Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Friday, February 5, 2010

Lebih 75% Setuju Khalid Samad Telah Dizalimi JK Disiplin PAS



















Dari poll Malaysiawaves setakat ini, pembaca2 Malaysiawaves rata2 setuju bahawa Khalid Samad telah dizalimi JK Disiplin PAS.

Ini setelah penerangan yang diberikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri dalam blognya. Penerangan beliau nampaknya tidak memberi kesan kepada pembaca-pembaca Malaysiawaves yang rata-rata membuat kesimpulan bahawa Tuan Ibrahm serta JK Disiplinnya telah menzalimi Khalid Samad.

Saya pada mulanya tidak menjangka keputusan akan berada di tahap lebih dari 75%. Saya menyangka perkataan “menzalimi” itu mungkin akan dilihat sebagai terlalu keras. Atas sebab itu, saya mengjangkan keputusan poll kali ini adalah dalam julat 50% bersetuju.

Saya merasakan kalau saya menggunakan perkataan “Tidak Adil” barulah keputusan “BERSETUJU” itu akan mencecah 80%.

Namun, jelas tindakan JK Disiplin pimpinan Tuan Ibrahim adalah satu bentuk kezaliman mengikut pandangan rata-rata ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat. Jelas, hujah yang dibentang Tuan Ibrahim amat lemah dan tidak mampu menghalang pandangan ini dari merebak.

Ertinya, mengikut pandangan ramai, Tuan Ibrahim telah melakukan kezaliman. Saya menasihatkan kepada Tuan Ibrahim untuk bertaubat nasuha segera dan meminta maaf dari Khalid Samad kerana doa orang yang dizalimi tidak ditolak Allah SWT.
Selepas ini tiada siapa yang boleh menuduh hanya Tulang Besi sahaja yang mengatakan Khalid Samad dizalimi. Jelas, Tulang Besi tidak berkeseorangan.

Tulang Besi

ps Poll ini masih berjalan namun biasanya di akhir poll keputusan tidak akan lari jauh dari apa yang ada sekarang (mengikut pengalaman poll yang lepas2).


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Percubaan NAsruddin Tantawi Mempertahan Kezaliman Dilibas

NOTA EDITOR: Acap kali bila sudah tersepit dan terdedah pekung, puak-puak "TARBIYYAH" ini akan menggunakan alasan2 seperti "wala","thiqah"ukhuwah" dan sebagainya. Ini semua adalah konsep2 yang diajar melalui buku2 Ikhwan Muslimin. Yang menghairankan saya palajar2 kita di Mesir TIDAK DITARBIYYAH oleh Ikhwan Muslimin. JEmaah Ikhwan Muslimin di rantau Asia Tenggara adalah Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia. Konsep2 ini telah di"hijack" oleh beberapa kerat pimpinan Terengganu bagi membawa ahli-ahli PAS untuk memberi ketaatan membuta tuli kepada mereka. Ertinya kalimah2 ini di "hijack" untuk menyebarkan kesyirikan dalam PAS.

Kalau Nasruddin Tantawi seorang yang iltizam dengan Islam yang syumul, seharusnya beliau menulis artikel yang mempertahankan orang yang dizalimi i.e. Khalid Samad. Namun, Nasruddin Tantawi mahu menambah kezaliman itu dengan mengambil tindakan kepada Abdullah Karim.

Nasihat saya kepada Akhi Nasruddin Tantawi adalah "TUBU ILLAH TAUBATAN NASUHA". Hentikan kezaliman kau, kelak kamu akan disambar api neraka.

Tulang Besi

Rabu, Februari 03, 2010
Gerakan Islam, Parti Politik, Apa Tu?

Berbanyak maaf saya pohon kepada sahabat dan rakan karib saya, Ust Nasruddin Hassan kerana kiriman ini sekali lagi akan menyentuh mengenai ‘fikrah’nya.

Saya bukan ingin menyanggahinya secara membuta-buta tuli apatah lagi membabi-buta, tetapi saya sekadar ingin menghadamkan kefahaman saya sendiri berhubung dengan apa yang ditulisnya di dalam blognya.

Rujuk tulisannya berjudul ‘Jangan rosakkan jamaah’ – di sini.

Ada beberapa para di dalam tulisannya yang saya sukar hadami. Antaranya para bil 2 dan 6:

--------------------------------------

2. Justeru itu , Jamaah ini [ PAS ] mesti dibaca dan dihayati sebagai sebuah Gerakan Islam bukan sebuah parti politik semata - mata . Meskipun ia menyertai pilihanraya dan menerima sistem demokrasi yang tidak bercanggahan dengan syariat , namun ia hanya sebahagian dari tugas besar dan utama sebagai sebuah Gerakan Islam.

6. Menjenamakan PAS sebagai sebuah parti politik bukan lagi sebagai sebuah Gerakan Islam , sebenarnya merupakan satu episod untuk memudahkan usaha segelintir pihak yang kini sedang bekerja keras mahu mengikis penghayatan terhadap prinsip wala' , thiqah , ukhuwwah , dengar dan taat kepada arahan jamaah di dalam PAS .

-----------------------------------


Mengapa PAS perlu jadi dua dalam satu iaitu gerakan Islam dan parti politik? Kalau PAS jadi parti politik semata-mata, PAS bukan gerakan Islam. Kalau PAS adalah gerakan Islam, PAS tidak boleh menumpukan kerja-kerja parti politik semata-mata?

Kerja gerakan Islam ialah kerja tarbiah, perkaderan, amal tarbawi, elemen-elemen spiritual sementara kerja-kerja pilihanraya pula adalah kerja parti politik. PAS perlu jadi parti politik dan gerakan Islam sebab PAS melakukan kedua-duanya sekali. Macam mana?

Perlukah perjuangan PAS dijuzuk-juzukkan? Ini perjuangan PAS sebagai gerakan Islam dan ini pula perjuangan PAS sebagai parti politik. Di masjid PAS jadi gerakan Islam, di kotak undi PAS jadi parti politik.

Adakah gerakan Islam tidak boleh buat kerja politik dan parti politik tidak boleh buat kerja gerakan Islam? Sebab itu PAS perlu jadi kedua-duanya sekali, gerakan Islam dan parti politik untuk membolehkannya membuat kedua-dua kerja.

Tugas utama gerakan Islam ialah menyertai gerakan politik demokrasi. Tugas utama PAS sebagai parti politik pula apa dia?

Menjenamakan PAS sebagai sebuah parti politik itu bagaimana pula? Adakah parti politik perlu menjadi gerakan Islam untuk melaksanakan kerja-kerja tarbiah? Dan, adakah pula gerakan Islam perlu melakukan kerja-kerja politik untuk menjadi parti politik?

Maafkan saya sebab saya keliru dengan fikrah tersebut.

Saya tidak pasti, ‘dualisme’ ini, PAS sebagai gerakan Islam dan parti politik adalah cedokan daripada fikrah mana, dalam keadaan saya tidaklah ‘bangang’ sangat dengan buku-buku tokoh Ikhwan walau pun tidak semuanya saya telaah.

Saya fikir kita perlu hentikan kekeliruan ini. Mungkin ada disebutkan dalam buku-buku tokoh Ikhwan bahawa gerakan Islam bukan gerakan politik, tetapi itu untuk realiti Ikhwan di Mesir ketika Ikhwan belum menyertai pilihanraya.

Fikrah sebegitu adalah relevan untuk tempat, masa dan realiti itu. Realiti PAS kini bukan realiti Ikhwan pada tahun 1970 an.

PAS bukan bergerak di Mesir tetapi di Malaysia dan PAS tidak pernah berhadapan dengan realiti yang dihadapi Ikhwan di Mesir. Tidak pernah PAS tidak masuk pilihanraya. Malaysia bukan Mesir.

Hanya kebelakangan ini sahaja Ikhwan Mesir menyertai pilihanraya. Sebelumnya tidak. Sistem perkaderan Ikhwan, tarbiahnya, keahliannya adalah jauh berbeza dengan PAS. Apa yang Ikhwan buat adalah betul untuk realiti yang dihadapinya.

Tetapi, PAS bukan Ikhwan.

Kini PAS adalah parti terbuka, berbilang bangsa bahkan akan menjadi parti berbilang agama sekiranya wujud Dewan Penyokong PAS. Ketika itu bentuk PAS sebagai gerakan Islam pula bagaimana?

Saya katakan, mari kita mempermudahkan urusan. Kita kata sahaja begini, PAS adalah parti Islam. Full stop. Saya ulang, PAS ADALAH PARTI ISLAM.

Usah dikelirukan dengan sekejap gerakan Islam, sekejap parti politik. Ini kerja gerakan Islam, ini kerja parti politik. PAS adalah gerakan Islam dan parti politik, perlu kedua-dua sekali.

