Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Monday, May 10, 2010

NORWAY MENGHARAMKAN IKLAN ARAK SAMA SEKALI

Norway adalah negara sekular. Di dalam perlembagaan Norway, tiada peruntukan "Islam Agama Persekutuan" seperti dalam Perlembagaan Persekutuan. Norway pula hampir tiada orang Islam kerana bilangan orang Islam amat sedikit. Namun, soalnya sekarang mengapa negara Norway boleh mengadakan undang-undang arak yang JAUH lebih KETAT berbanding Malaysia di bawah pentadbiran UMNO?

Dan saya sengaja membawa contoh Norway kerana Norway adalah tergolong dalam negara maju dan berdaya saing. Malahan, daya saing Norway JAUH lebih tinggi dari Malaysia. Dan, Norway adalah negara yang jauh lebih kaya dari Malaysia. Norway juga antara negara dalam dunia pengeluar barangan teknologi tinggi. Misalnya, Norway mengeluarkan jenama barangan komunikasi "NERA". Malaysia sendiri mengimpot semua barangan telekomunikasi dari luar negeri.

Jelas kepada kita, UMNO hanya menanam tebu di bibir. Mereka heboh dalam bab "kalimah Allah" tapi benda yang jelas haram seperti arak dan judi, UMNO boleh biarkan serta galakkan.

Walaupun Norway tidak mengharamkan arak sama sekali, namun segala bentuk iklan arak diharamkan di Norway. Sebagai contoh pada 2008, sebuah pasukan bolasepak dari England bernama Everton FC telah menentang sebuah pasukan bolasepak Norway bernama SK Brann. Everton FC mengiklankan jenama beer “Chang” di atas jersey bolasepak mereka.

Namun, sewaktu mereka bermain di Norway, mereka terpaksa bermain dengan jersey kosong kerana undang2 Norway mengharamkan iklan arak dalam apa-apa bentuk sekalipun. Sila rujuk gambar di bawah:



Padahal, di waktu biasa, pemain yang sama seperti diatas akan memakai jersey seperti ini:



IKLAN ARAK DI MALAYSIA TIDAK HARAM

Berlainan di Malaysia, arak masih boleh diiklan di akhbar-akhbar bukan Melayu, di panggung-panggung wayang dan di beberapa media yang lain. Malahan, pada satu masa dahulu, Carlsberg telah menjadi penyumbang kepada Sukan Komenwell dan ianya dilakukan secara terbuka.

Yang menghairankan adalah Norway adalah negara bukan Islam, tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Rasmi” di dalam perlembagaan Norway, tiada slogan seperti Islam Hadhari dan hampir tiada orang Islam di Norway.

Tapi, undang-undang arak lebih ketat di Norway berbanding Malaysia. Norway berpendapat kalau diizinkan iklan arak hanya akan menggalakkan lagi rakyatnya minum arak. Hasilnya nanti masaalah ketagihan arak di Norway akan bertambah buruk dan tidak dapat dikawal.

Juga Norway adalah negara yang lebih maju dan lebih kaya dari Malaysia. Namun, mereka lebih ketat mengawal arak berbanding Malaysia.

NMELAYU/ISLAM DUDUK DI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT ARAK

Pada masa yang sama juga, UMNO mengizinkan orang Melayu Islam dilantik menduduki Lembaga Pengarah Carlsberg dan Guiness Anchor. Sila rujuk contoh di bawah yang diambil dari laman web Carlsberg:



Melayu Islam diizinkan Kementrian Kewangan (bawah UMNO) untuk duduk dalam Lembaga Pengarah Calrsberg dan Guiness Anchor. Itu tandanya UMNO menyokong industri judi dan arak di Malaysia.

Kesimpulannya, UMNO bersikap munafik dalam isu arak. Di hadapan rakyat umum, mereka bersandiwara kononnya berjuang Islam. Tapi, hakikat sebenarnya mereka adalah penaja dan pengempen arak nombor satu. Negara Norway yang lebih maju.

Syukurnya saya tidak menjadi penyokong UMNO. Sekurang-kurangya akidah dan agama saya terselamat dengan tidak menyokong UMNO. Sokongan UMNO pada industri arak dan judi ini akan menyebabkan akidah dan agama saya hancur.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Saturday, May 8, 2010

Bila Agaknya Berahim PERKASA Nak Bakar Gambar Najib?

Bebaru ni beberapa juak Berahim dari PERKASA telah membakar gambar Zaid Ibrahim kerana mendakwa Zaid telah derhaka pada Sultan selangor. Mengikut affidavit Sultan Kelantan yang terbaru:

Dalam afidavit itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata mereka diarahkan keluar daripada kenderaan tersebut. Katanya lagi, baginda sultan tidak bersetuju dengan arahan untuk dibawa ke HUSM.

Tengku Muhammad Fakhry juga menceritakan bagaimana kumpulan lelaki tersebut menolak bondanya keluar daripada lif di HUSM, serta turut dihalang lagi daripada memasuki bilik rawatan Tuanku Ismail Petra.


Jelas Baginda Sultan Kelantan diperlakukan seperti penjenayah dan sampah. BIla Agaknya Berahim PERKASA hendak membakar gambar Najib Tun Razak pula?

Ataupun Berahim PERKASA ni memang bangsa "Mengata Dulang Paku Serpih"?

Tulang Besi

Polis bertopeng lengkap bersenjata serbu Sultan Mei 7, 10 7:43pm

Tengku Muhammad Fakhry, putera ketiga Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra Tengku Yahya Petra hari ini mendedahkan rentetan kejadian yang berlaku pada 4 Mei, menyebabkan baginda kini 'ditahan' di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Beliau menceritakan perkara itu dalam afidavit sepanjang 14 halaman, yang dikemukakan untuk menyokong permohonan habeas corpus berhubung insiden berkenaan berhubung dakwaan penahanan baginda.

Antara 30 hingga 40 orang anggota polis tindakan khas didakwa telah menahan kenderaan baginda daripada meninggalkan Istana Mahkota dalam kejadian tersebut.

Baginda pada ketika itu dalam perjalanan untuk menaiki penerbangan ke Singapura tetapi dilencongkan oleh anggota polis berkenaan ke HUSM, dalam kejadian pada lewat petang Selasa itu.

Tengku Muhammad Fakhry yang juga Tengku Temenggong Kelantan juga mendedahkan anggota polis elit berkenaan mengacukan senjata separa automatik mereka ke arah pemandu kereta berkenaan dan juga bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Dalam afidavit itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata mereka diarahkan keluar daripada kenderaan tersebut. Katanya lagi, baginda sultan tidak bersetuju dengan arahan untuk dibawa ke HUSM.

Tengku Muhammad Fakhry juga menceritakan bagaimana kumpulan lelaki tersebut menolak bondanya keluar daripada lif di HUSM, serta turut dihalang lagi daripada memasuki bilik rawatan Tuanku Ismail Petra.

Keseluruhan afidavit ini boleh dibaca di pautan berikut.


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

2008:Husam Usaha Lemahkan Pak Lah Tapi Terengganu Masih Kalah

Peristiwa Kickdefella mendedahkan adanya sekumpulan orang-orang PAS yang telah membuat kerja melemahkan imej Pak Lah yang telah menyebabkan PAS kalah teruk di Terengganu. Tapi, usaha Husam telah berjaya meredakan imej “Islam” Pak Lah.

Secara logiknya, dikala imej Pak Lah lemah, ditambah dengan perpecahan UMNO Terengganu yang parah, maka PAS Terengganu patutnya mudah menawan kembali negeri Terengganu dari UMNO pada 2008.

Perpecahan UMNO Kelantan tidak seburuk UMNO Terengganu sewaktu menghadapi pilihanraya 2008. Namun Kelantan muncul dengan gemilang sekali berbanding Terengganu. PAS Terengganu cuma mampu menambah 4 kerusi dari tahun 2004 menjadi 8.


