Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Showing posts with label Arak.. Show all posts
Showing posts with label Arak.. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Majlis Perasmian Kilang Guiness 1968



Barulah kita faham kenapa UMNO sebuk-sebuk sangat nak suruh kerajaan Pakatan Rakyat tutup kilang Guiness dan Calrsberg di Shah Alam. Rupanya diorang nak tutup pekung sendiri. Diorang rupanya yang tubuh dan rasmikan kilang-kilang arak tu semua.

DI bawah adalah gambar majlis perasmian kilang Guiness di Sungai Way pada tahun 1968. Rupanya Kilang Guiness telah mendapat berkat kerana dirasmikan oleh Presiden UMNO yang Kedua merangkap Perdana Menteri yang pertama.

Benarlah kata orang. Arak dan judi menjadi sebahagian dari kehidupan orang Melayu Islam hasil dari usaha dan kerja gigih dari UMNO. Jasa UMNO yang paling besar adalah membawa arak dan judi ke dalam kehidupan orang Melayu Islam sehari-hari.

Di bawah UMNO tokeh-tokeh judi mendapat status yang sangat istimewa i.e. Lim Goh Tong, Ananda Krishnan, Vincent Tan dsbnya. Manakala dibawah UMNO, ulama-ulama dinista, ditangkap, diletak di bawah ISA, di siksa, dibuang kerja, dilakukan bermacam-macam.

Memanglah UMNO agen penghancur akhlak dan moral serta agama orang Melayu Islam.

HIDUP UMNO!!!, HIDUP APCO!!! HIDUP ARAK!!! HIDUP YAHUDI!!!!.

Memang patutlah ulama-ulama UMNO keluar dari UMNO dan tubuhkan PAS. Kalau tidak ulama2 tersebut kena hadir majlis seperti ini dan baca doa. Juga, kalau jadi "Kerajaang Perpaduang" hari tu, alamat ulama2 dalam PAS akan terpaksa membaca doa selamat dalam majlis-majlis seperti ini.

Tulang Besi









Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Thursday, April 9, 2009

Antara "Islam-DAP" PAS Dengan "Islam-Tokeh Judi" UMNO

Sepanjang kempen PRK Bukit Gantang, UMNO dgn bantuan ”Geng Ezam” dengan galaknya berkempen kononnya PAS telah mengkompromi prinsip Islam PAS dengan mengambil Islam yang telah ditafsirkan oleh DAP.

Malahan sampai hari ni puak2 UMNO ni tak habis2 melayangkan fitnah ini kerana kehabisan modal. Contohnya dapat dilihat di sini DAP Islamkan Pas?

(PAS ada hubungan dgn DAP tak boleh, UMNO ada hubungan dengan tokeh judi takpa pulak)

Islam Tokeh2 Judi dgn Tokeh2 Arak Takpa Pula?

Saya pula ingin bertanya kepada juak2 UMNO sekelian, bagaimana pula dengan Islam Tokeh-Judi dan Tokeh2 Arak yang selama ini menjadi kawan tidur sebantal, makan sepinggan UMNO?

Contoh terbaru adalah kelulusan 10 lesen judi yang baru oleh Najib Tun Razak sewaktu bulan pertama beliau menjadi Menteri Kewangan seperti yang dilaporkan oleh Business Times Singapore.. Sebusuk-busuk Pak Lah pun, beliau tau jugak halal-haram dan beliau tak sanggup meluluskan lesen judi. Tapi, Najib, yang telah mengikut jejak langkah Daim dan Dr. Mahathir, tanpa segan silu memluluskan 10 lagi lesen judi di Malaysia.

Business Times Singapore telah melaporkan:

KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs.
The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.”


Nah, kita lihat perangai UMNO yang kata dulang paku serpih. Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata buat-buat tak nampak. Salah orang nampak, salah sendiri pura-pura tak sedar.

