Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Thursday, February 9, 2012

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Johor

ULASAN: Datanglah beramai ramai

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Johor

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

11 Februari 2012 (Sabtu)

1) 11. 00 – 2.00 ptg – Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina

Lokasi: Lapangan Letak Kereta Sutera Mall, Skudai, Johor Bahru

2) 4.30 – 6.30 ptg – Hi-Tea Bersama Rakyat

Lokasi : Rumah Pangsa Sri Alam, Pasir Gudang

3) 9.00 – 12.00 mlm – Majlis Kesyukuran dan Ceramah Umum

Lokasi : Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram

4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

Lokasi: Felda Cahaya Baru, Masai

5) Penceramah:

i) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii) YB Sallehuddin Ayub

iii) YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

iv) YB Tien Chua

v) YBhg Mazlan Aliman

Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, February 8, 2012

Tulang Besi Gembira kerana Cerita HAsan Ali Terbukti Benar?

Ramai yang ucap tahniah kepada Tulang Besi. Alasannya, kerana segala pendedahan Tulang Besi dulu berkaitan Fraksi UMNO, "geng Perpaduang", Hasan Ali, sabotaj Sept 16 dan sebagainya terbukti benar.

Tidak kurang juga yang bertanya apa perasaan Tulang Besi apabila perjuangan Tulang Besi melawan Geng Perpaduang berjaya. Menurut mereka, geng perpaduang dalam PAS boleh dikatakan sudah memasuki alam barzakh.

Secara jujur Tulang Besi jawab Tulang Besi merasa sedih dan berduka cita. Sedikit pun Tulang Besi tidak merasa gembira. Walaupun ada rasa syukur tetapi syukur Tulang Besi adalah kerana Allah SWT menghalang PAS dari jatuh ke dalam gaung yang sama buat kali kedua.

Ibarat kereta yang eksiden jatuh gaung. Kalau pertama kali jatuh, mungkin masih boleh dibaiki. Namun, kalau sudah jatuh gaung kali kedua, alamat jadi besi buruklah nasibnya.

Tulang Besi juga berkata tiada apa yang ada untuk digembirakan.

Bagi Tulang Besi, sebelum 2008 tempohari, Hasan Ali ikhlas di dalam memperjuangkan Islam melalui PAS. Hasan Ali juga ikhlas mahu mengubah imej PAS dari sebuah parti yang tertutup kepada sebuah parti yang menggunakan kaedah dakwah yang lebih hikmah dan lunak.

Namun, HAsan Ali termakan godaan syaitan laknatullah. Selepas 2008, janji jawatan Menteri Besar datang kepadanya melalui hamba-hamba iblis yang dikenali sebagai UMNO.

Godaan tersebut nampaknya terlalu kuat untuk Hasan Ali melawannya. Beliau jatuh dan termakan godaan iblis.

Segala yang diperjuangkannya selama ini, segala yang dikorbankan sebelum ini, segaa yang ditempuhi sehingga kini sia-sia jadinya.

Selepas gagal mendapat jawatan Menteri Besar Selangor, HAsan Ali telah bertukar 180 darjah. Dari seorang pejuang kepada seorang pengkhianat.

Dari seorang yang menyebarkan kebenaran kepada seorang yang menyebarkan fitnah dan dusta.

Kerja HAsan Ali selepas 2008 adalah melaga-lagakan parti2 komponen Pakatan Rakyat. PAdahal, sebelum 2008, beliaulah penyokong kuat kerjasama antara parti-parti lain bersama PAS.

Bayangkan, selepas 2008, Hasan Ali sanggup bekerjasama dengan manusia2 dalam PAS yang pada tahun 2007 memfitnah HAsan Ali sebagai seorang sekular.

PAda ucapa penangguhan beliau sewaktu Muktamar 2007, beliau menyatakan kekesalan kerana dituduh sebagai seorang sekular.

Selepas 2008, kumpulan yang memfitnah Hasan Ali ini menjadi kawan Hasan Ali semata-mata kerana jawatan MB Selangor serta agenda PERPADUANG.

Kita masih ingat kalimah wala' yang diungkap saban kali selepas 2008. Wala' dijual dan dikempen kepada ahli2 PAS kerana ditakuti ahli2 PAS menolak gagasan perpaduang yang menjadi agenda utama Hasan Ali dan kumpulan ulama di dalam PAS.

Maka, tiada sebab Tulang Besi mahu gembira. Apabila seorang hamba Allah jatuh ke dalam gaung godaan syaitan, kita tidak boleh gembira. Kita wajib insaf dan berdoa supaya kita tidak jatuh ke dalam gaung yang sama.

Sedikit masa lagi, UMNO akan melihat Hasan Ali sebagai liabiliti. Di kala itu, Hasan Ali akan sedar bahawa beliau keseorangan dan terpulau. UMNO yang diharap membantu beliau telah meninggalkan beliau.

PAS yang beliau nista dan fitnah sudah tentu tidak akan membantu beliau lagi. Beliau akan jadi kera sumbang di kala itu.

