Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Showing posts with label Konspirasi. Show all posts
Showing posts with label Konspirasi. Show all posts

Thursday, May 28, 2020

Keadaan PN dan Muhyiddin Semakin Tenat?

Ada beberapa maklumat yang Tulang Besi telah terima:

1) Selepas persidangan 18hb, diberitakan Muhyiddin Yaasin seperti telah give-up terhadap survival Perikatan Nasional. Ini kerana kalau usul undi tidak percaya yg ditaja Dr. Mahathir itu dibenarkan, maka ramai dalam Perikatan Nasional tidak menyokong Muhyiddin Yaasin terutamanya dari parti-parti Sabah dan Sarawak. Muhyiddin telah mendapat pengesahan 2 hari sebelum persidangan bahawa beliau tidak akan mendapat sokongan yang mencukupi sama sekali
a. Mereka mungkin tidak akan mengundi usul Dr Mahathir tapi ramai akan keluar dewan dan tidak mengundi. Malang buat Muhyiddin, untuk memenuhi tuntutan Perlembagaan beliau memerlukan 112 undi yg jelas menyokong beliau dalam dewan
b. Walaupun Muhyiddin boleh menang usul itu, tapi undi beliau tidak mencapai bilangan 112 undi, maka Muhyiddin tetap dikira kalah 
c. Muhyiddin terpaksa melakukan rasuah jawatan GLC besar-besaran kerana itu sahajalah jalan yang wujud untuk Muhyiddin sekarang ini untuk mengekalkan kekuasan beliau yang semakin rapuh
2) UMNO SEMAKIN DOMINAN DALAM KERAJAAN: Majlis Keselamatan Negara sudah ppun berada dalam genggaman kekuasaan UMNO sekarang ini. Muhyiddin boleh dikatakan hanya boneka sahaja sentiasa menyembah UMNO untuk membuat apa-apa keputusan.
a. Ini adalah kerana hayat BERSATU berada dalam tangan UMNO. Bila2 sahaja UMNO menarik sokongan kepada PN, maka kerajaan BERSATU akan runtuh dan BERSATU akan menjadi parti kera sumbang kerana terpaksa bertanding sebatang kara. 
b. UMNO telah pun membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak bersama PN secara rasmi dan sokongan mereka hanyalah bersifat pribadi ahli-ahli Parlimen mereka. Ini bermakna sekirranya ada ahli-ahli Parlimen UMNO yang mengundi tidak menyokong Muhyiddin, mereka tidak boleh dipecat atau diambil tindakan disiplin.  
c. Atas sebab ini jugalah Muhyiddin semakin hari semakin rungsing untuk mengadakan Persidangan Parlimen. Atas sebab ini jugalah Muhyiddin terpaksa membatal sidang penuh pada 18hb May yang lepas.
3) AHLI2 PARLIMEN BERSATU SEMAKIN RISAU: Penguasaan UMNO yang semakin dominan semakin dikhuatiri oleh Ahli-ahli parlimen BERSATU. Pada hari ini, ahli-ahli Parlimen BERSATU sudah hilang suara kerana Presiden mereka sendiri sudah menjadi boneka.

a. Yang lebih risau adalah ahli2 Parlimen BERSATU lompat. Mengikut UMNO, mereka-mereka ini sudah dibuang dari UMNO. Dan tempat mereka tidak akan diberi kepada mereka lagi. Apabila dibubar parlimen, orang-orang seperti Hamzah Zainuddin dan Mas Erdayianti akan menjadi orang biasa dan karier politik mereka tamat. Kecuali kalau mereka boleh menang sebagai calon Bebas. 
b. Kumpulan ini semakin hilang kepercayaan kepada Muhyiddin dan nampak gayanya mereka semakin cenderung kepada Dr. Mahathir. Beberapa pertemuan telah diadakan oleh mereka dengan Dr. Mahathir 
c. BERSATU secara umumnya sekarang ini seperti telur di hujung tanduk. Mereka bergantung sepenuhnya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

