Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Showing posts with label Mahathir. Pakatan Harapan. Kerajaan Pintu Belakang. Azmin Ali.. Show all posts
Showing posts with label Mahathir. Pakatan Harapan. Kerajaan Pintu Belakang. Azmin Ali.. Show all posts

Saturday, May 16, 2020

Waktu ICERD boleh berkumpul di Dataran. Waktu Jakel nista bangsa Melayu, jgnkan kumpul, bunyi pun tarak. Kenapa ya?




Apa pun kelemahan Bangsa Melayu, tidak adil dan tidak patut dikutuk seluruh bangsa kerana bangsa Melayu juga ciptaan Allah.



Yang lebih menghairankan, pejuang-pejuang Melayu seperti PAS dan UMNO senyap sunyi walaupun bangsa sendiri di maki dan dikutuk oleh JAKEL.



Berbeza waktu ICERD dulu yang dianggap menghancurkan Melayu dan Raja-Raja Melayu, kali ini JAKEL di biarkan tanpa apa-apa tindakan.

Tiada satu pu NGO Melayu yang turun membuat laporan polis ke atas JAKEL.

Professor Kankung Kamarul Yusoff pun tak tulis langsung pasal sikap kurang ajar Muzaffar Jakel ini walaupun tidak berhenti dia menyerang DAP atas isu-isu titik bengit sahaja.

PERJUANGAN MEMBELA MELAYU HANYA SANDIWARA SAHAJA

Kononnya hendak membela Raja-Raja Melayu dan bangsa Melayu, maka DAP di serang hari-hari

Pelbagai fitnah dan mehnah dicipta dan disebarkan kononnya kerajaan PH dahulu ditunggang DAP.



Siap buat perhimpunan di Dataran Merdeka kononnya utk membela Melayu.


Dilancar kempen #BUYMUSLIMFIRST kononnya untuk membela orang Islam dan orang Melayu

Tapi depan mata hari ini, Jakel memaki dan menista bangsa Melayu. Namun, tiada apa2 tindakan sedikit pun.




Ini bukti jelas, segala cakap dan tindakan hendak membela Melayu selama ini adalah DUSTA dan SANDIWARA SAHAJA.


Ramainya orang Melayu dah kena tipu dgn PAS dan UMNO serta NGO2 speerti ISEMAK dsbnya.



MCA MENGHINA ISLAM SEMENJAK ZAMAN BERZAMAN TAPI UMNO TAK PERNAH AMBL APA2 TINDAKAN



Itulah hakikatnya. UMNO tak pernah ambil apa2 tindakan kepada MCA yang menghina dan mengutuk hukum Islam secara terbuka sejak zaman berzaman.

Hanya setelah hilang kuasa barulah timbul cerita kononnya Islam dah tak dihormati dan di hina.

Padahalnya sejak Merdeka MCA menghina Islam di hadapan mata UMNO tapi UMNO tak pernah kesah dan gulana. Mereka buat tidak tau je.

Tidak pernah sekali pun MCA didakwa di Mahkamah 

KESIMPULAN: PAS penipu UMNO Penipu. Yang kaya adalah pemimpin-pemimpin mereka. Pengikut-pengikut mereka kekal miskin papa kedana.

PAS tak pernah berjuang utk Islam. UMNO tak pernah berjuang untuk Melayu.

Yang mereka perjuangkan adalah kekayaan pimpinan2 mereka serta anak beranak dan kroni mereka sahaja.

Kejadian Jakel maki Melayu ini adalah bukti jelas.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Dato' Najib Tak Komen Pulak Pasal Jakel Panggil Melayu Bangsa Bodoh???


Di dalam FB Dato' Najib Tun Razak, beliau menjuarai pelbagai isu terutamanya isu berkaitan membela orang Melayu. Beliau menyerang DAP, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan. Beliau menyerang Anwar Ibrahim dan terutamanya Dr Mahathir.


Tapi yang hairannya bila Muzaffar Jakel mengutuk dan menista Bangsa Melayu, Najib Tun Razak diam seribu bahasa.



Apabila bangsa Melayu dipanggil bodoh oleh Muzaffar Jakel, Dato Najib menikus diam seribu bahasa. Tidak langsung menasihati Muzaffar Jakel supaya meminta maaf dan menarik balik kutukan nista beliau.

