Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Tuesday, September 22, 2015

Penubuhan Pakatan Harapan Jadikan PAS Parti kerA Sumbang


Hampir2 Pakatan Harapan tidak berjaya ditubuhkan. Boleh dikatakan setelah hampir 3/4 sessi berjalan, tidak dapat dipersetujui cadangan penubuhan Pakatan baru. Keadaan di waktu itu  mengarah kepada ketiadaan penubuhan sebuah pakatan pembangkang yg baru.


Ia disebabkan beberapa pimpinan PKR yg hadir begitu kuat mahukan PAS bersama Pakatan ini sebelum boleh diisytiharkan sebagai rasmi.
Tulang Besi@Malaysiawaves kenal siapa yg lantang bersuara menyokong PAS itu. Antaranya adalah Tian Chua dan Latifah Koya serta Surendran.

Namun, di saat segala harapan hampir pupus, berucaplah seorang yg bernama Dr Hatta Ramli.

Dengan nada selamba dan tenang beliau berucap panjang lebar dan berjaya mematahkan hujjah2 mereka yang tersangat pro PAS mcm Latifah Koya dan Tian Chua itu.

Hasil dari ucapan selamba Dr Hatta, maka akhirnya tundukan semua yang hadzir.

Akhirnya keputusan tercapai dan tertubuhlah Pakatan HArapan.

PAS telah rasmi menjadi Parti kerA Sumbang.

SYABAS DI ATAS PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN.

TULANG BESI

ps Kak Wan dipuji dengan skill beliau mengendali mesyuarat. Liew Chin Tong dan Rafizi Ramli dipuji kerana mampu memberi fakta2 serta argument yg solid dan kukuh.



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Tuesday, September 15, 2015

SIMULASI RAFIZI RAMLI TEMPANG!!!!!!!

Rafizi Ramli dilaporkan berkata PKR telah membuat simulasi dengan PAS bertanding tiga penjuru.

Hasilnya PKR hilang banyak kerusi Parlimen serta Amanah cuma menang satu.

Saya ingin memberitahu simulasi PKR/Rafizi Ramli itu tidak tepat dan jauh dari sasaran.

Mengapa?

Kerana simulasi tersebut dilakukan dlm keadaan para responden pengundi Melayu menganggap PAS masih boleh menang kerusi dan membentuk kerajaan.

Apabila PAS tidak ada dlm PR2.0 kelak dan menjadi partai kera sumbang, maka tahap sokongan kepada mereka akan menurun dengan begitu rendah sekali.

Ini kerana umat Melayu tidak suka mengundi partai yang mereka tau akan kalah terutama di Pantai Barat.

PENGAJARAN DARI PRU 1986

Kali terakhir PAS bertanding sendirian tahun 1986, PAS hilang deposit di majoritas kerusi di Pantai Barat dan kalah di semua kerusi.

PAS hanya mampu menang beberapa kerusi di PAntai Timur dan Utara Kedah sahaja kerana di kawasan2 tersebut persepsinya adalah PAS mampu menubuhkan kerajaan.

Pada tahun 1986, kalau diikutkan di Pantai Timur dan Kawasan Utara PAS mampu mendapat purata 30-40% undi. Tapi melangkah sahaja ke Pahang dan Perak, undi Melayu yg PAS dapat menurun begitu rendah sehingga rata2 PAS hilang deposit ataupun sipi2 nak hilang deposit.

PENGUNDI PEMBANGKANG LEBIH BENCI BN DARI SAYANG PAS

Lagi satu faktor Rafizi Ramli terlupa untuk ambil kira adalah kebencian pengundi2 Melayu pembangkang kepada BN.

Di semua kerusi yg berlaku tiga penjuru di Pantai Barat, hanya Kota Damansara sahaja yang PAS mampu mempengaruhi keputusan sebagai calon ketiga.
Di kerusi2 lain, PAS hilang deposit atau PKR juga hilang deposit di Terengganu.

Di Kota Damansara faktor sebenar adalah di saat akhir disebarkan khabar kononnya Dr Nasir telah menarik diri dan hanya PAS sahaja mewakili PR.

Hasilnya ramai di Kota Damansara yg telah mengundi PAS marah dengan PAS. Mereka ditipu oleh jentera2 PAS dengan dakwaan PKR telah menarik diri.

Kalau org2 Din Ayam tidak menipu nescaya PKR mampu menawan kerusi Kota Damansara.

Atas sebab ini jugalah pengundi2 PAS keluar beramai2 di PRK Permatang Pauh walaupun telah ada arahan tidak rasmi dari Presiden untuk memboikot Wan Azizah Wan Ismail.

ORANG MELAYU RATA2 TIDAK SEDAR PAS SUDAH JADI PARTAI KERA SUMBANG

Orang Melayu sekarang ini rata2 tidak sedar PAS telah menjadi partai kera sumbang.