Kawan yang beliau khianati sudah jauh meninggalkan beliau. Musuh yang beliau anggap kawan sudah membuang beliau jauh.

Tinggalah Hasan Ali nanti dengan "reject" PAS seperti Norman Toha, Hasan Basri dsbnya.

Di kala itu, diharapkan Hasan Ali sedar beliau telah tertipu dengan godaan Syaitan. Di kala itu, sesalan sudah tidak berguna.

Bak kata orang tua-tua, sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tiada berguna.

Begitulah hendaknya.

Tulang Besi

ps Arwah ayah tulang besi dahulu adalah perwakilan PAS Cawangan (sekarang Kawasan) Kampung Baru yang telah bangun membantah cadangan kerajaan campuran PAS-Perikatan di Mesyuarat Agung Khas di Dewan Bahasa Pustaka.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Hasan Ali Pernah Serang Kepimpinan Ulama Secara Terbuka

Ramai yang lupa, tetapi pada Ucapan Penggulungan Dato Hasan Ali sewaktu melepaskan jawatan Naib Presiden PAS pernah menyerang "Kepimpinan Ulama" secara terbuka.

Hasan Ali dilaporkan berkata:



Pada hari ini, Dato Hasan Ali mengecam mereka2 yang dikatakan sebagai parasit. Kononnya mereka ini mahu mengubah dasar parti dan tidak menghormati ulama2 di dalam PAS.

Jelaslah, Dato Hasan ni dah jadi lidah bercabang.

Hakikatnya, Hasan Ali dipecat kerana tidak menghormati keputusan Muktamar PAS dan usaha2 beliau mahu memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Tuesday, February 7, 2012

Hasan Ali Dahulu Boleh Jumpa DAP Dalam Rahsia

Baru-baru ini sewaktu berceramah di BAngi, Hasan Ali telah dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik

Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan (yakni hak istimewa orang-orang Melayu).

Komen Tulang Besi dipecahkan kepada dua bahagian:

1.0 Pertamanya, Artikel 152 Perlembagaan Singapura menyatakan dengan jelas Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu di Singapura. Walaupun PAP telah memerintah Singapura lebih 50 tahun, mereka tidak pernah memadamkan Hak Keistimewaan Orang Melayu di dalam Perlembagaan Singapura.

Oleh sebab itu, di manakah kewarasan dakwaan HAsan Ali bahawa DAP akan menghapuskan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia? (Untuk membaca berkenaan hak istimewa orang Melayu di dalam Perlembagaan Singapura, klik di sini)

2.0 Sikap permusuhan Hasan Ali dengan DAP ini sebenarnya baru dan bermula apabila Hasan Ali tidak dilantik jawatan Menteri Besar Selangor.

Sebenarnya, pada satu masa dahulu, Hasan Ali pernah menganjurkan mesyuarat rahsia dengan DAP bagi membincangkan kerjasama antara kedua parti. Ia berlaku beberapa bulan sebelum pilihanraya tahun 2004.

Pada waktu itu, DAP sudah pun keluar dari Pakatan Rakyat dan tiada hubungan politik dengan PAS.

Namun, perhimpunan tersebut telah diadakan di antara Hasan Ali bersama seorang kepimpinan DAP yang agak "senior".

Antara keputusan yang diperbincangkan adalah persetujuan untuk DAP dan PAS tidak bertanding sesama sendiri dan tidak menyerang sesama sendiri di dalam media.

Pertemuan tersebut cukup rahsia sehingga ia telah diadakan pada larut malam. Juga, sebelum ke tempat pertemuan, Hasan Ali telah bertukar kereta di laman letak kereta Masjid Bulat Seksyen 14 Petaling Jaya.

Tulang Besi tahu akan pertemuan ini kerana Tulang Besi adalah antara penganjur pertemuan rahsia antara Hasan Ali dengan DAP ini.


Kalau ada yang kata Tulang Besi berbohong, lautan yang dalam jangan diduga. Tulang Besi boleh bersumpah dalam hal ini bila-bila masa sahaja.

Namun, pada hari ini manusia yang sama bernama Hasan Ali ini ke sana ke mari mengutuk dan menista DAP.

Jelas pada Tulang Besi, Hasan Ali tidak lebih seorang penipu dan pembohong tahap pencacai. Perjuangan Hasan tidak lebih untuk merebut jawatan dan pangkat semata-mata.

Inshaalah, semakin lama semakin banyak perangai hipokrit Hasan Ali ini akan terdedah satu demi satu.

Tulang Besi


ps Article 152 Minorities and Special Position of Malays

(1) It shall be the responsibility of the Government constantly to care for the interests of the racial and religious minorities in Singapore.

(2) The Government shall exercise its functions in such manner as to recognize the special position of the Malays, who are the indigenous people of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, support, foster and promote their political, educational, religious, economic, social and cultural interests and the Malay language.

Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, February 6, 2012

Hasan Ali Dibuang dari MAIS?

Tulang Besi mendengar khabar angin bahawa HAsan Ali telah dipecat dari MAIS sebagai Timbalan Pengarah MAIS.