Tak boleh jadi parti politik saja, kena jadi gerakan Islam sama. Tak boleh jadi gerakan Islam saja, kena jadi parti politik sama sebab nak masuk pilihanraya. Aduh…letihlah begitu.

PAS ADALAH PARTI ISLAM. FULL STOP.

Kita boleh buat semua kerja sebab PAS adalah parti Islam. Nama pun Parti Islam Semalaysia.

Kerja politik, dakwah, tarbiah, panjat pokok, gantung poster, kacau bubur, ceramah, usrah, qiamullail, qunut nazilah, debat, wacana, forum, diskusi, dialog… apa-apa lagilah, asalkan untuk mendaulatkan Islam boleh dibuat kerana PAS adalah parti Islam. Bukankah semua kerja itu adalah kerja Islam?

Saya teringat cerita seorang guru Tauhid yang mengajar saudara baru mengenai sifat Allah. Katanya, “Allah itu ada, lawannya tiada. Wajib ada, mustahil tiada. Dalil adanya Allah, adanya alam ini.”

Saudara baru itu keliru dan berkata, “Cakap betul-betullah, ada atau tiada. Sekejap ada, sekejap tiada, Sekejap pula, ada mau lawan sama tiada. Wajib, dalil, mustahil … itu apa? Cakap betul, ada atau tiada?”

Permudahkanlah, jangan menyusahkan. Bukankah itu ajaran agama kita?
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Thursday, February 4, 2010

Rahsia Yang Khalid Dedah Adalah Penajaan Puncak Niaga Untuk Muktamar PAS di Shah Alam

Benar sekali kenyataan Pak Bakaq@ Penarik Beca dalam artikel beliau yang bertajuk “Tahniah UMNO (2)” bahawa rahsia sebenar yang didedahkan Khalid Samad adalah penajaan Puncak Niaga terhadap Muktamar PAS di Shah Alam.

Kalau kita rujuk pertuduhan Khalid Samad:

“Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.”.

Satu pertuduhan yang kelakar dan sangat dangkal. Pertama sekali tidak dinyatakan:
a. Masa kesalahan berlaku
b. Tarikh kesalahan berlaku
c. Tempat kesalahan berlaku
d. Butiran rahsia yang didedahkan oleh Khalid Samad

yang telah didedahkan oleh Khalid Samad.

Selepas itu, Tuan Ibrahim kerap mengulangi tuduhan Khalid Samad mendedahkan rahsia parti, namun dari pertuduhan di atas jelas TIADA RAHSIA yang didedahkan oleh Khalid Samad.

Malahan, Khalid Samad sendiri di dalam kenyataannya berkata:

b) Saya minta diberitahu apakah ‘rahsia mesyuarat BPPNS’ yang telah saya dedahkan tetapi saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Sekiranya ianya berhubung tarikh, waktu dan tempat mesyuarat tersebut diadakan, ianya telah lama diketahui umum kerana wartawan telah hadir untuk Dewan Harian mengadakan PC sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai.”

Ini jelas satu kezaliman kepada Khalid Samad serta perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana manusia yang mengucap dua kalimah syahadah. Lebih-lebih kalau manusia itu mengaku memperjuangkan Islam.

Bagaimana Allah SWT hendak menurunkan pertolonganNya kepada PAS sekiranya PAS sendiri melakukan kezaliman terhadap ahli dan penyokong mereka sendiri?

RAHSIA INILAH YANG MENJADI PUNCA KHALID DISABITKAN KESALAHAN

Alasan mendedahkan rahsia mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor adalah alasan yang tidak berasas. Ia sebenarnya alasan bagi menyorok motif yang lebih utama: menghukum Khalid Samad kerana mendedahkan kepada umum bahawa Puncak Niaga telah menaja Muktamar PAS Shah Alam. Benar sekali kata Pak Bakaq@Penarik Beca

Kalau tiada penajaan dari Puncak Niaga masakan PAS Selangor mampu menempah bilik2 yang begitu mahal untuk beberapa pimpinan yang dilketahui PRO UMNO.



Mengapa tiada bilik untuk:
a. SU Agung - Dato Kamaruddin Jaafar
b. Ketua Penerangan – Saudara Mahfudz Omar
c. Naib-Naib Presiden-
d. Bendahari PAS Pusat

Apa urusan Roslan SMS, Suwardi Yaakob dan Dr Samsuri untuk mendapat bilik di Concorde Hotel. Apa bisnis Mustafa Ali dapat satu bilik sedangkan beliau Cuma Pengarah JPPP sahaja?

(Suwardi Yaakob yang telah menipu MAIS pun ada dalam senarai jugak ke?)

Bukankah lebih baik wang itu dibelanjakan untuk mengurangkan beban para perwakilan yang telah mengeluarkan wang sendiri untuk datang ke Muktamar di Shah Alam itu?

Untuk melihat kualiti bilik yang ditempah di Concorde Hotel, sila klik di sini .

Salah satu dari 8 pertuduhan Dewan Harian Selangor kepada Khalid adalah pendedahan Khalid sewaktu Muktamar PAS di atas tajaan Puncak Niaga ini. Dikatakan pertuduhan itu tidak “lekat”. Tapi sebenarnya ia lekat, cuma disorok dalam bentuk lain.
Hakikat JK Disiplin tidak mampu memberitahu apa rahsia yang didedahkan Khalid membuktikan bahawa inilah rahsia utama yang menyebabkan Khalid dihukum.

Kita semua telah membaca tulisan Khalid Samad selepas isu SELCAT dan tiada apa-apa rahsia yang Khalid dedahkan dalam blog beliau. Hanya sekadar pendapat pribadi beliau sahaja.

Namun kenyataan Tuan Ibrahim MENEKAN sungguh kononnya Khalid Samad telah MENDEDAHKAN RAHSIA PARTI. Apa nak jadi dengan Dato Tuan Ibrahim? Siapa yang Dato Tuan Ibrahim hendak berbohong dengan? Ahli2 PAS bukan bodoh dan bukan dunggu.

Ahli2 PAS dilatih menentang kezaliman dan menolak kemungkaran. Apa yang Dato Tuan Ibrahim buat ini adalah satu kemungkaran dan satu kezaliman.

Selepas berperangai begini, saya nasihatkan Tuan Ibrahim pergilah menyertai UMNO. UMNO adalah tempat untuk orang-orang yang kerap melakukan kezaliman dan kemungkaran. PAS adalah tempat untuk orang-orang yang menentang kemungkaran dan kezaliman.
Bersedialah Dato Tuan Ibrahim menerima pembalasan Allah SWT.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

UMNO Tidak Serang PAS Kerana UMNO Suka Keputusan JK Disiplin!!!

Kenyataan Tuan Ibrahim yang terbaru betajuk Bilamana UMNO Tidak Menyerang PAS...[Tuan Ibrahim Tuan Man] perlu saya ulas. Izinkan saya mengulasnya.

Sebelum saya memulakan hujjah saya, suka saya menjawab soalan Tuan Ibrahim tersebut. UMNO tidak menyerang PAS kerana keputusan JK Disiplin ini bersesuaian dengan kehendak dan citarasa UMNO.

Mana mungkin Syaitan berasa gembira sekiranya kita melakukan ibadah kepada Allah SWT. Apabila syaitan turut gembira setiap kali kita beribadah, bererti ada yang sangat salah berkenaan ibadah kita itu.
Itulah sebabnya UMNO tak komen apa-apa pasal keputusan JK Disiplin ini. Ia umpama ibadah yang disukai Syaitan.

TUAN IBRAHIM MARAH PADA ABDULLAH KARIM

Tuan Ibrahim menyatakan kemarahan yang sangat besar kepada Abdullah Karim atas kenyataan akhbar beliau. Tuan Ibrahim berkata:

“Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosidur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.”.

Saya tidak dapat mempercayai kenyataan Tuan Ibrahim ini kerana saya sendiri telah menghantar aduan kepada Tuan Ibrahim secara TERUS. Namun, sehingga hari ini tiada apa-apa respon dari Tuan Ibrahim pun menyatakan prosedur saya salah.

Malahan, laporan saya diberikan kepada SU JK Disiplin, Dr Supyan Husin, sendiri namun tiada teguran walau sedikit berkenaan dengan kesalahan dari segi prosedur.
Mengapa demikian?





SU AGUNG LEBIH BERKUASA DARI KETUA JK DISIPLIN?