Mereka masih ingat PAS sebahagian dari Pakatan Rakyat serta mampu memenangi kerusi dan membentuk kerajaan.

Apabila tertubuh sahaja PR2,0 maka org2 Melayu akan mula sedar PAS sudah hilang "releven" dan hanya menuju menjadi sebuah parti nyamuk. Di kala itu kita akan lihat penurunan sokongan yg begitu mencuram kepada PAS.

"WINNABILITY" FAKTOR TERBESAR MENENTUKAN HALA TUJU UNDI ORANG MELAYU

Faktor WINNABILITY adalah faktor terbesar menentukan hala tuju undi orang2 Melayu.

Kalau sesuatu parti itu jelas tidak boleh menang, maka pengundi2 Melayu lebih suka duduk rumah dan tidak keluar mengundi dari mengundi parti pembangkang.

Tidak ada budaya undi protes dalam sejarah orang Melayu. Orang Melayu hanya akan mengundi parti2 yang mereka anggap boleh menang dan membentuk kerajaan.

Atas sebab inilah simulasi Rafizi Ramli itu simulasi tempang dan tidak boleh dijadikan rujukan yg jitu.

Bak kata Augustine Paul, "its not relevant".

Lagipun pilihanraya lambat lagi. Masa 2 tahun adalah amat panjang dalam politik.

Banyak perubahan boleh dilakukan terutamanya dlm keadaan UMNO terus berpecah dan harga komoditi yang semakin rendah dan tidak nampak jalan akan naik dlm masa terdekat.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

PAS Sedang Mengagalkan PR2.0 Melalui PKR

UMNO sedar.

Sekiranya Pakatan Rakyat 2.0 tertubuh yg terdiri dari PKR, PAS dan DAP maka harapan mereka utk mendapat kembali 2/3 di Parlimen akan kekal meleset.

Mereka mungkin mampu kekal memerintah tapi dengan majoriti tipis.

Lebih2 lagi UMNO sendiri sedang berpecah belah dan berhiruk pikuk perang sesama sendiri.

Mujurlah ada PAS membantu UMNO meneruskan hayat mereka.

Makanya, UMNO perlu mengagalkan penubuhan PR2.0 dengan apa cara sekalipun.

Caranya adalah UMNO akan menggunakan PAS untuk mengagalkan penubuhan PR2.0 sekali lagi.

PAS akan memperintimkan hubungan dengan PKR sehingga ke tahap PKR akan merasa PAS sudah boleh dijadikan kawan semula.

Dan Azmin Ali akan lebih lebih lagi melobi supaya hubungan dgn PAS diutamakan berbanding partai2 lain kerana mahu menjaga kerusi MB Selangor beliau.

Akhir sekali PAS akan memberi syarat penyertaan mereka dlm PR2.0 haruslah tanpa Amanah.

Pada waktu yg sama Amanah dan DAP akan menolak penyertaan PAS ke dalam PR2.0 dengan tegas kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Akhirnya PKR akan mengambil keputusan utk kekal bersama PAS dan menolak bersama PR2.0.

Sekiranya PKR menyertai PR2.0 tahun ini mereka akan terpaksa memecat exco2 PAS dari kerajaan negeri Selangor. Ini bakal mengundang bahaya kepada jawatan MB Azmin Ali.

Kebersamaan dgn PAS adalah jauh lebih penting demi mengekalkan jawatan MB Azmin Ali dari kepentingan parti atau rakyat.

Natijahnya kelak penubuhan PR2.0 akan gagal dan UMNO akan mampu mendapat majoriti 2/3.

PRU 14 kelak akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru: BN vs PAS-PKR vs PR2.0

PAS pula di hari  penamaan calon mungkin akan mengisytharkan perpaduang mereka dengan UMNO dan tinggalah PKR terkontang kanting keseorangan.

TULANG BESI




www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Sunday, September 13, 2015

PKR Berhajat Mahu Bunuh Diri Berhubungan Dengan PAS

Malaysianinsider melaporkan:



Mengapa saya kata idea PKR ni tidak berfaedah dan membuang waktu.

Pertama, di waktu PKR hendak bincang dgn PAS pasal pakatan yang baru, PAS juga telah pun mengadakan talian rundingan dgn UMNO.

PAS sudah pun ada talian rasmi dengan UMNO pada masa ini dan boleh berbincang serta berkomunikasi dengan UMNO pada bila-bila masa.

Apa sahaja tawaran PKR boleh dibawa oleh PAS kepada UMNO untuk "counter offer".

Sejauh manakah PKR mampu memberti tawaran yang mana UMNO tidak mampu memberi yang sama atau lebih lagi?

Bagi Tulang Besi@Malaysiawaves ni semua kes terhutang budi sebab dapat jadi MB.

Takda kena mengena dengan agenda hendak menjatuhkan Najib atau BN ataupun hendak menyatukan pembangkang.

