Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 19, 2011

Kumpulan Video Revolusi TUnisia yang Menjatuhkan Diktator Zalim

Semoga video-video ini menjadi AMARAN KERAS kepada UMNO dan Kroni-kroni mereka. jangan ingat rakyat boleh terus dipermain dan diperolok-olok. Kesabaran rakyat ada hadnya. Seperti di Tunisia, walaupun beratus rakyat Tunisia terkorban, namun mereka tidak berhenti berusaha mengubah nasib mereka dengan menjatuhkan kerajaan diktator Ben Ali yang seiras UMNO dan Barisan Nasional.

Selamat menonton.






Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Najib Masih Takut Untuk Berdebat Dengan Anwar

Sedih hati Tulang Besi. Perdana Menteri MAlaysia MASIH TAKUT untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim setelah mengeluarkan kata-kata nista terhadap cadangan Pakatan Rakyat yang terkandung dalam "Buku Jingga".

Kalau saya jadi Najib pun saya takut jugak nak berdebat sebab saya tahu saya akan kalah. Polisi UMNO dan BArisan Nasional adalah menjadikan kekayaan Malaysia sebagai hak milik UMNOPUTRA serta kroni-kroni mereka.

Najib kelak terpaksa menjawab mengapa subsidi dan bantuan kepada kroni tidak dipotong sedangkan subsidi pada rakyat yang pertama sekali dipotong.

Najib juga pasti sukar menjawab mengapa 1/3 pekerja-pekerja di Malaysia mendapat pendapatan di bawah kadar kemiskinan?(pendapatan di bawah RM700 sebulan)

Najib tentu sukar menjawab kenapa kontrak-kontrak yang besar mudah sahaja diberi kepada kroni tanpa ada proses tender terbuka?

Najib juga susah menjawab mengapa gaji siswazah baru tamat belajar tidak banyak berubah dari tahun 1980an?

Najib juga harus menerangkan mengapa 30% dari pendapatan rakyat terpaksa dibelanjakan untuk kenderaan?

Najib pasti sukar menerangkan mengapa harga minyak dinaikkan ke tahan yang hampir sama pada tahun 2008?

dan banyak lagi yang Najib tahu dia tidak dapat jawab. Sebab tu dia kata:

"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat....adoi... dia akan demam,”

Dia memang tahu semua maklumat. Pasal tu dia takut nak berdebat. Hahahahaha.

Bagi saya kalau mereka ada maklumat pasal Anwar Ibrahim, dah lama maklumat ni keluar. Tak payah nak pukul, nak sumbat penjara, nak kena telanjang dsbnya. Hahahaha lagi satu kenyataan bebal dari Najib. Kes Saiful ni pun, tiada rakyat Malaysia yang berani mengaku secara terang-terang mereka mempercayai Saiful Bukhari. Hahahaha lagi sekali Tulang Besi gelak.

Najib juga kata:

"Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah tahun 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari BN (Barisan Nasional) nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) (yang keluar) jadi (anggota) Bebas.


Sebenarnya Najib kena jawab, mengapa beliau bawa 30 MP pergi ke Taiwan kalau perancangan 16 September Anwar Ibrahim tidak benar?????


Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Tuesday, January 18, 2011

Hipokrasi UMNO: Video Masjid dan Kuil Hindu Bersebelahan di RRI Sungai Buloh

Terlanjur Tulang Besi mengimbas kembali isu "Azan" dan penangkapan Teresa Kok di bawah ISA angkara UMNO dan PAS pro UG, maka Tulang Besi mahu juga menghidupkan kembali isu pemindahan kuil Seksyen 17 Shah Alam ke Seksyen 23.

Isu yang begitu hangat dimainkan oleh UMNO sehingga mereka mahu membakar dan membunuh orang Hindu di Selangor. Dalam dialog di Seksyen 23 bersama kerajaan negeri, juak-juak UMNO terpekik terlolong macam kena sawan konon mahu menghalang kuil Hindu dipindah ke Seksyen 23.

Padahal, sewaktu "beruk-beruk" ini terpekik terlolong, masjid dan kuil di RRI Sungai Buloh telah pun berada sebelah menyebelah sejak berdekad-dekad lamanya. Sahlah, UMNO + PERKASA+PERWARIS dsbnya adalah golongan Lidah Bercabang. Terpekik terlolong di Seksyen 23 tapi di RRI Sungai Buloh (yang masih di bawah kekuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam) masjid dan kuil hindu telah sedia tersergam sebelah menyebelah.

