyat Marhaen dihalang merentas negeri manakala di segi lain mereka yg dari kelas Elit Melayu bebas merentas dan pulang ke kampung halaman atau kemana sahaja.

Jadinya Mufti Wilayah dikecam kerana kalau hukumnya haram, maka ia terpakai kepada semua kelas orang Islam kerana hukum Islam itu tinggi dan terpakai kepada semua orang tidak kira darjat dan pangkat.

Lebih menjadi isu adalah Netizen mempersoalkan di mana fatwa Mufti Wilayah sewaktu PRN Sabah yang lepas? Mengapa tiada suara Mufti atau mana-mana Mufti mengharamkan rentas negeri sewaktu PRN Sabah dahulu yang menyebabkan "wave" kali kedua seluruh Malaysia

Untuk hujjah ini, Mufti Wilayah tampaknya berdiam diri tidak membalas.  Namun, timbul suara-suara dari parti penyembah ulama yang bangun mempertahankan pak Mufti. Antaranya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ir Khairil Nizam.

Kesanya, posting beliau itu juga dapat kecaman hebat dari warga Netizen Melayu di Malaysia. Hampir tiada respon positif langsung. Kasihan juga dilihat nya




MENGAPA MUFTI DIKECAM?

Tidak lain tidak bukan, Mufti Wilayah mengeluarkan fatwa tanpa berpijak di bumi yang nyata. Beliau tidak nampak ketidak saksamaan yang berlaku sepanjang perlaksanaan SOP yg hanya bertumpu kepada kaum marhaen manakala yang elit terlepas seerba serbi

Barangkali pak Mufti terlupa hadeeth ini dari Sahih Muslim:

"‏ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا ‏

Nabi SAW berucap kepada orang ramai:

" Wahai manusia, sesungguhnya telah binasa kaum yang terdahulu dari kamu kerana apabila yg tinggi darjat dari kaum itu melakukan kesalahan maka mereka terlepas manakala apabila yg daeef dan lemah melakukan kesalahan maka mereka dihukum. Demi Allah, sekira Fatimah bt Muhammad mencuri nescaya aku akan potong tangan nya"

TIADA JAMINAN DARI QURAN DAN SUNNAH BAHAWA MUFTI TERSELAMAT DARI KRITIKAN DAN TEGURAN SAMA SEKALI

Malang bagi pak Mufti. 

Nabi SAW tidak pernah mengeluarkan arahan kepada umatnya utk tidak mengkritik atau menegur para ulama mahupun solihin ataupun mufti dan qadhi.

Ini kerana aqidah Ahli Sunnah wal Athar mengajar kita hanya Nabi SAW sahaja yang maksum. Sesiapa sahaja boleh dikritik dan dibetulkan kecuali kata2 dari yang di dalam kubur ini ( spt kata Imam Malik sambil menunjuk kepada kubur Nabi SAW)

Janganlah kita tertipu dengan budaya PAS yang menjadikan ulama-ulama mereka seperti sembahan kerana tidak boleh langsung menegur dan membetulkan ulama-ulama mereka. (Sila rujuk hadeeth Adi bin Hatim dan maksud sembahan)

Maka, pak Mufti harus menerima teguran dan berhati hati lain kali hendak berkata-kata.

Dari peristiwa ini, mungkin perlu kita mengganti Mufti Wilayah yang ini kerana tidak nampak kewibawaan beliau di dalam membuat kenyataan berkaitan maslahat umum.

Syabas kepada rakyat Malaysia yang telah menegur Pak Mufti dan jangan takut melakukan dosa kerana tindakan anda itu benar dan betul mengikut syariat Islam.

TULANG BESI


"www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Tuesday, May 4, 2021

DAP DALAM KERAJAAN, JUDI 8x. PAS MASUK KERAJAAN JUDI NAIK JADI 22x

Tak guna nak kata apa pun.

Asalnya yg diwar-warkan perlunya menjatuhkan DAP dari kerajaan Pusat kerana mereka membahayakan Melayu dan Islam

Waktu DAP dalam kerajaan, judi Special Draw diturunkan kepada 8 kali berbanding 22 kali sebelum itu.

