Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Saturday, April 17, 2010

Hulu Selangor: Jadikan Pulai Chondong Sebagai Inspirasi

Syabas diucapkan kepada Pakatan Rakyat dan PKR kerana pemilihan calon yang begitu aman dan tenteram.

Berbanding BN yang riuh pikuk keadaannya semasa memilih calon, PKR dan PR memilih calon dengan begitu professional. Sedari mula lagi kriteria yang diutamakan adalah calon yang boleh menang.

Ertinya, segala perkiraan fraksi, geng atau kumpulan mana yang melobi sudah tidak menjadi perkiraan lagi. Sesiapa yang mahu melobi untuk seseorang calon harus membawa bukti yang calon mereka mampu menang dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor.
Dari mula lagi, PAS dan DAP telah bersetuju untuk PKR mengekalkan kerusi Hulu Selangor. Itu sahaja sudah nampak keharmonian dan pengutamaan dari segi mahu memenangi kerusi tersebut.

Dalam sebuk-sebuk berbincang, tiba-tiba wakil rakyat BN Sibu pula meninggal. Terus PR mesyuarat dan menyerahkan kerusi Sibu pada DAP. Ini bererti DAP akan ada masa yang amat lama untuk bersedia bagi PRK Sibu kelak.

Dari maklumat yang saya dapat pun, banyak nama yang dicadangkan bagi bertanding kerusi Hulu Selangor. Namun, oleh kerana kriteria menang diutamakan, maka masing-masing kumpulan takut untuk melobi lebih-lebih.

Ini kerana kalau hendak melobi, maka wajib mereka membawa BUKTI KUKUH dan SAINTIFIK.
Dan apabila keputusan Zaid sebagai calon diumumkan, kita tidak dengar komplen dari mana-mana pihak. Hakikatnya, semua pihak bersetuju dengan pilihan parti kerana pilihan tersebut adalah berdasarkan kajian semata-mata tanpa apa-apa sentiment pun. Mengikut kajian saintifik yang dijalankan oleh PKR, Zaid adalah calon yang terbaik.
Tiada kena mengena dengan lobi atau kehendak mana-mana fraksi dalam parti. Yang penting ialah calon yang mampu memenangi kerusi Hulu Selangor. Itu sahaja.

Ia mengingatkan saya kepada pemilihan calon PAS sewaktu pilihanraya kecil Pulai Chondong sekitar tahun 1997. Sewaktu itu S46 baru sahaja melompat keluar dari APU. Maka, apabila Tok Guru Nik Aziz mengumumkan calon adalah YB Zul, maka semua orang menerima calon tersebut dengan hati terbuka. Di saat itu, Tok Guru berkata, dia sudah tahu yang PAS akan memenangi kerusi Pulai Chondong kerana keikhlasan yang ditunjukkan oleh jentera PAS diperingkat Kawasan dan Cawangan.

Inshaalah ini tanda-tanda kemenangan bagi kita. Tapi, seperti Pulai Chondong, kita kena kerja KERAS. Pulai Chondong sepatutnya menjadi inspirasi kepada jentera Hulu Selangor kerana Pulai Chondong adalah kerusi yang PAS TIDAK PERNAH MENANG semenjak merdeka. Sehinggalah, pilihanraya kecil itu, PAS berjaya merampas kerusi tersebut dari S46/UMNO. Sejarah tercipta pada masa itu.

Kalau Pulai Chondong kita boleh menang, Hulu Selangor sepatutnya mudah sahaja untuk menang. Tapi,wajib kerja keras dan kerja lebih masa untuk menang. Tiada rehat sehingga SPR isytihar kerusi Hulu Selangor milik Pakatan Rakyat.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Presiden PAS Sokong Erdogan

Nota Editor: Laporan Harakahdaily menyatakan Presiden PAS menyeru Malaysia mengikuti pendirian Turki berkaitan isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam. Selamat membaca.

Emulate Turkey's consistent stand, Hadi tells govt
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, April 14: PAS president Tuan Guru Abdul Hadi Awang has urged the Malaysian government to emulate Turkey by taking a consistent stand on the nuclear row involving Iran and United States.

"I hope Malaysia can emulate Turkey's consistent and non-double standard approach, courageous and firm in demanding that Iran enjoys the same rights as other countries (to develop nuclear energy)," said the Marang MP.

During a short meeting in Washington with US president Barack Obama on Monday, prime minister Najib Razak was reported to have agreed with US efforts to isolate Iran over its nuclear power project.

"The President and the Prime Minister agreed on the importance of Iran strictly abiding by its obligations under the international nuclear non-proliferation regime," said a statement by the White House.

The statement also said Najib agreed that Iran should be sent a "clear signal".

"The two Leaders also agreed on the need for the international community to send a clear signal to Iran that while it has the right to develop peaceful uses of nuclear energy, Iran should not use this right to develop nuclear weapons capability as stated in UNSC and IAEA resolutions."

The move by Najib makes Malaysia the only Muslim country to have openly declared support for the Western campaign.

Earlier, Turkish prime minister Recep Tayyip Erdoğan, speaking ahead of his meeting with Obama, rejected any attempts to impose sanctions on Iran, saying that the world should instead focus on Israel's huge nuclear arsenal.

Other countries such as China, Russia and Brazil, as well as several US neighbours in south America, have rebuffed Washington over its campaign against Tehran.

Double standards

Abdul Hadi, addressing the Dewan Rakyat today, said Washington's current campaign to isolate Iran over its nuclear project smacked of double standards.

Abdul Hadi also expressed disappointment over the US pressure although Iran had consistently stated that its nuclear project was to generate alternative and cheaper source of energy for domestic consumption.

This is in contrast with Israel, which has been slapped with any sanctions over its stockpile of nuclear weapons, he added.