Isu yang melihatkan betapa Hasan Ali dan kuncu2nya menyokong pendirian UMNO sepenuhnya. Isu yang menunjukkan betapa Khalid Samad dilayan seperti sampah oleh PAS Selangor sendiri.

Namun, video di bawah membuktikan UMNO adalah lidah bercabang dan PERKASA adalah sebuah pertubuhan yang melacurkan diri mereka untuk kepentingan UMNO dan bukannya untuk kepentingan Melayu.

Tengoklah sendiri bagaimana "beruk-beruk" UMNO berlakon konon mahu mempertahan Islam tapi sebenarnya berlakon. Hakikatnya semua beruk beruk UMNO ini bangsa lidah bercabang, muka tak malu dan tiada maruah.



Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Juruterbang (pilot) di Malaysia pun Menganggur

NOTA EDITOR: Keadaan ekonomi Malaysia sudah semakin teruk dan tidak seperti yang digambarkan oleh media-media pencacai milik UMNO (Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 suku etc).

Bayangkan, juruterbang (pilot) pun sekarang ni menganggur.

Undilah Barisan Nasional lagi.

The Star Tuesday January 18, 2011
Graduate pilots hit hard by job shortage


ABOUT 500 pilots earned their wings and aimed for the sky – only to see their dreams come crashing. The reality is that there are few openings and the job shortage has hit them hard.

Most of these pilots, who graduated from the eight flying schools in the country, have been without a job for between one and two years.

Other developments:

While the schools produced between 300 and 400 pilots annually in the last five years, their total intake for a year can reach up to 800.

The biggest airline operator – Malaysia Airlines — only takes in about 100 pilots or so and its priority is its own trainee pilots.

The problem of surplus pilots will be further compounded when more join the group this year.

Don’t be idle, take courses to keep flying skills intact, Department of Civil Aviation flight operations director Capt Datuk Yahaya Abdul Rahman tells fresh pilots.



Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, January 17, 2011

Suami Calon PAS Tenang Ditukar 24 Jam

NOTA EDITOR: Tulang Besi mendapat maklumat yang begitu membimbangkan Tulang Besi seperti di bawah. Minta-mintalah maklumat ni tak betul:

CIKGU NORMALA SUDIRMAN, JADI CALON PAS DI DUN TENANG. SUAMI DAPAT ARAHAN TUKAR TEMPAT KERJA 24 JAM

BEKAS guru, Normala Sudirman, sah dilantik sebagai calon PAS untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN, Tenang hujung bulan ini.

Normala adalah anak tempatan dan Ketua Dewan Muslimah PAS. Beliau bersuamikan seorang guru. Berita terkini diterima, suaminya menerima arahan pindah 24 jam ke Johor Bahru.
Posted by SINGALAUTMETRO at 11:32 PM
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

P.Ramlee Lawan Khurafat. Mufti Perak Sokong Khurafat.




Semalam saya menonton Filem "Seniman Bujang Lapok". Dalam satu adengan, P.Ramlee kesempitan duit kerana mahu menikah dengan Salmah. Apabila dia mengadu pada Sudin, Sudin kata dia baru beli satu cincin hikmat dari seorang penjual jalanan. Mengikut Sudin, dengan hikmat cincin ini, dia boleh pinjam RM350 dari "Manager" mereka, Encik Kemat Hasan.

Maka, pergilah Sudin berjumpa manager mereka untuk pinjam RM350. Malangnya, apabila disergah Encik Kemat Hassan, Sudin cuma dapat pinjam RM5. Ramlee kata, nak kahwin apa dengan 5 ringgit.

Maka, Sudin ambil cincin hikmat tersebut dan membalingnya ke longkang.

Pada Tulang Besi, itu adalah dakwah P. Ramlee kepada masyarakat Melayu. Sepanjang ingatan Tulang Besi menonton filem P. Ramlee, tidak pernah pula P.Ramlee memperlekehkan amalan berdoa, tapi dalam filem Seniman Bujang Lapok ni, jelas P. Ramlee memperlekehkan amalan khurafat yakni mempercayai hikmat cincin. Kalau tidak, mengapa sampai ke tahap filem ini menunjukkan adegan Sudin mencampak "cincin hikmat" ke dalam longkang?