Soalan saya yang seterusnya, mengapa aduan dalam masalaah Disiplin harus pergi ke Setiausaha Agung? Bukankah sepatutnya JK Disiplin itu BEBAS dari badan eksekutif? Peruntukan perlembagaan manakah yang menyatakan setiap aduan mesti melalui SU Agung?
Kalau Tuan Ibrahim hendak berkokok pasal prosedur, saya nak tanya dimanakah prosedur tersebut tertulis? Saya merujuk kepada Perlembagaan PAS dan prosedur yang disebut Tuan Ibrahim ini tidak wujud.

Kiranya PAS adalah parti yang professional, maka setiap prosedur mesti disahkan oleh badan eksekutif ( AJK PAS PUSAT) serta diletakkan di satu tempat dimana setiap ahli dapat melihat dan merujuk. Kiranya tiada tempat rujukan ertinya prosedur tersebut tidak sah. Itu adalah amalan biasa mana-mana organisasi sekalipun.

Cuba masuk mana-mana balai polis, dan anda akan melihat instruksi untuk membuat laporan dipaparkan di dinding Balai Polis tersebut. Ada buku rujukan prosedur yang digunakan secara meluas dan boleh dirujuk oleh sesiapa sahaja.

Dalam soal ini, prosedur apakah yang telah dirujuk Tuan Ibrahim Tuan Man?

BENARKAH HUKUMAN KHALID BERDASARKAN FAKTA KES?

Dato Tuan Ibrahim juga berkata:

“Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh.”

Baiklah, sekiranya ini benar, apakah fakta yang terkandung dalam tuduhan kedua Khalid Samad seperti dibawah:

“Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.”.

Tuduhan sahaja pun kita lihat tidak sah. Disebutkan Khalid mendedahkan rahsia parti, namun APAKAH RAHSIA PARTI YANG TELAH DIDEDAHKAN?

Tuduhan seperti ini adalah apa yang kita panggil sebagai “Tuduhan Tidak Lengkap”. Bagaimanakah Khalid Samad boleh diberikan tuduhan mendedahkan rahsia parti sedangkan RAHSIA ITU pun JK Disiplin tidak mampu sebutkan?

Umpama si X dituduh mencuri tapi barang yang dicuri tidak diberitahu. Hanya tuduhan si X mencuri. Bila ditanya apa yang X curi, dijawab TIDAK TAHU.

Ini kah fakta yang Tuan Ibrahim banggakan? Fakta tuduhan yang TIDAK LENGKAP? Atas tuduhan tidak lengkap inikah Khalid Samad digantung enam bulan?

Kalau di mahkamah, tuduhan seperti ini hanya akan menyebabkan kes tersebut dibuang. Bagaimanakah boleh dibuktikan Khalid mendedahkan rahsia parti sekiranya RAHSIA itu sendiri TIDAK WUJUD?

Ertinya Khalid telah mendedahkan sesuatu perkara yang TIDAK JELAS samada rahsia atau tidak.

Pihak pendakwa MESTI membuktikan terlebih dahulu APAKAH rahsia tersebut. Barulah tuduhan seperti ini boleh membawa kepada penghukuman.
Benarlah kata Bakaq @ Penarik Beca. Rahsia sebenar yang didedahkan Khalid Samad adalah ini .

Tidakkah Tuan Ibrahim sebenarnya telah melakukan satu pembohongan di sini?

Tulang Besi


Bilamana UMNO Tidak Menyerang PAS...[Tuan Ibrahim Tuan Man]
Oleh : Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man

Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.

Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.

Bilamana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor , Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markaz PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapanan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum berbual-bual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya hubunginya di luar Negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.

Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bilamana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin. Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato’ Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.

Saya memaklumkan kepada YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan. Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: “Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak.” Saya menjawab : “ InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini.” Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan –cawangan yang telah membuat jemputan tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.

Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid ( bukan menggantungnya ) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya. Mereka bertanya: “Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?” Beliau menjawab: “Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!” Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada penglima baru bilamana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.

Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikuti kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan. Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa kepada satu hukuman jangkaan yang mereka ada agenda tersendiri.

Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama. Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?

Saya sebenarnya cuba untuk menjawab tohmahan itu, tetapi sebarang jawapan hanya akan menimbulkan polimik yang lebih besar dan berpanjangan. Tambahan pula ada beberapa fakta yang ditemui tidak sesuai jadi tatapan umum. Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli PAS atau penyokong PAS. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hassan Ali.

Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak. Beliau sebenarnya telah menghantar surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat Negeri Pahang. Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau.sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau keluar Negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.

Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendak massa. Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan. Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tudak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman. Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosidur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.

JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak diluar perlembagaan parti.

Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu, tapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh. Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti. Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.

Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah. Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan keputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.

Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.

Wassalam.

Dari blog Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

UMNO TERUS SAKIT KERANA MASIH DUDUK DI BAWAH TEMPURUNG PENINGALAN MAHATHIR

Kes Liwat II Anwar Ibrahim hanya membuktikan kepada kita satu perkara: UMNO tidak mampu untuk keluar dari tempurung yang Mahathir telah tinggalkan..

Pencacai-pencacai dalam UMNO sekarang ini adalah penerus kepada warisan Dr Mahathir di dalam menjahanamkan negara. Warisan Mahathir juga adalah warisan yang menjadikan Malaysia ini sebagai “bank” percuma kepada UMNO dan UMNOPUTRA.

Maka, di sini saya ingin membawa beberapa siri tulisan saudara “Grand Marquis” yang saya anggap cukup mudah difahami tetapi padat dengan fakta dan analisa yang tepat. Selepas memahami tulisan Grand Marquis ini barulah kita boleh faham mengapa generasi UMNO yang ada sekarang ini begitu teruk dan menjijikkan untuk kita pandang mereka.

Bagi saya ia adalah “clash of civilization” antara Dr Mahathir yang berketurunan India dengan ahli-ahli UMNO yang berketurunan Melayu (Jawa, Bugis, Palembang, Banjar dsbnya).

Yang melucukan lagi adalah kritikan Mahathir kepada Pak Lah kononnya Pak Lah menghabiskan banyak wang tanpa ada apa-apa “result”. Namun, Pak Lah dan Bebudak Tingkat 4 hanya memanfaatkan sistem dan “precedence” yang ditinggalkan oleh Dr Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty D.K.. Itu sahaja.

Bahagian yang saya suka dari tulisan di bawah adalah juga keterangan mengapa Anwar Ibrahim dimusuhi oleh pemimpin-pemimpin UMNO sehingga hari ini:

“Anwar menegaskan bahawa disiplin ekonomi Malaysia harus lebih ketat, selaras dengan ecomonic law yang digariskan oleh IMF, supaya syarikat yang benar2 bersih dan untung sahaja boleh survive. Tetapi demi kerana keluarga dan kroni, Mahathir kesampingkan rule of economic itu dan pergi menyelamatkan berpuluh2 syarikat Melayu UMNO yang sememangnya rosak. Kesannya, hari ini negara seperti Thailand, Korea, Singapura semua telah bebas dari masalah ekonomi dan langsai hutang mereka pada IMF, sedangkan di Malaysia, kerja pun susah nak dapat, FDi tak masuk dan syarikat”.

Ada bebudak tingkat 4 tu pernah berdemonstrasi reformasi lagi tapi iman lemah dan terus jadi apa yang mereka protes dulu.

Sekian. Selamat Membaca.

Tulang Besi

ps Pihak Malaysiawaves mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada saudara Grand Marquis di atas tulisan saudara yang cukup hebat dan membina minda. Semoga Allah SWT merahmati serta memberkati saudara sekeluarga.


Grand Marquis said...
Hmm, masih ada yang menyamar saya. Saya telah lama insaf akan kebebalan Dr Mahathir mentadbir ekonomi Malaysia.

Ini analisa peribadi saya.

Setiap pelaburan dalam perniagaan tak kira di peringkat syarikat atau negara, perkara pokok adalah mengenai ROI atau Return Of Investment.

Mahathir mamak kutty telah melabur hampir 200 bilion sepanjang pemerintahannya dan pada persepsi saya, 40-70% dari 200 bilion itu adalah dalam projek mega. Saya listkan sedikit project mega Mamak Mahathir yang mana project ini mendatangkan return yang sedikit atau hampir tiada langsung. Data saya ambil sendiri dari laman pemuda umno http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=2527

1. Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil - Kompleks ini menelan lebih 1 bilion ringgit. Tetapi hari ini, acara2 yang boleh disewakan di bukit jalil adalah kurang dari 5 acara/event setahun. Jika setiap acara memerlukan kos RM 2 juta contohnya untuk dianjurkan, kita cuma dapat pulangan RM 10 juta setahun. Kalau kita keluarkan modal 1 Bilion untuk membinanya, kita memerlukan lebih 50 tahun untuk melangsaikan hutang kita. Jadi disini, ROI yang kita perolehi adalah kurang 1% setahun. Dan jika kita berhutang pada bank, kita siang2 lg telah diidtihar bengkrap.

