Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Umum Pemangku Sultan Dilucutkan Jawatan

NOTA EDITOR: Tulang Besi bawa berita ni dalam blog Malaysiawaves kerana Tulang Besi terkejut. Tulang Besi tak sangka maklumat Tulang Besi dapat berkenaan politik Kelantan (termasuk usaha membuang Husam dari Exco) adalah tepat. Setakat ini, maklumat Tulang Besi dapat tiada yang canggung.

Tulang Besi tahu siapa yang telah mencadangkan penubuhan "Medical Board" bagi menyiasat keadaan kesihatan Tuanku Sultan Kelantan dalam mesyuarat Exco yang berkaitan. Tapi, tak boleh bagitua kat sini, rahsia.

Cuma minta para pembaca mendoakan segala perancangan Fraksi UMNO berkaitan dengan pembuangan Dato Husam Musa dari exco Kelantan digagalkan oleh Allah SWT. Dah nampak satu tanda-tanda kekuasaan Allah SWT dalam perkara ni dah.

Dato Husam banyak kelemahan. Tapi, konspirasi pembuangan Dato Husam bukan kerana kelemahan beliau, malahan kerana ketegasan beliau kepada puak-puak "make balok". Itu yang Tulang Besi boleh bagitau setakat ni.
Sekian

Setiausaha Sulit Sultan umum Pemangku Raja Kelantan dilucutkan jawatan
Harakahdaily


KOTA BARU, 25 Mac: Setiausaha Sulit Sultan Kelantan yang perlantikannya dipertikaikan minggu lalu, Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan baginda sebagai Pemangku Raja negeri itu berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman mengejutkan itu, yang dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan, diumumkan oleh Setiausaha Sulit baru Sultan Kelantan itu pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan mencadangkan agar kerajaan negeri memanggil sidang tergembar DUN Kelantan untuk membincangkan perkembangan terbaru ini. Saranan itu dibuat dalam satu sidang media oleh Pengerusinya, Abdullah Yaakob, Adun Air Lanas.

Semalam, Pengelola Istana Kelantan memaklumkan, hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Kelantan mempunyai kuasa mengenai perkara ini kerana Sultan Kelantan masih gering.

Wan Hashim, dalam sidang medianya berkata, keputusan itu diambil selepas baginda mengingkari arahan Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang dijadual 30 Mac ini.

“Berikutan daripada keingkaran Yang Maha Mulia Pemangku Raja mematuhi titah perintah Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sebarang bentuk perayaan termasuk penganugerahan darjah-darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan rasmi ke-60 baginda Sultan Kelantan serta di atas kegagalan Yang Maha Mulia Pemangku Raja memelihara, melindungi dan mempertahankan kehormatan diri dan Perlembagaan Negeri Kelantan, maka Duli Maha Mulia Sultan Kelantan dengan ini menamatkan pelantikan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja,” kata beliau pada sidang media di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Keputusan ini diumumkan sehari selepas Tengku Muhammad Faris Petra mengumumkan bahawa Sultan Kelantan masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan.

Semalam Tengku Muhammad Faris Petra bertitah bahawa mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, baginda yang telah dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lepas, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.

Dalam satu titah yang disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pada satu sidang akhbar di Istana Balai Besar semalam, baginda menegaskan bahawa sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak tanpa terlebih dahulu mendapat laporan perubatan daripada panel doktor pakar yang telah dilantik adalah tidak tepat, tidak sah dan tidak terpakai.


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Saturday, January 2, 2010

Pemecatan Annual Bakhri: Siap Sedia Untuk PAS Masuk BN Siri 2

(Bersambung dari Siri 1)
SIAP SEDIA PAS MASUK BN
Dengan bantuan ahli UMNO bernama Arifahmi dan beberapa ahli keluarganya, maka sekarang ini Tok Guru telah berjaya dijinakkan. Selepas ini, apa sahaja usaha dari Fraksi UMNO tidak akan lagi ditentang oleh Tok Guru Nik Aziz kerana ahli keluarga serta ahli UMNO bernama Arifahmi telah berjaya menjinakkan Tok Guru.