Jawatan beliau itu telah diganti dengan orang lain yang pernah menjadi pegawai kerajaan yang senior.

Kalau khabar angin ini benar, maka jelaslah bahawa HAsan Ali sebenarnya tidak disukai oleh "Kayangan".

Walaupun dia mendakwa dia memperjuangkan Raja, tapi apa yang Tulang Besi tahu tiada Raja dalam Malaysia ini yang menyukai mahupun menghormati beliau.

Beliau tidak lebih hanyalah perkakas kepada sesetengah pegawai Istana yang menjadi alat kepada UMNO.

Sekarang ini, beliau tidak lebih dari perkakas UMNO yang digunakan untuk menyebar fitnah dan khabar angin berkaitan dgn PAS.

Parasit yang beliau gelarkan itu adalah mereka yang menentang gagasan perpaduan dengan UMNO.

Dan sudah tidak menjadi rahsia lagi bahawa Hasan Ali kemaruk mahu bersama UMNO kerana telah dijanjikan jawatan Menteri Besar Selangor.

Setelah tidak menjadi Menteri Besar, kerjanya cuma menyebar fitnah berkenaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kepada kepimpinan2 PAS.

Berbagai-bagai kesah yang beliau sebarkan kepada kepimpinan PAS yang berbentuk fitnah atau separuh benar.

Para pembaca boleh mendengar salah satu pembohongan Hasan Ali di sini.

Pernah sekali setelah bertubi-tubi Hasan Ali menghentam pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor, seorang AJK PAS Pusat meminta beliau membuat laporan secara bertulis di atas segala dakwaan beliau.

Sehingga hari beliau dipecat, laporan tersebut tidak pernah dibentangkan kepada AJK PAS Pusat.

Itulah dia HAsan Ali. Perjuangannya hanyalah untuk jawatan Menteri Besar Selangor. Mereka yang dianggap menghalang beliau menjadi MB Selangor dipanggil parasit oleh beliau.

Apabila kegiatan sabotaj beliau memuncak, Hasan Ali telah dipecat.

Sekarang beliau tidak lebih perkakas untuk UMNO. Jauh sekali beliau akan menjadi MB Selangor.

Hanya menjadi perkakas UMNO selama-lamanya. Samalah seperti Chandra Muzaffar, Ezam Mat Nor, Lokman Adam dsbnya.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Sunday, February 5, 2012

Wawancara SH dgn Presiden - Mengapa Hasan Ali Dipecat

Sebab Hasan kena pecat - Wawancara Perisiden PAS

MUKADIMAH: Dalam wawancara selama 1 1/2 jam bersama Sinar Harian baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bukan sahaja menegaskan tidak mempunyai agenda untuk menjadi perdana menteri, tetapi juga mengulas tindak-tanduk bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat daripada parti itu kerana melanggar disiplin dan pelbagai cabaran serta halangan dihadapi Pas, terutama dalam usaha mengambil alih Putrajaya.

Ikutilah wawancara Timbalan Pengarang Berita, Farush Khan; Editor Terengganu, Wan Normi Hasan dan wartawan Wan Saidatul Fadzilah Wan Najemudin dengan tokoh agama dan politik itu, yang berlangsung di kediaman beliau di Rusila, Marang, Terengganu.

Kenyataan Datuk Hasan menjejaskan juga prestasi parti?

Hadi: Dalam sehari dua, apabila sudah banyak hari akan terserlahlah langkah kita itu betul. Contohnya, isu berkait dengan Himpunan Sejuta Umat. Kita lihat isu ini banyak benda tidak tepat. Contohnya, orang Melayu masuk Kristian sampai ratus-ratus ribu. Pernah dengar kan? Bila polis siasat, maklumat itu tidak betul, orang yang disiasat dibebaskan. Mengapa tiada diambil tindakan? Kerana ada pelindung dia; kita tahu. Pada kita murtad ini bukan sahaja masuk Kristian, tapi termasuklah hina hukum Islam. Boleh jadi murtad dengan kejahilan dia, berlaku begitu rupa. Menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal. Jadi, murtad ini luas. Dan kita nampak isu ini dipolitikkan dan pada PRU 2008 ada yang berhempas-pulas mendapatkan undi Melayu. Rata-rata orang Melayu tak tahu agama kebanyakannya dan mereka sayang pada Islam. Mereka jadikan isu ini untuk tarik undi Melayu, bukan untuk mempertahankan Islam.

Saya pernah bawa usul menangani murtad di Parlimen pada 1998. Mengikut standing order di Parlimen, usul bukan kerajaan hendaklah diletakkan di belakang. Yang kedua, usul seperti ini hendaklah dibawa oleh seorang menteri kerajaan yang boleh disokong, dirujuk kepada standing order. Apabila menteri bawa, ada sokongan. Setelah ada undi barulah saya bawa usul ini, banyak lapis, akhirnya ditinggalkan begitu sahaja usul ini.