Itu pun satu kerusi (Ladang) menang sebab UMNO setempat meluat ke calon UMNO.
Artikel yang saya ambil dari Tranungkite sendiri menunjukkan bahawa “mood” rakyat Terengganu sekarang ini masih belum berpihak pada PAS. Yang lebih menakutkan adalah di ambang pilihanraya yang akan datang, Najib akan mencalonkan Mat Said untuk bertanding Parlimen dan menamakan seorang calon baru yang disukai berbagai pihak untuk menjadi MB Terengganu. Yang jelasnya, Najib tidak akan menamakan Mat Said sebagai calon MB Terengganu dalam pilihanraya yang akan datang.

Di kala itu, ada kemungkinan PAS akan hilang 2-3 kerusi lagi di Terengganu. Kita mesti ingat, perangai orang Melayu ni suka memaafkan. Maka, oleh kerana Najib masih baru jadi PM, aka nada pengundi-pengundi kita 2008 yang akan mengundi BN kembali kerana hendak memberi peluang kepada calon baru.

PAS Terengganu kelak akan membariskan pimpinan yang sama yang telah ditolak pengundi 2004 lepas. Tindakan melantik Ustaz Harun Taib sebagai PJ Terengganu benar-benar tidak membantu peluang PAS Terengganu untuk menawan Terengganu kembali.

Tidak hairanlah PJ Terengganu telah di booo penyokong sendiri di satu ceramah di Kemaman Terengganu. Begitu tidak popular calon-calon MB dan PJ PAS bagi negeri Terengganu.

Apa yang PAS Terengganu buat selepas kalahnya 2008 hanyalah mengacau kepimpinan PAS Pusat. Dengan geng-geng kayu, mereka telah merancang menjatuhkan Dr Syed Azman dan Husam Musa. Blog “Anti Husam” diwujudkan serta mesyuarat2 diadakan di sekitar Bangi dan Kajang bagi membincangkan bagaimana hendak menjatuhkan orang-orang seperti Husam Musa dan Dr Syed Azman. Terma “Geng Erdogan” digunakan bagi melabel orang-orang seperti Husam Musa.

Geng Kayu juga telah menggantikan Dr Syed Azman dengan Dr. Shamsuri Ahmad. Gaji Dr Shamsuri sebagai SU Presiden dibayar oleh SIGTECCH yang diketuai oleh Dr Khazani Abdullah. Kedua-dua Khazani dan Shamsuri adalah anak usrah kepada Dr Kamaruzzaman (Dr Kayu). Dr Kayu ini pula adalah SU Dewan Ulama sewaktu Dewan Ulama berada di bawah Ustaz Harun Taib.

Sejak akhir-akhir ini pula, puak2 Terengganu telah mendapat bantuan beberap blogger yang tidak dikenali siapa mereka. Blog ini telah menggelarkan mereka “Bloggers Pondan”. Mereka kecut untuk menunjukkan identity mereka kerana mereka hanya berani menyebar fitnah tanpa mahu bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut. Mereka tak berani tunjuk muka sebab mereka adalah pondan.

Adakah ini tarbiyyah PAS Terengganu? Tarbiyyah mereka mengarah mewujudkan pondan-pondan?

Namun, usaha untuk menampilkan barisan pimpinan yang diterima rakyat tiada dilakukan. PAS Terengganu terus melakukan pemilihan cara DAP menyebabkan kayu-kayu lama terus kekal. Jelas, mereka ini tidak kesah pasal jemaah ataupun pasal kejayaan Islam. Apa yang mereka kesah adalah mengekalkan penguasaan mereka terhadap PAS.
Mereka berbuat demikian dengan bergantung di belakang jubah Presiden.

Bayangkan UMNO yang mampu membuat perubahan pimpinan, tapi PAS Terengganu masih terus mengekalkan mereka yang jelas ditolak pengundi pada 2004. Apabila ditegur, maka diwujudkan bloggers Pondan untuk menyerang orang seperti saya.

Pada waktu yang sama, PJ Terengganu terus ditolak rakyat Terengganu sehingga ke tahap di booo oleh penyokong sendiri. Bagaimana hendak berharap menarik sokongan orang atas pagar ataupun orang UMNO?

Kalau PAS kalah di tempat-tempat lain pada pilihanraya umum yang akan datang, maka kesalahan tersebut kita patut letakkan di bahu PAS Terengganu. Mereka begitu ghairan mengacau kepimpinan PAS Pusat namun tidak mahu membuat perubahan di Terengganu sendiri, tempat mereka bertapak.

Kalau Terengganu kuat maka tempat lain juga akan kuat. Maklumat saya dapat, UMNO begitu konfiden mengekalkan kekuasaan di Terengganu, mereka telah memindahkan sebahagian pengundi-pengundi mereka kembali ke Selangor.

Kerana mereka tahu, hasil kerja tangan Geng Terengganu di PAS Pusat bakal memberikan laba yang cukup besar kepada UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Bukankah pada 2004 sendiri kita lihat betapa kumpulan “ulama” telah memberi kemenangan yang cukup gemilang kepada UMNO dengan “Dokumen Negara Islam” mereka? Nampaknya sejarah akan berulang kembali.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

UMNO Derhaka Pada Sultan Kelantan?

Sultan Kelantan masih waras dan sedar. Namun, UMNO dengan jelas menghalang Sultan Kelantan terbang ke Singapura untuk mendapat rawatan lanjutan terhadap penyakit beliau.

Kalau Sultan Kelantan bukan Sultan pun, UMNO tiada hak menghalang Baginda mendapat rawatan yang dikehendaki. Kehendak Sultan Kelantan untuk terbang ke Singapura adalah kehendak Tuanku. Mengapa UMNO derhaka pada titah Tuanku?

Jelas, ini suatu tindakan "Mengata Dulang Paku Serpih". Konon berdemo menentang Zaid, tapi pada waktu yang sama melakukan derhaka terang-terang kepada kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan.

Lagi satu yang saya hairan adalah di mana PERKASA? Mengapa PERKASA diam apabila Raja Melayu terang-terang diperlakukan seperti sampah. Ku Anis terpaksa melarikan diri kerana dikasari pihak berkuasa milik UMNO.

Inikah dia sikap parti yang mengaku memperjuangkan Melayu dan Hak Melayu? Memperlakukan Raja Melayu seperti sampah. Kedua-dua PERKASA dan UMNO adalah munafik. Konon kata berjuang Melayu, tapi boleh layan Raja Melayu seperti sampah.

Kalau Sultan Kelantan UMNO boleh layan seperti sampah, apatah lagi Raja-Raja Melayu yang lain.

Ada kawan saya kata UMNO seperti mahu menghalang Sultan Kelantan dari sembuh. UMNO seperti mahu Tuanku Sultan Kelantan mangkat kerana tidak mendapat rawatan yang diperlukan Baginda. Saya rasa ada kemungkinan juga kerana beberapa cerita yang saya tak boleh dedahkan.

Tulang Besi.


Peguam: Sultan Kelantan masih waras, sedar Mei 7, 10 3:21pm

Peguam Gobind Singh Deo, seorang daripada enam peguam yang memfailkan satu writ habeas corpus hari ini atas penahanan Sultan Kelantan Tuanku Sultan Ismail Petra, menafikan laporan media bahawa baginda dalam keadaan kurang upaya.

“Setahu kami baginda masih sedar, waras dan mengetahui apa yang berlaku,” kata Gobind.

Ditanya sama ada Pemangku Raja,Tengku Muhammad Faris Petra akan dinamakan sebagai reponden, peguam kanan Raja Aziz Addruze menolaknya dan menuding tanggungjawab itu ke atas kerajaan persekutuan dan polis.

"Bagi kami, Pemangku Raja tidak relevan dalam perkara ini. Pihak yang aktif adalah polis dan kerajaan persekutuan - mereka adalah pihak yang menghalang sultan,” katanya.