Bayangkan selepas ini kalau Ustaz Harun Din dan Ketua Dewan Ulama PAS tiba-tiba keluar kenyataan bahawa bekerjasama dengan UMNO lebih syariee dan lebih hampir dengan kehendak Islam. Apa yang kita dalam PAS boleh buat?

Tok Guru pula pada masa itu samada telah bersara ataupun tidak akan bersuara kerana berjaya disenyapkan oleh ahli keluarga Tok Guiru seperti Ahli UMNO bernama Arifahmi dan Nik Abduh. Kita semua tahu Nik Abduh pro kepada Muzakarah dan Kerajaang Perpaduang. Dia tulis sendiri dalam blog dia.

Di kala itu juga kesemua penasihat-penasihat Tok Guru adalah mereka yang sealiran dengan Nik Abduh dan ahli UMNO yang bernama Arifahmi. Sekarang pun calon2 menggantikan Annual Bakhri dicadang dan dipilih oleh Nik Abduh dan Arifahmi. (Itu maklumat yang saya dapat).

Maka, kesemua kepimpinan PAS di peringkat Kawasan dan Cawangan kesemuanya akan “wala’” dan mengikut 100%. Kita pun tahu Presiden PAS hanya akan mengikut kehendak “Geng Terengganu” dan tidak akan menolak kehendak “Geng Terengganu”.

Presiden lebih sanggup menerima kehendak Geng Terengganu dan menolak majoriti dari permintaan AJK PAS Pusat. Terbukti sewaktu Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat baru-baru ini dimana PResiden menolak kehendak majoriti AJK PAS Pusat yang mahukan Hasan Ali dipecat hanya kerana Geng Terengganu sayangkan Hasan Ali.

Di kala itu, akan masuklah PAS ke dalam BN. Ahli2 PAS semua akan takut menentang kerana takut dilabel tidak wala’ kepada ulama. Sampai sekarang pun majoriti Pemuda PAS menjaja wala’ ni ke hulu ke hilir dan tidak mahu menggunakan akal mereka yang sehat. Mereka lebih suka menggunakan alasan “wala’” dari menggunakan akal yang Allah SWT berikan kepada mereka.

NIK ABDUH PRO MUZAKARAH DAN “KERAJAANG PERPADUANG”

Nik Abduh secara terbuka menyokong Muzakarah dan Kerajaang Perpaduang. Misalnya:
a. Muzakarah: Dalam pertemuan yang dianjurkan Roslan SMS di rumah Dr Harun Din, Nik Abduh adalah antara mereka yang menghadiri program ini. Sehingga hari ini, Roslan SMS tak nafi program ini berlaku. Sila baca di sini

b. Kerajaang Perpaduang: Dalam artikel beliau ” kerja - kerja bodoh dalam pas”, secara jelas beliau menyalahkan “pembantu-pembantu ayahanda” sebagai penghasut yang menyebabkan ayahanda menolak gagasan kerajaang perpaduang:

i. Namun, penjelasan dari /watch?v=MrLXt63_eBM”>Nasaruddin Mat Isa sendiri menunjukkan “pembantu-pembantu
ayahanda” berada di pihak kebenaran kerana agenda “kerajaang Perpaduang” tidak
lebih dari “muzakarah” yang diubah nama
.

c. Nik Abduh mahukan ayahandanya bersara seperti kehendak UMNO dan musuh PAS dalam artikel terbaru beliau. Beliau buat demikian selepas Arifahmi diarah letak jawatan.

Dan sekarang ini Nik Abduh menjadi penasihat nombor satu pada ayahandanya di samping seorang ahli UMNO bernama Arifahmi.

Bayangkanlah betapa hancurnya usaha menahan PAS dari masuk BN di masa-masa terdekat ini.
(Bersambung……)
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.