"There are states like Israel which have not signed any nuclear proliferation treaty and yet Israel has this technology since the 60s.

"Stern action should have been taken against Israel, but it is Iran, which has openly stated its peaceful nuclear intentions, that is being relentlessly pressured and being punished with sanctions," he said.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, April 16, 2010

Berita Dari Hulu Selangor 16 April 2010..

Saya telah menghubungi beberapa rakan yang aktif berkempen di Hulu Selangor sekarang ini. Antara yang saya dapat sedikit-sebanyak maklumat adalah:

1.0 Secara umumnya, kita masih terkebelakang dari BN tapi tak berapa jauh. Dalam 4-5% sahaja. Namun, kalau kita kerja keras, kita mampu mengatasi defisit ini.

2.0 Sambutan pengundi Melayu terhadap kempen Pakatan Rakyat agak baik. Tiada kedengaran pengempen Pakatan Rakyat atau PAS (kerana PAS menjaga kawasan Melayu) dihalau atau diusir dari kampung.

3.0 Ceramah-ceramah dapat diadakan di tengah-tengah perkampungan Melayu yang totok UMNO. Ini satu perkara yang amat luar biasa sekali. Dahulunya, nama kata nak buat ceramah pun tak boleh kerana tiada tuan rumah yang berani menjadi tuan rumah.

4.0 Untungnya ramai penyokong-penyokong tegar UMNO ini rupanya bukan fanatik UMNO. Mereka cuma tidak pernah mendapat maklumat dari pihak yang bukan UMNO selama ini. Maka ramai juga orang tempatan yang hadir dalam ceramah-ceramah kita.

5.0 Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna kita selesa dikalangan pengundi MElayu. Tetap dan wajib kita berusaha keras untuk menaikkan undi Melayu kepada calon Pakatan Rakyat.

6.0 Ini kerana setelah berpuluh-puluh tahun diasak dengan propaganda UMNO, maka ia akan memakan waktu yang agak panjang untuk menghilangkan daki-daki UMNO itu dari pemikiran mereka.

7.0 Isu calon PKR tidak menjadi isu langsung. Zaid Ibrahim adalah bekas menteri kabinet serta MP UMNO. Maka, ramai orang UMNO lebih menyukai beliau berbanding calon MIC yang tidak dikenali oleh majoriti orang Melayu di Hulu Selangor. Tetapi, ini bukan jaminan yang majoriti orang Melayu akan mengundi PKR. Masih perlu usaha yang gigih dan banyak.

8.0 Isu anak tempatan pun tidak menjadi isu kerana calon MIC pun bukan anak tempatan di situ.

9.0 Calon PKR juga amat disukai oleh pengundi CIna. Sememangnya Zaid Ibrahim telah lama popular di kalangan pengundi CIna semenjak beliau dalam Barisan Nasional lagi. Adapun Kamalanathan pula tidak dikenali oleh sesiapa pun dari kalangan pengundi CIna

10.0 Pengundi India juga perlu dikhuatirkan. Ini kerana sentimen calon bangsa India akan dimainkan oleh MIC sehingga hari mengundi nanti. Pada 2008 pun, undi India masih majoriti pergi ke Barisan Nasional dan Palanieval. Dalam pilihanraya kecil ini saya jangka tiada penambahan undi India kepada Pakatan Rakyat. Kalau dapat sebanyak 2008 pun dah kira baik.

11.0 Ezam Soros akan turun ke Hulu Selangor dan akan meminta maaf kepada semua orang kerana mempertahankan Anwar dalam isu liwat. Beliau seterusnya dijangka akan menuduh Anwar meliwat Azizan dan Sukma Darmawan. Beliau akan kata beliau sebenarnya tahu hakikat perangai Anwar yang suka jantan tapi sengaja berbohong kerana mempertahankan bos beliau.

12.0 Jentera UMNO dan BN nampaknya baru nak mula gerak. Manakala, jentera PKR dan PR dah lama bergerak. Tapi, BN ada media dan surat khabar, maka walaupun jentera mereka slow, mereka masih berkempen melalui media perdana.

13.0 UMNO nampaknya masih bersedih kerana calon UMNO tidak bertanding. Namun, kita bukan boleh percaya diorang ni. Nanti bila dah kena hulor, semangat diorang tu datang semula la.

14.0 Apa pun, pilihanraya ni akan menampakkan keputusan yang amat rapat. Jadi, tiada masa untuk berehat dan bersantai. Apa yang kita boleh sumbangkan kita wajib sumbangkan. Masa, tenaga, kederat malahan kalau mampu sedekah pensel sebatang pun takpa.

15.0 Bekas wakil2 PKR yang telah melompat akan turun berkempen. Tapi, rasanya mereka dah takda kredibiliti untuk dipercayai. Kalau Zul Nordin turun, pastikan kita ramai-ramai baling dia dengan batu.

16.0 Ada orang bertanya, di mana janji2 manis BN masa Bagan Pinang dahulu? Dah penuhi ke belum?

18.0 Bilik2 gerakan BN terutamanya yang dari MIC lesu seribu bahasa. Baru hari ni Samy tol nak pegi ziarah untuk naikkan semangat mereka.

18.0 Minta kita semua berdoa semoga Allah SWT memberi kita kemenangan di Hulu Selangor. Amiinnn

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Apabila Geng Perpaduang Terpaksa Bergantung Harap Pada Blogger2 PENGECUT

Saya sedar sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa ekor blogger yang semakin berani ke depan mempertahankan agenda Perpaduang. Tetapi, mereka sendiri tidak pernah menggunakan perkataan PERPADUANG. Cuma mereka kata mereka mempertahankan kepimpinan ulama.