Peguam Param Cumaraswamy, yang juga hadir pada sidang media itu berkata kerajaan persekutuan perlu menjawab banyak soalan.

Ditanya mengapa kerajaan persekutuan menahan sultan di Hospital Universiti Sains Malaysia in Kota Bahru, Gobind berkata, "Itu, anda perlu bertanya kepada mereka.
Kekanda sedih setiap kali Sultan Kelantan kata nak balik
May 07, 2010

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Kekanda sulong Sultan Kelantan, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra mendakwa Sultan Ismail Petra, yang mengalami tekanan darah tinggi sebelum ini, kini berada dalam keadaan stabil dan sihat.

“Tuanku sihat, keadaannya stabil,” kata Tengku Merjan.

“Tapi tekanan darahnya tak banyak beza, mungkin masih trauma dengan insiden baru-baru ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Tengku Merjan mengesyaki kesan tekanan darah berikutan kejutan insiden penahanan kenderaan baginda oleh pasukan Unit Tindakan Khas malam Selasa lalu.

“Siapa tidak terkejut main dengan bertopeng dan bersenjata begitu, kita orang sihat begini pun boleh naik darah,” katanya.

Hari ini, peguam yang mewakili Sultan Kelantan memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Dalam kejadian Selasa lalu, kenderaan membawa Sultan Kelantan bersama Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid serta anakanda ketiganya Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry ditahan di luar Istana Mahkota dalam perjalanan menuju lapangan terbang untuk ke Singapura.

Difahamkan Sultan Kelantan ke Singapura untuk mendapatkan rawatan susulan.

Sultan Kelantan sebelum ini dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura selama sembilan bulan sebelum pulang awal Mac lalu.

Tengku Merjan mengulangi perasaan dukacitanya terhadap pasukan pengawal keselamatan yang ditugas mengawal tuanku di hospital bertindak menafikan lawatan kerabat ke atas tuanku sepanjang berada di hospital.

“Saya sendiri tak faham kenapa mereka sanggup lakukan sedemikan rupa, pertikai rawatan tuanku di Singapura hingga sanggup mencetuskan satu situasi yang boleh menimbulkan persepsi bukan-bukan masyarakat di luar sana kepada istana.

“Lepas itu nafi pula lawatan kaum kerabat tuanku sendiri, apakah halnya ini?” soalnya.

Beliau yang sebak memberitahu Sultan Ismail kerap menghubunginya minta hadir di hospital.

“Hari-hari tuanku telefon saya, tengah hari ini pun telefon minta saya pergi hospital (jumpa tuanku), namun apa boleh buat, saya tak dibenarkan masuk.

“Saya beritahu masalah itu pada tuanku, memang tuanku pun amat sedih. Saya boleh rasa suara sedih semasa bercakap, dan saya cukup sedih sekali bila setiap kali saya dengar dia cakap nak balik,” katanya menahan sebak.

Sultan Kelantan masih berada di bawah kawalan perubatan HUSM.

Difahamkan HUSM masih dikawal rapi oleh anggota keselamatan, bagaimanapun jumlah kehadiran anggota polis sudah berkurangan berbanding dua hari lalu.

Ditanya perancangan untuk memindahkan Sultan Kelantan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Tengku Merjan ada mendengar maklumat tersebut tetapi tidak dapat uruskan pemindahan itu memandangkan tekanan darah yang masih belum stabil.

Laporan awal semalam menyebut baginda dijangka dipindahkan ke HKL, namun ditangguh atasa alasan faktor kesihatan dan keselamatan.

Sehubungan itu Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad mengesahkan tuanku masih berada di HUSM.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut sebuah panel dengan 10 pakar perubatan yang dilantik Kerajaan Negeri Kelantan hari ini memulakan pemeriksaan kesihatan ke atas Sultan Kelantan.

Abdul Halim berkata kesemua pakar perubatan itu tiba di sini pagi ini untuk menjalankan pemeriksaan rapi ke atas Sultan Kelantan.

Menurutnya pakar-pakar perubatan itu tiba di HUSM kira-kira 3 petang dengan menaiki kenderaan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Abdul Halim berkata pihaknya tidak pasti berapa lama pakar perubatan itu akan berada di HUSM.

Beliau berkata setelah siap, laporan itu akan diserahkan kepada Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra.



Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, May 7, 2010

Najib Nak Lulus Judi Bola. Mana Suara Ulama PAS?

Dewan Ulama PAS dan Majlis Syura Ulama PAS ada wakil dalam Parlimen. Yang menyedihkan wakil DAP, Anthony Loke, yang bukan Islam sahaja yang menentang cadangan Judi Bola ini. Padahal Anthony Loke bukan orang Islam dan jauh sekali pernah menerima pendidikan dari Al Azhar atau U Yarmuk. Baca Quran pun si Anthony ni tak reti.

Akhirnya, Najib telah meletakkan Vincent Tan serta Berjaya Group lebih tinggi dari taraf para mufti dan qadhi seluruh Malaysia. Cadangan menghalalkan judi bola ini datangnya dari Vincent Tan. Mengikut artikel AFP:

It said the Berjaya Group, a major Malaysian conglomerate with holdings ranging from lottery to casino operations, was seeking approval from the government to operate sports betting activities in the country.
Illegal betting on football is rife in Malaysia and the World Cup is expected to see a surge with millions of dollars changing hands.
The Berjaya Group made a similar proposal a few years ago, but then prime minister Abdullah Ahmad Badawi shot down the request. Gambling is forbidden in Islam and Malaysia has a large Muslim population”.


(TERJEMAHAN BEBAS: “Dikatakan Kumpulan Berjaya, sebuah konglomerat yang terdiri dari syarikat2 loteri dan kasino, sedang mencuba untuk mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia untuk mengoperasi judi sukan di Malaysia.
Judi haram berleluasa di Malaysia dan Piala Dunia kelak akan melihat kenaikan kegiatan ini yang mengakibatkan jutaan ringgit bertukar tangan.
Kumpulan Berjaya telah membuat permohonan yang serupa beberapa tahun sebelum ini, namun Abdullah Badawi telah menolak bulat-bulat. Judi adalah haram di dalam Islam dan Malaysia mempunyai penduduk Islam yang besar”)
Alasan yang diberikan Awang Adek adalah supaya kita dapat mengawal kegiatan judi haram. Oleh kerana itu, kalau kita hendak kawal zina (persetubuhan haram) maka harus kah kita menghalalkan zina?

AWANG ADEK MENIPU?

Dari laporan AFP di atas, jelas idea judi bola datang dari Berjaya Group milik Vincent Tan. Alasan untuk mengawal judi haram juga alasan yang dangkal. Apa guna ada polis yang banyak-banyak kalau judi haram yang kecil ni pun tak boleh dikawal? Adakah Polis cuma berani menembak remaja 12 tahun di Shah Alam sahaja?

Saya nak tanya Awang Adek, siapa yang beliau hendak tipu? Kalau Dolah Badawi boleh tolak, kenapa kao nak perjuangkan sekarang ini?

Adakah ini satu pembalasan kepada jasa Vincent Tan yang telah membayar Rm25 juta kepada Timbalan Speaker Perak Yee yang melompat satu masa dahulu yang telah membawa kepada jatuhnya kerajaan Perak?

Raja Petra telah mendedahkan:
Whatever it may be, the thing that prompted her to abandon the party that no longer appreciated her services was the RM25 million that Vincent Tan of Berjaya paid her. Yes, she was paid a cool RM25 million in cash, more money than any Malaysia Today reader will see it many lifetimes.

Saya soal sekali lagi, siapakah yang Awang Adek hendak tipu?

MANA SUARA ULAMA PAS?

