Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Monday, January 9, 2012

Kalau Hasan Benar, Mengapa Hasan Ali Tidak Mahu Bertemu Dengan AJK2 PAS Pusat?


Rupanya sejurus berita Hasan Ali dipecat oleh PAS, diadakan perkumpulan di rumah HAsan Ali malam ini (8 January 2012).

Yg menarik berkaitan perkumpulan di rumah Hasan Ali adalah kehadziran Ibrahim Ali (seperti yang dilaporkan oleh sebuah blog milik pencacai UMNO)

Apa kena mengena Hasan Ali dgn Berahim Ali? Kenapa Berahim boleh datang rumah Hasan Ali?

Bagi Tulang Besi, kehadziran Berahim adalah bukti Hasan Ali telah lama bersengkongkol dengan puak2 UMNO ini.

Suka saya ingatkan bahwa pemecatan HAsan Ali adalah lantaran fitnah2 yang beliau lemparkan kepada Anwar Ibrahim dan parti2 komponen Pakatan Rakyat.

Itu tidak termasuk segala aktiviti2 sabotaj yang beliau lakukan sebelum ini.

Semuanya telah dibentang dalam mesyuarat AJK PAS Pusat baru baru ini.

Malahan, Hasan Ali telah dipanggil berkali2 untuk memberi penjelasan namun beliau tidak mahu.

Akhirnya jalan pecat adalah jalan terakhir untuk membersihkan nama PAS dari segala fitnah yang Hasan Ali telah lemparkan itu.

Selepas ini kita akan lihat lagi pengkhianatan2 yang telak dilakukan oleh Hasan Ali

Tulang Besi






Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Sunday, January 8, 2012

HAsan Ali Ditawar Bertanding Kerusi Sungai Burong Wakili UMNO?

Maklumat tidak rasmi yang Tulang Besi dapat, Hasan Ali telah pun ditawar bertanding kerusi Sungai Burong untuk mewakili Barisan Nasional.



Komen Tulang Besi adalah dipersilakan Hasan Ali berbuat demikian. Tulang Besi tidak boleh lupa bagaimana UMNO memainkan perang saraf mereka selama lebih 3 tahun sebelum 2004 untuk menjatuhkan Hasan Ali.

Jarum yang BN main adalah kononnya Hasan Ali tidak menepati janji beliau untuk mengadakan kursus motivasi percuma.

Sememangnya Dato Hasan pada masa itu tidak dapat menepati janji beliau pada masa itu. Maka, kalahlah Dato Hasan pada tahun 2004 dengan majoriti yang sangat besar.

Kalau Hasan Ali bertanding semula, Tulang Besi rasa amat sukar bagi UMNO untuk membersihkan kembali saraf yang mereka lempar kepada Hasan Ali sebelum 2004.

Saraf tersebut begitu berkesan sehingga Hasan Ali terpaksa melepaskan jawatan YDP PAS Tanjung Karang. Dengan kata lain, saraf UMNO itu berjaya menghalau Hasan Ali keseluruhannya dari Tanjung Karang.

Sekarang mereka hendak membawa Hasan Ali kembali ke Tanjung Karang.

Lagi sekali Tulang Besi ingatkan, maklumat ini tidak rasmi dan hanya cakap2 mulut. Diharapkan para pembaca membuat pengesahan sendiri.

Semoga berjaya

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Tulang Besi Sentiasa Ingat yang Tulang Besi akan Dipecat Dulu

ULASAN: Tahniah di atas pemecatan Dato Hasan Ali dari PAS. Syukur Alhamdulillah. Segala usaha Tulang Besi serta rakan2 blogger sekelian memerangi puak2 PERPADUANG akhirnya diberi kejayaan oleh Allah SWT.

Dato Hasan akan menyesali tindakan beliau mengkhianati PAS ini. Semua yang dipecat dan dibuang dari PAS tidak pernah berjaya dan berakhir di dalam keadaan tragis.