Ini kerana apabila kita menyerang agenda PERPADUANG, kita dianggap oleh blogger2 picisan ini sebagai memenentang “Kepimpinan Ulama”. Apa yang blogger-blogger pengecut ini tidak sedar adalah mereka mendedahkan lagi pekung puak2 “Perpaduang”. Mereka mengesahkan bahawa agenda Perpaduang disokong oleh golongan ulama dalam PAS. Adakah ini benar? Nauzubillah.

Terus terang saya kata blogger-blogger ini adalah jenis pengecut dan bachul. Ini kerana kalau mereka berani, mereka sudah tentu akan mendedahkan identity mereka kepada umum. Ada yang panggil diri mereka “Batu Api”, “Penembak Babi”, “Ali Zaidan”, “Muhammad Al Fatih” dan sebagainya. Namun TIADA yang berani menampakkan identiti mereka yang sebenar.

Adakah kita mahu mendengar kata-kata si bachul dan si penakut? Adakah blogger bachul layak diikuti cakap dan saran mereka? Adakah sikap pengecut mereka wajar dijadikan hujjah?

Sudahlah bachul dan pengecut, hujjah pulak tiada kualiti langsung. Macam hujjah budak-budak kecik. Saya ambik misal hujjah seekor blogger nama Ali Zaidan di blog Khalid Samad:

2. Saya sebut dahulukan keputusan PAS. Bukan saya kata jangan ambil kira kepentingan PKR atau DAP. TGHH ada sebut apabila berlaku pertembungan antara keputusan PAS dan PR, maka ambil keputusan PAS dan pertahankannya...


Dalam blog yang sama saya jawab:

Lagi satu, bagaimana keputusan PR boleh bertembung dengan keputusan PAS apabila keputusan PR MESTI DIPERSETUJUI oleh PAS. Kalau PAS tidak bersetuju, ia TIDAK AKAN MENJADI KEPUTUSAN PR.
Nampak tak betapa besar putar alam si Ali Zaidan ni. Nak bohong pun biarlah jangan sampai orang nampak.
.


Yang saya nampak mereka terpaksa merahsiakan identiti mereka kerana mereka takut dikutuk dan dinista atas hujjah2 mereka yang dangkal dan cetek.

Mereka tidak layak berhujjah dengan bebudak tadika pun, apalagi dengan Khalid Samad.
Tapi ini menunjukkan betapa rendahnya taraf geng Perpaduang dalam PAS kerana terpaksa bergantung harap kepada beberapa blogger yang pengecut lagi bachul itu.
Kalau anak jantan, takkkan sampai nama sebenar pun tak berani letak. Gambar jauh sekali la. Mungkin juga mereka ni perempuan.

Perangai mereka sebijik macam blogger2 UMNO seperti Papagomo dan Parpukari yang juga bachul dan pengecut untuk mendedahkan siapa mereka.

Tulang Besi

ps oleh kerana seronok sangat mendedahkan kebodohan Ali Zaidan ni, saya ambik lagi satu hujjah beliau yang dangkal untuk saya patahkan. Dia kata:

Ali Zaidan: 4. Isu "Dominasi Islam bukan sesuatu yang hendak dituntut atau dilaung-laungkan". Saya nak tanya YB, kalau Islam tidak dominon dalam PR, apa jaminan bahawa kita tetap boleh laksana Islam bila PR memerintah?
Macam ni lah, dalam isu murtad, kalau Islam tidak dominon, apakah murtad akan dapat dicegah? Sedangkan PKR-DAP nampaknya berdoktrin 'kebebasan beragama'.
.


Saya jawab:

Tulang Besi:
Soal lagi satu, adakah bila kita bersengkongkol dgn UMNO, Islam akan dominan?
Jawapnya tidak kerana di dalam Barisan NAsional kedudukan PAS akan menjadi LEEEBIHHH lemah.
Juga, kaki putaq macam Ali Zaidan akan kata, lebih baik kita duduk sendiri.
Sekali lagi saya tanya, adakah Islam untung bila PAS duduk sendiri? Apa untungnya Islam kalau PAS duduk sendiri?
Yang untung kalau PAS bersendirian adalah UMNO keranja pecahnya barisan pembangkang.
Ali Zaidan masih tidak menjawab hujah sdr Khalid Samad:

" PR adalah keputusan Jemaah. Maka, adakah wajar kita melanggar keputusan ini?"

Kalau dah kaki putar alam, memang tak boleh berhenti mengarut.
.


Semenjak saya dedahkan penipuan beliau dalam isu Presiden PAS menolak Kerajaan PR September 16 kerana bukan majoriti Melayu, beliau telah berhenti datang ke blog saya. Ada kemungkinan beliau malu kerana kebodohan beliau telah terserlah.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Thursday, April 15, 2010

Benarkah Jentera PAS di Hulu Selangor Perlahan?

NOTA EDITOR: MAlaysianInsider melaporkan bahawa jentera PAS kelihatan perlahan di dalam bergerak. Tidak seperti jentera Keadilan yang nampak begitu aktif. Ditambah dengan jentera kerajaan negeri yang tidak kenal penat dan beroperasi 24-7. Ditambah dengan MB yang bersemangat 24 jam. Tampak jentera PAS begitu lemah berbanding jentera Keadilan dan PAS.

Sebenarnya, rekod menunjukkan jentera PAS sentiasa perlahan dan lemah sepanjang kesemua pilihanraya kecil semenjak Kuala Terengganu kecuali di Bukit Gantang dan Manek Urai. Di Bukit Gantang, Pesuruhjaya PAS masa itu adalah Ustaz Ahmad Awang, seorang yang jelas menenantang Kerajaang Perpaduang. Begitu juga di Kelantan.(Harus diingat di Manek Urai, pengundi-pengundi luar tidak pulang menjadikan jumlah undi PAS mengecil)

Rekod yang paling buruk adalah di Bagan Pinang dimana jentera PAS seolah-olah macam tidak wujud.