Tapi macamana nak nampak gajah kalau semua juak-juak UMNO ni kenyang makan hasil duit judi ni. Bukan kita tak tau, setiap kali ”elektion” pasti syarikat-syarikat judi dan arak ini akan menyumbangkan sejumlah wang yang cukup besar kepada usaha ”jihad” UMNO.

Nak bukti, sila rujuk kepada pilihanraya kecil Teluk Pasu tahun 1989, di mana minit mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Nerus telah mendedahkan betapa salah satu penyumbang wang yang sangat besar kepada UMNO adalah tokeh2 judi. Takkan dah lupa kot?

Kalau ada masa pergi la tanya dengan orang-orang kuat UMNO, apa dia "nombor bocor"? Mesti diorang bagitau punya sebab diorang dapat sponsor macam tu.

UMNO dan Judi/Arak Macam Adik Beradik

UMNO dengan judi ni dah macam adik beradik. Sejak penubuhan UMNO lagi pada tahun 1946, aktiviti ekonomi UMNO yang pertama adalah menubuhkan Loteri Kebajikan Masyarakat, yang pada masa itu mendapat jolokan nama ”Loteri UMNO”.

Apabila ditegur oleh ”fraksi Islam” dlm UMNO pada masa itu, teguran itu telah ditolak mentah-mentah. Hasil dari itu, ulama-ulama dalam UMNO pada masa itu telah bersidang di Gunung Semanggul dan akhirnya tertubuhlah ”Parti Islam SetanahMelayu” ringkasnya PAS.

Selepas itu, Tunku juga telah mengaku bahawa antara wang yang digunakan untuk membina Masjid Negara adalah wang hasil sumbangan tokeh2 judi pada masa itu. Ertinya Masjid Negara kebangaan kita itu adalah dibina, sebahagiannya, dengan duit judi. Itulah UMNO. Masjid pun diorang pakai duit judi.

Selepas tu sapa tak tau cerita bagaimana UMNO mengizinkan Lim Goh Tong membina kasino terbesar di Asia Tenggara pada masa itu yakni di Genting Higlands.

Dan, mengikut kajian Terence Gomez, bahawa sewaktu kemelesetan ekonomi melanda Malaysia di awal 80an, Daim Zainuddin telah menggunakan wang hasil judi sepenuhnya untuk membawa Malaysia keluar dari kemelesetan ekonomi

Dan bukti yang PALING BESAR, dan yang paling memalukan kesemua orang Islam di Malaysia adalah apabila Kerajaan Sarawak yang penduduknya 60% bukan Islam, telah mengharamkan judi sepenuhnya di Sarawak dan keputusan itu disokong oleh semua orang di Sarawak tidak kira bangsa dan agama. Namun, UMNO telah memaksa Kerajaan Sarawak menarik balik pengharaman tersebut dengan serta merta.

Kita tau juga kesah DO Hulu Langat yang telah menutup semua pusat judi di Daerah Hulu Langat hanya mendapati beliau telah dilucutkan jawatan beliau oleh Kerajaan Negeri UMNO pimpinan Mat Taib pada masa itu.

Cukuplah bukti di atas. Sekarang ini kerajaan Selangor di dalam masaalah besar untuk membetulkan kembali segala kerosakan yang ditaja oleh UMNO ini. Tak tau mcmna nak buat dgn kilang Arak Anchor dan Calrsberg yang dibina oleh UMNO dahulu.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah melabur wang simpanan para tentera Malaysia di dalam Clarsberg dan Anchor sejak berpuluh-puluh tahun lamanya. Malahan, punyalah ramai anak-anak orang Islam Melayu yang telah diberi makan oleh ibu bapa mereka hasil dari pekerjaan mereka di kilang-kilang arak ini sepanjang 40 tahun yang lepas.

Inilah dia kejayaan UMNO ke atas orang Melayu, memberi mereka makan dari hasil yang haram. Hidup UMNO!!!.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.