Saya tertarik dengan sikap yang ditunjukkan oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah (allahyarham). Walaupun beliau dipecat dari PAS tapi beliau tetap istiqamah menyokong PAS. Dan apabila tempoh pemecatan beliau tamat, beliau cepat2 minta keahlian kembali.

Dato' HAsan telah terpengaruh dengan godaan dunia. Janji jawatan MB yang ditayangkan oleh UMNO kepada beliau telah berjaya menjunamkan beliau dalam lembah kehancuran.

Sayang seribu kali sayang. Dato Hasan telah pun mendapat kepercayaan PAS Kawasan di Selangor, telah ada pasukan yang teguh di belakang beliau dan telah pun ada jawatan exco yang senior.

Apa salah beliau menunggu dan menumpu usaha membina PAS? Dlm PRU 13 kelak beliau bertanding Parlimen dan kalau menang di Pusat, beliau boleh menjadi MEnteri Pusat.

Sayang seribu kali sayang. Beliau membiarkan diri beliau ditipu dengan janji dunia yang sedikit. Beliau tidak bersyukur dengan apa yang telah Allah SWT berikan kepada beliau. Tapi, mengikut sikap tamak haloba beliau.

Akhirnya, nama Dato Hasan akan diingati dengan ingatan yang penuh hina. Saya tak yakin UMNO akan memenuhi janji mereka kepada Dato Hasan selepas ini.

Apabila Dato Hasan telah dipecat dari PAS, nilai beliau kepada UMNO telah jatuh ke tahap lebih kurang RM2 sahaja. Beliau akan mudah2 ditendang dan dibaling ke tepi oleh UMNO.

Tiada sebab Noh Omar mahupun Raja Idros mahupun Nawawi ataupun Satim Diman mahu menyerahkan kerusi MB Selangor kepada HAsan Ali lagi selepas ini.

Dato Hasan juga wajib berterima kasih dengan penasihat2 25% beliau seperti Roslan SMS, Suwardi Yaakob dsbnya di atas nasihat2 mereka yang telah menjahanamkan karier serta nama baik beliau.

Akhir kata, semoga Dato hasan bertaubat dan mengikut jejak langkah Allahyarham Abu Bakar Hamzah yang terus setia dengan PAS walaupun dipecat.

Wallahualam

Tulang Besi

ps Tulang Besi ingatkan Tulang Besi yang akan kena pecat dulu.

Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, January 6, 2012

Hampir 10k Rakyat Subang Jaya Memberi Sokongan kepada Anwar Ibrahim

ULASAN: Tanpa wang, makan percuma mahupun duit minyak, hampir sepuluh ribu rakyat Subabng dan sekitarnya keluar beramai-ramai menunjukkan sokongan mereka kepada Anwar Ibrahim.

Inshaalah, hayat UMNO sudah hampir kepada penghujungnya. AMIN!!!










Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Thursday, January 5, 2012

Isu Pungutan Sampah Selesai di Serdang - Berita Harian

Dalam media masa UMNO menyebarkan fitnah kononnya pungutan sampah di Selangor pincang, tiba-tiba salah satu media UMNO (BERITA HARIAN) terlepas pandang dan memberi liputan positif terhadap pungutan sampah di Serdang.

Agaknya, dalam mereka beruasaha untuk sabotaj pungutan sampah di Selangor, mereka terlupa untuk pastikan media mereka tumpukan 100% untuk menyebar fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

Bagi Tulang Besi, biasalah ada masaalah sedikit apabila berlaku perubahan sistem. Tidak perlu diperbesarkan atau dijadikan isu murahan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Kerajaan PR tidak korup, maka segala masaalah boleh diselesaikan dengan mudah.

Sepatutnya Noh Omar kena selesai isu harga padi yang tidak stabil dan tidak menentu yang menekan ramai penanam padi di Selangor.

Jangan buat muka tak malu untuk komen perihal pungutan sampah di Selangor.