Saya pun sedih. Dalam Parlimen ada wakil-wakil dari Dewan Ulama PAS serta Majlis Syura Ulama. Namun, yang bangun menentang cadangan Judi Bola ini adalah wakil DAP, Anthony Loke, serta wakil “IRC” dalam PAS, Dr Dzulkiflee Ahmad.

Wakil-wakil Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama PAS senyap sunyi bak suasana di tengah malam. Soalan saya adalah, adakah ini petanda ulama-ulama PAS telah mengiktiraf kepimpinan Najib Tun Razak?

Kalau ada orang tanya apa kesan “Agenda Perpaduan” kepada PAS, jawapannya adalah lunakknya sikap ulama-ulama PAS terhadap kepimpinan UMNO. Sehingga ke tahap penghalalan judi oleh Najib Tun Razak pun tidak ditentang oleh golongan ulama dalam PAS.

Yang herannya waktu Muktamar tahun lepas, heboh nak tuduh Husam beli perwakilan. Tapi, bila Najib lulus judi macam ni, takda pula kita dengar suara dari Ketua Dewan Ulama PAS? Ataupun mana-mana ahli Majlis Syura Ulama PAS?

Adakah Ulama2 dalam PAS sudah boleh menerima judi yang dihalalkan oleh Najib Tun Razak?

Apa masaalahnya bagi Dewan Ulama PAS menganjurkan Solat Hajat mengutuk cadangan menghalalkan judi bola ini? Susah sangat ke?

Tak heranlah sesetengah ulama dalam PAS terpaksa bergantung harap kepada beberapa blogger pondan yang sedang bersarang di Tranungkite. Susah nak jawab soalan-soalan sebegini. Jadi, biar blogger-blogger pondan jawab.

Sekian

Tulang Besi

Sports betting under review in Malaysia
(AFP) – Mar 23, 2010

KUALA LUMPUR — Malaysia plans to review proposals to legalise sports betting ahead of the World Cup finals in South Africa, a report said Wednesday.

"There are proposals, but we will see first," Prime Minister Najib Razak was quoted as saying by the New Straits Times.

The newspaper said sports betting may legalised in time for the World Cup which is played from June 11 to July 11.

It said the Berjaya Group, a major Malaysian conglomerate with holdings ranging from lottery to casino operations, was seeking approval from the government to operate sports betting activities in the country.

Illegal betting on football is rife in Malaysia and the World Cup is expected to see a surge with millions of dollars changing hands.

The Berjaya Group made a similar proposal a few years ago, but then prime minister Abdullah Ahmad Badawi shot down the request. Gambling is forbidden in Islam and Malaysia has a large Muslim population.

A senior Malaysian sports official, on condition of anonymity, told AFP that the government could channel the revenue generated from legalising betting to promote sports.

The official, however, cautioned that it would not eradicate match-fixing.
"The fight against match-fixing is never ending. By legalising betting, it will not totally eradicate match-fixing. What we need to do is to remain vigilant," he said.
Corruption has long blighted football in Asia, particularly in Malaysia, Vietnam and China.

Asian Football Confederation chief Mohamed bin Hammam has previously described match-fixing as a "cancer" that is destroying the game in Asia.
Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia
Mei 6, 10 5:56pm


Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.


Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

UMNO: Buang Pekerja PETRONAS. Serah Minyak Pada Brunei

Sudahlah selama ini kita tak tau apa sudah jadi pada wang minyak kita, tiba-tiba kita dikejutkan oleh berita di bawah. Bahawa pekerja-pekerja Petronas akan dibuang dan diberhentikan.

Sedar atau tidak, kita tidak tahu apa sudah berlaku kepada wang minyak kita selama PETRONAS ditubuhkan. Berapa ramai rakyat Malaysia yang tahu berapa hasil minyak yang didapati Malaysia semenjak 1974? Yang lebih teruk, berapa ramai yang tahu ke mana wang minyak yang berjumlah beribu-ribu juta ringgit telah pergi di bawah pentadbiran UMNO?

Sedikit maklumat yang kita dapat dari hasil wang minyak kita adalah dalam bentuk beberapa bangunan baru yang runtuh di Terengganu.

Soal lagi satu adalah mengapa wang minyak tidak ditabungkan untuk masa depan? Sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan Norway dengan hasil minyak mereka. Hasil minyak Norway diletakkan dalam Tabung Pencen yang mana apabila minyak Norway habis, hasil minyak itu masih mampu menjana wang untuk menjaga kebajikan rakyat Norway.

Adakah Malaysia mahu menjadi seperti Indonesia. Yang mana Indonesia menjadi papa kedana apabila wang minyak mereka habis dirompak Suharto dan keluarga? Apabila wang minyak habis, rakyat Indonesia terpaksa melacur semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Adakah sehingga anak-anak gadis kita mula melacur baru kita hendak menolak UMNO dan BN?

UMNO adalah perompak dan kita memberikan kuasa kepada perompak untuk menjaga kekayaan kita? Esok nanti bila anak-anak gadis kita terpaksa melacur untuk mencari sesuap nasik, barulah kita akan menyesal kerana memilih UMNO sebagai kerajaan.

Langkah Petronas di bawah adalah satu petanda awal bahawa wang minyak kita sudah hampir habis. Hanya menunggu waktu sahaja bagi anak-anak gadis kita melacur dan rakyat Malaysia merempat. Jangan ingat perkara ini tidak akan berlaku. 20 tahun dahulu, tiada siapa dari kalangan rakyat Indonesia yang menyangka mereka terpaksa melacur untuk mencari sesuap nasik.

Marilah kita berterima kasih pada UMNO kerana pemerintahan mereka kelak akan memaksa anak-anak gadis kita melacur untuk mencari sesuap nasik dan rakyat Malaysia terpaksa hidup merempat.

Saya ada bercakap dengan aktivis zakat di Indonesia dan percayalah cakap saya. Majoriti pelacur di Indonesia adalah orang Islam dan mereka melacur kerana mereka mahu mencari wang untuk membeli makanan dan menanggung hidup sehari-hari. Semua ini adalah lantaran habisnya wang minyak Indonesia setelah dirompak Suharto dan keluarga.

Kita mesti ingat Suharto adalah rakan baik UMNO dan Mahafiraun satu masa dulu cukup rapat dengan perompak bernama Suharto ini. Perangai Suharto tiada beza dengan UMNO dan Mahafiraun.

Tulang Besi

ps Kenyataan terbaru dari Petronas Dagangan tidak menafikan akan terjadinya pembuangan secara besar-besaran ini. Kenyataan tersebut hanya menafikan pembuangan itu dilakukan atas inisiatif Petronas. Mereka cuba menyalahkan agen yang mengambil pekerja kontrak bagi pihak Petronas. Soalnya, agen-agen ini tidak mungkin akan memberhentikan pekerja mereka sekiranya Petronas sendiri tidak mahu meneruskan khidmat pekerja-pekerja kontrak tersebut. Agen-agen ini mendapat keuntungan dari setiap pekerja yang diambil Petronas. Lebih ramai pekerja yang diambil Petronas, lebih banyak keuntungan mereka. Adalah bodoh sekiranya agen-agen ini memberhentikan pekerja-pekerja kontrak ini tanpa sebab kerana ianya jelas akan mengurangkan keutungan mereka.

Bersiap sedialah wahai rakyat Malaysia sekelian.