PAS SUDAH BUKAN PEMBANGKANG LAGI.

PAS adalah partai pro UMNO.

Mustahil kita boleh gulingkan BN tetapi pada waktu yg sama bekerjasama dengan agen BN (yakni PAS)

Kalau nak buat plan pun biarlah yang masuk akal sikit.

Satu2 nya pilihan yang ada adalah melemahkan PAS ke tahap yang paling lemah.

Ini tidak akan berlaku selagi PAS duduk dalam kerajaan negeri Selangor.

Kalau rancangan ini tidak mahu dipersetujui PKR, maka PRu14 nanti PAS akan kekal kuat dan akan memastikan PKR serta parti2 lain kalah dlm pertandingan 3 penjuru.

Kesimpulannya, perancangan PKR ini perancangan untuk membunuh diri.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

PKR bertemu PAS esok, bincang Pakatan Rakyat 2.0

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Published: 13 September 2015 2:27 PM

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bercakap kepada media ketika menghadiri Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Pandan, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 13 September, 2015.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bercakap kepada media ketika menghadiri Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Pandan, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 13 September, 2015.


PKR dijangka bakal bertemu wakil PAS esok bagi membincangkan kemungkinan kerjasama yang akan dilaksanakan pembangkang untuk menubuhkan Pakatan Rakat 2.0, kata Rafizi Ramli.
Setiausaha agung PKR itu berkata, usaha yang dilakukan presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut dilakukan bersama parti pembangkang lain termasuk Parti Amanah Negara (Amanah)

"Presiden kami sudah memulakan proses duduk berbincang dengan setiap pihak.



"Kami duduk dan berbincang dengan Amanah, pada Rabu dan akan berjumpa PAS esok, tapi DAP belum lagi, jemputan sudah diberikan," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang, Selangor hari ini.
Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, pertemuan itu akan berlangsung di Ibu Pejabat PKR pada jam 2.30 petang.

"PKR ada beban kami perlu satukan semua pihak, sejak mula saya rasa PAS akan sukar untuk sertai, tetapi tidak bermakna kita perlu keluarkan mereka daripada proses," katanya.

Meskipun mengakui terdapat kesukaran untuk merealisasikan perkara itu, Rafizi berkata, setiap parti pembangkang perlu sedar matlamat utama mereka adalah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Bukan tugas mudah untuk satukan dua pihak yang berbeza, tetapi apa yang penting ialah lawan BN.

"Akhirnya, menewaskan BN adalah kunci segalanya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dimaklumkan sama ada pertemuan itu akan berlangsung bersama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau tidak.

"Saya tidak dimaklumkan Hadi akan hadir, ini pertemuan kedua, sebelum ini dalam mesyuarat pertama diwakili timbalan presiden PAS (Datuk) Tuan Ibrahim (Tuan Man)," katanya, dan menambah, kebiasaannya barisan kepimpinan tertinggi PKR, termasuk Dr Wan Azizah akan menghadiri pertemuan itu.

Katanya, hasil pertemuan itu berkemungkinan memberikan beberapa pilihan termasuk penyertaan semua parti pembangkang dalam PR 2.0.

"Tetapi bagi mereka yang ingin menyertai pakatan itu perlu mematuhi kerangka dan prinsipnya.

"Model selain itu adalah jika PAS tidak sertai, tidak berada dalam pakatan baru, akan ada kerjasama berkaitan urusan pilihan raya bagi memastikan tiada pertandingan antara pakatan baharu dan PAS," katanya. – 13 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-bertemu-pas-esok-bincang-pakatan-rakyat-2.0#sthash.258ea6tP.dpuf



Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Saturday, September 12, 2015

Apabila Harakahdaily Mula Menipu

Di bawah adalah laporan dari Harakahdaily berkenaan dengan perhimpunan yg melibatkan Presiden PAS di Pasir Putih:



Yang Harakahdaily tak sebut adalah bas2 yang mengangkut budak2 bawah umur dengan bas seperti di bawah:


Yang lebih menyedihkan adalah kedatangan sebenar ke program tersebut amatlah rendah walaupun telah diangkut budak2 bawah umur untuk menghadirinya:


Ini bukti jelas prograam2 PAS sudah tidak mendapat sambutan dari rakyat lagi.

Mereka terpaksa menggunakan taktik UMNO mengangkut peserta2 program dgn bas dan memberi elaun dan makan.

Harakahdaily pun dah mula menipu pakai gambar edit

          XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXx

Ada yang bagitau PAS masih releven di sbb program Kongress Rakyat penuh dewan SUK.

Tulang Besi@Malaysiawaves cuma nak cakap di Selangor ada lebih 5000+ lantikan politik PAS dalm kerajaan Selangor.

Dewan SUK Selangor tu boleh muat sekitar 2 hingga 3 ribu orang sahaja.

Logiklah dewan boleh melimpah ruah sebab siapa yang berani tak datang?
Nak kena buang kerja ke?