2. Litar F1 Sepang - Kosnya sahaja 280 juta dan penyelenggaraan setahun mungkin antara RM 1 - 10 juta. Kita cuma guna litar ini tak lebih dari 10 event. Dan hanya F1 sahaja yang boleh tarik sedikit keuntungan pabila pelancong datang dan juga pengiklanan. Tetapi keuntungan ini diterima negara secara indirect melalui cukai2. Dan untuk mendapatkan semula modal 280 juta dengan hanya mengharapkan cukai dari F1 (pengiklanan dsb), hanya 5 peratus dari jumlah keuntungan. 280 juta boleh digunakan untuk membina hospital disetiap 100 km radius di seluruh semenanjung sebenarnya.

3. Putrajaya - Project yang betul2 bloodyfool dari Tun Mamak Mahathir. Kosnya sahaja 60 bilion dan tempat ini langsung tak menjana keuntungan kecuali boleh menarik sekerat mamat2 arab yang datang melancong. ROI untuk projek ini saya tafsirkan kurang 2 peratus melaui perniagaan2 kecil dan supermaket sederhana besar seperti Alamanda.cDan dengan 60 bilion, kita boleh membina sebuah hospital lengkap seperti PPUM, dengan siap incubator baby lahir pramatang, di setiap daerah di seluruh malaysia. Malah, boleh juga kita membina library di setiap desa, teater awan disetiap daerah dan juga pusat sukan bomuniti di setiap daerah.


kesimpulan : Mahathir di lihat hebat kerana di berjaya mencantas orang2 bijak seperti DSAI, Tun Musa Hitam dan Ku Li. Dan dia mengekalkan mangkuk2 hayum penyembelih rakyat seperti Tun Tidur, Najib Altantuya, Muhyiddin Sembab, Kinabatangan dan Zambry. Bila berdiri di samping orang2 bebal, pasti Tun Mamak dilihat lebih bijak. Terus terang saya katakan, emalyu mmg mudah ditipu..
February 2, 2010 8:01 PM


Grand Marquis said...
Untuk pengetahuan TB juga, semasa ekonomi kita boom tahun 80an dan 90an, waktu itu yang menjaga ekonomi adalah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dan jika kita tanya orang2 tua yang paham akan politik tahun 80an dan 90an, rata2 akan mengatakan bahawa waktu itu adalah waktu dimana rakyat memang terasa selamat. Mereka tahu yang juak2 UMNO ni semacam Dubuk, pantang melihat bangkai. Dengan adanya Dato Seri Anwar dalam kabinet, rakyat merasakan adanya penjaga yang boleh mengawal dubuk-dubuk ini. Dan kebetulan kepala segala dubuk iaitu Tun Mamak Mahathir pencaya pada Anwar.

Sehinggalah krisis 1998, dimana Anwar dipancung oleh taiko-taiko besar Parti Dubuk, ekonomi Malaysia menguncup. Anwar menegaskan bahawa disiplin ekonomi Malaysia harus lebih ketat, selaras dengan ecomonic law yang digariskan oleh IMF, supaya syarikat yang benar2 bersih dan untung sahaja boleh survive. Tetapi demi kerana keluarga dan kroni, Mahathir kesampingkan rule of economic itu dan pergi menyelamatkan berpuluh2 syarikat Melayu UMNO yang sememangnya rosak. Kesannya, hari ini negara seperti Thailand, Korea, Singapura semua telah bebas dari masalah ekonomi dan langsai hutang mereka pada IMF, sedangkan di Malaysia, kerja pun susah nak dapat, FDi tak masuk dan syarikat Malaysia sendiri seperti Renong, MAS, TM, Petronas, TNB juga rugi berbolion-bilion. Kecuali Indonesia yang meminjam IMF dan ekonominya stagnant disebabkan Indonesia tak jauh korup berbanding Malaysia.

Dan sekarang ini Obama melihat Indonesia sebagai anak emas seperti Bush melihat Singapura sebagai anak emasnya. Dan pasti di masa akan datang, ekonomi Indonesia akan lebih kedepan berbanding si bodoh sombong Malaysia.

Ps: Kenapa lah agaknya Mahathir dilahirkan?..
February 3, 2010 10:00 AM

Grand Marquis said...
Harap TB dapat tuliskan dosa-dosa Mahathir kepada umat6 Islam di Malaysia. Antaranya;

1. Tangan Mahathir penuh akan darah rakyat-rakyat Baling sewaktu kejadian pembunuhan beramai-ramai orang Baling pada tahun 80an.

2. Mahathir boleh dikira kufur atau mungkin telah murtad kerana menghina janggut nabi dengan mengatakan pada zaman nabi tidak ada pisau gellete.

3. Mahathir juga menghina hukum hudud. Sewaktu zaman pemerintahannya, ada satu kenyataan yang mengatakan bahawa jika hudud dilaksanakan, maka boleh kita buat sup tangan.

4. Mahathir juga harus bertanggungjawap keatas kematian beribu-ribu rakyat Malaysia akibat dari dasar paksa-beli kereta Proton yang sangat tidak selamat untuk dinaiki.

5. Menghanguskan berbilion duit Malaysia untuk menjalankan urusan seranag keatas pasaran saham UK pada tahun 90 an.

6. Tun menindas melayu dan menghina melayu apabila sanggup menyelamatkan syarikat perwaja yang dinaungi cina bernama Eric Chia.

7. Tun sangat berdosa kerana melantik sibidih Mat Ngantuk Pak Lah menjaga negara pada tahun 2003.
February 3, 2010 10:08 AM

Grand Marquis said...
Maaf TB kerana ada yang menyamar saya. Saya telah lama insaf akan kebebalan dan bebodohan Tun Madet itu.

Pertama : Pada zaman Dr M, tahap universiti kita tidak kemana pun. Rata-rata universiti masih diluar 100 universiti terbaik dunia. Dan mungkin juga Asia kecuali UM, UKM dan USM. Dasar pendidikan Mahathir pada zaman itu adalah, graduan yang keluar harus boleh bekerja dikilang-kilang. Dan jadikan graduan kita seperti robot adanya.

Kedua : Dasar permotoran kita juga gagal dan silap. Benar proton telah menggajikan lebih 18000 pekerja. Diawal penubuhan proton, nampak macam ada sinar untuk kita menjadi seperti Detroit Asia yang mana kita jadi hub pengeluaran kereta diAsia. Tetapi kesilapan bloodyfool Mahathir adalah, dia mengenakan tarif tinggi untuk kereta luar sehingga 300%. Kesannya, proton hilang saingan. Dan proton juga lambat menetapkan standard pembuatan kereta akibat sistem kerja yang entahapeape. Akibat terlalu lama tidak bersaing (hampir 15-20 tahun), proton tidak mendapat sambutan diluar negara. Dan setelah lebih 20 tahun, proton hanya masuk tidak lebih 20 negara sahaja. Itupun kebanyakkan dieksport kenegara Islam dan negara yang korup. Kesannya, akibta tarif tinggi untuk kereta luar, harga juga tinggi. Dan pembuat-pembuat kereta tidak melihat malaysia sebagai negara yang murah untuk membuat/memasang kereta. Maka kebanyakkan pembuat kereta pergi ke Thailand dan hari ini, Thailand telah dikenali sebagai Detroit Asia. Juga, rakyat kempunan untuk merasa menggunakan kereta berkualiti seperti VW, Peuguot, Toyota atau Mitsubishi kerana terlau mahal. Lihat lah Thailand, mereka tiada industri kereta nasional, tetapi lebih 30, 000 rakyatnya terlatih dalah industri kereta. Begitu juga Indonesia. Dan di Singapura, tiada kilang2 kereta tetapi rakyatnya sangat bertuah memiliki kereta yang kita kadang-kadang langsung tak pernah lihat.

Ketiga : Dasar penswastaan Mahathir gagal. Mahathir menerapkan dasar penswastaan cuma pada nama dan jenama. Dari LLN kepada TNB. Dari Jabatan Telefon kepada Telekom. Daripada Jabatan Pos kepada POS Malaysia. Mahathir gagal menerapkan disiplin swasta kedalam jabatan kerajaan. Kerana Mahathir tiru bulat2 apa yang telah dilakukan Trechter di UK. Dan juga Mahathir bodoh meniaga. Di UK, mereka menswastakan British Telekom dengan janji setiap panggilan ke BT akan dijawap tidak lebih dari 3 tone bunyi. Dan mereka lakukan dengan berjaya. Hari ini BT adalah syarikat antara yang bernilai di dunia. Begitu juga Singtel Singapore, yang mampu membeli Optus Australia. Penswastaan kita gagal kerana kepalanya Dr M tidak mengenalpasti apa yang perlu didahulukan. Jenama atau standard?. Akhirnya TNB rugi, TM rugi, Perwaja rugi, MAS rugi, Syarikat air rugi. Dan baru-baru ini, Petronas rugi. Proton juga rugi.

ps : nak cerita kebebalan Dr M, sampai esok tak habis.
February 3, 2010 10:44 AM


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, February 3, 2010

Penang Government Should Give Allocations to PR Member of Parliament

In my opinion, the various grivences aired by few PKR MP’s in Penang has merits. True, that the likes of Dr Tan Seng Giaw survived for decades not getting a single cent of allocation from the Federal government.