Pekerja kontrak Petronas bakal hilang kerja
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 5 Mei: Warga pekerja kontrak Petronas seluruh negara bakal berdepan dengan potongan gaji dan kehilangan kerja bermula 1 Jun depan.
Demikian dinyatakan oleh seorang pekerja Petronas yang mahu dikenali sebagai Hopeless Bapak dalam satu surat kepada Harakahdaily.
Menurutnya, pekerja yang bekerja hampir 25 tahun langsung tidak dihargai dan berdepan dengan potongan gaji kira-kira 40 peratus atau bermula pada gaji pokok walaupun telah bekerja lama sehingga ada yang menjangkau 25 tahun.
Ada pekerja di sesetengah bahagian tidak disambung kontrak walaupun telah lama bekerja dengan Petronas.
“Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan oleh DS Najib yang mewar-warkan ke arah negara berpendapatan tinggi?
“Ke mana keuntungan Petronas yang beratus billion dibelanjakan. Tiadakah sedikit penghargaan kepada pekerja yang telah menaikkan nama syarikat,” soalnya.
Baginya, alasan mereka pekerja kontrak dan mengurangkan kos tidak dapat diterima sama sekali.

Justeru, katanya berkemungkinan piket akan diadakan pada 1 Jun nanti di seluruh negara sekiranya kezaliman itu diteruskan.

Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Thursday, May 6, 2010

TranungKite Sarang Bloggers Pondan (Tarbiyyah Ulama Sebegini?)

Saya tak tau nak kata apa. Sesiapa yang pergi ke Tranungkite akan melihat banyak artikel yang disiarkan dari blog-blog yang tidak dikenali tuannya.

Misal yang saya boleh ambil adalah blogger seperti Batu Api dan Ali Zaidan. Kedua-dua blogger ini kerap disiarkan artikel mereka oleh Moderator Tranung Kite bernama Songkok Putih (yang juga tidak dikenali identiti nya).

Mereka-mereka ini kita boleh gelarkan sebagai blogger-blogger pondan. Mengapa? Kerana mereka takut hendak mendedahkan identiti mereka kepada umum.

Mengapa mereka jadi pondan sebegitu sekali? Kerana mereka takut untuk bertanggungjawab terhadap tulisan-tulisan mereka sekaligus memberikan mereka kebebasan menyebar fitnah dan penipuan kepada umum.

Songkok Putih, moderator Tranungkite, telah saya buktikan seorang penipu. Dahulu kata dia letak jawatan sebagai moderator Tranungkite. Rupa-rupanya dia bohong. Dan dia sendiri mengaku kepada saya bahawa dia berbohong. Dia tidak pernah letak jawatan, cuma berbohong kepada umum kononnya dia letak jawatan.

Agaknya, ini tarbiyyah ulama dalam PAS mengizinkan berbohong dan menipu.


Tranungkite kena ubah nama jadi Laman Web Lorong Haji Taib.


Orang berperangai munafik seperti inilah yang membela blogger-blogger Pondan seperti Batu Api dan Ali Zaidan. Blogger seperti Batu Api telah saya buktikan fitnah dan pembohongannya banyak kali. Tapi, masih diberi ruang oleh Songkok Putih dalam Tranungkite. Ini bererti Tranungkite tidak risau pasal hukum dan syariat Islam.

Penipuan dan fitnah mudah sahaja diterima dan disiarkan oleh Tranungkite.
Ia membuat kita menyoal adakah laman Tranungkite ini menjunjung Al Quran dan Hadeeth sebagai hukum tertinggi mereka?

Di samping itu, saya mendapat tahu dari rakan-rakan yang mendaftar diri sebagai ahli telah dibatalkan keahlian mereka. Ini kerana di dalam ruangan forum dan komen, mereka kerap memberi pendapat yang anti PERPADUANG dan PRO Pakatan Rakyat. Hasilnya, pendaftaran keahlian mereka tiba-tiba sahaja dibatalkan.

Ertinya, bukan sahaja mereka ini penipu tetapi mereka juga adalah pengecut. Agaknya sebab selalu sangat berkumpul di Jalan Raja Laut, blogger-blogger ini telah terjangkit dengan perangai-perangai pondan Lorong Haji Taib.

Terdapat juga beberapa blog baru yang menggunakan nama seperti Muhammad Al Fateh, Penembak Babi, Pemburu Syahid dan banyak lagi. Ini juga boleh dikategori sebagai blogger-blogger pondan.

Mereka tak berani bertanggungjawab atas apa yang mereka kata dan tuduh. Mereka cuma berani menabur fitnah dan pembohongan tanpa berani bertanggungjawab atas pembohongan mereka.

Sedihnya saya melihat kepimpinan ulama dalam PAS terpaksa bergantung harap kepada blogger-blogger Pondan seperti ini.

Sekian

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Kickdefella: Puak Makan Balak Kelantan Buat Apa?

Nota Editor: Dalam heboh-heboh kes Kickdefella dan RM4 juta ini, saya tertanya-tanya, apa yang puak-puak makan balak di Kelantan telah lakukan untuk mempertahankan Kelantan pada 2008?

Yang kita tahu, ada yang beli Honda Elyson dgn plet number PAS 17.Ada yang tambah bini lagi satu walaupun dah ada dua. Terus menerus mereka berusaha memburukkan Haji Annuar Bakhri dan terus menerus mereka mempertahankan Ariffahmi.

Tapi, yang kita nak tahu apa benda puak2 ni dah buat untuk mempertahankan Kelantan dari diambil UMNO pada 2008? Sekurang-kurangnya PAS Kelantan beruntung ada manusia nama Husam Musa yang berusaha mengumpul derma bagi mewujudkan usaha melemahkan UMNO dengan mempersoalkan kredibiliti Pak Lah sebelum 2008.

Hasilnya Kerajaan KElantan berjaya dipertahankan, alhamdulillah.

Malahan usaha ini juga menguntungkan PAS di Kedah dan beberapa negeri lagi. Cuma yang herannya, walaupun pada masa itu imej Pak Lah sudah lemah dan UMNO berpecah, PAS Terengganu masih GAGAL merampas Terengganu. Heran bin ajaib..

Apa yang Kickdefella telah lakukan hanyalah mendedahkan wujudnya derma RM4 juta bagi mengalahkan UMNO pada pilihanraya 2008. walaupun dia sebut "menjatuhkan Pak Lah" tapi kita harus ingat. Bahawa kemenangan besar UMNO 2004 adalah di atas imej Pak Lah. Dengan kata lain, serangan kepada Pak Lah adalah serangan kepada UMNO. Apa yang Kick buat hanyalah mendedahkan "FAKTA" berkaitan Pak Lah yang disenyapkan oleh media kawalan UMNO/BN. Itu sahaja.

Terima kasih pada Kickdefella kerana mendedahkan siapa yang bertanggungjawab di kalangan PAS Kelantan di dalam mempertahankan Kerajaan Kelantan dari dirampas UMNO pada 2008.

Sekurang-kurangnya kita tahu ada juga dalam PAS yang tidak hanya berceramah, tapi berbuat kerja bagi memenangkan parti.

Tulang Besi
Apa salahnya RM4 juta untuk kalahkan Pak Lah - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan, apa salahnya menggunakan wang RM4 juta untuk mengalahkan Umno dalam pilihan raya umum ke 12 lalu asalkan ia bukan dari sumber yang tidak betul.

Bahkan, beliau sendiri sanggup untuk melakukan kerja menjatuhkan Umno dan BN yang sememangnya tidak baik itu jika diberikan wang sebanyak itu.

Bagi Mahfuz, isu itu sebenarnya, tidak wajar dipolemikkan kerana sebagai sebuah parti, memang menjadi kerja dan tugas PAS melawan kerajaan yang ada untuk menubuhkan kerajaan yang lebih baik.

Katanya, ahli PAS sanggup menggadaikan apa sahaja yang mereka ada untuk memperjuangkan Islam yang dibawa oleh PAS.

Beliau mengulas dakwaan blogger Sheikh Kickdefella atau Syed Azidi Abdul Aziz yang mendakwa beliau diberikan wang RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf menjatuhkan Umno dan BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelang pilihan raya umum ke 12 lalu.

Jika sekiranya tidak benar pun dakwaan Kickdefella itu, beliau berkata, PAS sebagai sebuah parti politik akan tetap berkempen supaya rakyat menolak politik perkauman dan kezaliman yang dilaksanakan oleh para pemimpin Umno dan BN yang menggunakan prasarana kerajaan untuk melawan rakyat.

