Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Showing posts with label Ali vs Muawiyyah. Show all posts
Showing posts with label Ali vs Muawiyyah. Show all posts

Friday, May 8, 2009

Peristiwa Ali vs Muawiyyah Melanda PAS

Mengikut ijma semua ulama yang besar bahawa konflik SAidina Ali dan Saidina Muawiyyah adalah lantaran perbezaan dari sudut "Ijtihad" dan bukannya "akidah". Dengan kata lain, ianya bukan konflik yang berbentuk Islam lawan Kufur, atapun hak lawan bathil.

Ianya adalah perbezaan dari sudut ijtihad dan mereka yang gugur tidak dikira sebagai musyrik. Dan ianya diperakui sendiri oleh SAidina Muawaiyyah apabila beliau menghukum sebat ke atas salah seorang tentera beliau yang telah mengeluarkan kata-kata kesat ke atas Saidina Ali sewaktu perang sedang memuncak.



Harus diingat bahawa kedua-dua Saidina Ali dan Saidina Muawiyyah adalah sahabat2 yang dikasihi Nabi SAW. TErdapat banyak hadeeth2 yang diriwayatkan dimana Nabi SAW memuji Saidina Ali dan memuji Saidina Muawiyyah. Lantaran itu, kita umat Islam diharamkan menista atau mengutuk mana-mana dua sahabat ini (terutama Saidina Muawiyyah) dengan kata-kata nista dan fitnah.

Soalnya sekarang, mengapa Nabi SAW tidak muncul dalam mimpi ataupun muncul dalam bentuk Baginda sendiri untuk menyelesaikan permasaalahan ini? Qadhi Fudyal bin Iyadh pernah dinukilkan pendapat beliau dengan berkata sekiranya boleh Nabi SAW muncul kembali dalam bentuk asal Baginda, nescaya Baginda akan muncul sewaktu berlaku "Fitnah Al Kubra" ini.

Tapi tidak ada kemunculan langsung. PAda hemat saya, di dalam menyelesaikan perbezaan pendapat di kalangan penjuang Islam, kadang-kadang (sebolehnya dielakkan) terpaksa membawa kepada konfrontasi dan persengketaan secara berdepan begini dan penyelesaian datangnya dalam bentuk kekerasan dan kekuatan.

Dalam konteks PAs, ianya diselesaikan dalam bentuk proses pemilihan dalam Muktamar PAS.

Berkenaan dengan perbezaan aliran ini, suka saya nukilkan penerangan dari Abu Za, salah seorang pelawat kami, yang menerangkan perbezaan aliran ini dengan begitu baik sekali:

TETAPI yang jelas sekarang adalah perbezaan pendekatan dan strategi politik saja!

1- Ada golongan ahli PAS yang selesa dengan pendekatan & strategi "kukuhkan kebersamaan dengan PR untuk tumbangkan BN" seperti sebelum PR12 lalu - mereka ini bukan pro-Anwar, pro-DAP, pro-PKR tapi kerana yakin kepada prinsip asas yang diperjuangankan bersama seperti : "Demokrasi, Hak Asasi, Keadilan, Kebajikan Rakyat, Anti-korupsi, Anti-tyrancy, dll.." - golongan PAS aliran ini ada dikalangan ulamak, ada intelektual, ada profesional, ada rakyat marhaen.... Mereka tidak anti-Ulamak bahkan pejuang awal menaikkan imej ulamak supaya dilihat lebih wibawa... Mereka dilabelkan oleh pihak2 tertentu sebagai "Kumpulan Erdogan" atau "Pro-Anwar".

2- Satu lagi golongan ahli PAS yang suka dengan pendekatan "kukuhkan kebersamaan dengan UMNO/BN untuk tegakkan Islam" selepas menang "besar" pada PRU12 lalu- mereka yakin kepada prinsip diperjuangankan bersama seperti : "kedudukan politik Melayu, Hak Istimewa Melayu, dll.."- golongan PAS aliran ini ada dikalangan ulamak, ada intelektual, ada rakyat marhaen .... Mereka tidak semuanya ulamak ....mereka yakin dengan muzakara UMNO-PAS dan cadangan tubuh Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO-BN. Mereka dilabelkan oleh pihak2 tertentu sebagai "Kumpulan Pro- Ulamak"...tapi ramai juga yang tidak berakhlak dan berwatak ulamak.

Jadi kemelut diatas hendaklah dilihat dari sudut isu sebenar, iaitu:
... golongan yang ingin mantapkan "kerjasama dengan PR" sperti sebelum PRU12 lepas, dan hasilnya telah terbukti.
ATAU
...golongan yang ingin "bekerjasama dengan BN" selepas PAS menang pada PRU12.

Buatlah penilaian yang betul dan wajar ......bukan tuduhan liar atau fitnah ...

May 7, 2009 1:52 PM"


Sedikit saya nak tambah, mereka yang pro kepada pengukuhan PR ini sekarang ini dilabel sebagai anti ulama dan anti kepimpinan ulama. Saya tak tahu kenapa tapi saya rasa mereka yang pro BN ini sedar sokongan mereka dari ahli2 PAS seluruh Malaysia amat meleset sekali.

Demi untuk memgukuhkan sokongan mereka, alasan "Kepimpinan Ulama mesti dipertahankan" digunakan kembali seperti pemilihan 2005 dan 2007.

Terima kasih saudara Abuzar.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.