But, the people in his constituency realize that he is an opposition MP. So, the expectation upon people like Dr Tan Seng Giaew, Teresa Kok, Dr Lo Lo Ghazali etc is low.
But in Penang, the expectation on all PR MP is high because they are all MP’s in a state RULED by PR. I call upon the Chief Minister of Penang to heed the call of the MP’s. After all, if the MP’s perform, the good name will go to the Penang state administration.

If they fail, the government can always take action against them and forced them to be removed next election.

There is nothing wrong with helping the MP’s. It will do PR and DAP a great service. It will help the state government to serve the people of Penang better because now the state has more allies and workers in the form of the various MP’s.

I call upon Dato Seri Anwar to organize a close door meeting between the Chief Minister and all Penang MP’s to specifically discuss this issue and come up with a workable solution.

I believe the problem can be solved and thus stop UMNO and BN from taking advantage of the issue. So, from a handful of PR MP’s, the number might be reduced to just one.
Please do not make problems out of things that can be resolved.

I also believe that the various state governments of PR must do something to help the various PR MP’s in states where they are not ruling i.e. Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan and Perak. At least in terms of zakat money for native of the states living in those states.

It’s time for creativity, not animosity people. The people will be appreciative if we strive to help them.

I believe the PR MP’s has a point and the CM of Penang has a point as well. So, we can work out a solution.

No need for confrontations.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Aduan Rasmi Tindakan Melanggar Perlembagaan Parti oleh Ahli2 Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

Assalamualaikum,

Kepada: Tuan Haji Mustafa Ali dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,

Saya, Abdul Rahman Abdul Talib, bernombor ahli 253812, Kawasan Lembah Pantai dengan tarikh daftar ahli 09/09/1987, ingin membuat aduan rasmi berkenaan salah laku beberapa Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang telah melanggar peruntukan Perlembagaan PAS Pusat.

Mengiikut rakaman dialog Ustaz Nasaruddin Mat Isa dengan blogger2 UMNO dan PAS tempohari, satu mesyuarat “Majlis Syura Ulama” telah diadakan sebulan selepas tamatnya Pilihanraya Umum 2008.

(Sila rujuk Lampiran 1.0 dan 2.0 di bawah untuk mendengar rakaman tersebut. Untuk download rakaman tersebut, sila klik di sini.)

Di dalam mesyuarat tersebut, Ustaz Harun Din telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk “ Tahaluf Siyasi: Pasca 2008” yang, mengikut pengakuan Ustaz Nasa sendiri, menyaran parti supaya bercakap dengan UMNO secara bersendirian. Keputusan itu juga tidak pernah dirujuk kepada AJK PAS Pusat.

Mesyuarat yang dikatakan oleh Nasaruddin Mat Isa itu juga telah melantik Tuan Haji Mustafa Ali sendiri dan Ustaz NAsa mewakili PAS di dalam bercakap dengan UMNO.
Ini jelas melanggar Perlembagaan Parti kerana Majlis Syura Ulama tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan seperti itu. Lebih-lebih lagi keputusan tersebut tidak pernah dirujuk kepada Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat.

Ustaz Nasa sendiri, dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Ipoh menyatakan tindakan beliau berjumpa UMNO adalah atas keputusan Majlis Syura Ulama PAS. Ertinya secara terbuka Ustaz Nasaruddin Mat Isa melakukan
Lebih-lebih lagi keputusan itu tidak mendapat persetujuan dari Mursyidul Am PAS Pusat. Yang lebih menyedihkan adalah keputusan tersebut telah menyebabkan perpecahan yang sangat runcing dalam PAS sehingga hari ini.

Maka, saya memohon supaya mereka yang terlibat dalam mesyuarat tersebut dihadapkan ke JK Disiplin bagi kesalahan:
a. Melanggar Perlembagaan Parti
b. Menyebabkan perpecahan yang teruk dalam parti
c. Membelakangkan Mursyidul Am PAS Pusat
d. Membelakangkan AJK PAS Pusat yang dipertanggungjawabkan oleh Perlembagaan Parti untuk membuat keputusan Eksekutif.
e. Mengkhianati konsep Tahaluf Siyasi yang telah diluluskan sebelum ini
f. Mengkhianati persahabatan PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat
g. Menjalin hubungan yang haram dengan UMNO

Saya mengharap aduan saya ini tidak disapu di bawah karpet sepertimana yang berlaku kepada aduan2 yang dibuat oleh Exco Pemuda PAS Pusat, saudara Abdullah Karim.

Sekian terima kasih

Abdul Rahman Abdul Talib aka Tulang Besi

ps Aduan ini juga saya akan email pada Tuan Haji Mustafa Ali serta Tuan Ibrahim Tuan Man melalui SU JK Disiplin PAS Pusat, Dr. Supyan Husin.

LAMPIRAN

1.0 Sejarah Muzakarah Dengan UMNO 01



2.0 Sejarah Muzakarah Dengan UMNO 02.wmv




3.0 Fasal 7. Hukum, Kekuasaan dan 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK". (samb)
c) Ahli-ahli 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK'
(i) Melaksanakan dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjalankan kuasa yang diperuntukkan oleh Fasal 7 (3).
(ii) Melantik ahli-ahli Jawatankuasa tatatertib PAS menurut Fasal 75 (4).
(iii) Menyediakan peraturan pemilihan calon pilihanraya menurut fasal 23 (7)(c).
(iv) Mengesahkan persetujuan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS menurut Fasal 23(7)(h).
(v) Mengambil apa-apa tindakan tatatertib tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tataertib ke atas mana-mana ahli PAS yang diadukan kepadanya menurut Fasal 75 (7).
(vi) Mengambil keputusan atas segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan ini tertakluk kepada Fasal 79 (1)
(vii) Membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan ini dengan tertakluk kepada Fasal 79 (2).
.

4.0 Kuasa JK Kerja PAS Pusat
Tugas melantik sesiapa sahaja wakil parti untuk berjumpa dengan UMNO boleh seperti yang diperuntukan oleh Perlembagaan parti adalah:

“(7) Tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
(a) Melaksana, menyusun dan mengatur strategi dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjalankan program politik, ekonomi, pelajaran, kemasyarakatan dan lain-lain mengikut dasar yang ditentukan kepadanya oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini dan oleh mana-mana badan yang diberi kepadanya kuasa menetapkan dasar oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini.”


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Penjelasan dari Khalid Samad Terhadap Tuduhan JK Disiplin Ke Atas Beliau

NOTA EDITOR: Berikut adalah penerangan dari Khalid Samad terhadap tuduhan JK Disiplin yang telah diberikan ke atas beliau. Tuan Ibrahim sendiri diberitakan berkata:

"Ia berdasarkan kepada pengakuannya sendiri dalam siasatan bahawa (tindakannya) memberi impak kepada parti. Perkara yang sulit (mesyuarat PAS negeri) tidak boleh didedahkan kepada umum," kata Tuan Ibrahim.".

Jadi, mari kita dengar sendiri dan buat penilaian samada:

1.0 Benar2 Khalid Samad mengaku kesalahan beliau
2.0 Atau, Tuan Ibrahim Tuan Man silap faham
3.0 Atau, telah berlaku pembohongan ke atas Khalid Samad sendiri.

Selamat membaca.

Tulang Besi

JK Disiplin – Penjelasan Berhubung Pertuduhan
Saya telah dimaklumkan bahawa ramai yang tidak mengetahui pertuduhan yang telah dikenakan ke atas diri saya oleh Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang dimajukan kepada JK Disiplin. Oleh itu macam-macam andaian telah diutarakan melalui beberapa blog, e-mail dan SMS yang diterima. Oleh yang demikian, demi mengelak berlakunya kekeliruan dan fitnah yang lebih besar, maka saya ketengahkan tuduhan-tuduhan tersebut sepertimana ianya dikemukakan kepada saya. Saya sebutkan juga jawapan saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan, secara ringkas, bukan sebagai kritikan, bantahan atau mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh JK Disiplin, tetapi demi menjelaskan keadaan sebenar. Ianya juga akan menjadikan proses ‘perbicaraan’ diri saya lebih telus, supaya semua yang mengikuti persoalan ini dapat menilai proses berkenaan dan keadilan keputusannya.