“Benar tidak benar dakwaan RM4 juta itu, memang saya tidak tahu, tetapi kalau tak benar pun, PAS tetap buat kerjanya berkempen supaya Umno BN kalah dalam pilihan raya depan,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

“Kalau betul pun, apa salahnya, memang keberadaan PAS dan parti-parti pembangkang yang lain sejak PRU 12 lalu adalah untuk pertahan kerajaan negeri (Kelantan), kuasai negeri-negeri (hatta) kerajaan Persekutuan sendiri,” tegas beliau.

Menurut Mahfuz, imej Abdullah sememangnya buruk bukan sahaja di kalangan pembangkang, malah di kalangan ahli-ahli Umno.

Maka, media-media pro Umno tidak seharusnya menyalahkan PAS dan pembangkang, sekiranya kelemahan Abdullah itu dijadikan modal berkempen pada PRU 12 lepas.

“Dia (Abdullah) sendiri memang lemah (dan) kelemahannya itu melengkapkan kelemahan yang sedia ada pada Umno itu sendiri (iaitu) mengamalkan rasuah, perkauman melampau dan sebagainya.

“Dia adalah simbol kepimpinan Umno, kalau kita berkempen menyerang Umno, tetapi tidak menyerang Abdullah, itu ajaib namanya,” ujarnya.

Seperti sekarang, fokus PAS sendiri, menurut beliau sudah tentu berkempen kepada rakyat supaya menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sama juga sekarang, Najib adalah simbol kejahatan, simbol korupsi, simbol jenayah berprofil tinggi yang bukan saya saja pertikai, malah dunia sendiri sedang persoalkannya, kalau kita tak berkempen, itu kurang bijak namanya.”

Lanjutan itu, beliau turut meminta pihak berwajib yang dilihat cuba melaga-lagakan PAS dengan penulis Kickdefella, http://kickdefella.wordpress.com supaya menjelaskan motif di sebalik kenyataan masing-masing tentang senario politik tanah air belakangan ini.

“Berapa juta ringgit agaknya yang pemimpin Umno guna wang rakyat untuk rampas kerajaan negeri Perak?

“Benarkah RM100 juta duit rakyat dihabiskan oleh Umno BN untuk rampas semula Hulu Selangor baru-baru ini?

“Yang mereka (Umno) tahu memburukkan Datuk Zaid Ibrahim yang sudah pun bertaubat dengan pelbagai fitnah di media masa.

“Kenapa tindakan Umno menggadai dua telaga minyak kita (Blok L dan M) bernilai USD320 bilion pada Brunei tidak dilaporkan dengan baik?" soal beliau.

Menurut beliau, sepatutnya semua pihak lebih prihatin terhadap inisiatif kerajaan pusat membayar lebih RM77 juta pada firma perunding antarabangsa APCO Worldwide (IAC), firma yang dikaitkan dengan Zionis-Israel demi memperbaiki imej seorang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“RM77 juta dibayar pada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Zionis-Israel, sepatutnya (isu APCO) ini yang lebih dipedulikan,” jelasnya.

Katanya lagi, sekiranya ada mana-mana jutawan sudi memberi sejumlah wang yang sama, RM77 juta kepada beliau untuk berkempen supaya Umno BN kalah dalam PRU13 kelak, beliau bersedia untuk mengambil duit tersebut.

“Iya...kalau ada jutawan mana-mana yang nak beri saya RM77 juta, bukan beri kepada syarikat pro Zionis-Israel, agar PAS boleh berkempen untuk mengalahkan Umno BN dalam pilihan raya (umum) ke-13 untuk dedah siapa Najib sebenarnya, saya akan terima,” ujarnya dalam nada berseloroh.

“Saya ingat, semua parti pembangkang pun sudi terima sumbangan ikhlas oleh mana-mana pihak kerana mereka pun mahu selamatkan Malaysia dari terus dimusnahkan oleh politik perkauman Umno ini,” katanya.

Beliau berkata, tanpa RM4 juta pun, ahli-ahli PAS tetap akan turun berkempen dalam pilihan raya demi menghadapi Umno BN.

“PAS bukan setakat RM4 juta, nyawa pun mereka akan wakafkan untuk perjuangan Islam, demi menjatuhkan kerajaan yang nyata menerima petunjuk APCO Zionis-Israel.”

Sejak beberapa bulan lalu, Kickdefella dilihat mengkritik Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta beberapa pemimpin PAS Kelantan secara terbuka menggunakan blog peribadinya.

Ekoran kritikan tersebut, beberapa pihak seperti Datuk Nik Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan), Fadli Shaari (Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri) serta blogger Tulang Besi atau Abdul Rahman Talib (pemilik blog MalaysiaWaves) bertindak mencabar beliau mendedahkan dalang di sebalik aktiviti korporatnya melalui Global Media Channel.

Demi membuktikan diri terlibat mempertahan kerajaan negeri Kelantan dari jatuh ke tangan Umno, Kickdefella mendedahkan bahawa beliau menerima RM4 juta dari pihak tertentu untuk menjalankan kerja-kerja mempertahankan kerajaan negeri.

Kini beliau disiasat oleh SPRM dan telah mendedahkan bagaimana dan daripada siapa wang itu diterimanya.

Dalam sidang medianya tengah hari tadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan PAS terlibat memberikan wang itu kepada Syed Azidi namun beliau tidak tahu kalau-kalau ada pemimpin PAS terlibat.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, May 5, 2010

UMNO Bila Nak Buat Sistem Tender Terbuka?

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga), menuduh Kerajaan Penang tidak telus dalam sistem tender terbuka yang diamalkan oleh kerajaan PR setakat ini.

Soalan saya pada Datuk Azhar, UMNO sendiri adakah mereka mengamalkan sistem tender terbuka? Adakah Dato Azhar muka tak malu menuduh orang lain sedangkan diri sendiri kotor sehingga ke akar umbi?

Sebelum nak marah pada Kerajaan Penang, Dato Azhar patut menyoal parti dia sendiri. Yakni, bilakah UMNO sendiri hendak melaksanakan sistem tender terbuka? Rasanya Dajjal keluar nanti pun, UMNO tidak akan laksana sistem tender terbuka.

Macamlah UMNO kritik PAS tak laksana hudud. Dia sendiri kalau nak laksana hudud, alamat kena tunggu beberapa hari sebelum kiamat lah baru UMNO nak buat hudud. Mustahil parti yang rasmi kilang arak Guiness di Sungai Way akan laksana hukum syariah Islam.

MUSTAHIL. MUSTAHIL.

Lepas disoalnya UMNO, barulah dia ada hak menyoal kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jangan ikut resmi ayam jantan, Encik Azhar. Berkokok sekampung, tapi ekor penuh tahi.
Jangan buat malu orang Penang. Kalau nak kelentong pun, jangan sampai orang tahu.

Tulang Besi
BN: Sistem tender terbuka Pulau Pinang tak telus
Mei 4, 10 4:33pm


Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) hari ini mempertikai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam pemberian beberapa tender yang didakwanya tidak telus.

Beliau mendakwa tindakan itu langsung tidak menggambarkan kerajaan negeri mengamalkan sistem tender terbuka yang berlandaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).

"Bagi tender satu projek di Taman Perindustrian Batu Kawan, ada lima syarikat yang memohon tender itu.

"Tetapi syarikat yang berada pada kedudukan kelima yang dipanggil oleh Ketua Menteri (Lim Guan Eng) untuk rundingan," katanya ketika membahaskan usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Georgetown, hari ini.

Selain itu, Azhar mendakwa bagi projek Bukit Jambul Country Club, tender diberikan kepada syarikat Taiyo Resort (KL) Bhd walaupun terdapat beberapa syarikat lain yang disenarai pendek.