Apabila kerjaaan Melayu Islam naik dan DAP terkeluar kita dapat berita judi Special Draw naik balik kepada 22 kali.

Keputusan naikkan jadi 22 kali adalah keputusan kerajaan Melayu Islam, Muafakat Nasional apa bala.

Tiada kena mengena dengan orang Cina atau India atau kapir harbi atau kapir laknat.

Ia datang dari Melayu Islam yg mengaku Islam dan mengucap dua kalimah syahadah

Sedangkan Allah SWT berfirman jelas:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Wahai orang2 yg beriman, sesungguhnya judi, arak, membuat korban utk batu yg disembah dan menenung nasib dengan anak panah adalah jijik dari amalan syaitan maka JAUHILAH IA supaya kamu mendapat kejayaan"

Bagaimanakah PAS yg mewakili Islam dan duduk dalam Kabinet turut sama meluluskan kenaikkan amalan judi ini?

Keputusan ini adalah keputusan kerajaan PN yang PAS turut sama mendokongnya.

Keputusan ini juga adalah bercanggah dengan pengharaman yg Allah SWT turunkan dari Langit dan keputusan ini juga menaikkan amalan syaitan dalam Malaysia.

Yang lebih menyedihkan, sebahagian besar hasil cabutan khas ini terus masuk dalam kantong Kerajaan Malaysia dan digunakan antara lainnya membayar gaji pekerja2 kerajaan.

MENGULAS ALASAN PAS TIDAK TAHU 

Ini satu alasan yang amat dangkal kerana keputusan menambah Special Draw ini mesti di bawa kepada Kabinet.
Dahulu lawan judi. 
Bila dah masuk Kabinet, sokong pula


Dan PAS ada wakil dalam Kabinet. Sekiranya PAS membantah, maka keputusan itu tidak akan lulus dan terpaksa ditangguh.

Dan kalau pun betul PAS tidak tau, maka masanya PAS keluar dari Kabinet untuk memprotes keputusan itu.

Selagi mana PAS kekal dalam kerajaan dan Kabinet, bermaksud PAS menyokong keputusan menaikkan Special Draw dari 8x ke 22x itu.

PAS DIMALUKAN DAP

PAS ke sana ke mari kata DAP musuh Islam dan mesti ditentang dan dilawan.

Tapi akhirnya
 DAP yg tegur PAS sbb menambah bilangan judi di Malaysia setelah DAP sendiri mengurangkkannya.  

Pada tahun 2019, ia dikurangkan kd 11 kali, Selepas tu kepada 8 kali

Naik PAS dalam kerajaan, judi di naikkan kepada 22 kali.

Allah SWT Maha Kaya, semua fitnah yg PAS lempar pada PH akhirnya kena muka mereka kembali. 

Kesimpulannya adalah mengundi PAS adalah sama dengan menyokong menaikkan kuantiti judi di Malaysia

TULANG BESI                      

ps 
Perhatikan juga betapa diam dan senyap Dr Kamarul Yusoff dalam isu ini. Langsung tiada bunyi dan bisikan dari beliau.

Mungkin sebab itu dia menyerang DAP habisan2 kerana nak tutup isu judi ni.             
          

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, May 3, 2021

"Serangan" ke atas FB Dewan Ulama Melambangkan Kemarahan Rakyat yg Semakin Membuak2

Sejurus selepas PC Steven Sim, maka rakyat Malaysia telah mengutuk dan menista Dr Kamarul Professor Kangkung. FB beliau dihujani dgn kata2 kesat dan nista ke atas beliau di atas sikap beliau yang dianggap amat buruk dan tidak waras ke atas usaha Steven Sim. 

Percubaan beliau, pada mulanya memperlekehkan usaha Steven Sim, dan kemudiaanya cuba menuduh Steven Sim hanya berlakon sahaja dan sebenarya tiada pembelian apa-apa motor kepada sesiapa pun.

Akhirnya, Steven Sim memanggil sidang akhbar dan "budak Foodpanda" itu sendiri hadir menjelaskan kepada ramai apa yang telah berlaku. Segala tuduhan Dr Kamarul disangkal satu persatu.

Orang ramai terutama orang Melayu sudah tidak dapat menahan rasa benci dan meluat mereka lagi. Di waktu masing-masing tengah susah akibat Covic19 ini, sepatutnya kita berganding bahu dan membantu sesama sendiri. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing, bak kata pepatah.

