Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Monday, May 3, 2021

"Serangan" ke atas FB Dewan Ulama Melambangkan Kemarahan Rakyat yg Semakin Membuak2

Sejurus selepas PC Steven Sim, maka rakyat Malaysia telah mengutuk dan menista Dr Kamarul Professor Kangkung. FB beliau dihujani dgn kata2 kesat dan nista ke atas beliau di atas sikap beliau yang dianggap amat buruk dan tidak waras ke atas usaha Steven Sim. 

Percubaan beliau, pada mulanya memperlekehkan usaha Steven Sim, dan kemudiaanya cuba menuduh Steven Sim hanya berlakon sahaja dan sebenarya tiada pembelian apa-apa motor kepada sesiapa pun.

Akhirnya, Steven Sim memanggil sidang akhbar dan "budak Foodpanda" itu sendiri hadir menjelaskan kepada ramai apa yang telah berlaku. Segala tuduhan Dr Kamarul disangkal satu persatu.

Orang ramai terutama orang Melayu sudah tidak dapat menahan rasa benci dan meluat mereka lagi. Di waktu masing-masing tengah susah akibat Covic19 ini, sepatutnya kita berganding bahu dan membantu sesama sendiri. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing, bak kata pepatah.

Tapi Professor Kangkung (seperti yg ramai memanggilnya) telah mengambil jalan nista dan jalan caci hanya semata kerana Steven Sim itu seorang Kristian dan seorang ahli parlimen DAP. Maka, segala bantuan Steven itu diperlekehkan.

Kemarahan rakyat Malaysia yang kepada tindakan Kamarul ini diterjemahkan dengan serangan bertubi-tubi ke atas Kamarul sehinggakan pihak FB telah menutup FB beliau. 

Selepas itu, pihak UUM pula menjadi mangsa kemarahan rakyat Malaysia. Apa yang asalnya hanyalah ucapan Selamat Nuzul Quran oleh UUM dijadikan forum membantai dan mengkeji Dr Kamarul serta panggilan2 utk UUM memecat Kamarul secara segera berkumandang dengan galaknya. Sehingga pihka UUM terpaksa memadam ucapan Nuzul Quran itu sekaligus mematikan laman FB UUM itu sendiri kerana tidak tahan dihujani kejian dan nistaan ke atas mereka kerana tidak memecat Kamarul.

Selepas itu, rakyat Malaysia telah menumpukan serangan kepada FB Dewan Ulama PAS pula yang telah mengkritik IGP atas tindakan IGP mengkritik kerajaan PN yang ada sekarang terutamanya Menteri Dalam Negeri. Sekali lagi hujan batu dan api telah diturunkan kepada Dewan Ulama PAS Pusat yang selama kewujudan mereka, tidak pernah dikecam sebegitu dahsyat sekali.

KENYATAAN MEDIA Dewan Ulamak PAS Pusat 19 RAMADAN
1442 l 1 MEI 2021 TUAN HAMID : KERJA MESTI BERINTEGRITI 1. Dewan...

Posted by Dewan Ulamak PAS Pusat on Friday, April 30, 2021
Semua ini adalah petanda rakyat Malaysia telah muak dan meluat dengan penggunaan politik perkauman yg digunakan menutup kelemahan parti dan pemimpinnya. Misalnya, Dr Kamarul yang giat mengutuk Steven Sim sedangkan beliau tidak diketahui pun samada ada menolong melayu miskin yang lain untuk menghadapi kesukaran hidup. Hanya pandai berkata-kata tapi aksinya tiada.

Keadaan ekonomi yang semakin meruncing sekarang ini tidak nampak apa-apa langkah konkrit yang boleh dilakukan kerajaan untuk menyelamatkan ekonomi negara. Kamarul pula sudah dilihat sebagai lidah tidak rasmi PAS menjadikan bukan sahaja Kamarul yang dibenci tetapi membawa sekali kepada membenci PAS itu sendiri. 

PRU depan ini bukan semudah yang disangka oleh UMNO, PAS mahupun PN. Rakyat Malaysia sudah mampu menilai dan mengukur siapa yang hanya pandai bercakap dan siapa yang benar benar mampu memerintah.

TULANG BESI




 
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

3 comments:

  1. Pru15 nanti, kelantan, tganu dan kedah tetap milik Pas sebab walaun/walaunta masih ramai dan setia

    ReplyDelete
  2. Elok sangat rakyat sedar bangkit tolak penjual agama dan prof kangkung...berkaitan integriti KDN membabitkan bekas KPN puak2 ni diam pekak bisu menyerlahkan sikap dan pegangan sebenar mereka ....bercakap bab agama berdegar2 semuanya kelaut demi undi rakyat marhain

    ReplyDelete
  3. Tak tahu apa niat sbnr pemberian motosikal tu. Adakah utk menunjuk atau iklas. Tp x kisahlah asalkan remaja tersebut dpt kerja utk menyara diri dan keluarga. Bangsa kita cuma tahu kecam tp tolongnya tidak. Malu kita wei dgn ulama mcm ni.

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.