Hatta di Permatang Pasir dan Kuala Terengganu sekalipun, laporan yang saya dapat jentera yang lebih ke hadapan adalah jentera PKR dan DAP. Secara mudahnya, analisa saya adalah sebegini:

a. Apabila Pesuruhjaya PAS sesuatu negeri itu ANTI UG (Bukit Gantang dan Manek Urai), jentera PAS akan berjalan dengan AKTIF dan BERDAYA MAJU

b. Apabila Pesuruhjaya PAS sesuatu negeri itu PRO Perpaduang, secara otomatik jentera akan slow (Kuala Terengganu, Bagan Pinang dsbnya)

c. Dalam kes Permatang Pasir PJ Penang ini bukan 100% pro UG tapi sebab ada elemen-elemen UG yang wujud dalam Penang yang masih kuat menjadikan jentera agak lemah tapi lebih baik dari Bagan Pinang dan Kuala Terengganu.

Di Selangor pula, jentera pilihanraya memang sudah lemah sejak dari awal. Sepanjang 2 tahun ini PJ Selangor lebih menumpu usaha mensabotaj kerajaan negeri Selangor, menyebar fitnah berkaitan kerajaan negeri (i.e. Teresa Kok larang azan, ahli Majlis 30% Melayu dsbnya) dari membina kekuatan jentera parti. Hatta, JAIS dan MAIS pun PJ Selangor tak dapat lawan menjadikan urus tadbir agama dan zakat di Selangor masih lagi di bawah pengawasan "UMNO".

Hasilnya, jentera PAS di Hulu Selangor secara otomatik menjadi lemah. Tidak boleh dipersalahkan ahli dan penyokong kerana ahli dan penyokong adalah ikhlas. Yang harus dipersalahkan adalah pimpinan negeri yang lebih suka menyerang Pakatan Rakyat dari menguatkan jentera PAS.

Kalau nak tau kenapa jentera agak slow pegi tanya SU Perhubungan Negeri, Khairuddin Othman, yang lebih suka menyuruh PAS keluar Pakatan Rakyat dari melakukan kerja memantapkan parti.

Adapun faktor calon Zaid Ibrahim. Memang kita akui Zaid dahulunya amat bermusuh dengan PAS. Tapi, ahli-ahli PAS juga nampak betapa Zaid Ibrahim sekarang ini rapat dengan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan sudah pergi menunaikan haji di Mekah.

Sekurang-kurangnya kita boleh beri peluang kepada beliau sekali bagi membuktikan diri beliau. Ataupun ahli dan penyokong lebih suka memenangkan calon dari parti MIC? Jangan lupa, MIC mempunyai rekod sejak merdeka memburuk-burukkan Islam kepada kaum India. Adakah MIC lebih baik dari Zaid?

Juga, jangan lupa Pengarah Pilihanraya Kecil PAS Pusat bagi Hulu Selangor adalah Timbalan Presiden, seorang tokoh Perpaduang. Jadi, tak boleh harap sangatlah kepada dia untuk MENYEMARAKAN jentera PAS.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat juga seorang pro "Perpaduang". Lagi lah tak boleh harap.

Cumanya, yang boleh kita puji adalah tampaknya berlaku perubahan sikap Dato Hasan kerana semenjak MB Selangor memindahkan pejabat MB ke Hulu Selangor, beliau juga tampak aktif bergerak bersama-sama jentera kerajaan negeri.

Tulang Besi

ps kenapa PAS tak boleh lantik orang muda memimpin Jabatan Pilihanraya PAS Pusat? Orang2 seperti YB Nasir ataupun Wan Nik yang ada rekod menjayakan pilihanraya?

Hulu Selangor sees a slow start to PAS campaign


By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, April 15 — Unlike other by-elections, the PAS machinery has been slow to make its presence felt in Hulu Selangor, giving rise to the speculation that it was unhappy with Datuk Zaid Ibrahim’s candidacy for Pakatan Rakyat (PR).

Umno campaigners have seized on PAS’ absence as proof of Zaid’s rejection by the Islamist party, but PAS officials claim otherwise, pointing to several programmes that include Selangor PAS chief, Datuk Hasan Ali, who is a conservative unlike the more liberal Zaid.

It is understood that Hasan has largely been present in the constituency in his capacity as the state executive councillor in charge of Islamic affairs. Last night, he moderated a low-key forum on Islamic leadership at a mosque in Hulu Bernam, near the Perak border.

“I don’t think PAS will be interested to campaign for Zaid, he does not reflect the values that PAS is trying to promote, but you can never tell, PAS can always change their stand,” said Kelantan Opposition Leader Datuk Alwi Che Ahmad.

The Kok Lanas assemblyman has been in Hulu Selangor since early this week to campaign against his fellow Kelantanese.

“PAS and Zaid are like chicken and duck, they cannot understand each other,” Alwi told The Malaysian Insider.

PAS grassroots are said to be uneasy with Zaid’s past, when he was the Kota Bharu Umno chief. He once sued the PAS-led Kelantan and Terengganu governments for attempting to enact Islamic criminal laws in 2002.

The suit was subsequently withdrawn on the instructions of Umno leadership, for fear of losing Malay support.

Several blogs, including some that are run by PAS officials, have highlighted their concern over Zaid’s background.

“We will definitely exploit this in our campaign. Zaid Ibrahim sued [the] PAS government, so how can he be associated with PAS now?” said Hulu Selangor Umno division committee member, Datuk Zainal Abidin Sakom.

But Selangor PAS leaders denied that they were not taking the April 25 election seriously or were unhappy with PKR’s choice of candidate.