4) KESIHATAN MUHYIDDIN YANG SEMAKIN BURUK: Diberitakan Perdana Menteri dalam Kuarantine selama 14 hari. Namun, di zaman telekomunikasi sekarang ini, itu bukan alasan untuk Perdana Menteri hilang sama sekali dari persada negara. PM boleh sahaja mempengerusi Mesyuarat melalui applikasi Zoom dsbnya

a. Ada khabar lain yang mengatakan Muhyiddin sedang menjalani rawatan di Singapura kerana kanser beliau. Itu lebih masuk akal memandangkan mereka yang menjalani rawatan kanser memerlukan ketenangan dan terpiisah dari masaalah dan beban pemikiran semasa.
b. Azmin yang menggantikan Muhyiddin sebagai pengerusi kabinet dibenci oleh UMNO dan GPS serta semua parti-parti dalam PN kecuali PAS. Nampaknya, Haji Hadi Awang sudah boleh menerima amalan LGBT dan seks sejenis. 
c. Azmin juga bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri tapi itu sekadar angan-angan Mat Jenin sahaja memandangkan tiada parti yang menyokong beliau.


KESIMPULAN: Ada 42 hari lagi untuk Muhyiddin membuktikan beliau Perdana Menteri yang sah. Dalam keadaan sekarang, rasanya harapan Muhyiddin untuk kekal sebagai PM semakin hari semakin tipis.

Rampasan kuasa Kedah pun adalah langkah desperado Muhyiddin/Azmin bagi melindungi fakta yang mereka semakin hilang pengaruh dan kawalan.


*TULANG BESI*



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniSumber: Umno tolak sertai PN secara rasmi
Haspaizi Zain

Diterbitkan 6 May 2020, 8:48 pm
Dikemaskini 6 May 2020, 9:34 pm
A+
A-
Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak cadangan agar parti itu menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi, kata sumber kepada Malaysiakini hari ini.

Sumber terbabit berkata, keputusan itu dicapai secara sebulat suara dalam mesyuarat MT yang diadakan pada Isnin lalu, dan ia bertujuan menjaga kedudukan dan kepentingan parti berkenaan.

"MT sebulat suara tolak, kita tak mahu jadi parti kecil. Kalau banyak parti dalam PN, Umno tak boleh nak jadi macam dalam BN sebelum ini.

"Sebelum mesyuarat MT, parti melalui mesyuarat biro politik juga sudah menolak cadangan ini.


"Kemudian mesyuarat pengerusi-pengerusi perhubungan Umno negeri juga menolaknya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Umno memeterai piagam Muafakat Nasional bersama PAS untuk mengabsahkan kerjasama secara rasmi pada akhir tahun lalu. Parti lain dalam BN pula dianggap menyertai gabungan berkenaan melalui Umno.

Menerusi Muafakat Nasional, BN dan PAS menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri kepada gabungan PN, sekali gus membawa kejatuhan Pakatan Harapan sebagai kerajaan selama 22 bulan.


Susulan pembentukan kerajaan PN di peringkat persekutuan, beberapa kerajaan negeri yang dikuasai PH juga tumbang selepas krisis politik Februari lalu, yang berlangsung kira-kira seminggu.

Akhir bulan lalu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegaskan PN bukanlah satu gabungan yang berdaftar secara rasmi dan Umno tidak pernah menyertainya.

"Hubungan Umno dengan PN hanya satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri oleh kelompok tertentu dalam PH," katanya yang menegaskan bentuk kerjasama itu berbeza dengan persefahaman dengan PAS dalam Muafakat Nasional yang diurus secara rasmi.

Platform rasmi cerita lain

Dalam pada itu Anggota Majis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan, berkata cadangan untuk mendaftar PN dan Umno sebagai ahli sekutunya perlu diteliti sebaik mungkin.

Pada masa sama, katanya, sokongan Umno terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin selaku perdana menteri tidak perlu diragui.

"Ia perlu dilihat dengan serius apa kebaikan yang Umno dapat dan juga keburukannya.

"Tapi ini bukan bermakna Umno tak sokong PN, kalau tak sokong kita tak berada dalam kerajaan.

"Umno boleh bagi keyakinan bahawa kita sokong PN dan perdana menteri, untuk (PN) jadi platform rasmi itu cerita lain," katanya lagi.

Menerusi PN, Umno berjaya mentadbir kembali negeri yang dimenangi PH pada PRU lalu, iaitu di Melaka (sebelum ini ketua menteri daripada Amanah) dan Johor (sebelum ini menteri besar daripada Bersatu).