Walaubagaimanapun, program Kongress Rakyat ini hanya dihadiri ahli2 PAS dan penyokong2 PAS. Rakyat umum tak terlibat.

Program Syok Sendiri sahaja.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Thursday, September 3, 2015

BAIAAH WAKIL2 RAKYAT PAS ADALAH SAH TAPI TELAH DIBATAL OLEH PRESIDEN

Sumpah Baiaah yg diungkapkan oleh beberapa wakil2 rakyat PAS sebenarnya bukan tidak sah.

Ianya sah dari segi syariah.

Cumanya, ia telah terbatal kerana Presiden sendiri mengizinkan mereka keluar PAS dan menubuh parti sendiri.

Dalam satu taklimat di Rusila, Presiden PAS telah berkata dengan jelas:


"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam."

Suruhan Presiden PAS ini sudah cukup menjadi asas pembatalan baiaah taklik yang menjadi isu sekarang ini.

Juga, gengan kenyataan di bawah ini sudah cukup membawa cukup syak untuk membatalkan baiaah tersebut dalam mana2 mahkamah syariah.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini






Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar golongan yang berselisih pendapat dalam PAS agar keluar parti untuk menubuhkan gerakan sendiri.

Dengan nada berseloroh, beliau mengumpamakan golongan tersebut sebagai pengacau seperti nyamuk yang mengganggu tidur.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila,” katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti itu, Harakahdaily hari ini.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketia dalam satu program taklimat di Marang, Terengganu semalam.

Menurut laporan itu Hadi turut ditanya mengenai ura-ura penubuhan parti baru dengan nama Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Hadi bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Jemput Tengku Razaleigh

Sementara itu, satu video ucapannya dalam program tersebut menunjukkan Hadi turut membangkitkan mengenai beberapa krisis yang dihadapi PAS,

Namun, parti itu tetap berjaya bertahan walau para pemimpin utamanya keluar parti, kata Hadi.

Jelasnya, presiden PAS bertindak keluar parti sejurus sebelum pilihan raya umum 1955, dan pada tahun 1960-an pula setiausaha agungnya berundur dari parti tersebut.

Pada tahun 1978, seramai tujuh hingga lapan orang jawatankuasa pusat meninggalkan parti itu, katanya yang menambah, parti itu tetap utuh.

Hadi juga ditanya mengenai hasrat parti itu yang didakwa lebih cenderung memilih veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menjadi perdana menteri, dan bukannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau menjawab, PKR dan DAP terlebih dahulu menjemput Tengku Razaleigh menyertai parti berkenaan, namun kerabat istana Kelantan itu enggan berbuat demikian.

Seterusnya, PAS memujuk beliau menyertai parti tersebut, namun beliau tetap enggan, katanya.

Hadi bagaimanapun tidak menyebut mengenai peranan Tengku Razaleigh sebagai calon yang berpotensi dilantik sebagai perdana menteri.

Ucapan dalam program taklimat bersama penyokong PAS di Marang itu dimuatkan di Youtube.

Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, August 31, 2015

Kalau PAS Bersama BERSIH4 Pun, Melayu Tetap Tidak Ramai

Kalau PAS tak boikot Bersih4 pun tetap org Melayu tak ramai.

Rupanya org2 Melayu tak ramai sertai Bersih4 kerana termakan dakyah UMNO.

Dakyah kononnya kalau berjaya Bersih4 nanti kerajaan UMNO akan jatuh dan digantikan kerajaan pro DAP.

Hasilnya segala hak Melayu akan dihapuskan.

Orang Melayu bukan perkauman.

Cumanya, bila sudah hilang keistimewaan Melayu maka mereka nampak hidup mereka akan lebih melara.

Dlm keadaan ada hak keistimewaan pun hidup mereka sudah cukup tersiksa inikan pula tanpa hak tersebut.

Isunya bukan kaum tapi isunya adalah ekonomi.

UMNO sedar perkara ini dan sengaja membiarkan orang Melayu miskin dan tergantung.

Selagi orang Melayu tidak mampu berdikari dari sudut ekonomi, mereka akan sentiasa bergantung kepada sedekah dari UMNO.

Dan UMNO akan terus berkuasa.

Yg dikayakan UMNO hanya kroni2 dan pemimpin2 UMNO serta kaum keluarga mereka sahaja.

Tidak lebih dari itu.

             XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Faktor cuti panjang hujung minggu juga menjadi faktor.

BERSIH 4.0 adalah kerana program ini bertembung dgn cuti panjang hujung minggu.

Ramai orang2 Melayu pulang ke kampung sejak hari Khamis ataupun Jumaat lagi.

Timing BERSIH 4.0 agak tidak sesuai dgn orang2 Melayu memandangkan perangai orang Melayu yg suka pulang ke kampung melawat ibu dan ayah mereka.