Tapi Professor Kangkung (seperti yg ramai memanggilnya) telah mengambil jalan nista dan jalan caci hanya semata kerana Steven Sim itu seorang Kristian dan seorang ahli parlimen DAP. Maka, segala bantuan Steven itu diperlekehkan.

Kemarahan rakyat Malaysia yang kepada tindakan Kamarul ini diterjemahkan dengan serangan bertubi-tubi ke atas Kamarul sehinggakan pihak FB telah menutup FB beliau. 

Selepas itu, pihak UUM pula menjadi mangsa kemarahan rakyat Malaysia. Apa yang asalnya hanyalah ucapan Selamat Nuzul Quran oleh UUM dijadikan forum membantai dan mengkeji Dr Kamarul serta panggilan2 utk UUM memecat Kamarul secara segera berkumandang dengan galaknya. Sehingga pihka UUM terpaksa memadam ucapan Nuzul Quran itu sekaligus mematikan laman FB UUM itu sendiri kerana tidak tahan dihujani kejian dan nistaan ke atas mereka kerana tidak memecat Kamarul.

Selepas itu, rakyat Malaysia telah menumpukan serangan kepada FB Dewan Ulama PAS pula yang telah mengkritik IGP atas tindakan IGP mengkritik kerajaan PN yang ada sekarang terutamanya Menteri Dalam Negeri. Sekali lagi hujan batu dan api telah diturunkan kepada Dewan Ulama PAS Pusat yang selama kewujudan mereka, tidak pernah dikecam sebegitu dahsyat sekali.

KENYATAAN MEDIA Dewan Ulamak PAS Pusat 19 RAMADAN
1442 l 1 MEI 2021 TUAN HAMID : KERJA MESTI BERINTEGRITI 1. Dewan...

Posted by Dewan Ulamak PAS Pusat on Friday, April 30, 2021
Semua ini adalah petanda rakyat Malaysia telah muak dan meluat dengan penggunaan politik perkauman yg digunakan menutup kelemahan parti dan pemimpinnya. Misalnya, Dr Kamarul yang giat mengutuk Steven Sim sedangkan beliau tidak diketahui pun samada ada menolong melayu miskin yang lain untuk menghadapi kesukaran hidup. Hanya pandai berkata-kata tapi aksinya tiada.

Keadaan ekonomi yang semakin meruncing sekarang ini tidak nampak apa-apa langkah konkrit yang boleh dilakukan kerajaan untuk menyelamatkan ekonomi negara. Kamarul pula sudah dilihat sebagai lidah tidak rasmi PAS menjadikan bukan sahaja Kamarul yang dibenci tetapi membawa sekali kepada membenci PAS itu sendiri. 

PRU depan ini bukan semudah yang disangka oleh UMNO, PAS mahupun PN. Rakyat Malaysia sudah mampu menilai dan mengukur siapa yang hanya pandai bercakap dan siapa yang benar benar mampu memerintah.

TULANG BESI




 
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Sunday, May 2, 2021

FB Dewan Ulama Pas diserbu bila kata Ketua Polis Negara fitnah menteri- MALAYSIA DATELINE

Nota: Kamarul Yusoff telah berjaya membangkitkan kebencian rakyat biasa dan rakyat umum kepada kerajaan PN dan PAS serta ulama-ulama PAS.

Hasilnya Dewan Ulama PAS yang TIDAK PERNAH DIKRITIK SECARA TERBUKA SEJAK IANYA DITUBUHKAN SELEPAS MERDEKA, sekarang menjadi bahan cacian dan kutukan secara terbuka oleh rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia cintakan agama, keamanan dan keharmonian. Bila Kamarul Yusoff menyerang Steven Sim hanya kerana dia mahu menolong seorang budak Melayu yang melarat dan memerlukan bantuan, maka rakyat Malaysia sudah tidak dapat menahan kemarahan mereka dan dilepaskan keseluruhannnya kepada Dewan Ulama PAS

Inshaalah ini baru permulaan. Akan menyusul lagi cacian dan kutukan rakyat Malaysia ke atas PN dan ulama2 PAS.