Sebagai parti arus perdana, PAS mesti mampu menzahirkan keadilan dalam setiap tindakannya dan juga mempertahankannya sekiranya dipertikai. Bukan sekadar oleh ahli tetapi oleh anggota masyarakat keseluruhannya. Mad’u yang ramainya di luar sana tidak boleh diyakinkan hanya dengan menyebut kalimah wala’. Perkara inilah yang kadang kala terlupa oleh PAS sendiri. PAS bukan lagi parti pinggiran yang tidak dihiraukan oleh semua kelompok masyarakat. PAS merupakan parti arus perdana yang menawarkan diri sebagai alternatif kepada UMNO. Rakyat dan bukan hanya ahli, ingin melihat bagaimana kita bertindak dalam semua hal, termasuk cara PAS menegakkan keadilan di kalangan ahlinya.

Oleh itu ketelusan adalah amat penting dan perlu diamalkan. Keadilan bukan sekadar perlu dilaksana tetapi juga perlu dilihat terlaksana.

Sebenarnya, Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mengemukakan tidak kurang dari 8 tuduhan terhadap diri saya tetapi hanya dua sahaja telah diterima sebagai ‘berasas’ oleh JK Disiplin. Aduan ini telah dilakukan oleh Dewan Harian tanpa membincangnya dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor itu sendiri. Dato PJ dengan mereka yang beliau sendiri lantik mengambil tindakan ini tanpa merujukkannya kepada BPPNS. Oleh itu, kalau ditanya YDP Kawasan, saya pasti semua tidak tahu apa tuduhan-tuduhan tersebut.

Dua tuduhan yang dianggap berasas dan jawapan balas saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan adalah seperti berikut:

1. PERTUDUHAN PERTAMA
“BAHAWA kamu Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 126504 telah dengan secara salah, dengan sengaja dan dengan pengetahuan dan tanpa hak, mempertikaikan kekuasaan dan kedudukan Pesuruhjaya (PJ) PAS Negeri Selangor dalam membuat kenyataan berkait dengan tatacara pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Negeri Selangor dengan membuat desakan perletakan jawatan olehnya sedangkan sebagai PJ beliau memiliki hak istimewa (privilege) untuk berbuat demikian dan PJ adalah dilantik oleh Presiden Parti dan perbuatan itu kamu telah mencampuri urusan Presiden Parti dan hak bidangkuasa PJ dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan satu kesalahan di bawah Fasal 34 (4) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum dibawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.

Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Pertama ialah:

a) Saya menyatakan bahawa pertuduhan tersebut tidak tepat kerana saya tidak mendesak beliau meletak jawatan sebagai PJ. Saya sekadar menyatakan bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai exco dan menjadi seorang ‘back-bencher’ sekiranya beliau ingin mengkritik kerajaan PR Selangor. Ini adalah lebih wajar, lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri menyatakan teguran beliau dibuat dalam kapasitinya sebagai seorang exco dan bukan sebagai PJ PAS Selangor.

b) Saya juga menyatakan bahawa saya meminta pimpinan PAS untuk menilai prestasi beliau sebagai PJ dan saya tidak mendesak beliau letak jawatan sebagai PJ. Saya faham bahawa PJ dilantik oleh Presiden namun sebagai seorang ahli BPPNS saya merasakan diri saya berhak untuk meminta prestasi PJ dinilai. Lebih lebih lagi apabila mandat yang diberikan kepada beliau melalui Muktamar adalah untuk mengukuhkan PR di Selangor dan beliau jelas tidak melaksanakan amanah tersebut.

c) Saya turut menjelaskan bahawa saya telah keluarkan kenyataan membantah kenyataan PJ yang menyalahi semangat kerjasama PR. Ianya adalah demi membela dan menegakkan prinsip setiakawan PAS bersama PR. Ini merupakan tanggung jawab saya sebagai ahli PAS yang menerima keputusan Muktamar supaya PR dikukuhkan.

d) Saya turut bertanya samada mengkritik PJ dalam tindakannya yang bercanggah dengan keputusan muktamar adalah satu kesalahan. Soalan ini dijawab oleh salah seorang JK Disiplin dengan mengatakan bahawa itu adalah untuk JK Disiplin menentukan.

2. PERTUDUHAN KEDUA
“Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.

Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Kedua ialah:

a) Saya bertanya apakah definasi ‘rahsia’. Saya turut menyebut bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah, saya tidak beranggapan begitu. Apa yang ditulis dalam blog saya adalah pandangan saya berhubung isu berkenaan dan oleh itu saya tidak menganggapnya sebagai ‘rahsia’ parti dan semenjak bila pula pandangan seseorang ahli dianggap rahsia parti?

b) Saya minta diberitahu apakah ‘rahsia mesyuarat BPPNS’ yang telah saya dedahkan tetapi saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Sekiranya ianya berhubung tarikh, waktu dan tempat mesyuarat tersebut diadakan, ianya telah lama diketahui umum kerana wartawan telah hadir untuk Dewan Harian mengadakan PC sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai.

Mungkin kenyataan saya “bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah” dianggap sebagai pengakuan kesalahan oleh Dato Tuan Ibrahim. Maka inilah yang menyebabkan beliau memaklumkan Malaysiakini bahawa saya sendiri mengaku bersalah, tetapi hakikat sebenarnya ia bukan satu pengakuan, tetapi sebaliknya merupakan satu soalan. Ini kerana, sekiranya semua perkara di dalam mesyuarat dianggap rahsia, maka saya kira sebahagian besar yang terlibat dalam mesyuarat PAS peringkat Pusat ataupun Negeri akan mendapati diri mereka telah melanggar displin parti.

Begitu juga dengan kenyataan beliau kepada Malaysiakini bahawa saluran dalaman perlu digunakan sekiranya ada yang tidak puas hati. Hakikatnya saya telah menggunakan saluran dalaman sejak dari awal 2008. Hasil menggunakan saluran dalaman adalah pemecatan diri saya sebagai TPJ Negeri Selangor. Selepas itu saya membuat beberapa aduan kepada pimpinan Pusat termasuk surat kepada DS Presiden tetapi malangnya tiada apa-apa tindakan ataupun maklum balas. Akhirnya berlaku peristiwa SelCAT dan EGM dicadangkan oleh TGNA untuk menapis keluar golongan anti-PR. Cadangan EGM ini ditukar kepada JK Disiplin dan inilah kesudahannya. Terpulang pada semua untuk menilai samada keputusan ini memenuhi hasrat EGM yang dicadangkan oleh TGNA. Sekiranya ‘ya’ maka Alhamdulillah. Sekiranya tidak, maka apakah persoalan EGM perlu dihidupkan kembali? Itu, fikirkan sendiri. Saya hanyalah sekadar ahli biasa.

Dalam mendengar jawapan saya kepada kedua-dua pertuduhan seperti di atas, pihak JK Disiplin tidak memberi indikasi samada jawapan tersebut dipersetujui atau sebaliknya. Mereka hanya mencatit tanpa sebarang respon dan soalan yang diajukan oleh mereka adalah sekadar untuk mendapat penjelasan berhubung sikap serta tindakan saya tanpa menyatakan persetujuan mereka atau sebaliknya.

Saya kemukakan pertuduhan dan jawapan saya untuk makluman umum kerana isu ini telahpun menjadi isu yang dibincang oleh ramai. Dengan maklumat ini semoga perbincangan ini akan lebih tepat kerana berasaskan maklumat dan bukan andaian. Ianya bukan soal SYABAS atau Puncak Niaga seperti yang disebut oleh beberapa bloggers, walaupun itu tetap merupakan persoalan yang masih belum dijawab.

Saya sama sekali tidak bertujuan membantah keputusan JK Disiplin dan saya harap tulisan ini tidak pula dianggap sebagai bantahan atau pendedahan ‘rahsia’ parti. Keputusan diterima dan saya akur dengannya. Saya yakin semua yang terlibat menyedari tanggung jawab mereka terhadap Allah dan tiada niat untuk menzalimi diri saya. Keadilan mesti dilakukan walaupun terhadap seorang musuh, apatah lagi terhadap seorang rakan perjuangan. Saya sendiri telah berpesan kepada Dato Tuan Ibrahim sebelum ini, “kalau saya bersalah, hukumilah saya dan jangan benarkan persahabatan kita menyebabkan Dato terpesong dari melakukan keadilan dan begitu jugalah hendaknya terhadap Dato PJ”. Maka, saya amat berharap itulah yang telah diusahakan beliau.