Sebelum2 ini BERSIH dianjurkan bukan pada hujung minggu yg bersambung cuti panjang. Maka, kedatangan orang Melayu tinggi.

Ramai yg memberitahu Tulang Besi mereka menyokong dan mahu bersama dlm BERSIH 4.0 tapi terpaksa pulang ke kampung.

             XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Apa pun kelemahan jentera GHB, kita semua kena pakat tabaik GHB ni berkali2.

Dlm keadaan tak sampai 3 bulan diorang terpaksa menganjurkan program di peringkat raksaksa.

Program mcm ni, kalau UMNO yg dah lama hidup pun boleh jadi canggung inikan pula GHB yang baru lahir.

Namun, dlm keadaan serba kekurangan GHB telah berjaya menambat JUTAAN hati rakyat Malaysia.

Kekosongan yang ditinggalkan oleh Tok Guru Nik Aziz sekarang diisi oleh Ustaz Ahmad Awang, Abg Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Dzul, Dr Hatta dan sebagainya.

Itu yg bertali arus orang bukan Islam hendak bergambar dgn Abg Mat dan pimpinan2 GHB.

Mereka seperti terubat rindu mereka kepada Tok Guru Nik Aziz.

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

MISTERI ZAHID HAMIDI LAWAN GHB TERJAWAB


Zahid Hamidi baru2 ini telah menolak permohonan Harapan Baru utk menggunakan nama Parti Progresif Islam.

Ini kerana Harapan Baru berpotensi besar menggalakan perancangan PAS-UMNO yang selama ini telah terjalin.

Rancangan asalnya kumpulan2 progresif akan dibersihkan dari kepimpinan.

Selepas itu akan berlaku pembahagian kerusi antara PAS dengan PKR.

Di hari penamaan calon kelak, PAS akan tarik diri dari semua kerusi yg UMNO telah menangi.

UMNO juga akan memberi kemenangan percuma kepada kerusi2 yang PAS telah menangi.

Pada waktu yang sama PAS akan meletak calon melawan PKR dan DAP.

Di kerusi2 tersebut UMNO akan menarik diri.

Hasilnya nanti PKR akan hilang sebahagian besar kerusi mereka.

UMNO/BN akan mendapat 2/3 dengan bantuan kerusi2 yang dirampas oleh PAS dari PKR.

PAS pula akan memerintah di Kelantan daen Terengganu dan mngkin Kedah.

Haji Hadi dan Majlis Syura Ula ma pula akan beri alasan penting menggembalikan majoriti 2/3 kepada UMNO dan BN kerana hendak meminda Perlembagaan bagi membolehkan hudud.

Pendek kata segala2nya halal kerana hudud.

Harapan Baru mengagalkan perancangan ini. Harapan Baru akan meletak calon di kerusi2 yang UMNO dan PAS bertanding.

Tidak akan berlaku menang percuma kepada PAS mahupun UMNO disebabkan Hrapan Baru.

Kalau PKR masih mahu terus mempercayai PAS, silakan.

Namun yang pastinya PAS akan mengkhianati PKR atas nama hudud.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, August 26, 2015

BERSIH PERLU UNTUK MASA DEPAN MALAYSIA

Malaysia negara kaya.

Malaysia tidak pernah miskin sejak zaman British memerintah Malaysia lagi.

Antara jajahan2 British, Malaya dan Borneo dilihat sebagai jajahan yang paling kaya dlm Empayar Britain.

Malangnya ekonomi Malaysia tidak pernah disusun supaya kekayaan negara dinikmati oleh majoriti rakyat Malaysia.

British memastikan kekayaan Malaya dan Borneo pergi kepada Syarikat India Timur serta segelintir orang2 kaya di England.
Majoritas rakyat Malaya terus hidup dalam kegelapan kemiskinan.

Sejurus Merdeka kekayaan negara berada di tangan syarikat2 gergasi milik Britian dan majoriti rakyat masih terus miskin.

Apabila tiba tahun 70an dan didapati wujudnya minyak di perairan Malaysia, maka kekayaan tadi mula mengalir sedikit kepda rakyat umum namun elit2 Malaysia yg terdiri dari kepimpinan UMNO dan kroni2 mereka masih menguasai kekayaan Malaysia dengan banyakknya.

Sekarang bila ekonomi negara menghadapi kegelisahan dan kemunduran sedikit nikmat yang dinikmati rakyat ditarik balik.

Tapi elit2 UMNO dan kroni2 masih terus menerus kaya dan lebih kaya.

Kalau tidak diambil tindakan rakyat Malaysia akan jadi pengemis di bumi sendiri.

Maka kehadiran BERSIH 4.0 adalah wajib utk semua rakyat Malaysia yang sayangkan anak cucu mereka.

Mana mungkin Malaysia yang kaya tapi ramai rakyatnya yang merempat dan miskin.