Tetapi akhir-akhir ini dibawa isu ini dengan Himpunan Sejuta Umat. Tidak lebih daripada mempolitikkan isu, bukan nak pertahankan akidah dan nak gunakan orang Pas untuk mengerah orang Pas ramai-rami hadir di stadium Shah Alam. Saya tahu ada kalangan yang nak sediakan bas. Apabila kita tahu macam ini, kita kata jangan pergi, Datuk Hasan Ali pergi, kemudian pergi lagi ke Perak dan buat kenyataan. Kenyataan ini tidak tepat dengan apa yang kita nak. Memang kita tidak setuju dengan murtad; lawan murtad, tapi Saidina Ali (Abu Talib, Khalifah Islam keempat) berkata, kata-kata yang betul, tetapi tujuannya kebatilan.

Atau matlamatnya tak betul. Tak ada dalam Islam ini, matlamat menghalalkan cara. Matlamat mesti betul, cara mesti betul. Kalau matlamat betul, cara salah, tidak boleh. Matlamat salah, cara betul, tidak boleh. Dua-dua kena betul. Itu lagi kena faham dan Pas bukan milik siapa, milik organisasi, kumpulan kita.

Pas ini ada Majlis Syura Ulama dilantik dalam Jawatankuasa Pas Pusat empat orang, Dewan Ulama lantik empat orang, Dewan Pemuda dua orang, Dewan Muslimat dua orang kemudian mereka dilantik ini pilih lima orang lagi dalam kalangan ulama yang boleh merujuk dalam bahasa Arab, merujuk kitab-kitab Islam; yang kita ketahui kewibawaan, akademik dan kemampuan.

Kita tahu moral dia konsisten dengan pendirian dan dia boleh buat keputusan, boleh membatalkan keputusan parti, sekiranya bercanggah dengan al-Quran dan hadis, ijmak ulama dan kias. Ini jaminan yang ada dalam Pas. Kalau ada ahli parti yang nak buat sendiri, bertindak sendiri, maka kalau dia bercakap sebagai orang Pas, orang kaitkan dengan Pas, jadi lebih baik dia bebas.

Bangunan Umno Hulu Tereng­ganu disimbah dengan cat hijau?

Hadi: Saya rasa kita orang Pas tidak buat sampai begitu. Kita ajar orang kita tidak boleh melampaui batas. Kalau ada orang Pas bertindak begitu kita disiplinkan dia kerana Islam ajar kita, kita berlawan dalam perang pun tidak boleh melampaui batas, apa lagi perang melalui demokrasi. Itu boleh jadi pihak lain yang buat provokasi, boleh jadi belaka. Dalam politik boleh jadi semua.

Siapa Menteri Besar Terengganu kalau Pas menang dalam PRU13?

Hadi: Itu ditentukan parti. Belum tentu saya bertanding di state (negeri). Kalau bertanding di state pun, belum tentu lagi saya jadi menteri besar. Bahkan di Kelantan, saya bagi contoh; tahun 1959, yang jadi menteri besar Datuk Ishak Bakri. Datuk Asri tidak jadi menteri besar. Lepas tu Ishak jadi Speaker, Datuk Asri jadi menteri besar, dia bukan Pesuruhjaya Pas Kelantan. Lepas tu Datuk Asri tidak jadi menteri besar walaupun dia pesuruhjaya. Tuan Haji Mat Amin Haji Yakob Almarhum.

Di Terengganu juga pernah begitu, masa Daud Saad Almarhum menteri besar, dia pegang pesuruhjaya. Yang dilantik ialah diterima rakyat, diterima pegawai pentadbir negeri. Kerana kita nak memerintah negeri ini ada beberapa orang di kalangan tuanku sultan, pegawai tadbir negeri, wakil rakyat, yang keempatnya rakyat. Ini kita mesti lihat penerimaan semua sekali. Tidak boleh kita nak tentu-tentukan begitu.

Siapa Perdana Menteri (jika PR menang PRU-13?)

Hadi: Pada peringkat ini kita dalam Pas tidak bincang. Di peringkat PR pun tidak bincang. Kita bincang untuk ke Putrajaya dulu. Jadi, macam orang kampung cerita, kambing tak bela lagi, sirih tak tanam lagi. Jadi duk bergaduh nak buat pagar. Yang ni kata nak buat pagar, yang ni kata nak tambat kambing. Apabila tanya mana kambing, tiada kambing lagi. Mana sirih, tidak tanam lagi pun. Apabila sampai masa, insya-Allah kita ada orang layak. Macam saya kata dululah, saya tiada dalam agenda menjadi perdana menteri. Yang penting, kita nak perkasakan Islam. Siapa duduk di atas, saya terima, bahkan saya boleh rehat; balik kampung jadi pembantu sahaja, pergi ke laut, balik jadi nelayan.

Dari segi politik, kepimpinan negara mesti Melayu Islam kerana majoriti adalah orang Melayu. Itu mengikut kaedah politik Islam. Kalau orang Cina masuk Islam, jumlah mereka besar, mereka ada tokoh, mereka layak jadi pemimpin. Kita orang Melayu kena terima, kalau India begitu juga.