“It is still too early in terms of doing real campaigning, and this time we are not leading the campaign, all activities will be co-ordinated by PKR, we are just providing support,” said Selangor PAS secretary Khairuddin Othman.

“And we have never questioned the candidate, even in past by-elections we didn’t question,” he told The Malaysian Insider when asked about the selection of Zaid as the candidate.

Since Election 2008, PAS has participated in five by-elections and provided crucial support for PKR in the remaining four elections, except for Batang Ai in Sarawak where the Islamic party has no presence.

Another Selangor PAS leader, Izham Hashim, gave his assurance that the party workers remain committed to ensuring a PR victory.

“We are already there, we moved into the society, there is no problem with the candidate,” said Izham.

“I think we have thrashed out the issue with him, he only made the challenge because of the constitution,” he said referring to Zaid’s suit.

The Hulu Selangor by-election was called following the death of PKR’s Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad last month. Nomination is set for April 17 while polling is on April 25.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, April 14, 2010

ZainulFaqar Dipecat Dari Harakah?

Saya dapat maklumat, dalam mesyuarat AJK Kerja PAS baru baru ini hangat membincangkan pemecatan Zainulfaqar dari menjadi wartawan Harakah.

Ini adalah ekoran tindakan ZainulFaqar menegur Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, kerana lebih suka berborak dengan Husni Hanadzlah dari mengambil bahagian dalam perbahasan Parlimen berkaitan isu APCO.

Yang sebuk melaungkan supaya ZainulFaqar dipecat adalah geng-geng Terengganu. Yang paling lantang (baca: becok) adalah Ustaz Abu Bakar Chik. Mereka dengan lantang mahukan ZainulFaqar dipecat kerana menegur Timbalan Presiden PAS.
Kononnya ZainulFaqar tidak ada akhlak jemaah kerana menegur kepimpinan PAS Pusat secara berdepan sebegitu.

Yang saya hairannya, Suyuti Umar, Pengarang Siasah, selama ini kerap memfitnah Husam Musa. Sehingga Husam Musa mengambil tindakan mahkamah sekarang ini menyaman akhbar Siasah dan Suyuti Umar.

Ini kerana parti sendiri melindungi kaki sebar fitnah bernama Suyuti Umar ini. Kenapa Bakar Chik tak bising minta Suyuti dipecat?

Sedangkan apa yang dilakukan oleh ZainulFaqar itu adalah berasaskan kebenaran. Suyuti pula kerap membuat tuduhan liar dan fitnah terhadap Husam. Namun, Suyuti tetap diberi gaji oleh PAS dan jawatan beliau dikekalkan tanpa apa-apa tindakan.
Adakah PAS lebih suka melindungi kaki fitnah dari mereka yang menyatakan hak?

Adakah ini sifat sebuah parti Islam?

Adakah tindakan Zainulfaqar lebih buruk berbanding dengan Mohd Radzi Mustafa yang menjadi calon bebas di DUN Titi Tinggi sekaligus melanggar keputusan parti secara terbuka?

Kalau PAS bukan parti Islam, silalah pecat ZainulFaqar kerana tindakan beliau menyatakan kebenaran.

Tulang Besi

ps perangai Nasa suka bergaul dengan UMNO ni dah lama Tulang Besi terima laporan.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

YBK Gadai Tanah Berjumlah RM102 juta.


(GAMBAR: Lihatlah Kebodohan PERKASA Berdemo Mempertahankan Amalan Korupsi dan Salah Guna Kuasa)

NOTA EDITOR: YBK adalah salah satu contoh perangai UMNO. Apabila mereka tersepit kerana dah buat "perangai", terus mereka gunakan slogan "Melayu" dan slogan "Hak Melayu". Selama ini Zainal Sakom bermatian mempertahankan YBK dan tidak mahu memberi laporan audit kepada kerajaan Negeri Selangor. Sampai apabila juruaudit yang dihantar oleh Kerajaan Selangor pun mereka KECUT PERUT nak benarkan masuk.

Saya pun paham kenapa Zainal Sakom takut untuk diaudit. Macamana nak jelaskan ke mana tanah seluas 1,977.428 ekar telah digunakan untuk aktiviti basmi kemiskinan. Malahan, susah Zainal Sakom nak jelaskan aktiviti salah satu anak syarikat YBK,Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) yang terlibat mengadai tanah yang diberi kerajaan negeri berjumlah RM102 juta.

Untuk menutup pekung YBK dan Zainal Sakom, maka dilaungkanlah semboyan Melayu. Kononnya Kerajaan Negeri Selangor menggadai hak Melayu dan menindas Melayu. Dikerahkan PERKASA untuk membuat demonstrasi membantah tindakan Kerajaan Negeri Selangor. Hakikatnya, semua ini untuk MENUTUP segala kebobrokan serta amalan tidak sehat YBK yang selama ini dipendam oleh Zainal Sakom and the gang.

Inilah dia sifat UMNO. Segala amalan salah guna kuasa dan rasuah akan ditutup dengan laungan "Hidup Melayu" dan "Perpaduan Melayu". Apabila Tengku Razaleigh menentang penipuan Dr Mahathir dalam pemilihan UMNO 1987, Mahathir naik kampung turun kampung minta Melayu bersatu dan jangan bersengketa.

Hakikatnya, Mahathir tidak mahu ahli-ahli UMNO terus mempersoalkan kebobrokan serta salah guna kuasa yang telah beliau lakukan. LAgi beliau takut adalah ahli-ahli UMNO mempersoalkan penipuan dalam Pemilihan 1987 yang ditaja oleh beliau dan Sanusi Junid.

Zainal Sakom orang UMNO. Mustahil beliau dapat bertindak lain dari perangai yang bukan UMNO. Kita rakyat Malaysia mesti bijak supaya tidak jatuh dalam "trick" puak-puak UMNO ini.