Jangan ikut gelagat PAS yang syok sendiri dan merasa dirinya kuat dan releven dengan rakyat Malaysia.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Tuesday, August 25, 2015

PENDEDAHAN KESAH KERUSI DUN PAYA JARAS TAHUN 2013

Asalnya calon Paya Jaras utk PAS adalah Sdr Izham Hashim.

Nama beliau telah pun disahkan dlm mesyuarat AJK PAS Pusat.

Namun, dua tiga hari sebelum penamaan calon rombongan telah dihantar untuk bertemu dengan Cikgu Pa supaya nama Khairuddin Othman dicalonkan.

Rombongan tersebut asalnya mahu berjumpa Abg Mat Sabu tiba2 terserempak dgn Cikgu Mustafa Ali.

Rombongan itu terus berjumpa dgn Cikgu Pa dan terus membentang kes mereka mahukan Khairuddin sebagai calon.

Hasilnya nama Izham digugurkan diganti dgn Khairuddin.

Di kala itu dlm PKR sesiapa mahu melobi menjadi calon akan bertemu Anwar dan dlm DAP merela bertemu Lim Kit Siang.

Tapi dlm PAS mereka bertemu Mustafa Ali dan bukan Presiden.

Begitu mudah Mustafa Ali menentukan siapa jadi calon dan siapa tidak.

Tak hairanlah Khairuddin Othman sleg ni kesana kemari menjual dirinya konon sebagai pendokong PAS menentang GHB.

Padahal cerita sebenarnya dia dah kena pegang dgn Mustafa Ali kerana dpt jadi.calon walaupun nama dah kena gugur.

Bukan setakat Paya Jaras tapi wakil2 dari negeri lain pun turut pergi melobi dengan Mustafa Ali.

Semua ini berlaku selepas pendedahan video seks warna warni dan berbunyi yang dikatakan Mustafa Ali di dalam nya.

TIGA PENJURU JUGA ANGKARA MUSTAFA ALI?

Kesemua tiga penjuru kecuali Kota Damansara adalah melalui watikah perlantikan yang di keluarkan oleh Dato Mustafa Ali.

Mustahil Mustafa Ali tidak tau akan berlaku tiga penjuru di Labuan, Sg Acheh dan 2 DUN di Terengganu.

PENUTUP

Ahli2 PAS merasa diri istiqamah dan wala pada ulama.

Sebenarnya istiqamah dan wala untuk Mustafa Ali.

Bolehkah parti Islam membenarkan ahlinya yang masih dalam siasatan di atas skandal video seks terus memegang jawatan besar dan tinggi dalam parti?

TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, August 24, 2015

Mustafa Ali Agen UMNO Dalam PAS?

Tulisan Zin Mahmud yang terbaru berkenaan lawatan beliau kepada sahabat beliau yang sedang sakit, Ahmad Lutfi Othman.

Mengikut Ahmad Lutfi kecenderongan Haji Hadi Awang kepada UMNO sudah bermula sejak tahun 1998 lagi.

Kalau sejak 1998 lagi Hadi sudah cenderung kepada UMNO bermaksud ada dalang dalam PAS yang menjadi alat UMNO yang memberi nasihat dan tunjuk ajar kpada Presiden PAS supaya bertindak ke arah menyelamatkan PAS.

Tugas beliau memastikan PAS lemah dan sentiasa terkebelakang dari UMNO. Memastikan UMNO sentiasa akan menang dan gemilang.

Tahun 1998 adalah tahun di mana UMNO berada dlm keadaan yang amat lemah. Orang2 Melayu telah bersedia utk berubah dan membuang UMNO. Mana mungkin di saat itu, tiba2 Hadi Awang boleh menjadi cenderung semula kepada UMNO?

Sesiapa yang lama dalam PAS akan tahu bahawa penasihat politik paling rapat dengan Hadi Awang adalah Mustafa Ali.

Dlm kes ini, saya mengesyaki bahawa Mustafa Ali adalah agen UMNO di dalam PAS.

Mustafa Ali pernah menjadi Timbalan Menteri dan antara penyokong kuat kerjasama PAS-UMNO dlm tahun 1972. Ini bererti beliau ada hubungan terus dgn aparat2 kerajaan Malaysia.

Beliau juga terkenal berideologi nasionalisma Melayu berbanding Islam. Banyak ucapan2 beliau menampakkan beliau lebih nasionalis berbanding Islam.

Diberitahu oleh kawan2 di Terengganu bahawa majoritas kaum keluarga beliau adalah penyokong dan pendokong UMNO di Terengganu hatta selepas Anwar di pecat.

MAlahan ada pengkaji2 sejarah PAS juga menyatakan beliau adalah agen UMNO.

TIdak kah saudara/ri hairan mengapa Mustafa Ali boleh terus kekal memegang jawatan penting dalam PAS walaupun beliau terpalit skandal video seks yang mana video tersebut jelas, terang, warna warni. lengkap berbunyi dan bersuara.