Jadi realiti hari ini majoriti orang Melayu adalah Islam. DAP sudah terima Islam sebagai agama Persekutuan. Hak istimewa orang Melayu dia terima, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dia terima. Dalam masa yang sama, agama lain ada hak dia. Bangsa lain yang miskin tidak boleh diabaikan, hak dia untuk mengajar bahasa ibunda tetapi bahasa Melayu jadi bahasa rasmi. Dan kita kena sedar Umno tidak buat benda ini dalam masa 50 tahun lebih. Tidak perkasakan; itu silap dialah. Yang kita silapkan MCA, MIC, silapkan Gerakan; silap Umno sendiri. Dalam Pas sendiri, kita tidak tolak ansur dan DAP menerima kerana kita tegas dalam masalah ini.

Barangkali saudara-saudari ingat masa tahun 2000 DAP keluar daripada Barisan Alternatif, minta Pas batalkan beberapa agenda Pas, kita tegas; kita tidak berganjak dan DAP keluar dan masuk balik. Dengan kita tidak berganjak itu menunjukkan kita tidak menggadaikan prinsip kita. Dan kita tidak zalimi rakan-rakan kita.

Dari segi hudud, adakah DAP terima?]

HADI: Memang dia orang bukan Islam, tidak terima, tetapi untuk melaksanakannya dia tidak boleh halang kita. Dan dalam konteks Islam kita bukan sahaja tidak boleh paksa orang bukan Islam masuk Islam, tetapi juga termasuk dalam melaksanakan undang-undang. Dengan sebab itu, dalam undang-undang hudud, qisas dan takzir di Kelantan dan Terengganu, kita buat satu peruntukan orang bukan Islam boleh diberi pilihan sama ada mereka menerima Islam atau menerima satu cara yang lain. Kepada saya, saya yakin orang bukan Islam akan terima pada akhirnya. Jangan kita tanya perompak, tanya mangsanya. Kalau tanya perompak, perompak tak sukalah kena hukum.

Dalam Islam, kalau bunuh hukumnya bunuh. Mungkin Undang-undang barat pun sama hukum membunuh, tetapi kalau ambil harta, kalau perompak kena potong tangan, potong kaki. Kalau tanya Cina-Cina yang kena rompak tu, dia setuju kalau potong tangan, potong kaki. Kemudian ada teori mengatakan kalau kita laksanakan pada orang Islam, orang Islam jadi kudung, jadi apa, itu tidak betul. Kita kena faham, undang-undang hudud ini undang-undang mendidik, bukan menghukum. Nak hukum payah, mendidik.

Apabila dilaksanakan, orang Melayu, orang Islam jadi moral dia tinggi. Penjenayah tidak banyak. Orang lainlah penjenayah. Ia akan jadi macam itu. Itu hikmat dia kena faham. Dengan itu kita terima kalau DAP tidak setuju, tak apalah. Yang peliknya Umno kata dia tidak setuju.

Barangkali dia anggap itu hudud ala Pas?

HADI: Kalau hudud Pas kita muzakarahlah. Kita bincang. Hudud ini ayat Quran, bukan Pas boleh buat. Pas tidak boleh reka hukum hudud ini.

Percanggahan berhubung pelaksanaan hudud antara Pas dan DAP, bagaimana dineutralisekan?

HADI: Kita neutralisekan dengan utamakan perkara yang jadi bersama. Contohnya negara berkebajikan, tolong bela rakyat miskin, tolong rakyat miskin, khidmat pada masyarakat. Rawatan percuma pendidikan percuma. Ada pendidikan swasta, dengan pengawasan dia, ini semua parti bersetuju, kita utamakan yang ini dulu. Nak laksanakan hudud itu, dia makan masa. Ini boleh dibuat. Contohnya nak hapuskan tol, Pas setuju, DAP setuju. Nak bantu kemudahan makanan kepada rakyat, semua setuju. Ini halal, ini haram, bezalah. DAP boleh makan babi, kita tidak boleh makan babi; memang kita tidak setuju dengan babi, tapi kita tidak boleh halang DAP.

Datuk Hasan Ali kata negara berkebajikan bercanggah dengan konsep Islam?
HADI: Ada kenyataan mengenai perkara itu, dia tarik balik, dia minta maaf. Sebab dalam Islam tidak disebut sembahyang Islam, puasa Islam, nikah Islam. Disebut negara, kemudian negara berkebajikan, negara adil, negara ihsan. Itu istilah-istilah yang disebut dalam Quran, tetapi dia merangkumi sekali aspek ini. Dan saya ada tulis buku, negara berkebajikan, berdasarkan huraian yang saya bentang di muktamar Pas. Dan negara berkebajikan sudah diterima di muktamar. Bila muktamar terima dia tolak, itu sudah melanggar partilah.

Berkenan hudud dilaksanakan tetapi proses tidak sebagaimana yang diharapkan? Adakah manifesto senasib?