"Terdapat syarikat yang mempunyai keupayaan dan telah membuat keuntungan besar tidak dipilih, sebaliknya kerajaan negeri memilih syarikat yang mempunyai masalah kewangan," katanya.

Sehubungan itu, Azhar meminta kerajaan negeri mendedahkan minit mesyuarat berhubung pemberian tender bagi projek itu.

Azhar turut mempertikaikan manifesto DAP yang yang menyatakan bahawa setiap syarikat yang mendapat tender bagi projek bernilai lebih RM10 juta, perlu memberi sumbangan.

"Sumbangan itu untuk siapa, kerajaan negeri atau masuk poket siapa?" katanya.

- Bernama


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Kempen Doa Laknat Kepada Konspirasi Membeli Wakil-Wakil Rakyat PKR

Saya menyeru kepada sekelian penyokong Pakatan Rakyat serta pengundi untuk menjayakan projek ini. Yakni mendoakan laknat semua yang terlibat dalam pembelian serta perlompatan wakil rakyat dan pimpinan PKR.

Oleh kerana majoriti yang melompat adalah Melayu dan mengaku Islam maka haruslah doa ini sesuai dengan mereka yang pelompat.

Kalau si pelompat melompat atas dasar prinsip, maka mereka tiada sebab untuk risau dengan doa ini.

Doanya adalah:
“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.

Maka, kami memohon, Ya Allah, dan meminta supaya kao menurunkan bala yang serupa dengan bala kaum Nabi Nuh dan Nabi Hud ke atas mereka-mereka yang bersengkongkol di dalam usaha membeli wakil-wakil rakyat dan pimpinan PKR ini. Kami memohon Kau turunkan bala Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud kepada mereka yang membeli, yang dibeli dan yang membantu proses pembelian ini. Tidak kira siapa orang itu dan dari parti mana orang itu.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau adalah Maha Berkuasa ke lebih Berkuasa dari wang mereka.
AMINNNNN”

Sekiranya UMNO dan kuncu2 PKR tidak terlibat dalam politik wang ini, maka mereka tidak ada apa-apa yang perlu mereka risaukan dari doa ini.

Doa ini hanya untuk mereka yang terlibat dalam pembelian serta merelekan diri mereka dibeli yang seterusnya membawa kepada “lompat parti”. Kalau mereka melompat atas dasar prinsip, maka mereka tidak perlu risau akan doa ini.

TAPII, kalau mereka ada menerima walau satu sen pun hasil dari perlompatan mereka, maka bersiap sedialah kamu untuk menghadapi apa apa kemungkinan sekiranya doa ini termakbul.

Kepada pembaca yang membaca doa ini, diminta di AMINNN kan doa ini.

POLITIK WANG AKAN MENYEBABKAN AGAMA DAN BANGSA TERGADAI

Lee Kuan Yew pernah sebut dengan SD80 juta beliau boleh beli satu UMNO. Kalau budaya beli membeli ini kita biarkan berterusan satu hari nanti negara dan agama kita akan tergadai kepada orang asing dan kuasa asing.

Maka, jangan ingat usaha ini adalah untuk menyokong PKR atau Anwar Ibrahim. Usaha membuat doa ini adalah memerangi POLITIK WANG bagi menjaga serta mempertahankan kesucian Islam serta kedaulatan negara kita.

Kawan saya di Singapura berkata beliau yakin sekurang-kurangnya 40% UMNO telah pun dibeli Lee Kuan Yew. Dan tidak mustahil projek membeli pimpinan PKR ini pun idea datang dari Singapura.

HANYA PROJEK MEMBELI WAKIL RAKYAT PKR SAHAJA YANG BERJAYA

Setakat ini, segala usaha UMNO/BN untuk memporak peranda PAkatan Rakyat telah gagal. Fitnah terhadap DAP dan kononnya DAP anti Melayu semakin gagal.

Percubaan membawa PAS masuk BN pun berjumpa dengan jalan buntu. Usaha mereka yang terakhir adalah dengan membeli pimpinan serta wakil2 rakyat PKR. Setakat ini, itu sahaja yang berjaya. Cumanya, kesan kepada pengundi sudah semakin hilang. PEngundi pun tak kesah berapa ramai pimpinan PKR yang keluar kerana mereka sedar pelompat2 ini telah dibeli.

Wakil Bakar Arang pula melompat sebab dia takda maruah. Marah kena pecat dari Exco, maka dia melompat keluar parti.

TIADA YANG MELOMPAT PARTI setakat ini melakukannya atas dasar prinsip perjuangan. Dan juga, pelompat-pelompat ini melompat berseorangan diri. Tiada ahli atau pengikut yang mengikuti mereka.

Contohnya, hanya dua ahli PKR Bayan Baru yang mengikut Zahrain keluar dari PKR. Tiada ahli yang mengikut Adun Bakar Arang keluar parti. Tiada ahli yang mengikut Zul Noordin keluar PKR. Tiada ahli yang mengikut si Fairus keluar parti juga.

Ini bererti tiada siapa kesah pada para pelompat. Dan mereka sendiri tidak dapat meyakinkan ahli di kawasan mereka terhadap sebab mereka.

Mereka melompat sebab mereka mendapat tawaran yang begitu besar. Itu sahaja. Bodohlah orang yang mengikuti mereka ini.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, May 3, 2010

Ezam Berhak Dilantik Senator Oleh Parti Yang Beliau Tuduh Rasuah

NOTA EDITOR: Heran bin ajaib. Sudahlah Ezam muka tak malu menerima jawatan parti yang beliau maki dan nista selama ini, ada hati pula mengaku beliau ada hak terima jawatan Senator?

Alasan yang beliau beri juga alasan paling tak logik. Beliau kata beliau berjasa memerangi rasuah dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi GERAK satu masa dahulu.

Tapi, sewaktu beliau dalam GERAK, parti yang beliau sering tuduh rasuah adalah UMNO. Beliau masuk Penjara Kajang kerana beliau dedah rahsia rasuah Rafidah Aziz. Beliau kena ISA kerana beliau menentang penyelewengan dan salah guna kuasa UMNO.

Sekarang ini beliau menerima jawatan Senator atas lantikan UMNO, parti yang beliau sendiri dedah sebagai parti rasuah.

Inilah contoh manusia yang tiada maruah. Bukan sahaja maruah perjuangan tetapi juga maruah sebagai seorang manusia. Binatang lebih mulai dari manusia bernama Ezam Mat Nor ini

Sekian
Ezam: Saya berhak jadi senator
Mei 3, 10 10:23am



Bekas ketua pemuda, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor dan Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.

Dua lagi yang dilantik ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Ezam (kiri, berkaca mata) yang keluar daripada PKR dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 juga adalah bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau mencuri tumpuan suatu ketika dahulu kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.
Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.
Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan PKR tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".
Be

rcakap kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan, Ezam membidas pengkrirtik kononya dia tidak layak dilantik sebagai senator.

Sebaliknya menurut Ezam, dia telah membuat sumbangan besar bagi memerangi gejala rasuah di negara ini.

"Hanya saya yang terpaksa ke penjara kerana kesalahan rasuahnya kerana saya dituduh menurut Akta Rahsia Rasmi. Semua tuduhan ini bertujuan untuk memburuk-burukan diri saya,” katanya.

Ezam juga menafikan bahawa pelantikannya itu berkait dengan tindakannya meninggalkan PKR dan menyertai Umno semula.

Sebaliknya, bekas setiausaha politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata dia dilantik sebagai senator kerana peranan yang dimainkannya dalam pertubuhan NGO, gerakan menentang rasuah (GERAK).

"Saya amat berpuas hati dengan kedudukan saya sebelum ini. Jawatan ini bukannya sesuatu yang besar. Ia bukannya satu ganjaran,” katanya.

Sementara itu, Palanivel ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia, perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.

Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Sunday, May 2, 2010

Husam Musa Cabar Siasat Tuduhan RM4juta Kickdefella

NOTA EDITOR: Husam Musa sudah cabar. Kalau benar tuduhan Kickdefella, dipersilakan buat siasatan.

Cumanya, melalui maklumat saya dapat dari beberapa sumber yang saya tak tau tepat atau tidak, duit RM4 juta tu datang dari sumber-sumber berdekatan dengan UMNO.

Eloklah kalau SPRM siasat pun, betul tak?

Husam sendiri kata:
Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan UMNO tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.
Saya tak sabar nak dengar PENDEDAHAN KICKDEFELLA. Ada kemungkinan pendedahan Kickdefella akan menguntungkan Pakatan Rakyat serta usaha rakyat Malaysia menghumban UMNO ke Laut Cina Selatan.

Syabas pada Husam kalau cerita ni benar. Husam dapat duit dari puak-puak UMNO untuk menjatuhkan sesama UMNO.

Sekian

Murahnya nak jatuhkan PM kita
Kalau ada seorang blogger yang hebat dan kita ada RM 4 juta, kita sudah boleh jatuhkan seorang PM - nampaknya kerja menjatuhkan PM tidaklah begitu sukar.

Setengah orang mungkin kata 4 juta terlalu mahal dan setengah pula akan kata, kalau 4 juta PM boleh jatuh, ia cukup murah.

Apa sebab mahal dan apa pula sebab murah?

PM macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar empat juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah. Imej buruknya jadi sendiri atas kelemahan kepimpinannya.

Ada sesetengah blogger buat kerja itu percuma saja. Gambar Pak Lah terlentok tertidur dan segala macam kelemahan dia dah ada dalam beratus blog sejak lama. Ada blogger yang meng-kartunkan karakter Pak Lah dalam blog-blog mereka. Sejuta pun tak payah, usahkan empat juta, kerana rasanya blogger-blogger itu semua buat kerja itu sebagai tindakan spontan mereka saja atas kelemahan Pak Lah yang begitu ketara.

Seorang petugas tegar UMNO seperti Sang Kelembai melanyak Pak Lah dalam blognya lama sebelum adanya cerita orang tertentu dapat empat juta untuk burukkan sesiapa.

Kalau ada orang habiskan wang empat juta nak burukkan lagi Pak Lah yang dah pun buruk, rugi sakan lah rasanya orang itu.

Sehari dua ini,Tun M masih membantai Pak Lah atas tergadainya medan minyak kita di Sarawak kepada Brunei. Bekal Tun M tak sampai sepuluh duit pun. Dia hanya petik laporan The Edge dan Brunei Times online saja. Bukan susah nak burukkan Pak Lah hatta dia dah tak jadi PM tapi tinggalan-tinggalan keputusannya yang merugikan negara terbongkar satu lepas satu.

Kalau nak jatuhkan Pak Lah sampai berbelanja empat juta, rasanya terlebih bayar.

Kalau boleh jatuhkan PM sekarang dengan belanja empat juta, rasanya itu tak mahal dan mana-mana pihak boleh mencuba nasib mereka. Ini kira bagus dan murah.

Jadi saya tak tau tulisan blogger yang dibesarkan oleh Utusan itu boleh untungkan sapa?

UMNO Kelantan ada ulas, bagaimana besarnya belanja yang digunakan untuk tewaskan UMNO Kelantan. Empat juta.

Kalau dengan empat juta rancangan Datuk Mustapha tawan Kelantan boleh dikuburkan dan itu dianggap mahal, saya tak tau nak kata. Untuk menang Hulu Selangor saja UMNO belanja entah berapa ratusan juta. Tapi untuk tewaskan UMNO satu negeri, belanja empat juta dah cukup kira jimat dan hebat.

Rupanya tak susah sangat nak tewaskan UMNO Kelantan dan kalau dengan empat juta UMNO satu-satu negeri boleh ditewaskan, mana yang berminat boleh buka tabung untuk cukupkan empat juta satu negeri cuba tewaskan baki UMNO seluruh Malaysia. Rasanya UMNO akan kecut.

Dunia blogger ada indahnya.

Kadang-kadang kita boleh jadi tukang kek. Gandumnya tak sampai secawan tapi kalau kena campur dengan serbuk penaik, sebiji kek yang besar boleh kita buat. Campur pula majerin sama telur. Tengok kemahiran kita. Asalnya gandum secawan saja.

Setahu saya, gerak saraf tak burukkan orang. Itu perang saraf. Gerak saraf ajak orang sokong kita atas kebaikan kita.

Saya pun tak tahu sangat apa beza gerak saraf perang saraf dan operasi berkaitan saraf.

Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan UMNO tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.

Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang UMNO yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.

Lepas saya kata, nak tahu betul tak betul kena siasat tapi yang penting saya dah kata. Nasib elok keluar muka depan Utusan esok lusa, tenggelam cerita telaga minyak berharga tak kurang RM 340 billion yang hilang, gara-gara empat juta! Empat juta kalahkan 340 billion..... Ini pun mungkin masuk dalam kategori saraf juga, samada gerak atau perang atau saraf mana satu, saya tak berapa tau kerana cabang saraf ada bermacam-macam...

Maknanya, nak kata tak lah payah. Lepas itu kita minta lah mana badan yang patut siasat, menyiasat.
Posted by faqir putih at 12:25 AM
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Saturday, May 1, 2010

Presiden PAS ke Maldives Atas Urusan Rasmi Parti, bukan Untuk Memancing

Sejurus selepas PRK Hulu Selangor, blog saya dihujani komen-komen seperti ini:

April 27, 2010 10:33 AM
Delete
Anonymous Gila punya UG said...

Kenapa takut sangat nak sebut Presiden PAS pergi memancing di Maldives waktu ahli-ahli PAS bertungkus lumus dlm prk Hulu Selangor? Dah kena beli dgn geng perpaduang ke?

Dah kecut takut ke nak sebut Umno ada duta-duta dia dalam PAS spt Hadi Awang, Harun Din, Nasharudin Md Isa, Harun Taib, Mustafa Ali, Hasan Ali? Sebab tu apa nak heran Hadi Awang pergi memancing ke Maldives masa prk Hulu Selangor? Blog ni dah kena beli dgn geng perpaduang ke? Hidup Umno! Hidup Apco! Hidup yahudi! Hidup Zionis! Hidup Israel!

April 27, 2010 11:09 AM
Ini tidak benar sebenarnya. Izinkan saya memberi penerangan

Dari maklumat yang diterima oleh TUlang Besi, lawatan ke Maldives adalah atas jemputan rasmi dari Menteri Agama Maldives kepada kepimpinan PAS. Jemputan ini telah dilakukan DUA BULAN YANG LEPAS, sebelum tarikh PRK Hulu Selangor.

Presiden PAS wajib memenuhi jemputan tersebut memandangkan ianya jemputan rasmi dari sebuah negara berdaulat. Juga, Presiden PAS sudah pun berkempen di Hulu Selangor selama 4 hari berturut-turut sebelum itu.

Jadi, saya minta jangan ada lagi membawa fitnah ini kepada Presiden PAS. Beliau tidak bersalah malahan bertindak meninggalkan kempen atas urusan rasmi yang melibatkan maruah negara Malaysia.

Adapun kehilangan Timbalan presiden masih tinggal misteri. Sebagai Pengarah Pilihanraya Hulu Selangor PAS, beliau sepatutnya ada di Hulu Selangor sehingga undi terakhir dikira.

Malahan di malam terakhir kempen pun, yang kita lihat hanya Dato Hasan Ali serta MB Kelantan sahaja yang berada di atas pentas. Sepatutnya Pengarah Pilihanraya PAS Pusat wajib ada di hari terakhir kempen.

Itu isu yang lebih besar dan penting untuk ditanya dan diperkatakan.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.