Hasil siasatan dalaman PAS pun tidak memberikan apa2 sedangkan sudah lebih dua tahun.

Sepatutnya seseorang yang dibawah siasatan utk kes seperti ini dlm sebuah parti Islam harus digantung jawatan sehingga selesai siasatan.
Tetapi tidak dgn Mustafa Ali.
.
Beliau mendapat perlindungan istimewa dari Presiden.

Di saat beliau terpalit itu beliau adalah sangat berpengaruh dalam menentukan siapa yang jadi calon dlm PRU 2013.

Misalnya utk DUN Paya Jaras, nama asal yg sepatutnya menjadi calon adalah orang lain. Tetapi ditukar oleh beliau kepada Khairuddin Othman di saat akhir.

Fikirlah saudara bagaimana seorang sebegini boleh menjadi begitu kebal dalam PAS?????


TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniKecenderungan Hadi kepada Umno mula dikesan sejak 1998 – Zin Mahmud

Published: 20 August 2015 11:30 AM

Diari. Semalam aku menziarahi Ahmad Lutfi Othman, bekas ketua pengarang Harakah bersama adikku Azhar. Beliau agak lemah tetapi masih bersemangat untuk bercerita. Beliau berasa mual kerana keadaan buah pinggangnya. Aku faham apa yang dilaluinya.

Setelah bercerita mengenai kesihatan, kami berbual mengenai politik. Apa yang berlaku dalam PAS dan munculnya GHB bukanlah ada perancangan daripada kedua-dua pihak yang bertelagah. Ia berlaku dengan kebetulan di mana satu keadaan membawa keadaan yang lain.

Memang perpecahan ini menyukarkan kedua-dua belah pihak kerana perpecahan ini masuk ke dalam.

Semuanya kena berhati-hati dan menjaga hati. Antara sahabat handai memanglah. Apatah lagi sanak saudara. Adik beradik pun begitu. Malah suami isteri. Juga anak dengan mertua. Bapa dengan menantu. Perpecahan ini memang mendalam dan menyakitkan.

Daripada kes yang diceritakan, aku dapat menyimpulkan perpecahan PAS ini adalah paling besar dalam sejarah politik negara. Umno yang pernah berpecah pun tidak mengalami keadaan begini.

Ada orang berpendapat perubahan haluan yang ditunjukkan Ustaz Hadi Awang menyerlahkan bibitnya sejak pilihan raya umum pada 1998 lagi.

Sejak itu beliau mula mahu berbaik dengan Umno, cuma keadaan tidak mengizinkan. Ada orang berpandangan perubahan haluannya kepada perpaduan Umno-PAS adalah tindakannya untuk menebus kesilapannya memecahkan orang Islam dengan seruan kafir mengkafir dalam perjuangannya menentang sekularisme pada awal 1980-an.

Tetapi bagi aku legasi Ustaz Hadi ialah memecahkan sebuah parti Islam dan gerakan Islam besar di negara ini. Selain daripada menjadi pemecah pakatan antara parti pelbagai kaum yang hampir merealisasikan amalan sistem 2 parti.

Di sebalik itu, aku juga rasa ada kompleks rendah diri atau inferior complex di kalangan para ulama yang mendapati diri mereka tidak dapat muncul sebagai golongan yang boleh menjadi pemimpin dalam dunia sekular ini.

Dalam Umno, mereka hanya dapat berada sebagai pihak yang menjaga hal ehwal agama atau berada dalam kedudukan untuk mempertahankan pemimpin kanan mereka.

Dalam PAS pula mereka bergantung pada aktivis daripada latar belakang profesional atau golongan bukan ulama. Malah apabila berlaku penyingkiran golongan yang dipanggil profesional ini pun, ulama PAS daripada Harun Din di atas terpaksa mendapatkan Umno sebagai pemimpin mereka.

Adakah sistem pendidikan Islam baik dari dalam negeri mahupun di luar negeri seperti di Mesir, Jordan dan Arab Saudi, dengan Syria dan Yaman habis terbakar tidak dapat melahirkan ulama yang boleh mampu muncul sebagai pemimpin negara, bukan saja memimpin umat Islam tetapi memimpin rakyat berbilang agama?

Maka pemimpin terpaksa diambil juga daripada kalangan pendidikan konvensional seperti undang-undang, kejuruteraan, sains sosial, perubatan dan sains alam.

Justeru tidak hairanlah aktivis IRC/JIM/Ikram yang banyak terdiri daripada kalangan profesional berasa lebih selesa untuk berada dalam GHB berbanding masa mereka dalam PAS. Harap harap semuanya baik kelak. – 20 Ogos, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.




Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, August 21, 2015

Membahas Punca Ketakutan PKR Terhadap PAS


Hakikatnya bukan sayang sangat tapi takut dan gerun dengan PAS.

Takut PAS mengulangi Kota Damansara di semua kerusi PKR.