HADI: Yang pertama, hudud pada undang-undang jenayah sudah diwartakan. Tuanku sudah sain. Sudah lulus. Yang kedua kita balik pada Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia kata Islam adalah agama Persekutuan. Agama ini, ada dua. Mengikut tafsiran Barat, religion. Pentafsiran Islam addin. Bila kita sudah merdeka kita kena tafsir mengikut addin, bukan religion. Addin merangkumi segala aspek, cumanya berlaku di Kelantan bila kita lulus di Kelantan, Tun Mahathir, Perdana Menteri pada masa itu, hantar surat kepada Yang Amat Berhormat Tok Guru Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz memberi amaran sekiranya Kelantan melaksanakannya, Kerajaan Pusat akan bertindak. Bagi Terengganu tiada surat itu. Terengganu ada bantahan daripada seorang pimpinan Umno yang bukan pimpinan utama, bawa ke mahkamah, tetapi tarik balik benda itu.

Jadi kita harap, setelah gagalnya undang-undang yang diamalkan hari ini, masalah rompakan, masalah jenayah, ada negeri tidak boleh saya sebut takut malu dia, tiap-tiap hari ada kadar jenayah. Tiap hari, bukan tiap-tiap bulan; sehari ada kes bunuh. Negeri yang jumlah penduduk dia ramai di Malaysia yang gejala sosialnya lebih kerana kemajuan industrinya pesat sampai satu hari satu kes bunuh. Itu polis beritahu saya. Tak payahlah saya dedah negeri mana. Itu bahayanya; itu yang media tidak dedah, yang media dedah pun banyak dah. Walaupun yang buat jenayah itu bukan orang kita, orang luar, pendatang tanpa izin, macam-macam, tetapi kesimpulannya jenayah besar.

Kalau laksanakan undang-undang qisas dan hudud ini saya yakin Tuhan kata ‘Dan bagi kamu hukuman jenayah qisas ini membawa kehidupan’.

Quran mengatakan demikian, maknanya membawa kehidupan, di sini jenayah akan berkurang dan hapusnya kes ini, membawa kehidupan kepada manusia. Yang kita ingat kalau laksana hukuman ini banyak orang kena hukum.

Barangkali oleh kerana pencuri 30,000 - 40,000 di seluruh negara dalam masa setahun. Barangkali banyak tangan kena potong. Kita fikir begitu. Bila diisytihar sahaja undang-undang ini maka habis takut mencuri, berhenti mencuri. Dia akan jadi macam itu. Di Arab Saudi, masa pemerintahan Kiya ul Aziz, dalam masa 20 tahun, tidak sampai 10 orang kena potong tangan. Mereka yang pergi buat umrah, pergi haji lihat sendiri tempat pengurup wang, sebagai contohnya, tutup dengan kain sahaja.

Pergi sembahyang, tutup dengan kain, orang takut nak mencuri, itu dia punya kehebatan. Yang pentingnya, kehebatan undang-undang; undang-undang itu hebat. Yang ada hari ini undang-undang tidak hebat, orang tidak gerun, penguat kuasa pun orang tidak gerun. Bahkan rumah polis pun dia masuk, rumah ketua polis boleh perompak masuk. Itu menandakan tidak hebat.

Dengan sebab itu, saya rasa tidak timbul terhalang. Kita tengok dululah apabila kita menang kali ini. Apa akan berlaku, respons daripada Pusat bagaimana, kita tengok.

Ada tak calon wanita di Terengganu?

HADI: Kita usaha nak tonjolkan calon wanita kerana calon kita ini mesti daripada akar umbi, daripada cawangan-cawangan dan daripada atas. Kalau daripada atas sahaja, respons cawangan tiada, tidak boleh. Kadang-kadang kita ada tokoh, tapi tokoh tu tempat dia orang tidak kenal kena, bawa tempat lain. Calon lelaki pun begitu. kita nak orang ini, contohnya, Mat Sabu Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu pada 2008, tetapi boleh kalah, walaupun dia seorang tokoh yang besar. Dulu pernah di sini tahun 1950 - 1960 Parlimen Dungun, wanita, Khadijah Sidek. Di sini, pernah orang Johor, bukan Terengganu. Menang di sini, jadi calon wanita. Ini bukan kali pertama. Dan, kita ada calon wanita, kita kemukakan dan saya sebagai ahli Majlis Syura Ulama, semua nama calon dihantar ke Pusat dan ada dua tiga orang wanita di Terengganu.


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, February 3, 2012

HAsan Ali = IMR. Pakatan Rakyat = IMRB

Hasan Ali ke hulu ke hilir berkata dia memperjuangkan IMR - Islam, Melayu dan Raja.

Kalau kita rujuk Buku Jingga, kita akan jumpa:

Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Kami untuk:

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.

3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Ertinya Dasar Bersama Pakatan Rakyat adalah:

Islam.
Melayu.
Raja.
BAHASA MALAYSIA
Dengan kata lain, Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari IMR Hasan Ali kerana Hasan Ali tidak memperjuangkan kedudukan Bahasa Malaysia. Hanya 3 perkara. Sedangkan Pakatan Rakyat memperjuangkan 4 perkara.

Sekaligus ini juga membuktikan perjuangan Hasan Ali tidak releven kerana Pakatan Rakyat jauh ke hadapan di dalam memperjuangkannya.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Zukifli Nordin Tak Bayar Hutang?