KLIK IMEJ


Tulang Besi

span>

Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, January 4, 2012

RIbuan Tunjukkan Simpati Kepada Anwar....DI MELAKA

Di satu-satunya negeri yang UMNO masih bertapak kukuh semenjak Merdeka tanpa satu kerusi UMNO pun pernah jatuh ke tangan pembangkang. Malam tadi ribuan rakyat negeri ini dari berbagai bangsa telah keluar beramai-ramai melahirkan simpati mereka ke atas Anwar di atas kezaliman UMNO ke atas nya.

Semoga kedatangan malam tadi bakal menjadi permulaan kepada kebangkitan rakyat yang gemilang seluruh Malaysia seterusnya menghancurkan UMNO yang zalim itu.







Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Hasan Ali/Nasa Bakal Dicalonkan Semula Oleh PAS?

TIdakkah saudara/saudari hairan? Orang seperti Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa secara terbuka memaki dan mengutuk PAS.

Namun sehingga hari ini tiada usaha mahupun pergerakan oleh PAS untuk menghadapkan kedua-dua pengkhianat ini ke JAwatankuasa Disiplin?

Dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat baru-baru ini, walaupun riuh seluruh AJK PAS Pusat meminta Hasan Ali dan Nasa dihadapkan ke JK Disiplin, Presiden PAS sendiri MENOLAK gesaan tersebut.

MAlahan Presiden berhempas pulas MENOLAK apa-apa usaha mahupun gesaan suapay kedua-dua pengkhianat dihadapkan ke JK Disiplin.

Jika dibanding dengan Khalid Samad dahulu, hanya sekadar mengkritik Pesuruhjaya di media pun dikenakan tindakan disiplin yang agak berat.

Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa menggunakan media musuh untuk MENGUTUK DAN MEMFITNAH PARTI.

Tapi, tindakan mereka dipertahan Presiden habis-habisan.

Dari sumber dalaman PAS yang Tulang Besi rujuk, ada khabar2 angin Hasan Ali mungkin akan dicalonkan semula oleh PAS dalam pilihanraya umum yang akan datang. Mungkin tidak lagi di peringkat DUN, tetapi di peringkat Parlimen. Begitu juga ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Ada kemungkinan tindakan Presiden ini adalah supaya Hasan Ali menutup mulut dan tidak mendedahkan senarai nama mereka-mereka yang telah terlibat dalam perjumpaan dalam gelap dengan UMNO satu masa dahulu,

Sudah lupakah kita akan pengakuan Ustaz Nasa sendiri:

“Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam. Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda tu sensitive, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of the particular clause is reference to UMNO.”
(Rakaman audio pengakuan Ustaz NAsa di atas boleh didengar di sini.)

Perkataan "Kita"yang digunakan oleh Ustaz Nasa di atas menunjukkan bukan hanya Ustaz Nasa dan HAsan Ali yang menganjurkan perjumpaan dalam gelap dgn UMNO tersebut. Ramai lagi yang terlibat dan tidak mustahil Hasan Ali akan mendedahkan keterlibatan mereka-mereka ini.

Atas sebab itulah agaknya Hasan Ali kebal dan dilindungi dari apa-apa tindakan disiplin dalam PAS sehingga dilindungi oleh Presiden PAS sendiri.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Tuesday, January 3, 2012

Kadar Jenayah di Kajang Turun 17%








KLIK IMEJ



ULASAN: Hasil dari kerjasama penduduk dan Kerajaan Tempatan. Ertinya Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha memperbaiki hidup rakyat Selangor terutama di Kajang. Walaupun bersungguh-sungguh UMNO/BN menyalahkan Pakatan Rakyat di atas kejadian banjir tempohari.

Majlis Perbandaran Kajang telah membelanjakan wang rakyat untuk program "Bandar Selamat" dan hasilnya kadar jenayah menurun 17%.

Itu bezanya antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. Bila Pakatan Rakyat belanja duit rakyat, keuntungannya pegi pada rakyat. Bukan pada anak beranak Ketua Wanita UMNO, misalnya.

Syabas MPkj. Syabas Pakatan Rakyat.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Kalau Hasan Ali Bermaruah, Beliau Akan Letak Jawatan EXCO/ADUN

Berbagai2 kutukan dan cacian yang HAsan Ali berikan kepada PAS sepanjang separuh bulan Disember tahun 2011.
Antaranya adalah seperti yang dinyatakan dalam laporan Sinar Harian diatas.