Ini kerana kepimpinan2 PKR tidak tau kesah sebenar di belakang Kota Damansara.

Mereka tidak tau yang dua atau tiga hari sebelum pilihanraya jentera2 PAS di Kota Damansara menyebarkan khabar palsu kononnya Dr Nasir telah menarik diri.

Adik Tulang Besi@Malaysiawaves sendiri mendapat sms dari sumber entah mana yang kononnya Dr Nasir telah menarik diri serta calon Pakatan Rakyat adalah calon PAS.

Oleh kerana jentera PAS hanya rapat dengan orang Melayu maka ramailah pengundi Melayu di Kota Damansara telah tertipu dan termakan cerita karut ini.

Buktinya, selepas diisytiharkan BN menang ramai pengundi2 Melayu ni melahirkan perasaan benci dan marah mereka kerana mereka ditipu oleh PAS.

Tanpa penipuan ini sudah pasti PAS hilang deposit di Kota Damansara.

Contoh yang lebih tepat adalah Sg. Acheh.

Di situ berlaku tiga penjuru dan PAS hilang deposit.

Jentera2 PAS di Sg Acheh begitu aktif berkempen supaya penyokong2 dan ahli2 PAS mengundi PAS.

Di Sungai Acheh mereka tidak boleh menggunakan taktik menipu mcm di Kota Damansara kerana calon PKR yakni Chegu Bard popular dan jentera Chegu Bard lebih agresif.

Jentera Dr Nasir di Kota Damansara agak lembab berbanding jentera Chegubard.

Maka, walaupun YDP PAS Nibong Tebal ditangkap cuba menurunkan poster dan banner PKR di Sg Acheh, namun PAS cuma mampu mendapat undi yg kecik dan tidak pun mempengaruhi keputusan.

Hakikatnya, pengundi2 asas dan tegar PAS adalah amat kecil di PAntai Barat.

Kalau berlaku tiga penjuru PAS akan hilang deposit seperti di Sg Acheh, Panti dan Labuan.

PAS tidak mampu mengulangi penipuan mereka di Kota Damansara di tempat2 lain kerana PAS sudah bukan lagi duduk dalam PAkatan Rakyat.

Pilihanraya kecil Permatang PAuh membuktikan walaupun ada arahan tidak rasmi memboikot PKR dari Presiden PAS namun pengundi2 PAS tidak mengendahkannya.

Yang penting bagi merka adala BN harus dikalahkan.

Sekiranya mengundi PAS menyebabkan BN menang, maka mereka akan membuang PAS dan mengundi PAkatan Rakyat.

HAji Hadi sudah semakin baik dgn UMNO.

Maka, ini bermaksud PAS akan semakin terpinggir.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Thursday, August 20, 2015

PAS Tolak Anwar Sebagai PM kerana Video Seks Hitam Putih

Dilaporkan oleh Malaysiakini:


Dia juga berkata:




Soalnya sekarang adalah selepas PKR menolak cadangan tersebut, kenapa PAS tidak isytihar sokong Anwar Ibrahim sebagai calon PR untuk Perdana Menteri?

Di sini jelas sandiwara yang sedang dilakukan oleh Hadi Awang serta Cikgu Mustafa Ali.

Nak sorok pengkhianatan kerana pimpinan2 PKR sekarang terasa bahang dari ahli2 bawahan di atas kedegilan PKR meneruskan hubungan dgn PAS.

    XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Tuhan Maha Agung Maha Berkuasa.

Beberapa bulan sebelum pilihanraya Anwar Ibrahim diberitahu PAS tak boleh sokong dia jadi PM kerana Anwar ada masalah akhlak.

Itu yang diberitahu kepada rombongan Anwar Ibrahim apabila mereka bertemu dengan Harun Din.

Masalah akhlak ni kerana ada video hitam putih yg sepertinya Anwar ibrahim melakukan zina dgn pelacur. Video hitam putih yg bisu mcm filem Charlie Chaplain

Tup.tup.keluar video yg dikaitkan dhn SU Agung PAS Pusat yg lengkap dgn warna, bunyi, suara yang sama dan loghat Terengganu pekatnya. Sampai ke tahap apabila karakter dlm video tersebut mengeluarkan wang dari sampul surat itu pun sampul surat yg biasa digunakan Harakah apabila membuat pembayaran gratuiti kepada sesiapa pun.

Inshaalah satu demi satu Allah akan punggah perangai dan kelakuan ulama2 PAS yg menjual agama utk kepentigan dunia.

KESIMPULANNYA, isu video seks Mustafa Ali dah mula dikeluarkan semula.

Maka, saya tak terkejut kenapa Mustafa Ali berasa panas dan perlu memberi komen terhadap isu ini.

PAS tolak Anwar Ibrahim kerana video seks tapi terima Mustafa Ali takpa walaupun ada video seks jugak.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.