Semoga jasa Arwah P. Ramlee ini diberkati dan dibalas oleh Allah SWT dengan syurga.

MUFTI PERAK PULA PERTAHAN AMALAN KHURAFAT

Secara mudahnya, amalan "Tiang Seri" yang dilakukan Zambry786 adalah amalan KHURAFAT yang menyembah makhluk halus seperti Jin dsbnya. Samalah dengan amalan "cincin hikmat" dalam filem Seniman Bujang Lapok yang mempercayai kuasa hikmat cincin (yang sebenarnya merujuk kepada kuasa jin juga).

Namun, Haramsani lebih suka mempertahankan amalan-amalan khurafat dan syirik ini demi menyelamatkan hagemoni politik UMNO dan BArisan Nasional. Sanggup Mufti Perak memperdagangkan agama demi kepentingan politik murahan UMNO dan Barisan Nasional.

Bagi saya, walaupun P.Ramlee bukan orang agama, namun jasa P.Ramlee kepada agama jauh lebih besar berbanding Haramsani/Mufti Perak. Sekurang-kurangnya P. Ramlee tidak menghalalkan perkara yang haram seperti yang dilakukan oleh Mufti Perak/Haramssani.

Saksikanlah sendiri aksi-aksi khurafat Zambry786 dan UMNO.






Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Revolusi Tunisia Dijana oleh Blogger

Akhirnya, salah sebuah kerajaan diktator zalim berasaskan sistem yang ditinggalkan oleh penjajah Perancis jatuh dan hancur. Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali, terpaksa melarikan diri tengah malam buta ke Saudi Arabia untuk menyelamatkan diri mereka dari dibunuh oleh rakyat sendiri.

Kerajaan Ben Ali juga telah runtuh serta seorang polis pun sudah tidak kelihatan lagi di jalanraya Tunisia. Dengan kata lain, kerajaan Diktator Ben Ali telah sama sekali musnah.

Kerajaan Ben Ali ini sudah terkenal dengan korupsi mereka. Mengikut pendedahan Wikileaks:

¶1. (S) According to Transparency International's annual
survey and Embassy contacts' observations, corruption in
Tunisia is getting worse. Whether it's cash, services, land,
property, or yes, even your yacht, President Ben Ali's family
is rumored to covet it and reportedly gets what it wants.
Beyond the stories of the First Family's shady dealings,
Tunisians report encountering low-level corruption as well in
interactions with the police, customs, and a variety of
government ministries. The economic impact is clear, with
Tunisian investors -- fearing the long-arm of "the Family" --
forgoing new investments, keeping domestic investment rates
low and unemployment high (Refs G, H). These persistent
rumors of corruption, coupled with rising inflation and
continued unemployment, have helped to fuel frustration with
the GOT and have contributed to recent protests in
southwestern Tunisia (Ref A). With those at the top believed
to be the worst offenders, and likely to remain in power,
there are no checks in the system. End Summary.


Kalau kita banding kerajaan Ben Ali dengan UMNO, apa bezanya?

Kerajaan Ben Ali : Korup, harga barang semakin naik, kadar pengangguran semakin tinggi

Kerajaan Najib Razak: Korup, harga barang naik, kadar pengangguran semakin tinggi.

Tiada beza antara kerajaan Ben Ali dengan kerajaan Najib. Yang saya nampak, halatuju kerajaan Najib ini tidak jauh beza dengan kerajaan Ben Ali.

Syukurlah ada blogger2 yang berjuang memberi maklumat tepat kepada rakyat Malaysia supaya tidak terus ditipu dan dibohong oleh UMNO dan Najib Tun Razak.

Kalau Najib dan UMNO ada otak, wajiblah mereka mempelajari kesilapan Ben Ali dan mengubah diri mereka.

BLOGGER dan INTERNET MEMBANTU MENJATUHKAN DIKTATOR BEN ALI DI TUNISIA

Ikuti laporan BBC itu di sini.
Tulang Besi.


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Sunday, January 16, 2011

Isu Azan Kerinchi: Sepatutnya Najib Juga Wajib Ditahan ISA Seperti Teresa Kok

MAsih teringat segar bugar bagaimana UMNO secra rambang menuduh Teresa Kok menghalang azan di masjid di Puchong dan Kota Damansara. Sehingga ke tahap Khir Toyo menuduh Teresa Kok menghalang azan di Puchong dan Masjid Kota Damasara.