Sekian

Laporan audit: YBK gadai tanah lebih RM100 juta
Jimadie Shah Othman
Apr 13, 10 5:26pm

Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak.

Menurut laporan setebal kira-kira 60 mukasurat - termasuk lampiran - itu, kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 1,977.428 ekar di beberapa daerah di Selangor tetapi tidak menerima bayaran dan sebarang laporan selama 13 tahun.

Membacakan ringkasan eksekutif laporan tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendedahkan, salah satu subsidiari yayasan tersebut - Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) - terlibat dengan gadaiaan berjumlah RM102 juta.

"Gadaian ini boleh menyebabkan tanah yang dianugerahkan untuk tujuan membasmi kemiskinan jatuh ke tangan pihak ketiga," kata Khalid dalam sidang media di pejabat menteri besar di DUN Selangor.

Khalid juga mendakwa laporan yang disediakan Jabatan Audit Selangor - sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan - akan dibawa kepada penelitian sebuah jawatankuasa khas kerana ia "belum lengkap" sepenuhnya.

"Siasatan audit negeri Selangor telah dihalang masuk ke dalam premis YBK walaupun yayasan terebut memberitahu media tidak akan menghalang usaha pengauditan," kata Khalid lagi.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas dianggotai badan bebas seperti majlis peguam dan Tranparency International akan dilantik untuk menganggotainya.

Butiran lanjut jawatankuasa tersebut belum ditentukan buat masa ini, tambahnya.

Antara kandungan laporan tersebut:

* YBK dianugerahkan tanah khas untuk aktiviti membasmi kemiskinan, tetapi terdapat daripadanya digunakan untuk projek komersial.

* Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada agensi kerajaan terlibat.

* Laporan kewangan YBK yang disiarkan di laman web tidak membuat perincian terhadap aktiviti subsidiari, termasuk cagaran.

* Terdapat rumah YBK yang diduduki oleh pihak yang bukan daripada golongan miskin.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Tuesday, April 13, 2010

Zaid Ibrahim Calon PKR Hulu Selangor


Nota Editor: Ini bermaksud maklumat yang Tulang Besi dapat seminggu yang lepas adalah benar. Semoga pemilihan ini diberikan kemenangan oleh Allah SWT. Walaupun saya antara yang paling tidak suka Zaid sewaktu beliau dalam UMNO dulu kerana memfail saman terhadap undang-undang hudud di Kelantan yang beliau telah tarik.

Namun, selepas itu Zaid telah pun pergi menunaikan haji dan Zaid pun sekarang ini amat rapat dengan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Inshaalah, saya yakin Zaid bukan Zaid yang kita kenal dulu. Ikutilah laporan dari Malaysiakini di bawah. Sekian.

Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor Apr 13, 10 11:36am

Datuk Zahid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat,” kata sumber itu lagi.

Zaid yang juga bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.

Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.

Zahid dikatakan sebagai calon terbaik bagi PKR untuk mempertahankan kerusi itu kerana pengalamannya yang luas.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan 25 April ini.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.
Menangi iPod Shuffles dan Hadiah Lumayan Lain! Sertailah Kaji Selidik Sekarang!
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, April 12, 2010

Cabaran Kepada KICKDEFELLA: Sila Buat Laporan Kepada SPRM

Semenjak “KICK” ada tuan baru ni, habis diserangnya TGNA. Walaupun dalam isu Arifahmi, saya bersependapat dengan beliau, tapi sejak akhir-akhir ini, tulisan beliau amat melampau.

Saya menahan diri saya menulis berkenaan beliau sebab dinasihatkan jangan melayan Kick sebab nanti akan menaikkan imej beliau.

Saya sengaja mendiamkan diri terhadap Kick walaupun pada mulanya saya telah menghidu bau yang sangat tengik dan busuk melalui artikel beliau yang memuji Zulkifli Noordin Al Kazzab. Agaknya sebab Kick dan Dzul ni dah masuk bakul yang sama, maka terpaksalah dia memuji sesama sendiri.

Namun,sekarang saya mencabar Kickdefella supaya MEMBUAT LAPORAN KEPADA SPRM di atas segala tuduhan beliau yang beliau katakana berlaku kronisma, nepotisma dan rasuah. Dalam isu balak pun, saya mencabar Kickdefella untuk MELAPORKANNYA kepada SPRM bagi berlaku siasatan terperinci terhadap pemberian balak di seluruh Kelantan.

Kalau setakat dedah syarikat balak memberi sumbangan kepada PASTI Kelantan, apa masaalahnya? PASTI Kelantan adalah institusi yang banyak berjasa kepada rakyat Kelantan terutamanya yang miskin.

Bagi yang miskin, pendidikan pra sekolah yang mereka mampu tanggung hanyalah TADIKA KEMAS. Malangnya, Tadika Kemas adalah mempunyai kurikulum yang sekular dan tidak menjurus kepada pembinaan akhlak dan kefahaman Islam.

Maka, PAS menubuhkan PASTI bagi memberi pendidikan pra sekolah Islam yang murah harga yurannya supaya rakyat miskin di Kelantan dapat menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan pra sekolah berteraskan Islam.

Saya sendiri kalau menjadi MB akan MEWAJIBKAN semua syarikat yang mendapat konsesi balak untuk menyumbang kepada PASTI. Ini kerana ia menjamin kelangsungan dakwah, membantu orang miskin, memberi pendidikan pra sekolah yang sesuai dengan kemampuan orang miskin dan yang paling akhir menjadi saingan kepada kurikulum sekular Tadika KEMAS yang tidak membina minda Islam di kalangan kanak-kanak.