TULANG BESI

FB Dewan Ulama Pas diserbu bila kata Ketua Polis Negara fitnah menteri- MALAYSIA DATELINE

Selepas laman Facebook Universiti Utara Malaysia (UUM), orang ramai menyerbu laman milik Dewan Ulama Pas pula apabila mereka tidak berpuashati dengan tindakan Ulama Pas menyerang Ketua Polis Negara yang akan bersara Tan Sri Hamid Bador. 

Ia menyebabkan posting yang dibuat oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Mohd Nor Hamzah ini paling popular dari banyak-banyak kenyataan yang dibuat oleh Ulama Pas tetapi populariti dengan sebab yang silap. 

Sebelum ini, laman FB UUM terpaksa ditutup apabila orang ramai menyerang mereka kerana terus mempertahankan seorang pensyarah mereka. Bagi pengkritik Ulama Pas, selepas duduk dalam kerajaan, Pas sudah berubah 180 darjah, dari bersama mempertahankan ‘whistle blower’ yang mendedahkan gejala rasuah dan salah guna kuasa kepada mempertahankan pihak berkenaan.

Serangan ini dibuat terhadap kenyataan media yang dibuat oleh Mohd Nor yang membuat kenyataan mengkritik Hamid Bador apabila beliau mendedahkan tentang salah guna kuasa dan rasuah dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN). “DUPP juga mengkritik ucapan Tuan Hamid Bador, KPN sekarang ini ekoran kenyataan terbuka beliau dalam satu sidang berkenaan maklumat yang beliau perolehi dengan mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang membabitkan rasuah kalangan ahli politik tertentu secara terbuka di hadapan para wartawan. 

“Tidak wajar individu seperti beliau iaitu orang yang tahu prosedur undang-undang dan menjaga keadilan negara, tidak menggunakan saluran yang ada namun hanya beremosi dalam ucapan sehingga mengundang sangkaan berunsurkan fitnah dan dakyah terhadap politik semasa dengan timbulnya persepsi jahat kepada kerajaan PN sekarang ini kerana sikap yang beliau tunjukkan adalah mengenepikan nilai undang-undang,” kata Mohd Nor, Adun Bukit Payung, Terengganu itu dalam kenyataannya yang disiarkan dalam Facebook Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP). 

Ekoran itu, selepas 16 jam ia disiarkan, lebih 3,700 komen dibuat terhadap kenyataan ini manakala 884 perkongsian dibuat terhadap tulisan yang sangat tidak disenangi ini. Hampir kesemua komen yang dibuat menyerang Pas dan kerajaan PN. 

Mohd Sanawi Mohd Sanusi menyifatkan kerajaan ini umpama kerajaan syaitan apabila menulis, “Allahu… semakin hebat menjilat sejak dapat kuasà secara tebuk atap. Inikah yang dikatakan kerajaan setang?” 

Muhammad Khairi Kamaruddin pula membandingkan sikap Pas sebelum ini sebagaimana direkodkan oleh akhbar rasminya Harakah, “Bukak Dan selak lembaran harakah dulu2, ketika Pas mempertahankan whistle blower…Hari ni, segalanya berubah…rakyat menilai.” 

Nik Lee pula menyamakan Dewan Ulama Pas sudah menjadi Dewan Ulama Cowboy apabila menulis, “Dewan Ulama Cowboy.. dakwaan KPN adalah serius dan menunjukkan campurtangan menteri dalam urusan penguatkuasaan.” Ismail Ali pula kesal kerana Dewan Ulama Pas sudah menjadi tukang cuci kebobrokan yang telah dibuat oleh kerajaan PN. 

“Tak dengar keseluruhan ya statement yang beliau buat ke? Jangan dengar tebuk sana dan tebuk sini… “Dan Dewan Ulama Pas jangan pula jadi tukang “cuci” kebrobrokan yang telah dibuat oleh Hamzah dan kuncu2 nya selama ini dalam kuasa KDN tu. Nanti rakyat hilang hormat kat Dewan Ulama tu.” 

Mohd Zulkhairi Ab Aziz pula menyindir kenyataan Mohd Nor ini apabila menulis, “Terbaik kenyataan dari Dewan Ulamak sebuah parti dalam kerajaan tebuk atap yang berintegriti, tahniah!” 