Dalam satu laporan oleh Utusan Malaysia bertarikh 09/09/2008 bertajuk "Ada Pihak Cuba Halang Laungan Azan. Dalam laporan akhbar tersebut, Khir Toyo telah menuduh DAP semakin angkuh dan berkuasa mengurangkan amalan Islam di Selangor. Khir juga berkata PKR tidak cukup kuat untuk menghalang DAP dan PAS pula mengambil keputusan untuk berdiam diri. Khir Toyo telah mengambil contoh Puchong dan Masjid Kota Damansara.

Khir juga telah membuat laporan polis terhadap Teresa Kok yang menyebabkan Teresa Kok ditangkap ISA dan dikurung di Balai Polis Campbell.

Akhirnya terbukti semua ini fitnah. Tiada azan yang diperlahankan di Puchong dan di Kota Damansara (masjid karyah saya) hanya alat pembesar suara sahaja yang rosak disambar petir.

KES PERLAHAN AZAN DI KERINCHI BENAR BENAR BERLAKU, TIDAK SEPERTI DI PUCHONG DAN KOTA DAMANSARA

Kalau Teresa Kok di tahan ISA dalam kes yang TIDAK BERLAKU, maka lebih dari wajar Najib Tun Razak ditahan juga.

Sekian

Tulang Besi

Tidak seperti kes di Puchong dan Kota Damansara


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Saturday, January 15, 2011

Isu Azan di Kerinchi Mendedahkan Kemunafikan UMNO

NOTA EDITOR: Dalam UMNO sebuk-sebuk menuduh PAS dipergunakan DAP, rupanya Najib dan UMNO mudah sahaja di pergunakan "MCA". Dengan satu surat sahaja, azan berjaya diperlahankan di Masjid Kampung Kerinchi. Lepas ni, MCA dan MIC cuma perlu menghantar surat dan kita tidak tahu apa lagi ajaran Islam yang yang akan dihapuskan UMNO. Sahlah UMNO diperkudakan MCA.

MCA konsisten membenci ISlam. Sila tonton Youtube di bawah sebagai bukti. Soalnya, UMNO selesa bekerjasama dengan UMNO sebab UMNO juga anti Islam.
HAHAHAHAHA




Bantah laungan azan diperlahan, 100 orang berhimpun
Friday, 14 January 2011 | Ruangan: Berita


KUALA LUMPUR, 14 Jan – Kira-kira 100 orang berhimpun di sebuah masjid di Kuala Lumpur untuk membantah tindakan seorang ahli MCA yang menulis surat kepada Perdana Menteri mendesak laungan azan diperlahankan kerana kononnya menggangu keharmonian setempat.

Penunjuk perasaan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi mendesak agar individu itu, seorang peguam bukan Islam ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Penduduk sekitar kawasan ini dan wakil pertubuhan bukan kerajaan termasuk Pekida dan Perkasa berkumpul di sini selepas solat Jumaat.

Mereka mendakwa peguam itu yang dikatakan menjadi ahli MCA sejak 1998 menulis surat kepada Perdana Menteri Najib Razak menuntut agar masjid tersebut menghentikan penggunaan pembesar suara bagi tujuan azan.

Penunjuk-penunjuk perasaan menamakan peguam terbabit, malah mempamerkan alamat rumah dan nombor telefonnya pada kain rentang.

Pengerusi Pekida Lembah Pantai, Zakaria Awang mendesak individu itu ditahan di bawah ISA, selain membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kumpulan itu juga mengedarkan salinan surat yang didakwa dihantar ke Pejabat Perdana Menteri meminta nada laungan azan menggunakan pembesar suara diperlahankan.

Dalam suratnya bertarikh 20 Disember 2010, peguam tersebut berkata dia ahli MCA sejak 1998 dan tinggal di Pantai Hill Park, tidak jauh dari masjid itu sejak lima tahun lalu.

Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, January 14, 2011

Mengapa Wajah Dato Mustafa Ali Muram Hari Tu?

Tempohari Tulang Besi ada memberi komen berkenaan gambar di bawah yang diambil sewaktu Sidang Akhbar Tok Guru dan Presiden berkaitan isu Perjumpaan Dalam Gelap 2. Tulang Besi ada komen bahawa wajah Cikgu Pa tidak berapa ceria dalam gambar tersebut.