Alam TWITTER ni alam yang sangat berbahaya. Apa sahaja komen kita pasti dijawab dengan begitu pantas oleh dunia yang membaca.

Seperti apa yang berlaku kepada Zulkifli Nordin di bawah:



Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Media UMNO Beri Sepenuh Sokongan Pada Hasan Ali

Alkesah, sekarang ini Hasan Ali ke sana ke mari dalam road show beliau.

Kononnya PAS telah dikawal oleh parasit dan beliau mahu memperjuangkan perjuangan PAS yang sebenar.

Beliau tidak pulak bercerita kekecewaan beliau apabila PAS menyetujui Tan Sri Khalid menjadi MB Selangor dan bukan beliau.

Tidak pula dicerita oleh beliau bahawa UMNO telah menawarkan kepada beliau jawatan MB Selangor sekiranya PAS bergabung dengan UMNO dalam kerajaan perpaduan Melayu di Selangor.

Yang menghairankan juga media milik UMNO yang terkenal menyebar fitnah serta dosa qazaf menjadi penyokong kuat kepada Hasan Ali.

Jadi, tak perlulah kita risau. Kalau media fitnah menyokong Hasan ali, maka apa yang Hasan Ali perkatakan sekarang ini adalah fitnah semata-mata.

Tulang Besi

.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Bukti Kerajaan PR Selamatkan Perumahan Orang Melayu

ULASAN: Perumahan kos rendah ini adalah majoritinya dibeli oleh bangsa Melayu. Projek Seksyen U5 ini telah terbengkalai semenjak 1993 lagi. Perumahan ini asalnya dibina bagi menggantikan peneroka2 Bandar yang tanah mereka telah diambil pemaju2 (baca:kroni).

Malangnya, perumahan mereka telah terbiar dan tidak disiapkan oleh pemaju menyebabkan orang2 Melayu yang telah dihalau dari tanah mereka teroka ini terpaksa merempat di perumahan sementara lebih 1 dekad lamanya.

Syukur kerajaan Pakatan Rakyat yang dituduh anti melayu ini berhati perut dan memaksa perumahan ini disiapkan. Walaupun parti2 dalam PAkatan Rakyat bukan parti Melayu, tapi mereka tak sanggup melihat orang2 Melayu yang tanah mereka diambil kroni dihina sebegitu rupa.

Tapi, UMNO yang mengaku Melayu tidak ada sedikit rasa bersalah. Dibiarkan bangsa nya sendiri merempat di rumah2 sementara.

Untuk menutup kesalahan serta kemaluan UMNO, maka disebarkan berita kononya para peneroka bandar ini terpaksa membayar kos "top-up" sebanyak RM30k.

Bukan apa, mereka tak mahu orang tahu mereka telah mengkhianati orang2 Melayu yang menjadi mangsa dalam projek Rumah Kos Rendah U5 ini.



KENYATAAN MEDIA: DAKWAAN HARGA RUMAH KOS RENDAH SEKSYEN U5 DINAIKKAN ADALAH TIDAK BENAR

Dakwaan bahawa pembeli projek perumahan kos rendah di Jalan Pluto, Seksyen U5, Shah Alam perlu menambah pembayaran atau "top-up" sehingga RM30,000 jika mahu rumah mereka disiapkan adalah tidak benar.

Kerajaan Negeri Selangor tidak akan membenarkan mana-mana pemaju menaikkan harga rumah kos rendah dengan sewenang-wenangnya walaupun ia melibatkan projek terbengkalai.

Harga rumah kos rendah dikawal oleh Kerajaan Negeri iaitu RM42,000 sebuah. Tetapi RM35,000 pula untuk peneroka bandar (setinggan) di mana subsidi RM7,000 dibayar oleh pemilik tanah tapak rumah peneroka bandar tersebut.

Pembeli-pembeli projek perumahan itu telah dijanjikan rumah sejak 1993 di zaman Barisan Nasional mentadbir Selangor. Walau bagaimanapun projek tersebut telah terbengkalai dan hanya dalam tahun 2010 ketika pentadbiran Pakatan Rakyat pemaju baru telah dengan secara rasmi mengambil alih.

Pengambil alihan projek ini oleh pemaju baru dari pemaju lama adalah hasil rundingan di antara kedua-dua pihak. Kerajaan Negeri tidak pernah memaksa mana-mana pemaju projek terbengkalai menerima pemaju baru.

Di dalam pembentangan kepada YAB Dato Menteri Besar pada bulan Disember 2010, pemaju baru projek ini telah diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan sama sekali menaikkan harga rumah kos rendah. Malah mereka telah diarah untuk menanggung subsidi RM7,000 bagi setiap peneroka bandar.

Tetapi pemaju dibenarkan menukar 2 dari 6 blok rumah kos rendah yang belum dijual kepada rumah mampu milik supaya mereka dapat membiayai kos membaikpulih dan kos subsidi RM7,000 itu. Sejak itu Kerajaan Negeri telah memantau kemajuan projek ini dari masa ke semasa.