Kononnya PAS sudah tidak lagi berjuang atas dasar Islam dan memperjuangkan Negara Islam.

Maka, atas sebab itu, Hasan Ali wajib letak jawatan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Ini kerana sewaktu dipilih sebagai ADUN Gombak Setia dan Exco Kerajaan Negeri, PAS telahpun berkempen di atas agenda NEGARA BERKEBAJIKAN.

Maka, sepatutnya Hasan Ali meletakkan jawatan beliau seluruhnya, sekiranya dia ada maruah dan harga diri.

Mungkin juga, kerana tersedar akan fakta ini, Hasan Ali menarik kembali kutukan dan nista beliau terhadap agenda Negara Berkebajikan.

Namun, terdapat fitnah-fitnah lain yang telah beliau lemparkan bersama yang masih belum ditarik balik.
Seharusnya Hasan Ali melakukan perkara yang bermaruah dan meletak jawatan.

Bagi saya, tindakan beliau kekal dalam kedua-dua jawatan ini menunjukkan Hasan Ali berjuang untuk jawatan dan pangkat serta kedudukan dunia semata-mata.

Amatlah jijik dan kotor manusia bernama Dato Hasan Ali ini.

Tulang Besi





Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, January 2, 2012

Raja Petra Dah Jadi Anjing Kurap UMNO

Inilah petanda akhir zaman. Manusia sudah hilang maruah dan harga diri. Lebih teruk setengah2 manusia sanggup menjilat ludah sendiri dan menjual maruah diri demi wang ringgit.

Raja Petra sebelum ini terkenal mulut lancang dan becok mengutuk dan menista UMNO. Malahan Raja Petra sanggup berjuang habisan mahu membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara.

Dulu saya percaya perjuangan Raja Petra itu adalah ikhlas. Tapi, setelah Raja Petra menelan ludah beliau dengan memberi temuramah kepada TV3 dan Berita Harian saya terpaksa mengubah pendirian saya.

Raja Petra ini menjadi popular kerana Anwar. Tanpa Anwar, tiada siapa akan kesah akan kewujudan Raja Petra Kamaruddin.

Tapi, nampaknya segala yang Raja Petra lakukan selama ini hanyalah sandiwara politik beliau untuk mencari populariti dan kedudukan semata-mata.

SAya juga merasakan seroang yang pro Anti Hadeeth seperti Raja Petra tidak mungkin akan terus menyokong PAkatan Rakyat.

Beliau mahukan Pakatan Rakyat menjadi secular liberal 100% seperti parti2 politik di Barat.

Beliau mengharapkan Zaid Ibrahim menang Timbalan PResiden PKR kerana Zaid Ibrahim adalah manusia liberal yang menyokong hak homoseksual.

Malangnya, Anwar Ibrahim menolak zaid Ibrahim kerana yang jelasnya Zaid hanya akan membawa keburukan kepda PKR terutamanya di kalangan pengundi Melayu.

Secara ringkasnya, Raja Petra yang satu masa dahulu dihormati tulisannya telah menjadi anjing kurap UMNO.

Saya merasakan Raja Petra melihat UMNO sahajalah harapan beliau untuk menghalang perlaksanaan hukum Allah SWT. Kebenciannya kepada hukum Allah sudah tidak dapat dihalang lagi sekaligus menjadikan beliau anjing kurap UMNO

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Menjawab Semua Fitnah Berkaitan Surau Salihiah Kanchut yg Disebar UMNO

ULASAN: Baca sendiri betapa expert puak2 Mukhriz Mahathir (UMNO_ menipu dan menyebarkan fitnah. Seolah-olahnya puak2 UMNO ni takda agama.


Penjelasan isu Madrasah Salihiah, Kanchut


Latarbelakang:

PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.

Dakwaan yang timbul dan penjelasannya:

1. Perobohan surau adalah tindakan zalim

Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu. Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!