Sebabnya adalah isu "perjumpaan dalam gelap 2" ini TIADA KENA MENGENA dengan Cikgu Pa.Hakikatnya, Cikgu Pa tidak tau pun perjumpaan ini telah berlaku. CIkgu Pa tidak sedar Presiden telah terbang pulang dari Syria semata-mata mahu menghadziri perjumpaan ini.

Namun, apabila isu ini mula menjadi panas, Cikgu Pa adalah antara orang yang teruk "kena maki" sedangkan beliau tiada kena mengena langsung dengan perjumpaan ini.

Sebab itulah muka beliau tidak berapa ceria dalam sidang akhbar itu. Sudahlah kena marah, masa pula terpaksa dihabiskan untuk menyelesaikan isu ini.

Itulah kisahnya.

ps Tulang Besi pun dapat konfirmasi Ustaz Nasa pun tidak tahu pasal perjumpaan ini juga.


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Bilangan Pelancong Ke Kelantan Meningkat 10.7% pada Tahun 2010



The Star melaporkan pada 14 Januari 2010, N37, bilangan kedatangan pelancong ke Kelantan meingkat 10.7% berbanding tahun 2009.

Speanjang pemerintahan PAS Kelantan dari 1990, fitnah yang biasa dilayangkan oleh UMNO adalah Kelantan negeri mundur dan bangkrap.

Nampaknya fitnah tersebut semakin hari semakin hilang kesannya. Masakan negeri yang mundur dan terkebalakang mampu menaikkan kadar kemasukan pelancong sehingga begitu banyak.

Laporan ini memetik kenyataan Pengarah Pelancongan Malaysia Kelantan, Zurina Abdul Samad yang mengesahkan kenaikan kadar pelancong ke Kelantan ini.

Laporan ini jelas satu tamparan hebat kepada UMNO dan Najib Tun Razak kerana ia membuktikan Kelantan mampu memberi sumbangan besar kepada kenaikan ekonomi negara dan industri pelancongan TANPA melanggar batas-batas syarak.

UMNO/Najib kena jawab, mengapa mahu membina hub hiburan semata-mata mahu menarik pelancong. Adakah Najib mahu menjadikan Malaysia seperti Thailand atau Macau yang terkenal dengan industri hiburan serta seks mereka?

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Ahli MCA Berjaya Perlahankan Azan di Kampung Kerinchi

Tak sabar rasanya nak tunggu respon PERKASA dan UMNO. Yang saya dengar, azan dari Masjid Pantai Dalam tersebut telah menurunkan kekuatan laungan azan mereka berikutan aduan ini.








Here is the beginning of my post. And here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Thursday, January 13, 2011

Surah Al Baqarah Ubat Kepada Sawan Tangis

Sekadar ingin berkongsi maklumat dengan ibubapa yang menghadapi masaalah bayi atau anak mereka yang tidak berhenti-henti menangis tanpa sebab. Tulang Besi terjumpa sebuah posting dari Ummu 'Aiza (Rasyidah). Mengikut ibu ini, anak beliau yang bernama "Aiza" sering menangis tanpa sebab.

Kata beliau:

Saja nak kongsi pengalaman dgn semua, sejak hari pertama ummi melahirkan Aiza pada 10 Oktober 2008 yg lepas, dia asyik menangis terutamanya lepas tgh malam tanpa sbb yg jelas.


Tetapi selepas beberapa minggu posting ini dinaikkan, Puan Rasyidah telah berjaya mengubat sawan tangis bayi beliau. Mengikut beliau:

# rasyidah Says:
January 7th, 2009 at 2:06 pm

Buat pengetahuan semua, Aiza sekarang dah tak menangis sejak masuk tahun baru hari tu. Ubatnya hanya satu -> surah Al Baqarah. Surah ini sememangnya panjang. Dekat 2 jam baru habis. So saya baca bergilir2 dgn suami slps solat maghrib. Alhamdulillah malamnya tu, Aiza langsung tak menangis dan tidur lena sampai ke pagi. Begitulah kebesaran Allah.

Terima kasih diucapkan kpd k.lin di ICT Dept. (Nilai Campus) krn dialah yg memberikan saya nasihat bagaimana nak mengatasi sawan tangis.


Manalah tahu petua begini dapat membantu ibubapa yang menghadapi masaalah yang sama.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi




Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.