Jadi, kalau setakat sumbangan kepada PASTI si Kickdefella nak jadikan isu, saya nasihatkan Kickdefella, pegi main jauh-jauh. BERIBU-RIBU keluarga miskin di Kelantan telah mendapat manfaat yang jelas dari sistem PASTI di Kelantan. Jangan lupa tu wahai Kick.

Lagi satu, seperti yang saya kata sebelum ini, kalau saya menerima hadiah kek dan pakej haji, saya pun tidak akan bertanya kepada pemberi hadiah berapa harga kek atau pakej haji yang hendak dihadiahkan kepada saya.

Itu namanya KURANG AJAR. Adab orang Melayu bila orang bagi hadiah kita terima dengan baik dan tidak menyoal berapa harga hadiah tersebut hatta sebiji gula-gula pun. Mungkin Kick ni orang Siam sebab adab orang Siam mungkin lain dari belah sini.

Saya juga nak tengok di mana Tok Guru Nik Aziz menyimpan wang hasil dari “rasuah balak” seperti yang cuba dilukis oleh Kickdefella. Saya jamin Tok Guru tak makan walau SEDUIT pun hasil balak tersebut.

Akhir kata, berenti lah melalak sana sini wahai Kick. Kalau kamu ada bukti, sila buat laporan SPRM dan biar mahkamah menentukannya.

Saya tahu sapa tuan baru si Kickdefella ni dan mengapa beliau berani menuduh Tok Guru sebagai menderhaka kepada Sultan.

Pelik tak dia boleh dapat surat menyurat yang berkaitan dengan Istana? Mana dia dapat ye?

Tulang Besi

ps CABARAN LAGI SATU PADA KICKDEFELLA:

Sila beri justifikasi terhadap sokongan kamu kepada Zulkifli Noordin AL KAzzab dalam artikel kamu bertajuk Tahniah Zul, Takziah Rais

Kamu mengucap tahniah kepada seorang penipu bernama Zulkifli Noordin yang memperjuangkan Islam versi beliau. Apa justifikasi kamu? Ataupun sebab kamu dan masuk satu kelab dengan si Zul Noordin tu?

Kamu nak jadi penipu macam Zul Noordin jugak ke?
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Sunday, April 11, 2010

Hulu Selangor Akan Melihatkan Keputusan yang Amat Rapat

Maklumat saya dapat adalah sesiapa sahaja yang akan menang kerusi Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil nanti, mereka tidak boleh menang dengan majoriti yang selesa.

Kecuali kalau UMNO mencalonkan Mike Tyson....

Bagi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, ini bermakna mereka terpaksa bekerja keras sehinggalah keputusan PRK Hulu Selangor diisytiharkan. Tiada ruang untuk berehat dan tiada masa untuk dibuang. Segala kerja pilihanraya harusnya telah bermula minggu lepas di setiap Unit Peti Undi.

Kalau pun PKR menang, ia tidak akan menang dengan majoriti lebih dari 1k atau 2k undi.

KUNCI KEMENANGAN ADALAH 30% PENGUNDI LUAR

Dianggarkan 30% pengundi Hulu Selangor tinggal di luar Hulu Selangor. Ada cadangan supaya senarai pengundi2 luar ini dikeluarkan dalam internet.

Tugas setiap PENYOKONG dan PENDOKONG Pakatan Rakyat adalah membawa SETIAP PENGUNDI LUAR ini pulang mengundi dan memastikan mereka mengundi PKR. Kalau diketahui pengundi-pengundi ini mengundi UMNO, haruslah dicari helah supaya dia tidak pulang mengundi.

CALON

Saya dah tahu siapa calon PKR tapi tak dapat nak dedah sebab rahsia besar. Adapun calon BN adalah dari MIC. Namun, janganlah kita tertipu dengan aksi MIC dan G Palanieval.

MIC dapat bertanding pun dah kira nasib baik, inikan pula nak letak Palanieval yang DITOLAK oleh pengundi Hulu Selangor hampir keseluruhannya.

Segala yang dilakukan oleh Palanieval skrg ini adalah wayang. Beliau tahu nama beliau tidak akan dicalonkan. Mereka hanya cuba memberi gambaran kononnya Palanieval akan jadi calon supaya jentera PR jadi "over confident".

Jentera PR mesti bersedia berhadapan dengan calon BN dari MIC yang bukan Palanieval. Itulah dia realiti yang bakal dihadapi oleh PR.

SOKONGAN MELAYU?

Rata-rata kalau Mat Taib jadi calon, memang undi Melayu akan pergi ke BN dalam 60-75%. Tapi kalau calon MIC, mungkin dalam 45-50%. Tapi, tiada garenti maka wajib kerja keras dari sekarang tanpa soal.

Cuma beza kali ini berbanding 2008 adalah kita boleh berkempen di dalam kampung-kampung Melayu dan Felda yang rata-rata adalah kubu UMNO. Maka pengundi-pengundi Melayu lebih terdedah dengan masej dan hujjah kita berbanding 2008 lepas.

ISU-ISU

Isu-isu adalah bergantung kepada kaum:

1.0 Cina : Isu geran tanah kerana Khir Toyo dahulu menolak permohonan mereka secara borong. DI samping itu, terdapat banyak isu-isu nasional yang membuatkan kaum CIna benci pada BN dan UMNO

2.0 India : Sudah 50 tahun kaum India di abaikan oleh BN. Maka isu mereka bermacam macam. Namun, kita harus ingat bahawa undi India lebih sedikit kepada BN sewaktu 2008. Mungkin atas faktor isu calon BN itu dari bangsa India. Tapi dari pengalaman Bagan Pinang, kita tidak boleh "over-confident" dengan undi India kerana BN boleh membeli undi-undi mereka secara borong seperti di Bagan Pinang

3.0 Melayu : Isu utama adalah isu calon. Majoriti mereka mahu calon UMNO di Parlimen. Namun, kira PR dapat menunjukkan kebaikan kerajaan negeri sewaktu kempen, mungkin dapat melembutkan hati mereka kepada Pakatan Rakyat.