Di Perak pula, Bersatu kekal memimpin kerajaan Perak meskipun Umno menguasai lebih banyak kerusi di DUN.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Saturday, March 20, 2010

Tulang Besi Berkomunikasi Dengan Dr Shamsuri

Melalu kawan Tulang Besi, Encik N, Tulang Besi telah berjaya menghantar masej yang penting kepada Dr Shamsuri.

Masej itu adalah permintaan kepada Dr Shamsuri menafikan beliau terlibat sama sekali di dalam konspirasi menjatuhkan MB Selangor.

Tulang Besi memandangkan isu Konspirasi menjatuhkan MB Selangor dan perkaitan dengan Dr Shamsuri telah pun sampai ke pengetahuan umum, maka tiada salahnya Dr Shamsuri mengeluarkan kenyataan umum membersihkan nama beliau.

Tulang Besi telah memberitahu pada Najman supaya memberitahu Dr. Shamsuri untuk menafikan apa yang Tulang Besi tahu berkenaan kes ini. Yakni:

Dr Shamsuri wajib menafikan bahawa beliau pernah bertemu dengan Nazree GERAK membincangkan kes ini bersama-sama dengan Roslan SMS

Pada mulanya Najman mencadangkan saya bersemuka dengan dr Shamsuri dan Dr Shamsuri telah menyatakan kesediaan beliau bersemuka dengan Tulang Besi.

Namun, Tulang Besi teringat pengalaman Tulang Besi dengan seorang rakan Dr Shamsuri yang terang-terang telah kelentong Tulang Besi hidup-hidup. Jadi, maaflah, Tulang Besi sudah tidak mempercayai geng-geng ini lagi kalau hanya sekadar berkata-kata.

Maka, Tulang Besi tidak berminat untuk berjumpa secara pribadi sebegini. Yang terbaik adalah Dr Shamsuri membuat kenyataan terbuka kepada media secara bertulis. Biar semuanya ada rekod (“on record” supaya tiada lagi keraguan selepas ini.

Lagipun apa yang hendak ditakutkan?

Apabila ada kenyataan rasmi dari Dr Shamsuri sebegini, maka Tulang Besi akan menyiarkan kenyataan Dr Shamsuri dalam blog Malaysiawave secara “VERBATIM” (asli) dan tiada edit.

Cuma Tulang Besi meminta supaya kenyataan Dr Shamsuri itu diberikan melalui Encik N kerana Tulang Besi mahu memastikan keaslian kenyataan tersebut. Kalau dari sumber lain, Tulang Besi tidak akan iktiraf dan siarkan kerana Tulang Besi tidak dapat memastikan keasliannya.

Maka, Dr Shamsuri, “the ball is in your court”. Tulang Besi sentiasa bersedia untuk menyiarkan penafian Dr Shamsuri. Tak perlu berjumpa secara pribadi kerana ianya hanya buang masa dan wang. Bulan ni harga tiket mahal sangat. Tak tau sebab apa.

“Let everything be on record”. Mudah untuk generasi masa depan dan mudah untuk berkira.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, March 12, 2010

Target: 15 ADUN serta 20 MP Pakatan Rakyat


Maklumat baru yang saya dapati adalah pihak tertentu meletakkan target 20 MP serta 15 ADUN Pakatan Rakyat untuk dibeli. MP dan ADUN ini akan datang dari ketiga-ketiga parti dalam Pakatan Rakyat. Cumanya, untuk PAS agak susah kerana ada “Baiaah Taklik” serta imej Mutfi Perak amat buruk di kalangan ahli dan pendokong PAS. Kalau ada fatwa mengatakan “Baiaah Taklik” tidak sah pun, kemungkinan tidak akan dipercayai oleh ahli2 serta wakil2 rakyat PAS.

Mereka sedang menggunakan segala instrumentkerajaan yang mereka ada seperti SPRM,Lembaga Hasil Dalam Negeri, MARA, Bank dsbnya. Mereka bukan sahaja menyiasat wakil-wakil rakyat, tetapi juga anak beranak dan kaum keluarga kepada wakil-wakil rakyat ini.

Misalnya, ada seorang MP dari Kelantan, isteri beliau sedang disiasat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana kebetulan isteri beliau adalah seorang doktor. Seorang wakil rakyat PR dari Pahang sedang menghadapi penyiasatan MARA ke atas isteri beliau yang kebetulan pernah mendapat bantuan pinjaman pelajaran MARA.