Berhubung soal rayuan, saya rasa semakin tidak berminat. Biarlah saya merayu kepada yang Maha Mendengar akan segala rayuan dan yang Maha Mengetahui akan kebenaran setiap satu rayuan. Memadailah saya merayu hanya kepada Allah, di depan rumahNya, insyaAllah. “HasbiyaAllah”. Semoga Dia selamatkan PAS dari golongan yang beragenda dan berkepentingan, sekiranya golongan seperti itu ada di dalam parti ini. Semoga Dia gagalkan agenda mereka ini serta melenyapkan pengaruh mereka selama-lamanya. Amin yaa Rabbul ‘aalamiin.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Tuesday, February 2, 2010

Kalau Nasib Khalid Samad Persis Anwar Ibrahim, Maka…..

Saya diberitahu oleh seorang kenalan bahawa nasib Khalid Samad persis nasib Anwar Ibrahim yang dizalimi oleh Mahkamah Mahathir. Ia membuat saya berfikir....



Sekiranya:
















Maka....


.

RUJUK: JK Disiplin – Penjelasan Berhubung Pertuduhan





Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Dr Mahathir Telah Melaksana Program Ekonomi CIA Yang Terbukti Gagal di Amerika Latin

Saya ada terjumpa sebuah buku tulisan Naomi Klein bertajuk "The Shock Doctrine: The Rise of Disaster Capitalism". Betapa banyak persamaan program ekonomi Dr Mahathir berbanding dengan pengalaman ramai negara2 yang gagal di bawah sistem kapitalism pasaran bebas seperti Chile, Russia dsbnya.

Saya rasa kalau ada anugerah untuk dictator paling pandai berlakon di “Academy Awards”, nescaya anugerah itu pergi pada Dr Mahathir Muhammad.

Ingat atau tidak projek penswastaan (dan perusahaan berat) Dr Mahathir Muhammad sewaktu mula-mula beliau menjadi PM. Penswastaan Dr Mahathir adalah program yang beliau tiru dari Magaret Tatcher dan Ronald Reagan. Pada waktu yang sama, Dr Mahathir dengan mulut murainya ke sana ke mari memaki serta mengutuk Barat. Ertinya, tindakan beliau mengutuk Barat tu tidak lebih dari satu sandiwara. Pada waktu yang sama beliau memaki Barat, beliau telah mengimplementasi segenap program Barat yang dipanggil “penswastaan”.

Penswastaan juga dilaksanakan oleh Suharto di Indonesia. Kita tidak hairan kalau Suharto melalukannya kerana Suharto adalah agen CIA. Beliau jadi Presiden pun dengan bantuan 100% dari CIA. Tapi Dr Mahathir sepatutnya tidak boleh melakukan demikian kerana beliau anti Barat dan anti Yahudi

PENSWASTAAN ERTINYA MENYERAH ASET NEGARA KEPADA KRONI DAN UMNOPUTRA

Kita sering bertanya kenapa kos hidup sekarang ini semakin mahal. Mengapa pada zaman 80’an, dengan gaji RM 1000 kita mampu sewa rumah, beli kereta dan menanggung persekolahan anak-anak. Tapi, sekarang ini, dengan pendapatan RM4000 pun kita masih terpaksa berhutang keliling pinggang.

Ini semua adalah berkait rapat dengan konsep PENSWASTAAN Dr Mahathir Muhammad yang kononnya dilakukan untuk MEMBANGUN MALAYSIA.

Hakikatnya, penswastaan adalah memberi kekayaan negara kepada kroni supaya kroni2 UMNO dapat mengaut keuntungan berlipat ganda.

Misal yang paling utama adalah PLUS. Sekiranya Lebuhraya Utara Selatan dibina oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, nescaya kadar tol yang kita bayar adalah SETENGAH atau SUKU dari kadar yang kita bayar sekarang ini.

LLM masih boleh mengenakan bayaran tol kepada pembina jalanraya sebagai bayaran balik, namun LLM sendiri tidak perlu membayar dividen kepada “pemegang saham” LLM. LLM tiada pemegang saham. Ia adalah milik kerajaan Malaysia.

Bila kadar tol yang sepatutnya dibayar menjadi dua atau tiga kali ganda dari kadar sebenar, maka secara otomatik segala harga barang keperluan akan naik berlipat kali ganda.

Maka, di situ, harga barang keperluan terpaksa naik dan tidak turun.
Misal lagi satu adalah MAS. Sebelum MAS diswastakan kepada Tajudin Ramli, MAS ada hampir RM900 juta dalam bentuk tunai. Ertinya MAS beroperasi dengan mencatat keuntungan yang begitu positif. Tapi, selepas diswastakan, MAS rugi berbillion-billion ringgit. Dan apabila MAS rugi, siapa yang kena tanggung kerugian? Kroni? Tidak. UMNO? Tidak. Daim Zainuddin? Tidak. Jawapannya adalah RAKYAT MALAYSIA.
Kerugian MAS itu sahaja menyumbang kepada kejatuhan “kuasa membeli” rakyat Malaysia kerana Malaysia terpaksa mengadakan bajet yang defisit.

Dan, termasuklah juga, “bail-out” yang lain yang berjumlah berbillion-billion ringgit yang semuanya ditanggung oleh rakyat Malaysia dalam bentuk “Bajet Defisit”. Bajet yang defisit akhirnya MENGECILKAN nilai matawang Malaysia menyebabkan pendapat yang kita dapat selama ini semakin lama semakin mengecil.

Sebab itu, bagi orang yang pendapat tidak naik dalam masa 10 tahun kebelakangan ini, mereka akan dapat merasa betapa MENGECILNYA nilai wang yang ada dalam tangan mereka.

Rata2 rakyat Malaysia, di dalam 10 tahun kebelakangan ini, pendapat mereka adalah STATIK dan TIDAK BERUBAH dengan banyak.

Tapi, kos hidup naik melambung-lambung (walaupun data sebenar disorok oleh Bank Negara).

MAHATHIR MENGIMPLEMENTASI PROGRAM EKONOMI CIA YANG TELAH GAGAL DI AMERIKA LATIN

Dr. Mahathir sebenarnya melaksanakan program ekonomi yang dipaksa oleh CIA ke atas negara-negara Amerika Latin selepas CIA menjatuhkan pemimpin2 negara yang mereka anggap SOSIALIS. Pemimpin2 seperti Allende di Chile dan Arbenz di Guetemala.

Di Chile selepas CIA menjatuhkan Presiden Allende, mereka telah menaikan seorang dictator bernama Agusto Pinochet. Selepas Pinochet ditabalkan sebagai Presiden, polisi ekonomi yang dilaksanakan di Chile adalah:
a. Penswastaan harta rakyat
b. Deregulasi (i.e. seperti berlaku dalam sektor telekomunikasi)
c. Pengurangan perbelanjaan social
d. Pengurangan cukai korporat
e. Tekanan kepada mereka yang tidak sehaluan
f. Pengurangan kebebasan demokrasi dan kebebasan bersuara
g. Peningkatan kadar korupsi

Agusto Pinochet melaksanakan polisi ekonomi beliau berdasarkan kepada progam yang ditulis oleh ahli ekonomi University Chicago bernama Milton Friedman dari buku beliau bertajuk “Capitalism and Freedom”

Hasil dari perlaksanaan polisi ekonomi seorang Yahudi bernama Milton Friedman ini, Chile hampir jadi bangkrap, kemiskinan bertambah, korupsi naik menggila, rakyat kelaparan, demokrasi hancur, rakyat ditangkap tanpa bicara dan disiksa dalam tahanan, kadar kehilangan kerja naik menggila, dan yang paling menyedihkan adalah jurang pendapatan antara miskin dan kaya bertambah besar dan sampai sekarang tidak dapat diperbetulkan.

Program seperti di Chile dilaksanakan di hampir kesemua negara Amerika Latin seperti Argentina, Bolivia, Guetamala, Brazil, Mexico dsbnya.

Hasilnya, syarikat2 Amerika dapat masuk ke Amerika Latin dan merompak kesemua kekayaan rakyat dan meninggalkan majoriti rakyat kelaparan dan dalam kesusahan yang amat teruk.

Program yang terbukti gagal seperti di atas telah dilaksanakan oleh Dr Mahathir dengan begitu bersemangat sekali. Tak hairanlah rakyat Malaysia sekarang ini tidak dapat menikmati kehidupan sebagai rakyat di dalam negara yang membangun

SEMUA PROGRAM PENSWASTAAN DR MAHATHIR GAGAL

Semuanya gagal. Semuanya terpaksa di selamatkan oleh Rakyat Malaysia. Anwar Ibrahim telah cuba menghalang wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan kroni2 UMNO dan UMNOPUTRA dan beliau membayar dengan mahal sekali usaha beliau.