Shahrun Ishak pula menyifatkan kenyataan ini sangat memalukan kerana ia datang dari Dewan Ulama Pas, “Perlukah statement ni dikeluarkan oleh dewan ulamak Pas? Memalukan. Sepatutnya sokong supaya siasatan dan tindakan lanjut diambil atas dakwaan bekas KPN. Pas dah jauh menyimpang kerana mabuk kuasa.



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

*RAYUAN DERMA KOS GUAMAN MENGHADAPI SAMAN DARI Dr Kamarul Yusoff*

Tulang Besi telah disaman oleh Prof Kangkung kerana Tulang Besi telah berlawan hujjah dengan dia sejak tahun lepas lagi. 

Tapi perlawanan tak lama sebab dalam sekejapan dia terus block Tulang Besi. Tetiba dia hantar surat saman kepada Tulang Besi dan terpaksalah Tulang Besi sambut Tulang Besi telah mengambil khidmat guaman dari seorang peguam yang disegani di dalam profession guaman Malaysia. 

Cumanya Tulang Besi ingin memohon jasa baik tuan/puan sekalian utk menderma membantu kos guaman Tulang Besi. Sebabnya Tulang Besi bercadang bukan sahaja untuk menang tapi juga utk mendedahkan pembohongan beberapa aktor politik di Malaysia. 

Maklumat akaun Tulang Besi adalah seperti berikut: 

Nama Bank : Maybank 
 No Akaun : 164173601834 
 Jenis Akaun : Wadiah 
Setiap sen yang Tulang Besi dapat akan terus ditransfer ke akaun peguam tanpa lengah.

Sekiranya menang Tulang Besi bercadang menyaman balik dia untuk meminta gantirugi dan akan mengganti balik wang yg diderma

TULANG BESI


  www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, April 30, 2021

Rakyat Malaysia Mendedak UUM Pecat "Professor Kangkung"

Peristiwa Dr. Kamarul sehari dua ini menyatakan bahawa gelaran "Professor Kangkung" yang dicipta almarhum Ungku Aziz pada tahun 60an dahulu masih releven sampai ke saat ini.

Amat terkejut Tulang Besi melihat betapa bencinya rakyat Malaysia sekarang ini kepada Dr Kamarul Yusoff, seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia. Ucapan Nuzul Quran UUM dipenuhi komen mendesak pihak universiti memecat Dr Kamarul Yusoff (dari jawatan beliau yang bertaraf pensyarah biasa sahaja dan bukannya Professor Universiti pun). 

Hampir tiada komen yg memuji atau menyokong beliau kecuali dari ahli FB yg menggunakan nama samaran. Rata2 pemberi komen yang asli memberi komen negatif dan sangat membenci kepada Dr Kamarul Yusoff dengan kebencian yang melampau. 

Sehingga ke tahap alumni-alumni terhormat UUM juga terpanggil untuk meninggalkan komen. Mengikut laporan sebuah media elektronik, Infonegarakini:




Malahan Tulang Besi pernah menulis satu artikel bagaimana Professor Kangkong ini diperbodohkan oleh Liyana Marzuki dalam isu pemindaan undang-undang memandu mabuk. Artikel Tulang Besi bertajuk "Alkisah Professor Kangkung Kena Basuh"

Bayangkan, hero Covic19 Dr Musa Nordin pun dituduh beliau sebagai ajen DAP. Sedangkan Dr Musa Nordin berjasa besar kepada usaha membentras Covic di Malaysia berbanding beliau yang tidak diketahui apa jasa beliau.

*SEBAGAI INDIVIDU PUN DIA SUDAH HILANG REPUTASI*

Sudah tiga kali dia memohon maaf secara terbuka di atas pembohongan-pembohongan yang dia telah lakukan.  Dan banyak lagi kes saman baru yang bakal dia hadapi.

Yang terakhir fitnah beliau ke atas Ketua Awan Amanah yang telah ditolak dan beliau sedang menghadapi kes saman darinya dengan keputusan Mahkamah ada Prima Facie dan Kamarul terpaksa mempertahankan dirinya.