2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri

Yang Berbahagia Dato' Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar. Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah). Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.

3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki

Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.

4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan

Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini). Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat. Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.

5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah

Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini. Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga.

6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat

Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh? Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau.

7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga

Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam. Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk. Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar.

8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali

Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah?

9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka?

Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.

10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex


Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.-
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, December 30, 2011

Ketua Dewan Ulama PAS Lidah Bercabang

Sungguh menghairankan. Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, tidak bersuara sedikit pun apabila Hasan Ali keluar ke media2 UMNO mengutuk dan mencaci PAS dan memfitnah PAS di hadapan seluruh rakyat Malaysia.

Begitu juga NAsaruddin Mat Isa yang keluar dalam Berita Minggu memfitnah PAS secara terbuka.

Sedikit pun Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, tidak bersuara.

Mana dia kata-kata seperti wala', tarbiyyah, disiplin jemaah dsbnya? Bukankah Ketua Dewan Ulama yang sama bermulut bechok kepada pemimpin2 PAS yang menentang usaha perpaduang satu masa dahulu dengan menggunakan perkataan2 ini?

Tiba-tiba bila Nasa dan Hasan Ali dtg minta maaf secara terbuka Ketua Dewan Ulama PAS memuji tindakan mereka secara terbuka.

PAdahal, sebelum itu pengkhinatan Hasan Ali dan NAsa tidak langsung disentuh oleh Ketua Dewan Ulama PAS itu. Segala fitnah dan kata-kata keji Hasan Ali dan NAsa kepada PAS masih belum ditarik oleh mereka dan Ketua Dewan Ulama PAS tidak langsung menegur pengkhianatan mereka. (Sila baca salah satu pembohongan Hasan Ali di bawah).

Tak hairanlah Ketua Dewan Ulama PAS ini pernah di booo oleh penyokong sendiri. Lebih-lebih lagi, Allah SWT telah menurunkan penyakit jantung ke atas beliau. Namun, dalam keadaan sakit pun masih gila hendak memegang jawatan Ketua Dewan Ulama PAS. Sehingga ucapan dasar pun dia tak boleh baca, tapi masih mahu memegang jawatan di peringkat Pusat.

Sedihnya tengok Ketua Dewan Ulama yang selama ini menjaja candu wala' atau ketaatan kepada parti tetapi boleh senyum simpul terhadap pengkhianatan terhadap parti dari Hasan Ali dan Nasaruddin.

Inilah yang dipanggil orang perangai "Lidah Bercabang" yang ditunjukkan oleh Ketua DEwan Ulama PAS Pusat.

Itu tak termasuk perangai nya yang gila jawatang sampai dah sakit pun masih nak pegang jawatang.

Adakah ini membenarkan maklumat Tulang Besi bahawa KEtua Dewan Ulama PAS Pusat antara yang terlibat dalam usaha membina KERAJAANG PERPADUANG dengan UMNO?

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Kalau Anwar AlMahdi, Najib Adalah Dajjal

Ia berasal dari ucapan Dr Badrul Amin. Beliau berkata Anwar amat dihormati serata dunia. Dan, Anwar mampu menjadi tokoh yang membawa keamanan di Timur Tengah kerana Anwar dihormati di sana.

Juak2 UMNO pula cuba untuk putarbelit isu ini. Mereka kata Dr Badrul tabal Anwar Ibrahim sebagai Al Mahdi.

Dengan kata lain, blogger2/juak2 UMNO lah yang pertama kali memberi gelaran Al Mahdi kepada Anwar Ibrahim.

Maka, di Alam Twitter dan Facebook, Tulang Besi membalas serangan mereka dengan berkata:

Kalau Anwar Imam Mahdi, Najib Adalah Dajjal

Selepas itu, isu Anwar Imam Mahdi terus mati. Rupanya blogger2 UMNO baru tersedar, mereka termasuk perangkap sendiri.

Sampai hari ni, takda sapa dari kalangan juak2 UMNO yang berani bawak isu ini lagi.

KAHKAHKAH

Kesian dia, kesian dia

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.