Adalah diharapkan mereka yang mempolitikkan pelaksanaan projek ini agar berhenti dari melakukannya. Projek ini telah bertahun-tahun terbengkalai di bawah Barisan Nasional. Mereka telah gagal menyelesaikan masalah ini ketika Selangor di bawah pentadbiran mereka tetapi sekarang cuba berlagak seperti wira yang akan membantu rakyat.

Y.B Tuan Iskandar Bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor
Merangkap ADUN Chempaka
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, February 1, 2012

Apa Hubungan Dr Mahathir dengan Yitzak Rabin?

Artikel dari "Australian Jewish News" di bawah memberitahu kita beberapa perkara menarik berkaitan Dr Mahathir:

1.0 Dr Mahathir berkawan baik dengan seorang Yahudi Singapore bernama Yahya Cohen.
1.1 Yahudi Yahya Cohen ini adalah rakan sekelas Dr Mahathir sewaktu beliau belajar di Universiti Malaya di Singapore
1.2 Yahya Cohen kemudiannya menjadi Pengerusi Persatuan Perubatan Singapura


2.0 Dr Mahathir sering berutus surat dengan Yitzak Rabin, bekas Perdana Menteri Israel.
2.1 Sehingga pernah mengajurkan lawatan sambil belajar bagi budak2 Yahudi dari Israel untuk melawat Malaysia
2.2 Membawa masuk seorang intellek Yahudi tersohor ke Malaysia untuk satu lawatan rasmi


Artikel ini telah menyebabkan Hanief dari Hanief.blogspot.com disiasat oleh pihak MCMC. Oleh kerana Hanief bekerja di Singapura, maka ibu bapa Hanief telah diseret MCMC.

Jelas sekali, UMNO takut sekali rahsia hubungan Mahathir dengan beberapa ekor Yahudi antarabangsa ini terdedah.

Ini kerana, selama ini Dr Mahathir ke hulu ke hilir menjual cerita kononnya Anwar Ibrahim adalah agen Barat dan Agen Yahudi.

Rupa2 nya Mahathir rupanya yang ada udang di sebalik batu. Rasanya Anwar Ibrahim tidak lah sampai berutus warkah cinta dengan bekas Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin seperti yang dilaporkan oleh artikel di bawah ini.

Saya tak sabar nak dapatkan penerangan dari Dr Mahathir berkaitan artikel dan beberapa dakwaan dalam artikel di bawah ini. Amat menarik sekali kalau boleh didapatkan penerangannya dgn kadar segera.



Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Nasaruddin Mat Isa SAhkan Identiti Parasit Dalam PAS


Hasan Ali mahu buat "review satu Malaya"(bak kata arwah Ahmad Nisfu dalam filem "Ibu Mertuaku" mendedahkan siapa parasit dalam PAS.

Rupanya, Ustaz Nasaruddin Mat Isa telah memintas usaha beliau dan mendedahkan kepada kita siapa sebenarnya parasit dalam PAS.

Ustaz Nasaruddin dilaporkan berkata:


Disebut oleh Nasa "kumpulan kecil dalam organisasi saya.

Perkataan2 ini mendedahkan kepada kita siapakah sebenarnya parasit dalam PAS. Yakni mereka yang begitu beriye-iye dan bersemangat mahu 'mengurangkan jurang" antara PAS dengan UMNO.

Sedangkan jurang macamana yang mahu dirapatkan antara kedua-dua parti ini?

Selama ini, sewaktu PAS kalah dan merempat, mengapa UMNO tidak sebuk sebuk mahu merapatkan jurang?

Mengapa Nasa dan kumpulan parasit beliau berlagak seperti perigi cari timba?

Jelaslah, kumpulan parasit (baca: geng perpaduang)ini wajib dibersihkan dalam PAS dengan kadar segera.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Apa yg Hasan Ali Tahu Pasal Perjuangan Asal PAS?

Terkejut Tulang Besi baca laporan akhbar kononnya Hasan Ali mahu berjuang mengembalikan PAS kepada pejuangan asal.

Yang menghairankan lagi, majoriti yang berada dalam AJK PAS Pusat sekarang ini adalah mereka yang telah bersama PAS sewaktu Hasan Ali aktif berkempen untuk UMNO melalui Biro Tata Negara satu masa dahulu.

Sewaktu Hasan Ali duduk di kerusi empuk menjadi pelatih Biro Tatanegara, orang seperti Mahfuz Omar dan Muhammad Sabu berjuang sampai meringkuk dalam tahanan ISA.

Orang2 seperti Khalid Samad meninggalkan jawatan yang bergaji ribu-ribu untuk berjuang dalam PAS sehingga ditahan ISA.

Orang2 seperti Salahuddin Ayub meredah kawasan2 kuat UMNO untuk menaikkan PAS.

Kenapa tiba-tiba Hasan Ali boleh mendabik dada kononnya beliau lebih faham perjuangan asal PAS berbanding tokoh2 lain yang JAUH lebih veteran dari HAsan Ali?

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.