Daim bebas menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan beliau serta budak2 beliau seperti Halim Saad dan Tajuddin Ramli. Dan bila Anwar menghalang, Daim menaja skim memfitnah Anwar sebagai peliwat. Ahli2 UMNO semuanya percaya bulat2 fitnah ini.

Semuanya kerana Dr Mahathir adalah seorang yang tidak TAHU BAGAIMANA MEMBANGUN NEGARA. Yang beliau tahu, guna wang rakyat dan beri pada kroni dan kontraktor2 luar negara. Bukankah KLCC dibina oleh syarikat Jepun dan Korea?

Nasib baik Malaysia ada wang minyak, tapi lambat laun wang minyak akan habis. Dr Mahathir telah berjaya mengkayakan anak-anak beliau.

Dan UMNOPUTRA semuanya hidup senang lenang pada waktu yang sama anak2 Melayu bergelumang dengan hutang keliling pingang setiap hari.

Banyak program2 sosial telah dikurangkan atas nama penswastaan menyebabkan syarikat2 monopoli seperti TNB sentiasa menaikkan kadar tariff, padahal TNB adalah monopoli. TUjuannya adalah untuk mengkayakan pemegang2 saham yang mana saham tersebut telah diberikan oleh Dr Mahathir dan UMNO untuk tujuan mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA.

PENUTUP

Dr Mahathir adalah seorang yang lidah bercabang. Di waktu beliau memaki Barat dan yahudi, beliau dengan senang hati melaksanakan program ekonomi Yahudi/CIA yang terbukti telah gagal di Amerika Latin 10 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

Sepatutnya, Dr Mahathir mesti ditangkap dan dibicarakan di mahkamah Hak Asasi Antarabangsa seperti yang berlaku kepada Agusto Pinochet. Bukan dibanggakan seperti sekarang ini.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Sistem Tender Terbuka Menguntungkan Orang Melayu

Kenyataan KM Penang yang terbaru ini tidak mengejutkan saya. Sebelum ini dalam artikel saya "Kegagalan DEB Bukan Sebab Orang Cina", saya telah mendedahkan betapa tender terbuka telah berjaya menolong menaikkan taraf ekonomi orang Melayu yang tidak berkemampuan di Pulau Pinang. Ia berjaya memberi kontrak dan projek pada mereka2 yang tidak mempunyai pertalian politik dengan UMNO. Berbeza di bawah UMNO, segala projek dan kontrak dibolot UMNO, sekarang ini sesiapa sahaja dapat peluang mendapat kontrak.

Kenyataan Guan Eng menunjukkan orang Melayu mampu bersaing. Mereka mampu hidup tanpa UMNO. Mereka mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti tanpa tunduk dan menyembah UMNO.

Berbeza sebelum ini, kontraktor-kontraktor Melayu terpaksa membela pemimpin-pemimpin UMNO demi untuk mendapat kontrak dan projek. Sekarang ini wang rasuah sudah tidak diperlukan.

Saya tak sabar nak tunggu kenyataan balas dari UMNO Penang terhadap kenyataan Guan Eng ini. Apa yang UMNO Penang hendak kata selepas ini. Hakikatnya, orang Melayu Penang lebih makmur bawah pemerintahan DAP dari BN.

Tulang Besi

70% Tender Terbuka Dikuasai Bumiputra - Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak dakwaan kontraktor Melayu dipinggirkan dari memperoleh kontrak menerusi sistem tender terbuka yang diamalkan negeri itu sejak Mac 2008.

Kata beliau, tanggapan bahawa orang Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.

“Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu,” kata Lim dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka dalam semua kontrak dan pembelian Kerajaan melalui internet.

Lim mengatakan demikian sebagai mengulas pandangan beliau gagal memberikan kepimpinan baik di Pulau Pinang.

Rabu lalu bekas Pengerusi PKR Negeri Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Lim sebagai seorang Diktator, Cauvanis dan berfikiran Komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan Bumiputera sahaja, buat pertama kali memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni UMNO untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang.

Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni UMNO dan mereka dari luar Pulau Pinang.

Lim berkata adalah jelas persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah lebih telus serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus Kerajaan BN kepada kroni-kroninya.

Apa yang amat menarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum, katanya.

Tambah beliau sistem tender terbuka telah membuktikan kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperoleh kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.

“Jelaslah kepada kita bukan kebolehan sesuatu kaum yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ia membantu Kerajaan BN mengekalkan kuasa yang dimilikinya.

“Contoh terbaik adalah negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak.

“Walau bagaimanapun, semenjak negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah negara yang “sakit di rantau Asia” dalam tahun 1960-an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011,” katanya.

Lim berkata, BN telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ia hanya memberi faedah kepada segelintir kroni mereka.

Contohnya, kata Lim, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham atau pulangan daripada kerajaan persekutuan.

Oleh itu menurut Lim, kerajaan negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT.

Sumber - Malaysian Insider
.



Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, February 1, 2010

Khalid Samad: Islam Mengharamkan Berlaku Zalim Hatta Kepada Binatang.

Adakah JK Disiplin tidak takut pembalasan dari Allah SWT? Adakah JK Disiplin tidak menyedari mereka telah melakukan kezaliman yang nyata ke atas Khalid Samad? Adakah JK Disiplin merasakan mereka berada di atas syariat Allah SWT?

Bagi saya, mulai hari ini, Ustaz Tuan Ibrahim tidak layak lagi menggelarkan dirinya sebagai pejuang Islam mahupun pendakwah Islam selagi kezaliman ini tidak dibetulkan.

Mana mungkin orang yang melakukan kezaliman ke atas saudara seislam yang lain boleh menjadi pentunjuk dan panduan dari segi ISlam? Sedangkan seorang wanita di zaman Nabi Musa dimasukkan ke neraka semata-mata kesalahan menzalimi seekor kucing. Apatah lagi sekarang ini kezaliman dilakukan ke atas seorang manusia bernama Khalid Samad.

(Rujuk juga artikel saya sebelum ini bertajuk "Inilah Dia Rahsia Parti Yang Didedahkan oleh Khalid Samad")

Saya dinasihatkan oleh beberapa pimpinan PAS supaya jangan mendedahkan rakaman ini kepada umum untuk menjaga imej PAS. Tapi nampaknya JK Disiplin sendiri tidak hirau pasal imej dan maruah PAS di mata umum. Yang JK Disiplin pentingkan adalah kepentingan politik dalaman beberapa kerat pemimpin PAS yang sudah kemaruk mahu berselingkuh dengan UMNO.

Takpalah, kita serah pada Allah SWT sahaja kes ini. Allah SWT Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Bukti Rakaman Audio (Untuk Download) Hasan Ali Melanggar Keputusan Muktamar PAS Shah Alam dan Ipoh

Assalamualaikum,

Kepada Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi AJK Disiplin PAS Pusat,

Dengan ini, saya Abdul Rahman Abdul Talib ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 ingin mendedahkan bukti tindakan-tindakan Datuk Hasan Ali yang telah melanggar keputusan Muktamar PAS di Ipoh dan Shah Alam. Tindakan salah laku beliau adalah:

1.0 Mendedahkan rahsia parti kepada blogger UMNO sehingga telah menjadi bahan kempen Barisan Nasional dan UMNO untuk menjatuhkan PAS

2.0 Menyebarkan fitnah dan pembohongan berkenaan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang melawan keputusan Muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.

Untuk itu saya menyerahkan rakaman kenyataan Dr HAsan Ali yang membuktikan aduan saya di atas. Sila klik di sini


BEBERAPA PENJELASAN KEPADA KENYATAAN HASAN ALI

Sebagai menjawab isu2 yang dinaikkan Hasan Ali dalam rakaman ini:

a. Isu SELCAT: Klik di sini, sini, sini, sini dan sini.

b.Isu "International Tourism Zone (ITZ)": Klik di sini dan sini

c. Isu-isu lain : Klik di sini

Saya berharap pihak JK Disiplin MENGKAJI SEMULA keputusan mereka atau membuat PENDAKWAAN BARU berdasarkan laporan saya ini.

Ingatlah hadeeth Nabi SAW yang bermaksud "Takutlah kamu akan doa orang yang dizalimi". Itu sahaja nasihat saya pada JK Disiplin PAS Pusat.

Sekian, terima kasih.

Abdul Rahman Abdul Talib
Ahli PAS

ps Satu salinan rakaman ini telah pun diserahkan kepada Dato Tuan Ibrahim oleh AB Banjary. Saya hairan bagaimana bukti ini tidak diambil kira oleh JK Disiplin di dalam membuat penilaian?






Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.