                                   



Di dalam isu melibatkan Raja Muda Perlis dan Steven Sim, sudah bermula gerakan membuat laporan Polis ke atas beliau dengan dimulai Azhar Ledang

Alhamdulillah, Amanah Ledang selesai buat laporan polis terhadap Dr Kamarul Yusoff di IPD Tangkak sebentar td... Kepada...


Dengan kata lain, Kamarul Yusof sebagai individu biasa pun telah terbukti seorang pembohong bersiri dan tidak boleh dipercayai kata-katanya di mata khalayak ramai

Tidak hairanlah berpusu-pusu rakyat Malaysia mendesak beliau dipecat dari UUM secara serta merta,

TULANG BESI


 

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Thursday, April 29, 2021

MENTERI TAK PERLU BERLAKON DI MASJIDIL HARAM

Saya sendiri pernah bertawaf keliling Kaabah dalam keadaan hujan lebat dan petir menyambar. Dipenuhi Masjidil.Haram dengan ramai orang pada.masa itu sehingga.pintu Masjidil.Haram terpaksa ditutup krn terlampau ramai.manusia. 


Tapi saya tak nampak seorang pun jemaah ambil squeegee utk tolong tolak air masuk longkang. Dalam beratus2 ribu jemaah Haji masa tu yg terperangkap dalam Masjidil Haram masa itu, tiada yg buat mcm YB Menteri. 

Sbbnya Masjdil.Haram ada team cleaner yg beroperasi 24 jam dan bilangan mereka cukup.ramai. Tempat Saiee antara Safa dan Marwa itu dibersihkan begitu kerap. Begitu juga di tempat lain. Kita dapat tahu mereka sedang membersih kerana kit boleh dengar laungan2 mereka sambil mengemop lantai beramai2 

Waktu saya berbuat tawaf wida itu, hujan lebih lebat dari yg semalam dan lengkap dgn petir dan kilat menyambar. Namun, tiada seaiapa pun yg ambil Squeegee dan mengeringkan lantai sekaligus ambil.gambar dan masuk dalam FB. 

Kalau YB tak buat pun, sudah ada pekerja yg standby akan datang buat. Melainkan YB Menteri nak solat dan iktikaf di tempat yg YB Menteri tolak air tu, maka takda keperluan utk YB Menteri buat kerja ni. 

Jadi YB Menteri buat.kerja yg tak perlu. Janganlah perkara ibadah ini dijadikan sandiwara politik. Di Masjidil Haram.kita bersolat, bertawaf, beribadah, berdoa. Tak payah tunjuk lah aksi yg tak diperlukan pun Jangalah cuba mendapat publisiti dari.tempat2 ibadah seperti ini. takut nanti berat balasan dari Allah SWT.

Lebih afdhal YB Menteri gunakan peluang berada di Masjidil Haram bersumpah video yg di Sandakan bukan YB

TULANG BESI


  www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, April 28, 2021

PC Steven Sim dan Anas berkenaan fitnah pembelian Motosikal

 

Ringkasan PC:

1) Steven Sim membawa sekali saudara Anas yg menerima bantuan tempoohari mengaku yg dia menerima bantuan motor tersebut

2) Saudara Anas memberitau dia tidak menerima apa2 dorongan keagaaman dari Steven Sim

3) Geran dan Motor yg dibeli itu ditunjukkan kepada pemberita

4) Saudara Anas telah dijumpai sejak lebih awal tapi mereka mendakwa Saudara Anas ni tidak wujud.
Steven Sim menggunakan nama samaran kerana ingin melindungi identiti saudara Anas sebagai penerima bantuan. Itu sahaja

KESIMPULAN: Tampak desperate orang yang menjadikan perkara ini sebagai isu.

Pendapat Tulang Besi ianya utk menutup isu pertambahan judi setelah PAS masuk kerajaan dan DAP keluar kerajaan.

Jadi, utk mengalih perhatian, mereka menyerang Steven Sim dan DAP habisan2.

Sepatutnya mereka kena jawab kenapa judi bertambah walaupun PAS dah ada dalam kerajaan?

Steven Sim akan memulakan saman ke atas Prof Kamarul Yusoff yg jelas telah memfitnah beliau dalam hal ini

TULANG BESI

 
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.