Di samping itu, isu-isu nasional juga banyak untuk dimainkan di Hulu Selangor kepada pengundi Melayu, tetapi saya tidak yakin isu-isu nasional ini mempunyai kesan yang besar. Namun, dalam pilihanraya yang kecil perbezaannya, perubahan-perubahan yang kecil ke arah PR harus dimanfaatkan.

KESIMPULAN

Jentera Pakatan Rakyat WAJIB bekerjasama seperti satu unit dengan meletakkan segala perbezaan di belakang buat sementara waktu.

Mesti diingat ini adalah kawasan di mana UMNO paling kuat di Selangor. Jumlah pengundi UMNO adalah sangat tinggi dan mereka ini UMNO tidak perlu berkempen dengan keras untuk mengundi UMNO.

Namun harapan untuk menang itu tetap ada dan semua bergantung dengan usaha dan kederat yang digunakan oleh jentera Pakatan Rakyat sewaktu pilihanraya kecil ini kelak.

Pokoknya KESEMUA penyokong dan pendokong MESTI memberi sokongan dalam apa bentuk sekalipun. Tiada ruang untuk berehat atau bersantai. Ini bukan waktu untuk dengar ceramah. Ini adalah waktu untuk menarik pengundi.

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Saturday, April 10, 2010

Hishamuddin Tun Hussein Tak Tahu Yahudi Masuk Bukit Aman. Betul Ke?

Hishamuddin Tun hussein dilaporkan berkata:
"Tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita mesti menyiasat bagi menentukan kesahihannya," katanya.
Mengikut dokumen-dokumen yang didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin dalam blog beliau, Hishamuddin telah pun mendapat laporan penyiasatan terhadap kes ini semenjak 2008 lagi.

Saya membawa dokumen-dokumen tersebut, dengan ehsan Malaysiatoday dari artikel mereka bertajuk "Round 1 of 10: Hishammuddin's bullshit revealed"

Selamat membaca






Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Siri Menjawab Tohmahan Bodoh: “Usrah Barbican”

Ada seekor blogger bernama “Penembak Babi” telah memberi gelaran “Puak Babrican” kepada sekumpulan bloggers yang beliau benci sangat-sangat. Kebencian beliau berputik dari sikap beberapa blogger yang “Anti-UG”.

Beliau merujuk kepada gambar ini:



Oleh kerana beliau bengang sangat, sampai minum Babrican pun nak dijadikan isu. Dia sedar tak Babrican ni dijual hatta di Mekah. Ia adalah produk jualan sebuah syarikat milik warga Saudi bernama Aujan Industries. Aujan Industries ditubuhkan pada 1909 oleh Ahmad Aujan yang berasal dari Bahrain (masa tu Bahrain dgn Saudi ni satu).

Minuman ini dijual di seluruh Saudi Arabia hatta di Mekah dan sekitar Masjidil Haram. Kalau kita beli sebotol, kita boleh bawak minuman Barbican sampai depan Kaabah. Takkan ada orang akan marah dan melarang. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila baca kat sini. Tapi tak taulah mamat ni boleh paham sebab laman web Aujan ni takda dalam bahasa Tranung. Yang ada dalam bahasa omputih sama Arab.

Ni nak kata orang bodoh sombong. Dah bodoh, tak boleh diajar. Bahlol dan baghal. Dia kata dia penembak babi, baik dia tembak dia sendiri sebab otak lagi rendah dari babi.
Mamat ni sengaja guna nama “Puak Barbican” sebab nak bagi kiasan kononnya blogger-blogger anti UG ni rapat dengan arak. Ni semua permainan bodoh Penembak Babi yang perangai macam babi.

Dan semua blogger2 Pro UG pun sambut guna perkataan ini. Padanlah dengan mereka menyambut benda ni sebab IQ mereka pun rendah. Mereka tak sedar, BARBICAN ini adalah produk syarikat milik orang Islam yang bermula semenjak 1905.

Ni contoh orang jahil berlagak alim. Last-last diri sendiri yang malu

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, April 9, 2010

Idea “Kerajaang Perpaduang” Dari APCO?

Saya tiada bukti, tapi perasaan saya mengarah ke situ. Ini kerana APCO diperkenalkan ke Malaysia melalui rakan mereka, Ethos Consulting. Ethos pula adalah konsultan diraja kepada bebudak tingkat empat sewaktu pemerintahan Pak Lah.

Jadi, ada kemungkinan, sewaktu perjumpaan2 dalam gelap, idea “Kerajaang Perpaduang” ini telah dilemparkan oleh puak2 UMNO kepada pimpinan2 PAS yang terlibat. Idea itu mungkin datang dari Ethos yang mendapatkannya dari APCO.

Maka, tidak mustahillah Presiden PAS sendiri menjadi negara Israel sebagai salah satu contoh “Kerajaang Perpaduang” di dalam temuramah beliau dengan HARAKAH satu masa dahulu:

"HARAKAH:Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana?

PRESIDEN PAS:Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV."


Bagi saya, apa sahaja cadangan dari UMNO kita wajib TOLAK dahulu. Kemudian setelah menolak baru kita nilai.

Ini kerana UMNO adalah sebuah entity penipu dan telah menipu sejak sekian lama. Menipu telah menjadi darah daging UMNO.

Mengapa kita nak berkawan dengan orang-orang sebegini?

Syukurnya gagasan kerajaang perpaduang tidak jadi. Hakikatnya ianya adalah satu front untuk menbuhkan kerajaan UMNO-PAS.

Kasihan Presiden kena main dengan penasihat-penasihat beliau. Itu sahaja.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.