Selain dri itu, pejabat “Attorney General” dan Polis digunakan untuk mendakwa beberapa wakil rakyat PR yang “strategik” dengan dakwaan jenayah supaya mereka tidak dapat bertanding Pilihanraya Umum yang akan datang. Tian Chua telah pun menjadi mangsa kepada konspirasi ini.

Dan ini bukan benda baru kerana kalau kita boleh ingat, sebelum 2004, calon2 PKR seperti Azmin dan Ezam, Irene Fernandez telah dihalang bertanding kerana beberapa tuduhan “jenayah” yang ringan dan tidak masuk akal. Taktik yang sama akan digunakan kepada beberapa MP strategik PR seperti Khalid Samad, Saifuddin Nasution, Dr Hatta dsbnya.

Selain dari itu, data-data dari Majlis Agama juga digunakan untuk menyiasat samada ada wakil-wakil rakyat ini ada skandal atau tidak. Mana tahu mungkin mereka pernah ditangkap basah atau pernah ditangkap basah.

Maklumat yang saya dapat juga, pekerja-pekerja hotel di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor juga diupah untuk memerhatikan pergerakan wakil-wakil kita.
Pendek kata, mereka akan menggunakan apa sahaja untuk memaksa serta melemahkan semangat wakil-wakil PR sehingga ke tahap terpaksa menerima tawaran dari mereka dan melompat.

ZUL NOORDIN KONFIDEN SANGAT

Itulah sebabnya Zul Noordin dengan konfiden dilaporkan berkata:

" Maksud saya di sini orang yang berkualiti meninggalkan parti, kita tidak mahu kuantiti tetapi kualiti. Saya beri jaminan pada anda, seorang lagi insan berkualiti akan keluar parti tidak lama lagi," katanya semasa temubual secara langsung NST, di sini hari ini.”

Perkataan “Firaun Kecil” ini dicedok oleh Zul Noordin dari Ezam Mat Nor. Namun, adakah Zul Noordin sedar Ezam Mat Nor makan duit Soros? Adakah Zul Noordin sedar kemungkinan Ezam Mat Nor ini adalah “bekas firaun” dalam PKR dahulu? Kalau dah makan duit Soros, takkan bukan firaun kot? Sampai hari ni Ezam tidak bagitau mana dia dapat duit beli Banglo mewah dia di Shah Alam tu.

Saya yakin Zul Noordin tahu akan perancangan jahat membeli 20 MP dan 15 ADUN ini dan saya yakin Zul Noordin sedar akan Modus Operandi perancangan ini. Itulah sebabnya beliau dengan konfiden mengeluarkan kenyataan ini.

KAEDAH CADANGAN

PR wajib mengadakan panel guaman serta melancarkan Tabung Guaman bagi melindungi wakil-wakil rakyat serta ahli keluarga mereka. DEngan bantuan guaman yang “percuma” akan mampu MENGHALANG majoriti dari percubaan puak-puak ini.

Cadangan kedua adalah perlu didedahkan SETIAP PERCUBAAN “Harrassment” ini kepada media. Kalau benar ada usaha mengacau ahli keluarga MP dan ADUN, WAJIB didedahkan kepada umum. Biasanya, apabila berlaku pendedahan, maka mereka akan berhenti, inshaalah.

Ketiganya, mari kita anjurkan solat hajat besar-besaran di setiap negeri bagi mendoakan kehancuran serta jahanam puak2 yang sedang berusaha membeli wakil-wakil rakyat PR serta mereka yang dibeli. Doakan juga supaya Allah SWT melindungi wakil-wakil rakyat PR dari mara bahaya dan bencana serta kuat iman mereka menghadapi percubaan membeli ini.

Kita lihat sendiri hasil dari doa dan solat hajat di Bagan Serai, Mohsin terpaksa hantar SMS dengan mengatakan beliau tidak akan sokong BN. Itulah sahaja tempat kita mengadu.

Cadangan keempat, supaya setiap ahli dan penyokong berdoa secara pribadi meminta tuhan mengagalkan usaha jahat puak2 yang mahu membeli wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dan doakan supaya mereka ini diturunkan bala kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Hud ke atas mereka.

Dalam berjuta-juta penyokong Pakatan Rakyat, takkan tiada seorang pun yang WALI ALLAH dan doanya mustajab.

AAAMMINNNN
Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.