Harapan untuk Dato Najib memimpin gerombolan membuat laporan Polis pula ibarat jauh panggang dari api.

Dato Najib yg. selama ini begitu garang membela Melayu menentang ICERD tetiba menikus bila Muzaffar Jakel maki bangsa Melayu depan2

Dahulu Dato Najib turun ke Perhimpunan ICERD bersama ratusan ribu manusia memprotes kononnya Ketetapan PBB yg akan menghakis kuasa Raja-Raja Melayu. Perhimpunan tetap diadakan walaupun telah jelas dan terang kerajaan PH menolak ketetapan ICERD yang pada mulanya disokong oleh Najib waktu dia Perdana Menteri.


Apa yang dilakukan oleh Mustafa Jakel ini tidak kurang biadapnya berbanding ketetapan ICERD.


Namun, tiada apa-apa kata dari Dato' Najib kepada Muzaffar Jakel atapun JAKEL seaara umum.

Malahan, kesemua parti2 yang menganjurkan seperti PAS, UMNO, Persatuan2 Silat, Blogger2 pro UMNO serta NGO2 Melayu yang lain semua berdiam diri 

.

KESIMPULAN: Seluruh agenda Melayu yang diperjuangkan oleh PAS dan UMNO selama ini adalah SANDIWARA semata-mata.


Mereka boleh berhimpun membantah ICERD yang kononnya menyanggah kuasa Raja2 dan Hak Istimewa orang Melayu walaupun Kerajaan PH telah pun menolak ketetapan PBB ini.

Namun, semua mereka diam seribu bahasa bila JAKEL menghina bangsa Melayu secara TERBUKA.

DIkatakan JAKEL ini ada hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO. |

Ramainya orang-orang Melayu kena tipu sampai turun ke perhimpunan penuh sandiwara.



TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Saturday, May 9, 2020

Kesah Sebenar Mengapa Muhyiddin Lawan Dr. Mahathir

*Kesah Sebenar Mengapa Muhyiddin Lawan Dr. Mahathir*


Ramai terpengaruh dengan jalan cerita kononnya Dr. Mahathir hendak menghalang Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Tidak kurang yang terpengaruh dengan cerita kononnya Muhyiddin dan ramai dalam BERSATU merasakan DAP adalah liabiliti yang menyebabkan BERSATU akan kalah dalam PRU depan. Hakikatnya, ada cerita lain di sebalik cerita-cerita ini.


Hakikatnya, Dr. Mahathir bercadang mahu menyerah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim tetapi Dr Mahathir mahukan anaknya Mukhriz menjadi Timbalan Perdana Menteri. Adapun Muhyiddin Yaasin akan kekal di dalam jawatan beliau ataupun dicadangkan untuk menjadi Gabenor mana-mana negeri.

Niat Dr. Mahathir ini menyebabkan kemarahan kepada Muhyiddin Yaasin. Sudahlah Muhyiddin kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana mengikut unjuran Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Najib tempohari. Sekarang ini Dr Mahathir mahu membelankangkan Muhyiddin Yaasin sekali lagi.

Jangan dilupakan Muhyiddin Yaasin mahukan jawatan Menteri Kewangan pada mulanya tetapi diberikan kepada Lim Guan Eng yang telah mengundang kemarahan Muhyiddin. Sekarang ini Muhyiddin akan diketepikan sekali lagi.

Dr. Mahathir kerap kali menangguhkan pemberian jawatan kepada Anwar Ibrahim kerana beliau tidak dapat memastikan anaknya akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Dr. Mahathir mempunyai alasan yang kuat untuk berbuat ini. Alasan yang paling besar adalah kesihatan Muhyiddin Yaasin sendiri yang tidak menjamin beliau boleh menjadi pemimpin yang efektif. Yang lebih penting adalah Mukhriz akan memastikan legasi Dr Mahathir diteruskan.

Inilah motif sebenar Muhyiddin merampas kuasa dan khianat kepada Dr. Mahathir.

Adapun Azmin Ali pula khianat kerana kalau Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri maka karier politik beliau akan tamat.


Azmin Ali bukan pemimpin yang berkemampuan memimpin mahupun berkemampuan membangun negara.


Beliau hanya pandai membodek dan membeli sokongan semata. 

Beliau akan menghancurkan negara kalau beliau menjadi Perdana Menteri.

*TULANG BESI*



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.